Blog Perkongsian Dagang & Pelaburan UTC
TGR sedang berusaha membangunkan ekonomi dengan menyediakan khidmat latihan lapangan untuk membangunkan pertanian dan hasil laut kepulauan Sulu. Blog TGR masih dalam pembikinan dan insyaAllah barang-barang yang dihasilkan oleh TGR tidak lama lagi akan berada di pasaran Malaysia, Filipina dan Sulu. TGR didaftarkan di SSM Malaysia untuk tujuan dagang dan khidmat info untuk para pelabur yang mahu melabur di Sulu.
Langkah awal TGR ialah menjalin hubungan dengan usahawan Arab Saudi dengan memberikan mereka taklimat dan pelan lokasi tanah persendirian di Sulu yang boleh dibangunkan kilang pemprosesan makanan serta pelancongan dalam jangka masa 6 bulan dari sekarang. Di bidang pelancongan beberapa pengusaha hotel Arab Saudi telah mula membuat pertemuan dengan TGR untuk membincangkan bentuk-bentuk pelaburan prasarana hotel dan rumah penginapan yang boleh dibuat di Sulu selepas deklarasi kemerdekaan.
Arab Saudi atau negara-negara Timur Tengah yang lain menyuarakan keinginan mereka untuk melihat kepulauan Sulu dapat dilawati oleh para pelancong Arab ketika menjelang musim panas setiap tahun antara bulan 7 hingga bulan 9. Pelabur Arab berminat mengendalikan hotel dalam persekitaran Islami yang mana menurut mereka sangat sesuai di Kepulauan Sulu.
Perkara ini juga TGR buka untuk pelabur Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia untuk sama-sama membangunkan kemudahan-kemudahan di Sulu. Usahawan Filipina juga dialu-alukan untuk membuat pelaburan bergantung dari keperluan dan perbincangan dengan TGR. Selepas deklarasi, Kesultanan Sulu memerlukan 3 bulan sehingga 6 bulan menyusun pentadbiran yang "mungkin" akan dibantu oleh beberapa negara yang telah pun dikenal pasti.
ASREESULU
|