MIMPI NGERI BERSAMA SI MAJNUN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, September 23, 2009 0 ulasan

Ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan penulis tidur dengan lena menaiki bas SIDA. Lena diulit mimpi bukanlah perkara luar biasa..........

Seorang sahabat lama tiba-tiba menyapa ketika penulis bersiar-siar di sekitar bandar Sandakan,

"Assalamualaikum bro, ada khabar dari Bongao!! Prof. Rajan dari Mindanao State University (MSU) Bongao kirim salam. Buku Tausug and the Sulu Sultanate telah menjadi bahan kajian dan perbincangannya di sana."

Penulis menjawab salamnya dan bercerita panjang dengan beliau. Sahabat penulis yang pada awalnya penulis anggap MAJNUN ini sebenanrnya adalah seorang genius. Ternyata mereka adik beradik rata-rata adalah berpendidikan tinggi dan bijak pandai. Penulis hanya memanggil namanya sebagai SAM. Ketika bercerita beliau tiba-tiba ketawa,

"Kahahahaha,.. Bro tidak lama lagi Sulu akan merdeka. Kamu sudah sedia?" katanya sambil kenyitkan mata.

"Haha, bro kita ni selalu sedia, siap siaga kata orang Malayu. Adakah kamu juga sudah sedia?" tanya balas penulis.

"Saya adalah pembaca setia Tausug Global, saya menilai semua artikel dan analisis, ia menyeronokkan dan sangat bertepatan dengan yang berlaku di Sulu sekarang" ujarnya dengan wajah serius.

"Tahun 2014 beberapa ribu guru akan dimasukkan ke Sulu untuk pendidikan anak-anak Sulu. Tetapi mereka akan amankan Sulu dahulu dari sebarang kumpulan bersenjata. Mereka kata sesiapa yang memulakan gerakan mendirikan kerajaan sendiri itu yang mereka sokong dan beri bantuan. Tuan agak siapa yang mencetuskan idea membentuk kerajaan sendiri ini?" soalnya sambil membeliakkan biji matanya yang besar dan bulat itu.

"Setahu saya tiada lain selain UTC, ada yang lain?" tanya penulis sedikit keliru.

"Hahhh!! Siapa lagi, tinggal lagi UTC perlu bertahan dan terus bertahan. Mereka perlu pertahankan kesatuan dan berterusan mengumpulkan sokongan dan dokongan dengan biaya sendiri." katanya sambil mengukir senyuman.

"Sabotaj bro, pasti UTC akan disabotaj." balas penulis.

"Sabotaj? Tiada yang akan mampu melakukan sabotaj kepada RAJA SEGALA PEMBUAT SABOTAJ, kahahahaha!! Sabotaj silakan....." Ujarnya tenang sambil tersengih sinis.

"Bro, kita warga Malaysia, hal kemerdekaan Sulu begitu sensitif sekali kerana keterlibatan Sabah. Sebarang gerakan di Sulu akan dilihat sebagai gerakan menuntut Sabah. Kita kena meneruskan budaya perpaduan sesama umat Islam agar tiada tuntut menuntut di kemudian hari. Tuntutan terhadap Sabah akan menghancur leburkan Malaysia, ini yang kita tidak mahu bro." Ujar penulis serius.

"Itu benar bro, kita concern hal perpaduan Nusantara seperti yang kamu tulis dalam blog. Malangnya bro, tiada sesiapa yang akan beri keadilan terhadap kaum Sulu sejak dulu sehingga hari ini. Kamu warga Malaysia, saya pun warga Malaysia tetapi hakikat kita orang Sulu yang teraniaya adalah satu kenyataan. Masih ingat tentang tulisan kamu The Ten Lost Tribe Of Israel dalam Tausug Global?" sambil menekan jari telunjuknya ke dada penulis.

"Ya, mengikut kajian kami dengan bro Neldy, Tausug adalah berdarah bani Israel semenjak sebelum kedatangan 10 kaum dari Israel ke Sulu lagi." Jawab penulis ringkas.

"Hah... Itulah dia, mereka ambil harta Sulu bukan sahaja pada 1935 di tangan Sultan Jamalul kiram II tetapi semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi. Pertalian kita dengan Jerusalem bukan sahaja pada tahun 250 sebelum masihi (ketika kedatangan 10 kaum bani Israel ke Sulu), bukan juga ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. tetapi pada zaman sebelum kelahiran Nabi Ibrahim a.s. iaitu ketika bangsa Kanaan atau Phoenician belayar ke Sulu lagi. Ingat, isteri ketiga Nabi Ibrahim itu adalah dari Sulu bernama Kethurah." Jawabnya dengan air muka serius.

"Jadi bro apa pengajaran dari cerita itu tadi? Sejarah? Ya jelas ia boleh diterima kerana terdapat bukti tentangnya, apa sebenarnya yang bro mahu jelaskan?" Tanya penulis sambil menghirup air jus oren kurang manis.

