PENJELASAN: Video Suntingan Terkini Dari Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 28, 2010 0 ulasan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada ahli UTC di seluruh dunia, dari Sulu sehingga ke Malaysia khususnya. Video di atas baru sahaja dimasukkan ke Youtube.com oleh Pusat Media Sultanate of Sulu dibawah pemantauan Atty. Meltino Jaujan Sibulan merangkap Legal Counsel Sultanate of Sulu dari pulau Jolo. Sebelum penulis menjelaskan lebih lanjut, penulis ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam pembaca blog ini dan kepada semua anggota UTC di seluruh Malaysia yang memahami Bahasa Melayu. Dan juga ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU buat saudari Lyn binti Sharif Hadjirul serta pasangannya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di Lahad Datu baru-baru ini. Tahniah kepada Sharif Hadjirul yang juga merangkap Timbalan Paduka Daerah Lahad Datu kerana baru sahaja mendapat menantu. Semoga semakin kuat dan aktif berjuang membela umat Islam Tausug.

Sharif Hadjirul dua minggu yang lalu telah memberitahu penulis berkenaan pendaftaran baru bangsa Visaya-Filipino seramai 25 orang di Lahad Datu telah memeluk Islam setelah mendaftarkan diri sebagai ahli UTC. Sebelum ini mereka beragama Kristian kemudian setelah diberitahu sejarah asal-usul Visaya yang nenek moyang mereka adalah Tausug beragama Islam maka mereka pun sama-sama ucapkan dua kalimah Syahadah setelah itu. Ini kerana, menurut datuk dan nenek mereka pernah mengatakan bahawa nenek moyang mereka sebelum kedatangan Spanyol adalah beragama Islam dan berasal dari kepulauan Sulu. Sebagai contoh seorang anggota UTC bernama Rasul (sebelum ni nama dia Rushell) menurut keluarganya mereka berketurunan Datu Lakandula dari Manila. Sedangkan Datu Lakandula itu adalah Tausug beragama Islam yang sama-sama berjuang bersama Raja Sulaiman ketika Spanyol menyerang Manila ketika dulu.

Sebenarnya bukan sahaja bangsa Visaya malah menurut kajian penulis dengan saudara Neldy Jolo, bangsa Dusun dan Murut di Sabah itu pun sama mereka adalah Tausug atau pun Sulug. Perkara ini penulis akan jelaskan dalam posting khusus akan datang, insyaAllah.

PENJELASAN VIDEO
Video di atas menjelaskan kepada kita beberapa perkara antaranya,
  • PERTAMA: Yang dimaksudkan Sultanate of Sulu ialah "Kerajaan" bukannya Sultan atau individu Sultan. Sekadar memperbetulkan kesilapan masyarakat Sulu sejak dahulu tidak dapat membezakan antara Sultan Sulu (Individu Sultan) dan Sultanate of Sulu (Kerajaan bersultan). Individu "yang mengaku Sultan" terlalu ramai di Sulu malah menurut maklumat Amerika Syarikat ada 127 individu hari ini yang mengaku "Sultan Sulu" mahu pun "pewaris Sultan Sulu yang sah" di seluruh dunia termasuk di AS dan Australia. Malangnya individu Sultan ini tiada daulat kerana "tidak tahu atau jahil tentang kedaulatan Kesultanan Sulu".
  • KEDUA: Bahawa, Tausug kini sudah mula memahami mengapa begitu mudah mendapatkan kembali kemerdekaan Sulu tanpa peperangan adalah kerana menggunakan "kaedah hak purba Tausug" yang sejak dahulu kala bebas memerintah samada sebelum kedatangan Islam atau sesudahnya. Maka apabila membicarakan "Hak Purba" Tausug maka bukan setakat kepulauan Sulu malah termasuk pulau Luzon dan Visaya. Malahan lebih dahsyat lagi ialah "keseluruhan Asia Tenggara" termasuk dalam hak purba Tausug. Sebagai contoh menurut Vick Hurley dalam bukunya Swish of the Kris menyatakan pengakuan bangsa Burma dan Sukho-Thai yang sebenarnya berasal dari bangsa Annam (Vietnam @ Champa Utara) adalah nenek moyang mereka berasal dari kepulauan Sulu yang beliau sebut sebagai (Philippines). Hal ini penulis akan bahas kemudian.
Carta Asimilasi bahasa Asia Tenggara ini adalah sebahagian dari bahan grafik buku "Sejarah Sulug".

ASREESULU

Post a Comment