MALAYSIA & PHILIPPINES Menyokong Kemerdekaan Sulu? (Edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 9, 2010 0 ulasan

Dalam buku Datuk Zaid Ibrahim yang bertajuk "Saya Pun Melayu" terdapat kenyataan penting yang penulis kira boleh dijadikan "modal" kepada apa yang penulis katakan "Malaysia menyokong Kemerdekaan Sulu". Bagi penulis walau pun buku tersebut lebih kepada cetusan perasaan kecewa Datuk Zaid dalam kancah politiknya dengan BN-Umno namun dalam tulisan beliau terdapat kenyataan atau bukti sokongan pemimpin Malaysia terhadap gerakan kemerdekaan "mana-mana negeri yang dihuni oleh rumpun Melayu" termasuklah Sulu. Kalau pun bukan sokongan untuk merdeka sekurang-kurangnya membantu dari segi kemanusiaan dan sebagainya.

Hari ini Malaysia semakin matang dan semakin bijak mengendalikan sebarang pertikaian dengan negeri-negeri jiran malah terlibat menjadi penganjur kepada perdamian kepada mana-mana pihak yang bertelagah. Malaysia pro-perdamaian dan keamanan bukan peperangan dan persengketaan. Apa yang menarik dalam buku Datuk Zaid di atas ialah terdapatnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia membantu umat Islam rumpun Melayu dimana-mana sahaja termasuk "Filipina" dengan syarat mereka tidak mengangkat senjata (revolusi). Berikut adalah foto salinan yang penulis ambil sendiri sebagai bukti,


Desas-desus yang mengatakan Malaysia enggan membantu Sulu memerdekakan Kesultanannya semula disebabkan kononnya Malaysia takut kehilangan North Borneo sebenarnya adalah berasas kerana secara logiknya Malaysia masih terikat dengan "Pajakan North Borneo", tetapi sekiranya diperhalusi Malaysia akan lebih beruntung dan mempunyai peluang cerah membantu membangunkan Sulu dan mendapat sokongan serta dokongan masyarakat Suluk @ Sulug di seluruh Sabah kerana berusaha "membantu memerdekakan Sulu".

Pemimpin Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan?

Persoalannya, apakah reaksi Filipina pula? Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan Filipina sekiranya "seluruh rakyat Suluk @ Sulug di kepulauan Sulu mahu memerdekakan Kerajaan Kesultanan Sulu semula"? Mahu atau tidak sebenarnya Filipina tidak boleh menghalang kebangkitan Sulu "tanpa peperangan dan keganasan" ini. Sebenarnya Filipina sudah terlalu "Bosan" dengan permainan "perang-perang" yang dimulakan oleh Mendiang Ferdinand Marcos ketika dulu yang masih berlarutan sehingga ke hari ini. Nampaknya yang melakukan kekejaman ketika dulu ialah kerajaan Filipina dibawah Marcos, tetapi yang menanggung akibatnya dengan kemiskinan dan penderitaan bukan sahaja umat Islam Selatan tetapi termasuk umat Kristian sendiri. Sepatutnya Filipina lebih maju dari Malaysia dan Singapura disebabkan Filipina adalah anak angkat Amerika Syarikat di Asia Tenggara tetapi sebaliknya berlaku, Filipina adalah antara negara termiskin yang penuh dengan peperangan dan pemberontakan yang merugikan.

Presiden Noy-Noy Aquino lebih tahu perkara ini berbanding Tausug sendiri kerana ibu dan ayah beliau adalah pejuang kemanusiaan yang prihatin terhadap penderitaan umat Islam Sulu dan Mindanao. Keluarga Aquino tahu, penderitaan Umat Islam di selatan adalah juga penderitaan umat Kristian keseluruhan Filipina maka oleh sebab itu Aquino berusaha bagaimana keamanan dapat direalisasikan, apakah perlu menyerahkan Sulu dan Mindanao ditadbir oleh Kesultanan mereka semula? Atau, apakah perlu memberikan "Sovereignty" sebagaimana Aceh di Indonesia? Sebenarnya tertakluk kepada apa yang dimahukan oleh rakyat Sulu sendiri bukan apa yang dimahukan oleh Filipina.

