Sekarang sudah bermunculan bermacam-macam individu dari pelbagai penjuru dunia yang mengaku sebagai waris sah Sultan Sulu terakhir dan sebagainya hinggakan menurut maklumat dari Amerika Syarikat terdapat lebih 120 pengaku Sultan Sulu di seluruh dunia hari ini. Bermula dari Sulu sehingga Eropah dan Amerika seterusnya ke Australia dan seluruh Asia Tenggara bertaburan segala jenis manusia yang mengaku sebagai waris sebenar Kesultanan Sulu. Persoalannya mengapa begitu ramai pengaku sebagai Sultan Sulu yang sah ini? Hebat sangatkah "nama Kesultanan Sulu" hinggakan begitu ramai yang menamakan dirinya sebagai waris sebenar Kesultanan Sulu? Hairan bin ajaib, hebatnya Kesultanan Brunei, Kesultanan Johor, Melaka dan pelbagai lagi nama Kesultanan lain di seluruh dunia tidak pula ada kedengaran begitu ramai pengaku sebagai "waris sah" sebagaimana yang berlaku kepada Kesultanan Sulu. Kalau ada pun hanya seorang dua.
Rahsia kehebatan Kesultanan Sulu ini ada dua perkara terpenting menurut penilaian penulis yang mana telah disebut dalam Al-Quran Al-Karim sebagai PUSAKA kepada BANGSA YANG TERTINDAS,
- Pertama: Mempunyai Empayar besar semenjak zaman purba kerana menurut pencatat sejarah Arab termasuk Al-Mas'udi bahawa pada Millenium Pertama (1 Masihi hingga 900 Masihi) Maharaja Zabaj (Sri Vijaya) adalah empunya kerajaan kepulauan yang paling besar, lokasi pusat pentadbirannya berada di sebelah Timur bertentangan dengan kerajaan Khmer (Kemboja) yang hari ini dikenali sebagai Philippines. Keluasan Empayar Zabaj meliputi seluruh kepulauan hinggakan sekiranya belayar dari pulau ke pulau selama 2 tahun pun masih belum habis dilawati. Ini bermakna, seluruh Asia Tenggara adalah dibawah kekuasaan Maharaja Zabaj. Zabaj adalah salah sebutan bagi Sulug kerana pada lidah Arab tidak ada bunyi "G". Malah jauh sebelum itu telah tercatat pada dinding Piramid Mesir bahawa Ratu Hachepsut pada tahun 1500 SM telah menghantar deligasi mengadap Raja Perahu negeri di sebelah Timur iaitu Raja negara kepulauan yang besar dan sangat berkuasa. Empayar ini masih berterusan sehingga kedatangan Amerika Syarikat dan Jepun ke Kepulauan Sulu. Ketika itu Sulu sudah ditadbir oleh sistem Kesultanan Islam.
- Kedua: Mempunyai aset terbanyak di dunia berbentuk jongkong emas seberat 617, 000 tan metrik hinggakan menurut pengkaji harta tersembunyi dari barat dari kumpulan pengkaji Mike Kay menganggarkan aset Sulu sekarang sebanyak 39 komma (1, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, ... <---- ini baru 11 komma, bayangkan kalau 39 komma?). Itu yang melibatkan aset jongkong emas, manakala aset berbentuk emas hitam (minyak mentah di laut Sulu) menurut maklumat carigali AS dianggarkan Laut Sulu mempunyai simpanan minyak lebih dari Trillion tong iaitu lebih besar dari simpanan minyak mentah Tanah Arab dan benua Amerika keseluruhannya. Hinggakan menurut pakar, Laut Sulu bakal menjadi "Ocean City" kerana banyaknya pelantar minyak (rapat-rapat) menyedut minyak ketika itu.
Walau pun sehingga hari ini Umat Sulu telah tertindas teruk namun kekayaannya serta keberkatannya masih kekal hingga hari ini. Terbukti walau pun begitu lama usaha menjajah mereka namun mereka masih bertahan tidak terkalahkan hingga hari ini. Kekayaan Sulu ini telah disebut dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud,
"Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya..." Al-Qur'an, Surah al-A'raf, ayat 137.
