KEPADA SABAH & SARAWAK: Selamat Hari Malaysia! (Edited)
Penulis ucapkan "Selamat Hari Malaysia" buat Sabahan dan Sarawakian kerana dengan gembiranya, sejak sekian lama selepas lebih 50 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan barulah kali ini Sabah Sarawak diberi peluang mendapat "Cuti Merdeka".
16 September 1963 adalah hari bersejarah "buat MALAYA" kerana menerima kemasukan Sabah Sarawak dan Singapura menyebabkan "Lahirnya Nama MALAYSIA" yang kita kenali hari ini. Begitu penting kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan Malaysia kerana tanpa Sabah Sarawak "Malaysia" hari ini pastinya hanya dikenali sebagai "Malaya" sahaja. Keluarnya Singapura dari pangkuan Persekutuan Malaysia selepas 2 tahun bersama tidak menghalang Sabah dan Sarawak terus "tinggal" bersama saudara-saudara mereka di Semenanjung Malaysia.
Sekiranya kita tinjau dan perhalusi, kebanyakan Sabahan yang beragama Kristian ketika itu dan sebahagian kaum China berasa "kurang sedap" masuk ke Persekutuan Malaysia tetapi disebabkan "kekuatan" Datu Mustapha maka golongan yang "kurang sedap" terpaksa menurut atau pun berdiam diri sahaja. Siapa Datu Mustapha sebenarnya sehingga dikatakan beliaulah "kunci" kepada kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan Malaysia?
CERITA DATU MUSTAPHA DARI KACAMATA SULUK
Untuk mengetahui sejarah Datu Mustapha secara dekat jangan tanya orang Dusun, Murut, Kadazan atau pun kaum Cina Sabah tetapi tanyalah kepada orang-orang Suluk Sandakan. Memahami cerita sebenar Datu Mustapha tidak akan dapat ditemui dalam surat khabar atau pun Arkib Negeri mahu pun Arkib Negara. Sebagai contoh ketika Kerajaan British menyuarakan ingin melantik pemimpin menerajui North Borneo selepas Perang Dunia ke-II, Kadazan-Dusun yang dipimpin Tuan Fuad Stephen serta ketua kaum Cina menyatakan bahawa mereka yang lebih layak memimpin North Borneo tetapi tidak dipersetujui oleh Kerajaan British ketika itu.
Menurut salah seorang bekas Komander MNLF yang hanya dikenali sebagai Pakcik Kalim di Sandakan mengatakan bahawa British enggan menerima ketua Kadazan-Dusun dan kaum Cina menerajui negeri kerana North Borneo masih terikat dengan "Kesultanan Sulu" maka yang layak menerajuinya ialah pemimpin dari kalangan Datu Suluk @ Tausug. Pilihan yang tepat ialah Datu Mustapha kerana beliau pernah mengetuai gerila Suluk menentang Jepun dan berketurunan Sulug dari kalangan para Datu Diraja Sulu. Masalah yang dihadapi oleh Britisih pula ialah Datu Mustapha bukan sahaja tidak pandai bertutur bahasa Inggeris malah tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah sebagaimana Tun Fuad Stephen dan pemimpin-pemimpin Cina ketika itu. Untuk menerajui kepimpinan North Borneo menurut British perlulah pandai membaca dan menulis dari acuan Barat serta fasih bertutur bahasa Inggeris.
Menurut Pakcik Kalim British terpaksa mengambil keputusan "mendidik" Datu Mustapha dahulu dengan menghantarnya ke England untuk diberi pendidikan khas selama beberapa bulan sehingga 6 tahun. Setelah dipersetujui iaitu memilih Datu Mustapha sebagai pemimpin North Borneo maka perlulah memanggil Datu Mustapha, malangnya British tidak mengetahui dimana Datu Mustapha berada ketika itu. Setelah beberapa bulan mencari akhirnya Ejen British berjaya menemui Datu Mustapha di Pulau Banggi yang ketika itu beliau sedang membuat bubu ikan. Datu Mustapha terpinga-pinga ketika terlihat orang Inggeris datang kepada beliau yang begitu jauh dan terpencil, maka ejen British tersebut membawa beliau ke Kota Kinabalu kerana ada perkara penting katanya.
Menurut pakcik Kalim lagi ketika itu Datu Mustapha dengan tidak memakai baju dengan kulit hitam berkilat (dibakar cahaya matahari) bersiap lalu bergegas ke Kota Kinabalu mengikut utusan British tersebut. Sesampai di Kota Kinabalu beliau langsung dibawa ke England untuk dimasukkan ke sekolah khas selama beberapa tahun. Setelah beliau "pandai" dan cukup bersedia barulah Datu Mustapha dihantar semula ke Sabah dan tidak lama kemudian beliau mendirikan parti politik USNO berkolaborasi dengan parti-parti lain untuk memerdekakan Sabah dari Kerajaan British. Sehinggalah pada 16 Semptember 1963 iaitu selepas Suruhanjaya Cobold melakukan "bancian" barulah Datu Mustapha berjaya membawa Sabah (North Borneo) menyertai Persekutuan Malaysia bersama rakan-rakannya dari kaum-kaum lain dengan syarat 20 Perkara yang dipersetujui.
MASA DEPAN SULUK DI NEGERI SABAH
Hari ini satu tanggungjawab besar buat pemimpin-pemimpin politik Sabah yang berketurunan Suluk-Bajau menjaga negeri Sabah dan rakyatnya sebagaimana yang dilakukan pemimpin-pemimpin Suluk dahulu kala. Datu Paduka Mat Salleh, para Sharif-Sharif dan pejuang Suluk lain sehingga Tun Datu Mustapha telah berjaya membawa North Borneo dan Sabah hari ini ke puncak kejayaan, samada kejayaan "menentang penjajah" mahu pun kejayaan menjadikan Sabah aman tenteram serta kemajuan bersama Malaysia. Para pemimpin Suluk hari ini yang duduk dalam UMNO, PKR dan PAS di seluruh Malaysia perlu bangkit menyuarakan "hak-hak" mereka agar senantiasa mendapat pembelaan sama seperti kaum-kaum lain di seluruh Malaysia.
ASREESULU

- Lestarikan kebudayaan Suluk dengan membina Muzium Suluk di Sabah,
- Mewujudkan Pesta Sambulayang di Sandakan (bukan pesta Lepa-Lepa seperti di Semporna),
- Mewujudkan surat khabar harian berbahasa Suluk sesuai dengan aspirasi bangsa dalam negara Malaysia,
- Menjadikan Bahasa Suluk sebagai bahasa Rasmi Sabah selepas bahasa Melayu.
- Wujudkan Pertubuhan Persuratan Suluk sebagai pusat kajian menelusuri Sejarah Suluk -Malayu di Asia Tenggara dan Dunia.
- Wujudkan Persatuan Usahawan Suluk untuk membela, menuntun, mendidik para usahawan Suluk agar dapat berdikari dalam dunia keusahawanan.
- Mewujudkan Persatuan Pendidikan Islam untuk menjaga dan memantau anak-anak Suluk senantiasa mendapat "pendidikan Agama Islam" agar sesuai dengan gelaran "Bangsa Suluk" di negeri Sabah.
ASREESULU
|