Lagu Rasmi Sulu Merdeka 17 Nov 2010
Maksud dialog dalam gambar, "Manga Filipino imulak" (Rakyat Filipina menjerit) "Trip niyu sayan manga Tausug!!" (Itu hanyalah angan-angan Mat Jenin kalian Tausug!!), "Anak Sug namaus" (Anak Sug membalas) "Bang trip, in panji dih sayan sumakat isa-isa" (Kalau angan-angan Mat Jenin takkan panji naik sendiri).
PANJI SULTANIYAH
Panji (bendera) Sultaniyah (kesultanan)
-------------------------
*Panji Sultaniyah sin Lupa' Sug,
Panji Sultaniyah Tanah Sug,
Ha awal jaman pa timindug,
Sejak awal zaman berdiri,
Ha laum dunya natanug,
Dalam dunia terbilang,
Gagandilan maisug,
Pahlawannya berani,
Lupa' Sug Mahardika' tuud.
Tanah Sug sesungguhnya Merdeka,
-------------------------
Kami Tausug ha Lupa' Sug,
Kami Tausug di Tanah Sug,
Malasa ha hula' mamaugbug,
Sayang pada negara membela,
Panji namu' sintakun sin Salawat langanun,
Panji kami disentak diiringi dendangan Salawat,
Sara' Qur'an Sunnah patindugun.
Cara Quran Sunnah ditegakkan,
Kami Tausug magkasi lasa,
Kami Tausug berkasih sayang,
Manabang ha dugaing bangsa,
Menolong kepada lain bangsa,
Pihak namu' mataud,
Pihak kami ramai (pelbagai kaum),
Tanyag maguntas laud,
Terkenal merentas laut,
Sambulayang Laud Sulu nabantug.
Sambulayang Laut Sulu terbilang,
Tausug maisug di' magirup,
Tausug berani tiada gentar,
Kastila' Milikan Jipun wai nangdaug,
Spanyol American Jepun tidak pernah menang,
Filipino limamud masi-masi in kusug,
Filipina turut campur namun masih kuat,
Sultaniyah sin Sulu wai najugjug.
Sultaniyah Sulu tidak tergugat.
-----------------------------
Lirik: Asreesulu & Neldy Jolo
Melodi: Farihin Abdul Fattah
Dibantu oleh Mujahid & Faisal Moro
UTC Mendapatkan Khidmat Komposer Terkenal
Untuk menyiapkan lagu kemerdekaan 17 November 2010 nanti UTC melalui wakilnya di Kuala Lumpur telah mengambil keputusan menggunakan khidmat penerbit dan komposer tekenal Muslim kelahiran Singapura bernama Farihin Abdul Fattah. Penulis yang mewakili UTC telah beberapa kali membuat pertemuan dengan saudara Farihin yang pada awalnya hanya membincangkan berkenaan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" yang beliau pernah baca sebelum ini yang kemudian bertukar topik kepada "menggubah lagu kemerdekaan Sulu" pula.
Saudara Farihin yang menjadikan aktiviti menunggang kuda dan memanah sebagai hobi di masa lapang, sebenarnya telah lama mengenali Tausug semenjak tahun awal 90-an lagi. Keakraban beliau dengan "Jamaah Al-Arqam" ketika dulu membawa kepada perkenalan beliau dengan ahli-ahli Al-Arqam Tausug yang datang dari Sabah ke Semenanjung Malaysia ketika itu. Sebenarnya di negeri Sabah sahaja ahli Al-Arqam yang paling ramai ialah Tausug samada terdiri dari pelajar mahu pun para pendakwah "hasil didikan Al-Arqam". Hari ini Al-Arqam telah berkubur bersama pemimpinnya Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad namun kerja-kerja Islamnya masih berterusan diperjuangkan oleh bekas-bekas ahli (kebanyakan bekas ahli Arqam yang berjaya hari ini ialah mereka yang telah mendapat kesedaran keluar dari kesilapan atau menjauhkan diri dari kepimpinan Arqam yang sudah berubah haluan perjuangan kepada "politik" peribadi).
Bagi penulis kerja dakwah Islamiyah berjamaah tidak boleh terikat dengan "doktrin peribadi" pemimpin semata-mata kerana di sana terdapat kediktatoran yang telah terkeluar dari konsep musyawarah (Syura) seperti yang dituntut oleh Islam. Pandangan penulis ini sebenarnya sama dengan pandangan Farihin Abdul Fattah, saudara Nazry Raihan dan lain-lain sahabat penulis yang pernah terlibat dengan dakwah berjamaah.
Berbalik kepada lagu, Farihin telah mencadangkan menggubah lagu-lagu Nasyid Tausug untuk disebarkan kepada orang-orang Tausug di Sulu dan Sabah. Penulis telah membuat persetujuan dengan beliau dengan mengubungi Datu Ladjamura di Sulu dan para pemimpin UTC di seluruh Sabah berkenaan perlunya mengumpul sedikit dana dari pada panglima-panglima UTC.
Alhamdulillah, kami mulakan dengan satu lagu ini dulu dengan InsyaAllah lagu-lagu lain akan menyusul kemudian. Panulis dengan ini memohon kepada mana-mana pembaca blog ini untuk sama-sama menghulurkan derma membantu merialisasikan album lagu-lagu Nasyid dalam bahasa Suluk @ Tausug ini. Kepada mereka yang mahu menderma "tanpa mahu dikenali" sila berhubung terus dengan saudara Farihin untuk penjelasan secara lanjut berkenaan pembikinan album tersebut. Sumbanglah untuk masa depan umat Islam Sulu yang lebih baik.
Semoga dengan bantuan para komposer Muslim dan bantuan dana dari saudara-saudara Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sekalian akan mengeratkan lagi talian silaturrahim sesama umat Islam Nusantara. Semoga sumbangan kemahiran Farihin yang sebelum ini telah berjaya "membentuk" kumpulan Raihan dan kumpulan-kumpulan Nasyid Tanah Air lainnya serta sumbangan saudara-saudara pembaca blog sekalian akan mendapat balasan pahala yang berlipat kali ganda dari Allah swt. Ameeen!!
ASREESULU
|