Maka oleh sebab itu mengapa Kesultanan Sulu jadi rebutan. Tidak hairanlah Sulu lebih kaya dari semua kerajaan Beraja atau Bersultan. Maka tidak hairanlah juga begitu ramai yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau waris sebenar Kesultanan Sulu. Sekarang mari kita selidiki siapa sebenarnya yang lebih layak ditabalkan menjadi Sultan Sulu di antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau waris sebenar ini. Berikut adalah senarai nama-nama yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau pun yang pernah ditabalkan antaranya,
- Sultan Rodinood bin Sultan Julaspi Kiram (Ditabalkan di Manila bukan di Sulu).
- Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan (Ditabalkan di Kepulauan Sulu).
- Sultan Muidzullail Kiram bin Sultan Mahakuttah (Ditabalkan di Sulu).
- Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan (Ditabalkan di Sulu).
- Sultan Mohammad Fuad Abdulla Kiram bin Sultan Esmail Kiram I (Ditabal di Manila).
- Sultan Aidal Aranan (Ditabal di Tawi-Tawi, Sulu. Yang ni nasabnya tiada kena mengena dengan Kesultanan Sulu malah keluarga Aranan pun tidak mengenalinya).
- Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II bin Datu Wasik Aranan (Beliau ditabal di Buansa sebagai Sultan Sulu pada 19 Mac 2009 oleh lebih 15,000 pengikut setianya. Kemudian pada 17 November 2009 beliau secara sukarela turun dari takhta untuk memberi peluang kepada Datu Albi Ahmad Julkarnain mentadbir UTC sehingga hari deklarasi kemerdekaan Sulu 17 November 2010).
Sebenarnya banyak lagi Sultan-sultan yang ditabal yang penulis tidak senaraikan. Mereka yang disebut di atas masih hidup dan sedang membuat gerakan masing-masing. Tinggal lagi kita akan suluh siapa sebenarnya yang punya gerakan menepati kehendak Protokol, Taritib (Tertib) Kesultanan Sulu. Berikut adalah senarai individu yang mengaku Datu keluarga Diraja Sulu dan layak malah mengatakan merekalah "satu-satunya" yang paling layak menjadi Sultan Sulu. Antara mereka ialah,
- Paijal bin Abdul Naim @ Nain, beliau mengaku sebagai anak Sultan Mahakuttah Kiram di Kuala Lumpur yang menamakan dirinya sebagai Sultan Mudarasullail Kiram (peliknya sebelum ini beliau menamakan dirinya Datu @ Sultan Muidzullail Kiram). Penulis tidak tahu dimana beliau ditabal secara rasmi menjadi Sultan. Satu kemungkinan juga beliau inilah Sultan Sulu sebenar yang dicari-cari selama ini? Siapa yang mencari?
- Datu Muhammad Ali Kuyung Aranan dan putera-puteranya, lihat blog mereka di datufazhir-p2.blogspot.com/, datufazhir-sejarah.blogspot.com/, (Kemungkinan mereka inilah yang paling layak menjadi Sultan Sulu kerana punyai pelbagai bukti berupa salasilah dan beberapa bukti lain termasuk wasiat lisan dari Sultan Aranan Puyo).
- Sharif Abdul Rahman Al-'Idrus, beliau masih dalam keluarga Aranan Puyo sebelah perempuan yang kemudian berkahwin dengan Sharif dari Tausug Bolongan (Kalimantan) kini mereka menetap di Sarawak dan Sabah dan seringkali berulang-alik ke Brunei Darussalam. Seminggu yang lalu YM Sharif Abdul Rahman menghubungi penulis dari Kuching Sarawak mendedahkan perkara sebenar antara dirinya dan Keluarga Aranan. Penulis sangat-sangat menghargai kesungguhan beliau menelefon penulis. Menurut YM Sharif ini mendakwa bahawa beliau ada menyimpan segala bukti kesultanan Sulu berbanding Keluarga Aranan. Hal ini penulis akan jelaskan di ruangan huraian.