Noy Noy akan mengikut jejak kedua orang tuanya sebagai pejuang kebenaran dan keadilan kepada rakyat atau mahu mengikut jejak Marcos?

PHILIPPINES MENYOKONG KEMERDEKAAN SULU?
Filipina sangat maklum bahawa satu-satunya entiti yang boleh mengangkat Kemerdekaan Sulu ialah "sekiranya rakyat Sulu dan Mindanao menyedari untuk menjadikan Institusi Kesultanan sebagai modal". Bukannya entiti "BANGSA MORO" yang didasarkan perjuangannya dalam kerangka Revolusi "Maoist-Komunisme" merampas Selatan (Sulu-Mindanao) dari tangan Filipina untuk mewujudkan negara baru "Republic Bangsa Moro". Hal ini juga telah disedari oleh Muammar Ghadafy, Presiden Libya ketika awal 80-an dulu iaitu menyarankan kepada Nur Misuari untuk mengubah haluan dari Revolusi ala Komunis kepada memperjuangkan "hak rakyat dan Kesultanan Sulu". Tetapi Nur Misuari enggan mengubah taktik perjuangannya dengan meneruskan Revolusi bersenjata.

Kita sedia maklum mengapa Nur Misuari enggan menggunakan kaedah "Kesultanan Sulu" adalah kerana kedudukan beliau sebagai "ketua tertinggi" MNLF ketika itu akan terjejas sekiranya Revolusi diubah kepada perjuangan "Hak Kesultanan Sulu". Filipina ketika itu yang masih ditangan Ferdinand Marcos masih "memerlukan" MNLF memeranginya demi kelangsungan jawatannya sebagai Presiden Filipina. Kalau pun ada agenda lain untuk "memusnahkan institusi kesultanan Sulu" namun tindakan Marcos hanya dilihat untuk mengukuhkan atau mengekalkan jawatan Presiden serta memanipulasi harta kesultanan Sulu yang tidak terkira banyaknya.

Persoalannya apakah Filipina sekarang masih mengekalkan dasar Marcos? Jawapannya ada pada Noy Noy Aquino sebagai Presiden Filipina yang baru. Kami berpandangan Filipina pada kali ini akan memacu politik negaranya kearah kemanan dan keselamtan. Mengapa dikatakan Filipina kali ini mahukan Sulu menjadi negara Merdeka secara aman? Kerana Filipina sendiri berpendirian seperti Malaysia iaitu tidak menyokong peperangan dan keganasan. Dalam hal ini sekiranya Tausug dan Kesultanan Sulu memperjuangkan hak mereka terhadap Sulu mestilah melalui jalur keamanan dan keselamatan tanpa senjata dan peperangan. Dengan demikian Malaysia dan Filipina secara langsung atau tidak akan terikat dengan "terpaksa" menyokong Sulu Merdeka.

Presiden Indonesia mampu membuat keputusan di kaki sendiri membantu umat Islam atau mahu menurut sebahagian "kecil" rakyatnya yang hanya tahu mengangkat slogan "Ganyang Malaysia"?

Dalam situasi hubungan antarabangsa Malaysia dan Filipina terhadap sokongan mereka menyokong kemerdekaan negara-negara lain mereka berkongsi sejarah yang sama. Malaysia menyokong kemerdekaan Kosovo keluar dari Serbia manakala Filipina menyokong kemerdekaan Timur Timor (Timur Leste) keluar dari Indonesia. Isunya ialah Kosovo dan Timur Timor ketika itu dianggap sebagai "mempunyai hak" bernegara sendiri. Sangat pahit buat Serbia dan Indonesia menghadapinya namun disebabkan campurtangan dan kehendak antarabangsa Serbia dan Indonesia tidak dapat berbuat apa-apa. Justeru, mengapa tidak bagi Kesultanan Sulu untuk isytiharkan kemerdekaannya semula? Malah Sulu mempunyai status yang lebih baik dan unggul berbanding Kosovo dan Timur Leste iaitu Sulu "tidak pernah terjajah". Maka dengan itu jelas sekali Filipina dan Malaysia tiada halangan menyokong dan mendokong mengembalikan kemerdekaan Sulu.

