Selamat Datang PEPERANGAN!!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 29, 2009 0 ulasan

Humvee musnah dalam serang hendap MNLF keatas BALIKATAN di Indanan, Sulu kelmarin (selasa, 29 Sept 2009).
"Tausug sedang dibunuh!! Tausug sedang dibunuh!!" ujar seorang bekas pejuang MNLF yang penulis jumpa di sebuah masjid Sandakan. Peperangan sedang berlangsung di Jolo Sulu antara Abu Sayyaf melawan tentera Filipina. Persoalannya benarkah yang dibunuh itu Abu Sayyaf dan yang membunuh itu tentera kerajaan Filipina?

Menurut salah seorang bekas pejuang MNLF yang penulis jumpa di Sandakan baru-baru ini, yang diperangi ialah MNLF bukannya Abu Sayyaf. Kerana telah dilaporkan oleh penduduk Jolo Sulu bahawa yang dibom pada pagi hari Raya Aidil Fitri itu bukannya Abu Sayyaf tetapi pejuang MNLF. Walau pun telah dinafikan oleh Prof. Nur Misuari bahawa yang dibom itu bukan orang-orangnya (MNLF) tetapi menurut para komander MNLF yang berada di Zamboanga, Sabah dan Tawi-Tawi bahawa yang dibom itu ialah anggota saudara-mara mereka sendiri dari kumpulan Komander Kaid.

Sekiranya benar yang dibom itu ialah anggota MNLF sendiri kemudian dinafikan oleh Prof. Nur Misuari, tampak seperti ada yang tidak kena. Pada pagi Hari Raya Aidil Fitri, sekitar jam 6:00 pagi waktu Malaysia di Bandar Jolo, telah kedengaran letupan bom disusuli bunyi tembak menembak. Menyebabkan kebanyakan penduduk Bandar Jolo tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Beberapa jam kemudian dilaporkan bahawa beberapa rumah Abu Sayyaf telah berjaya dibom. Menyebabkan penduduk Jolo terutama Tausug yang pernah terlibat dalam MNLF menyelidik lebih lanjut kalau-kalau laporan tersebut hanya sekadar propaganda Filipina dan Balikatan.



LAPORAN PROPAGANDA
Setelah diselidiki yang dibom dan terbunuh ialah rumah anggota MNLF bukannya Abu Sayyaf. Hal ini telah menyebabkan kemarahan para anggota MNLF yang berada di Jolo terutamanya Komander Kaid. Berita telah tersebar dengan cepat sehingga ke Sandakan bahawa yang dibunuh dan dibom itu ialah MNLF bukannya Abu Sayyaf. Malangnya telah dinafikan oleh Prof. Nur Misuari sendiri. Wal hal ketika pengeboman itu berlaku Nur Misuari berada di Masjid Tulay, Jolo bersama para jamaah masjid di pagi Hari Raya Aidil tersebut dan disinilah pertanyaan telah diajukan oleh para jamaah kepada Nur Misuari berkenaan siapa yang dibom, katanya yang dibom ialah Abu Sayyaf.

Mengapa Prof. Nur Misuari menafikannya? Adakah beliau sememangnya tidak tahu menahu tentang rancangan pengeboman itu atau sebaliknya? Kalau beliau telah maklum (bahawa yang dibom itu bukannya Abu Sayyaf tetapi MNLF) lalu menafikannya, tentunya Nur Misuari telah melakukan pengkhianatan kepada bangsanya sendiri lebih-lebih lagi kepada anggota MNLF yang beliau sendiri adalah pemimpinnya. Tetapi sekiranya beliau tidak tahu menahu langsung lantaran beliau menjawab "Yang dibom itu Abu Sayyaf bukannya MNLF" sedangkan yang dibom itu ternyata adalah MNLF bermakna kerajaan Filipina sekarang tengah melancarkan peperangan dengan Nur Misuari dan MNLF nya. Apa yang ditunggu lagi oleh Nur Misuari, perang sudah bermula, tentunya MNLF yang sedang dibom itu menjerit, "Selamat Datang PEPERANGAN!!!". Nur Misuari perlu masuk hutan untuk memimpin perjuangan MNLF, malangnya beliau masih dalam "tahanan".

Sambungan gambar Humvee di atas.

TENTERA FILIPINA RAMAI YANG TERBUNUH
Kemarahan komander Kaid telah sampai kepada pengetahuan anggota MNLF lain sehingga ke Sandakan dan Kota Kinabalu di Sabah. Sehari lalu komander Kaid telah menyerang hendap satu batalion tentera Filipina yang disokong oleh Balikatan (Tentera Filipina & Amerika). Menurut laporan, 2 HUMVEE HUMMER, 2 lori yang sarat dengan tentera Filipina telah berjaya dimusnahkan semuanya oleh komander Kaid dan 2 kereta perisai (6-by) berjaya ditinggalkan, 3 orang tentera Amerika Syarikat telah terbunuh, 30 orang tentera telah dilaporkan hilang (kemungkinan telah ditangkap hidup-hidup oleh komander Kaid). Menurut seorang sahabat penulis yang berada di Kg. Bahagia Sandakan yang penulis temui mengatakan, sekiranya MNLF diserang anggota Abu Sayyaf akan menyertai mereka secara automatik memerangi Filipina. Malah menurutnya, komander (Ustaz) Habier turut menyertai membantu komander Kaid.