- Dan banyak lagi para Datu yang tidak larat penulis senaraikan.
Untuk membaca siapa sultan Sulu sebenar dari pandangan IbnuRusyd.blogspot.com yang penyelesaiannya dihuraikan agak lengkap, sila klik
ibnurusydi.blogspot.com. Rasanya para pembaca disarankan membaca blog tersebut terlebih dahulu kerana disana kononnya ada kaedah dan cara bagaimana mencari Sultan Sulu yang benar. Kemudian para pembaca bolehlah membandingkan dengan huraian penulis dari konteks Tausug Global pula. Rasanya ia lebih adil.
HURAIAN 2 ELEMEN: Kaedah asas kelayakan menjadi Sultan SuluApakah dengan hanya cukup memiliki dan tersenarai dalam Salasilah Kesultanan Sulu maka anda sudah layak di tabal menjadi Sultan Sulu? Sedarkah anda sepupu-sepipit anda (Keluarga Diraja Sulu) sudah beribu-ribu orang ramainya yang juga tersenarai dalam salasilah?
Apakah dengan memeliki barang-barang warisan berupa ceret, mohor, bendera, keris, baju atau
seluar dalam (Spender) moyang anda yang pernah menjadi Sultan Sulu maka anda sudah layak menjadi Sultan? Sedarkah anda bahawa barang-barang peninggalan tersebut hanyalah sesuai diletak dalam muzium antik negara? Sedarkah anda bahawa setiap Sultan Sulu yang naik akan membuat mohor dan bendera baru sebagai tanda "Sultan telah berganti"? Simpanlah barang-barang peninggalan moyang anda atau beri sahaja ke Muzium Brunei sebagai bahan khazanah Kesultanan Sulu yang bersaudara dengan Kesultanan Brunei yang insyaAllah anda akan diberi honorarium paling sedikit pun RM60,000 satu barang oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam.
Apakah dengan adanya bisikan-bisikan wasiat dari moyang anda yang pernah jadi Sultan Sulu bahawa keluarga anda lah yang sepatutnya naik jadi Sultan maka anda pun terus menjerit "Betalah Sultan Sulu sebenar yang paling sah"? Sedarkah anda telah tertulis dalam buku-buku sejarah Kesultanan Sulu bahawa para Datu naik jadi Sultan kerana mereka disokong oleh para Datu dan Panglima serta para Nakhoda (Nakura') yang mana mereka ini pula mempunyai ramai TINDUG (Pengikut)? Tanpa tindug tiada erti bisikan pewarisan. Tanpa pengikut tidak akan tertubuh kerajaan. Apakah yang dikatakan pengikut atau tindug?
- TINDUG dalam bahasa Sulug bermaksud "berdiri". Sebagai contoh mengarahkan seseorang berdiri "Tindug kau!" bermaksud "Berdiri lah engkau!". Tetapi akan berubah maksudnya sekiranya menyatakan "Tindug ku" bermaksud "Pengikut ku". Tindug dari segi bahasa ialah berdiri yang punya pendirian untuk menyokong, membela, bersatu dengan apa pun keadaan yang menimpa. Tindug boleh terdiri dari keluarga, sahabat atau pekerja atau pun juga hamba.
Maka elemen
pertama terpenting dalam Kesultanan Sulu ialah TINDUG kerana Tindug lah yang bakal menjadi rakyatnya. Tindug pula tidak boleh hanya berjumlah 500 orang kerana dengan jumlah yang hanya sedikit itu tidak akan dapat pertahankan Sultan dan negara. Jumlahnya mesti sekurang-kurangnya 20% dari populasi setempat yang boleh dilihat sebagai satu kekuatan yang sukar digugat.