INDONESIA DAN BRUNEI MENYOKONG?
Amat hairan sekiranya ada yang mengatakan bahawa "Indonesia Tidak Akan Menyokong Kemerdekaan Sulu" kerana beralasan kononnya Indonesia menghormati perjanjian ASEAN dengan Filipina. Bagaimana pula dengan Filipina yang telah menjadi "Negara Pertama Menyokong Kemerdekaan Timur Timor" tidak lama dulu? Masakan Indonesia sudah menjadi negara pelupa terhadap perlakuan negara lain terhadapnya? Sedangkan hanya kes "Tarian Pendet" dengan Malaysia sahaja mereka mewujudkan slogan "Ganyang Malaysia"?

Satu-satunya Sultan Nusantara yang paling terkenal dalam dunia kerana kekayaan dan "ketampanan". Semoga Baginda dapat membuat lawatan rasmi ke Sulu selepas deklarasi kemerdekaan Sulu 17 Nov 2010 nanti, ameeen. Bangunan yang Baginda bina di Jolo atas kerjasama Santanina Rasul masih berdiri megah tetapi terbiar tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Berkenaan Brunei samada menyokong kemerdekaan Sulu atau tidak sebenarnya sudah lama difahami. Brunei tidak akan menjadi negara Brunei Dar Salam sekiranya tidak menyahut "pengisytiharan kemerdekaan Sulu Dar Al-Islam". Sekali pun Brunei adalah negara kecil namun mempunyai peranan besar dalam menyokong Sulu. Tausug lebih memahami dan mengetahui "keadaan" Brunei berbanding negara-negara lain, sebab itu Brunei hanya "tunggu dan lihat" dengan perkembangan UTC di kepulauan Sulu. Tunggu dan lihat Brunei turut dilakukan oleh Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina sendiri malah Negara China turut memantau perkembangan. Amerika Syarikat sudahla tentu, nampaknya AS lebih mendahului mana-mana negara membantu kepulauan Sulu atas nama USAID-BALIKATAN. Pengisytiharan SULU MERDEKA pada 17 Nov 2010 nanti dijangka AS adalah negara pertama mengadakan hubungan DIPLOMATIK dengan Sulu kemudian Philippines (Filipina).

"Lama sangat UTC isytiharkan kemerdekaan dan melantik Sultan Sulu yang sah pilihan rakyat... tak sabar rasanya nak sedut minyak di Laut Sulu" begitulah yang sedang difikir oleh Obama agaknya kerana AS memerlukan Kerajaan Sulu yang sah untuk memeterai perjanjian minyak dan sempadan wilayah dengan Filipina, malah perancangan untuk membina jambatan menghubungkan pulau-pulau Sulu telah pun dirangka. Betulkah?


Salam dan pengakuan Obama terhadap "Dunia Islam" iaitu keamanan dan kesejahteraan.


KERISAUAN MALAYSIA TERHADAP NORTH BORNEO (SABAH)
Sebenarnya Malaysia hanya lebih risaukan MNLF/MILF berbanding Kesultanan Sulu sebab itu mengapa Malaysia hanya mengambil berat kes "Perjanjian Damai MNLF/MILF" dengan Filipina tanpa menghiraukan Kesultanan Sulu. Malaysia maklum MNLF/MILF mempunyai pasukan bersenjata berbanding Kesultanan Sulu yang bukan sahaja tiada pasukan bersenjata malah entiti Kesultanan Sulu itu sendiri samada wujud atau tidak, tidaklah diketahui. Tidak hairanlah mengapa Malaysia menganggap "Kesultanan Sulu sudah hilang". Sebagai bukti gelaran Datu yang diberikan oleh "pengaku Sultan Sulu palsu" kepada rakyat Malaysia tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Memanglah patut pun Malaysia tidak iktiraf disebabkan yang memberikan gelaran itu sendiri adalah Sultan Sulu yang tidak punya rakyat dan negara.

Sekiranya Malaysia mengetahui "rahsia" Tausug yang lebih mementingkan persaudaraan seagama dan jati diri sudah tentu Malaysia tidak akan risaukan North Borneo (Sabah).

ASREESULU

Post a Comment