DEDIKASI BUAT KEKASIH KAMI
Dipetik dari buku Tausug & Kesultanan Sulu, dalam Bab Prakata,
Dipetik dari Bab Salasilah Kesultanan Sulu dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu,
"Sesungguhnya komen dan kritik kami kepada kesultanan Sulu adalah semata-mata atas rasa kasih sayang kami kepada Ahlul-Bait Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam. Apakah ada lagi perkara lain yang menjadi kedukaan kami kaum Sulu selain dari ini? Apakah kami rela keluarga Rasulullah s.a.w ini di caci dan dihina hanya disebabkan dari kealpaan mereka dalam mengendali atau memegang amanah kepimpinan sehingga umat Islam di Sulu itu boleh terjerumus kedalam lembah "kekufuran"?[12]
Asyhadu alla ilaha illallah, Asyhadu anna Muhammadurrasulullah, saksikanlah kami wahai muslimin sekelian bahawa kami adalah termasuk dikalangan orang-orang Islam. Dan kami orang-orang Sulu sejak sekian lama telah membuktikan kepada dunia bahawa kami mengasihi dan membela Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w sehingga ketitisan darah kami yang terakhir. Mereka adalah wasilah kami!!
Mereka adalah kekasih kami!! Mereka adalah syafa'at Rasulullah s.a.w untuk kami di akhirat kelak!! Mereka adalah pemimpin kami!! Mereka adalah Datu-Datu kami!! "Same'na wa ato'na" yang kami curahkan kepada mereka menyebabkan kami diberi kekuatan oleh Allah s.w.t mempertahankan wilayah kami selama hampir 400 tahun tanpa terkalah dan terjajah hingga hari ini!! Sesungguhnya mereka adalah perisai kaum Muslimin sehingga kiamat!!! Begitulah jeritan batin orang-orang Sulu terhadap pemimpin mereka yang mereka gelar "Salip" (Syarif iaitu Ahlul Bait) itu .
Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Pada hari kiamat aku akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunan ku: yang memenuhi keperluan mereka: yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati" (Hadith riwayah Imam Ahmad)."
Inilah rahsia kekuatan Khalid Al-Walid yang terkenal sebagai "PEDANG ALLAH" iaitu terlalu mengasihi Rasulullah s.a.w. hinggakan beliau tidak pernah tumpas dalam setiap peperangan kerana barakah dari mengasihi KEKASIH ALLAH. Begitu jugalah kekuatan bangsa Sulu, selama mana mereka menjaga Sultan mereka selama itulah Allah s.w.t. redha dan memberkati mereka dengan memberikan kekuatan yang tidak terkalahkan. Sultan Sulu adalah dari keluarga Ahlul Bait Al-Husseini dan Al-Hassani.
Ketika orang Sulu meninggalkan Sultan dengan membiarkan institusi kesultanan terumbang-ambing akhirnya mereka jadi lembik. Seolah-olah kehilangan Vitamin atau ayah mereka. Amerika datang membunuh Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu mereka hanya diam membisu dan ada yang melarikan diri. Mereka jadi bacul hilang kepahlawanan malah ada yang sanggup bersekongkol menghancurkan Tausug & Kesultanan Sulu dari dalam dengan pembelotan dan kemunafikan. Mereka meninggalkan Sultan sehingga mati diracun pun mereka hanya ketawa bersama Amerika. Itulah Hj Buto (Perdana Menteri Kesultanan Sulu) dan waris-waris Sultan yang lain setelah kemangkatan Sultan terakhir Sultan Jamalul Kiram II pada 1936.
Untuk kembalikan kegemilangan ialah mengembalikan kekuatan Sultan Sulu kembali ke tempatnya. Kalau tiada yang layak kerana bacul lantik saja Sultan Brunei atau Sultan Terengganu menjadi Sultan Sulu. Kalau tidak pun lantik saja Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab ketua FPI menjadi Sultan Sulu. Kami tidak akan kesah dari mana datangnya waris Sultan janji mereka dari kalangan bani Hasyim atau Ahlul Bait Rasulullah s.a.w. Tausug sangat memerlukan Sultan sebagai simbol kemanan mereka, kalau tidak huru-hara akan tetap berlaku sekali pun wujud MNLF, MILF, MOOLF, MULF ka apa ka..... juga tiada guna, kerana mereka sendiri tiada simbol keamanan.
ASREE
Mari Bersalawat bersama
|