Elemen kedua terpenting ialah, dapat membentuk pentadbiran (mengurus) kerajaan Kesultanan. Maka sebab itu, tindug itu tadi tidak boleh hanya satu golongan, sebagai contoh kalau tindug hanya golongan petani tanpa ada golongan pakar pentadbir dan pakar ekonomi serta mereka yang pandai merancang dan sebagainya negara akan pincang dan kucar-kacir. Kesultanan Sulu dahulu bertahan kerana elemen pentadbirnya cukup lengkap dan kuat. Sebagai contoh ialah Kesultanan Malaka pada abad ke-14 yang rata-rata sebahagian besar pentadbirnya ialah orang-orang Tausug sendiri. Malaka adalah gambaran bagi sistem Kesultanan Sulu yang awal. Kalau Malaka ada Shahbandar, Tumanggung, Maharaja Lela dan sebagainya Kesultanan Sulu juga ada. Istilahnya pun sama. Sebab itu mengapa "Sultan Sulu" tidak boleh jadi Sultan tanpa tindug atau pengikut yang ramai dan lengkap untuk mentadbir negara.
Maka penulis akan bertanya pada Sultan Mudarasullail dan Sultan Rodinood Kiram yang sudah digelar Sultan hari ini, dimana KERAJAAN ANDA? Tindug anda yang telah mentadbir Sulu di mana? Tanah Kesultanan Sulu memang sudah sedia ada. Kemerdekaannya juga masih ada. Tetapi yang tidak ada ialah Kerajaan Sulu itu. Bagaimana anda jadi Sultan Sulu sedang kerajaan anda pun tidak dapat anda wujudkan.
Maka itulah yang dilakukan oleh UTC (United Tausug Citizens) berarak setiap bulan dan mendaftarkan keahlian adalah bertujuan mengumpul TINDUG. Dengan ramainya tindug maka segala kepakaran akan terkumpul dan boleh digunakan untuk mentadbir bila sampai masanya nanti. Sekarang UTC belum ada Sultan kerana Datu Ladjamura pun sudah diturunkan takhta agar semua Tausug (Buranun, Baklaya, Taguimaha, Sama-Badjau, Yakan, Kalibugan dll) akan datang menyatu termasuk mereka yang "berangan-angan" mahu jadi Sultan.
Ringkasan dua elemen yang boleh mengesahkan SULTAN SULU ialah,
- Elemen pertama: Tindug (Pengikut).
- Elemen kedua: Kerajaan (pentadbiran negara yang berfungsi).
Tanpa ada dua perkara di atas, walau pun gelaran anda "Sultan segala Sultan" namun anda sebenarnya hanya Individu Sultan yang tiada apa-apa. Sebab tu anda meraung, menjerit, melalak dalam media massa bahawa andalah Sultan Sulu sebenar tidak akan didengar atau diberi layanan malah anda akan digelar sebagai
"Keturunan Sultan Sulu yang gila kuasa" yang jahil lagi bodoh. Tindakan anda meletak gambar di internet sebagai Sultan Sulu pun hanya akan dilihat sebagai
"Anak Datu yang sudah kehilangan maruah". Buktikan dahulu anda mempunyai Kerajaan dan rakyat, ketika itu tidak perlu melalak, mereka yang akan datang berlutut dan menyembah.
HURAIAN 7 ELEMEN SULTANIYAHSebelum penulis menyenaraikan 7 elemen Sultaniyah adalah lebih baik disenaraikan dahulu pra-syarat kelayakan menjadi Sultan Sulu. Pra-syarat tersebut ialah,
- Bangsawan (berbangsa, nasab keturunannya mulia dan disegani. Kalau bukan keluarga para Datu, keluarga Syarif @ Syed juga boleh atau pun para pembesar negara atau pahlawan yang disegani),
- Halimawan (harimauan, maksudnya berani. Berani menghadapi segala cabaran sekali pun melibatkan darah dan nyawa),
- Ilmawan (mempunyai ilmu yang tinggi. Watak serba boleh: boleh berceramah dan berkomunikasi di khalayak sehingga mampu menawan hati-hati manusia. Boleh mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Mempunyai pengetahuan Agama dan siasah),
- Altawan (kaya dan berkemampuan dari segi masa, tenaga dan harta. Kaya dengan pengikut dan sokongan rakyat),
- Rupawan (Berpenampilan dan berketerampilan, masih muda belia atau berupaya mengurus dan mentadbir).