Seorang sahabat Tausug yang penulis tanya ketika dalam perjalanan dari Kg Bahagia ke Sandakan menyatakan bahawa umat Islam Sulu di Jolo sekarang tengah dimainkan sentimen mereka kerana dilaporkan seorang wanita Tausug yang sedang sarat mengandung telah berkecai terkena bom oleh BALIKATAN. Semalam (kelmarin) seorang sahabat penulis di Zamboanga City Prof. Nur Hassan Danial yang salah seorang anak pejuang MNLF memberitahu Neldy Jolo, bahawa Komander (ustaz) Habier Malik telah isytiharkan "JIHAD Fi Sabilillah" kepada tentera Filipina. Seruan jihad ini ditujukan kepada umat Islam Sulu dan Mindanao dimana sahaja mereka berada.

Bapak Kadir, salah seorang bekas anggota MNLF berketurunan Bugis Makassar telah beritahu penulis, "Kita Tausug lain, walau pun bermusuhan sekiranya diperangi kufar kita menjadi satu, hingga hilang permusuhan peribadi. Cuba lihat, MNLF telah dibom, kemudian Abu Sayyaf dan kumpulan lain bangun membantu MNLF, kerana kita tahu perjuangan ini bukan perjuangan MNLF tetapi adalah perjuangan Islam. Kita dibunuh dan dibom ditempat kita sendiri, kita wajib pertahankan diri dengan apa cara sekali pun."


KONSPIRASI TERANCANG
Penulis telah beri analisis sebelum ini tentang konspirasi antarabangsa berkenaan Sulu, dan sekarang telah pun bermula. Menurut Neldy Jolo mungkin peperangan yang sedang berlangsung sekarang ini bertujuan menghalang kebangkitan Tausug dan Kemerdekaan Sulu, tetapi sekiranya bukan, maka ia adalah berita buruk terhadap umat Islam Sulu dan Mindanao seterusnya Nusantara secara amnya.

Menurut analisis Bro. Jal Lintasan seorang peniaga Tausug di Bandar Sandakan, kemungkinan peperangan ini sengaja dibuat untuk memperlambatkan proses kemerdekaan Sulu, atau sebaliknya untuk mencari punca dan sebab agar memudahkan PBB memberi kemerdekaan kepada Sulu yang sekian lama mereka rancang. Bagaimana masa depan Nuantara selepas ini? Bagaimana Malaysia dan Indonesia, dan bagaimana pula kedudukan Filipina? Sekiranya peperangan berlanjutan sudah tentu Laut Sulu akan dipenuhi oleh kapal-kapal perang AS kerana sebab peperangan ini.

Tuduhan terhadap Malaysia kononnya telah mencuri minyak di laut Sulu menggunakan kapal selam yang baru dibelinya adalah sangat menakutkan. Dilaporkan oleh seorang nelayan Sulu yang melalui perairan Palawan, kononnya mereka telah melihat sebuah kapal selam sedang menarik batang hos atau paip di dasar laut Sulu antara Pulau Banggi dan Palawan. Ia dibuktikan dengan radar ikan kapal tersebut. Laporan ini telah tersebar dikalangan nelayan Sulu. Penulis mendapat berita ini dari seorang sahabat yang datang dari pulau Tawi-Tawi.

Penulis berpandangan, ini adalah adu domba untuk melaga-lagakan sentimen kebangsaan antara Malaysia dan masyarakat Sulu. Hal ini berlaku sebagaimana kes tarian Pendet yang menjadi perbalahan antara Indonesia dan Malaysia, tetapi sekiranya kita perhatikan, kesalahan tersebut bukannya dari Malaysia tetapi dari Discovery Channel yang disiarkan di Singapura. Ternyata Malaysia menuding jari kepada Singapura yang menjadi punca kepada perbalahan itu, akhirnya berjaya melegakan perbalahan ini. Sekiranya benar kes kecurian minyak di laut Sulu yang dilakukan Malaysia dianggap benar oleh rakyat Sulu maka ia akan menjadi senjata merbahaya dimasa-masa akan datang.

Sentimen yang dimainkan seperti ini akan menghilangkan "hormat" seagama oleh umat Islam Sulu kepada Malaysia dan seterusnya menghalalkan apa sahaja tindakan terhadap Malaysia oleh orang-orang Sulu di masa akan datang. Ketika suasana perang yang semakin sengit, MNLF dan siapa sahaja yang membantu mereka memerangi kufar BALIKATAN sepatutnya lebih fokus kepada membantu perang bukannya mengutamakan adu domba seperti ini. Umat Islam Sulu memerlukan bantuan Malaysia dan Indonesia dan sudah semestinya tanpa bantuan Umat Islam lain akan menyukarkan perjuangan Sulu. Malaysia boleh membantu dengan membuat bantahan di PBB dan menyuarakannya di OIC (Oh I See...) demikian Indonesia dan Brunei boleh melakukan perkara yang sama. Sekiranya ia tidak dilakukan, Umat Islam Sulu akan mempersalahkan mereka sampai bila-bila.

ASREE

Post a Comment