"Point di sini ialah kita adalah saudara terdekat bani Israel dari pandangan mereka ini dan juga terbukti dari catatan sejarah. Mereka bukan sahaja mengambil emas Sulu tetapi menyimpannya untuk kita selama ini. Tradisi kita sama dengan mereka iaitu dimusuhi oleh bangsa Eropah. Ketika kita diserang Spanyol dan Belanda yang datang dari Eropah kita melawan tanpa terkalahkan. Kita menjadi kebanggaan mereka dan sengaja disimpan untuk menjadi kerajaan akhir zaman seperti yang mereka katakan THE PROMISE LAND Bani Israel." Beliau begitu bersungguh-sungguh menjelaskan kedudukan sebenar.

"Bro, kita walau pun dari bani Israel, kita adalah Islam dan mempunyai budaya mulia membantu umat Nusantara sejak dahulu lagi. Terbukti kita bukannya bangsa penakluk dan pemusnah kerajaan nusantara yang lain. Kita pastinya kalau keluar jadi negara pun kita akan salin bantu membantu dengan Malaysia dan Indonesia serta wilayah Nusantara lainnya." Jelas penulis.

"Hahaha... bro, itu benar, saya akui. Sekarang kamu lihat ini....." Lalu beliau mengambil pen dan sekeping kertas dari poketnya sambil membuat lakaran, "Lihat ini, Sultan Johor adalah Tausug, Hang Jebat adalah keluarga diraja berketurunan Tausug. Runtuhnya kegemilangan Majapahit adalah kerana bantuan tentera Tausug sebab itu Majapahit tidak pernah menyerang Sulu. Orang Batak pernah bersama Tausug saling bantu dalam peperangan, orang Batak di Sumatera itu adalah bercampur dengan Tausug. Panglima Ilidji dari Sulu pernah terlibat dalam peraduan kerbau di Sumatera yang hingga hari ini menjadi lagenda Minangkabau, sebab itu Raja Baguinda dari Sumatera pada tahun 1400 telah sanggup belayar begitu jauh sehingga sampai ke Sulu kerana beliau kagum dengan keganjilan perangai dan kepahlawanan Tausug.

Panglima Ilidji lah yang kalahkan pendekar Majapahit yang dinamakan Taming Sari, Tausug menguasai Vietnam dan Taiwan, sebab itu AS menyerang Vietnam dan masih mengawal Taiwan hari ini kerana ia masih dalam kekuasaan Sulu. Kita bukan penakluk, tetapi kerana kebaikan budi dan keberanian kita dapat berkuasa hampir disemua tempat di Nusantara setelah kejatuhan Majapahit" ceritanya agak panjang.

"Hahaha, bro ada bukti tentang semua ini? Ok lah bro, saya pun ada urusan ni lain kali kita bercerita lagi... kehehe." penulis mula minta diri kerana berasakan perbualan tersebut hanya dikuasai oleh rasa ego kebangsaan yang tidak pernah penulis dengar.

"Bro saya akan bawakan buktinya ada dalam tesis Prof. Eddie M. Ali, beliau sekarang adalah Chancellor MSU Bongao. Bro kalau datang ke Bongao boleh saya bawa berjumpa beliau untuk dapatkan salinan tesisnya." penjelasan beliau menyebabkan penulis terduduk sebentar.

"Bro Asree akan dapatkan maklumat darinya tentang istilah UNITED KINGDOM OF SULU yang tertulis dan diiktiraf oleh United Kingdom of England. Satu-satunya kerajaan yang diiktiraf dunia di Nusantara ialah Sulu. Cuba lihat ini.... Sabah, Kalimantan, Sarawak... (banyak lagi disebut tetapi penulis lupa) Johor, Vietnam dan Taiwan adalah milik Sulu. Dalam catatan PBB (UN) Sabah ialah NB-12-SXX, Sarawak ialah WB-(?)-SX, Kalimantan ialah SB-(?)-SXXX..... Perhatikan SXXX, SXX, SX.... 'S' bermaksud Sulu..." Jelas beliau dengan serius.

Tiba-tiba, "Bang... oh bang dah sampai batu 7 sudah!!" Konduktor bas SIDA kejutkan penulis dari tidur. Rupa-rupanya penulis bermimpi, penulis bingkas bangun, mengambil beg lalu turun dari bas SIDA. Penulis sudah sampai Sandakan dari Kota Kinabalu.

Penulis telefon saudara Neldy Jolo lalu ceritakan tentang mimpi ngeri tersebut. Sekiranya ini benar masa depan Nusantara adalah sukar. Begitu sukar diramal, nasib baik mimpi. Selamaaaaat penulis.

ASREE

Post a Comment