- Ummulan (Bijak mengisi usia dengan amal kebaikan, kebajikan, ihsan, ibadah dan keadilan).
- Ugduk-Hula' (Dipercayai, diyakini, dikasihi, dihormati sebagai seorang pemimpin kepada pengikutnya. Bukannya pembohong, penipu, buruk-siku, putar belit hinggakan rakyat tidak sanggup menjadi rakyatnya).
Para pengaku Sultan Sulu hari ini biasanya berjaya di bahagian BANGSAWAN kerana sememangnya mereka adalah para Datu Diraja Sulu malah ramai antara mereka yang kaya dan berharta (Hartawan) tetapi gagal pada Halimawan dan Ilmawan. Sebagai contoh, berapa ramai para pengaku Sultan Sulu yang bermunculan tetapi tidak ada satu pun yang berani berkempen membawa manusia berarak mengangkat bendera selama beberapa tahu berturut-turut di tengah Bandar Jolo
"memperkenalkan semula kemerdekaan". Berarak memerlukan keberanian, kesungguhan, kos yang besar dan kebijaksanaan mengatur manusia yang berterusan. Maka janganlah berangan-angan jadi Sultan Sulu kalau tiada "
7 pra-syarat" di atas.
Berikut adalah 7 elemen Sultaniyah
- Tanah Jajahan.
- Rakyat (memilih Amir mereka secara Syura).
- Sultan (Khalifah @ Amirul Mukminin).
- Kerajaan (Adil dan saksama tanpa mengira darjat keturunan).
- Undang-undang Syari'ah (Al-Quran & As-Sunnah).
- Matawang Dirham "Perak" & Dinar "Emas" (Wang kertas diharamkan kerana mudah dimanipulasi, intrumen kepada riba serta mempermudah inflasi).
- Bala tentera yang beriman dan bertaqwa (Latihan tentera mengikut kaedah Islam sebagaimana tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah diisyaratkan oleh satu Hadith "Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera").
Berbeza dengan Element of the State (International Law) iaitu,
- People,
- Teritory,
- Sovereignty,
- Government,
- Recognition.
Untuk melengkapi segala elemen di atas terutama yang penulis namakan sebagai elemen Sultaniyah adalah sangat penting. Sebab itu mengapa Kerajaan Sulu dinamakan sebagai "Sultanate of Sulu Darul Islam" yang bermaksud Kerajaan Sulu yang dipimpin Sultan serta mengamalkan undang-undang Syariah. Undang-undang Syariah bukan sahaja dikenakan terhadap rakyat sekiranya bersalah malah Sultan sekali pun akan dihukum sesuai dengan peruntukan Syariah. Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan akan memotong tangan Sayyidatina Fatimah r.a. sekiranya beliau didapati bersalah mencuri. Sayyidina Umar Al-Farouk pun sama, beliau rela dihukum dengan mata pedang sekiranya tersalah tadbir maka dimanakah kekebalan SULTAN dalam undang-undang Syariah? Inilah keadilan Islam.
"Sultanate" sebenarnya adalah kerajaan Islam berlandaskan Syariah dalam konteks moden hari ini. Tanpa Sultan sebagai pemimpin ia tidak boleh dipanggil "Sultanate", panggilan yang sesuai ialah Republik. Sebab itu kerajaan "Sultanate" tidak boleh dipimpin oleh Prime Minister yang mana kuasa penentu berada ditangannya. Ini yang berlaku di Malaysia dan kerajaan Republik yang menggunakan sistem Presiden. Jawatan Prime Minister dengan Presiden adalah sama dan mereka lah sebenarnya yang dinamakan "Sultan" kerana berkuasa menandatangani segala urusan negara. Satu lambang "Resident" tinggalan penjajah yang kini masih menjajah ummah dalam "ilusi kemerdekaan". Sebab itu mengapa Malaysia tidak dipanggil Sultanate of Malaysia sekali pun mempunyai Sultan Agung. Hal ini lah yang perlu dilihat dan dipelajari oleh gerakan Kesultanan Sulu (UTC).
Nama "Sultanate of Sulu" bukan semata-mata "Kerajaan" tetapi satu gabungan elemen Islami yang mana Sultan adalah sebahagian elemen terpenting terbentuknya Kerajaan Islam "Sultanate". Inilah yang tidak difahami oleh para individu pengaku Sultan Sulu hari ini. Mereka hanya "melihat" diri mereka yang sudah diangkat menjadi Sultan Sulu tanpa bertindak melengkapkan semua elemen untuk membentuk "Kerajaan Sulu". Keyakinan mereka bahawa "kalau sudah ada sultan yang benar (kerana menganggap dirinya benar) maka Filipina dan negara lain akan mengiktirafnya" sebagai ketua negara Kerajaan Sulu. Tetapi setelah beberapa ketika mereka mula kecewa, jangankan pengiktirafan malah setengah kes "Sultan Sulu" diugut akan ditangkap dan dipenjarakan oleh negara lain yang dikunjunginya.
Maka, kalau anda mahu menjadi Sultan Sulu perlulah memahami 7+7 elemen di atas dan merealisasikannya dalam gerakan anda. Kalau anda kurang yakin dapat melakukannya maka jalan terbaik ialah masuk menyertai gerakan yang sudah sedia ada yang tentunya jauh lebih berjaya dari gerakan anda. Sebarang tindakan agresif atau pun ugutan dan sebagainya kepada UTC dari pihak anda akan dikira satu pengkhianatan kepada bangsa dan agama. Penulis sangat mengharapkan kesatuan dan kesepakatan dari pelbagai pihak terutama para Datu yang "telah pun menjadi Sultan Sulu" untuk masuk menyertai gerakan rakyat yang insyaAllah akan senantiasa dalam lindungan Allah swt kerana gerakan ini tanpa keganasan dan peperangan.
Satu lagi yang paling penting gerakan UTC bukannya gerakan untuk "Menuntut Sabah" kerana kedudukan Sabah telah pun difahami. Kita sangat mengharapkan Kerajaan Malaysia dan Filipina serta Indonesia memberikan kerjasama kalau tidak pun kerana seagama sekurang-kurangnya kerana "serumpun". Wallahu'alam.
BAGAIMANA SERTAI UTCSangat mudah, hubungi wakil UTC berdekatan dengan rumah Anda,
Di Sabah kebajikan UTC dijaga oleh seorang Paduka Wazir:
- Lahad Datu mempunyai 37 Panglima dan satu Paduka Daerah.
- Kunak mempunyai beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
- Semporna mempunyai beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
- Kinabatangan lebih dari 4 Panglima satu Paduka Daerah.
- Beluran beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
- Sandakan 6 Panglima satu Paduka Daerah.
- Ranau satu Panglima.
- Kota Kinabalu lebih dari 4 Panglima satu Paduka Daerah.
Semenanjung Malaysia dan Sabah diketuai oleh Datu Paduka Wazir.
- Johor, 3 Panglima
- Melaka, 1 Panglima
- Selangor, 2 Panglima
- Pahang (Lepas Syawal)
- Perak (Lepas Syawal)
UTC Sulu terutama di Jolo sahaja sudah melebihi 27,000 keahlian. UTC Malaysia dibawah seliaan Wakil Sementara (Ambasador) tidak rasmi yang hanya bertindak sebagai menjaga kebajikan Tausug tanpa mengira mereka warga Malaysia mahu pun pemegang permastautin tetap (IC Merah). Pendaftaran boleh dilakukan untuk tujuan sebagai simpati atau pun tujuan mehu mendapatkan kemudahan sebagai warga Sulu.
ASREESULU
|