Berita Hangat Dalam Utusan Malaysia Hari Ini!! (Edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 28, 2010 0 ulasan

Sultan Sulu cari dana RM5 juta bina istana

KUALA LUMPUR 27 Sept.
- Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM5 juta bagi membangunkan semula Istana Darul Jambangan yang musnah akibat bencana alam pada 1932. Datu Mudarasulail Kiram Ibni Almarhum Sultan Muhd. Mahakuttah Kiram (gambar) berkata, apabila siap kelak, istana itu akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Kesultanan Sulu.

Kata Datu Mudarasulail Kiram, pihaknya mengharapkan ada pihak yang bermurah hati membantu melaksanakan hasratnya itu memandangkan aset Kesultanan Sulu yang dianggarkan bernilai hampir RM9 bilion masih tidak dapat digunakan kerana dibekukan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sejak sekian lama.


"Beta telah lama mencari pelbagai dana untuk membina semula Darul Jambangan. Kami tidak boleh menunggu terlalu lama dan mengharapkan aset yang dibekukan itu. Kami perlu membina istana itu dahulu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Dalam pada itu, Datu Mudarasullail Kiram mendakwa, dirinya mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Rumah Bichara Kesultanan Sulu sebagai waris kepada ayahandanya itu pada 1991 dan seterusnya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang sah.


"Ketika Sulu bergolak berikutan peperangan antara Kerajaan Filipina dan puak Islam Mindanao pada 1974, ayahanda Beta secara rahsia telah menghantar Beta ke Sabah.
"Kemangkatan ayahanda Beta pada 1986 menyebabkan pemerintahan di Sulu kucar-kacir. Sewaktu Beta masih berada di Malaysia dan seolah-olah dilupakan, sultan-sultan palsu pula tumbuh bagai cendawan," katanya. "Ada antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini menjual anugerah dan gelaran Datuk kepada orang ramai terutama dari Malaysia," katanya.

-----------------------------------

Ulasan:
"Kahahaha... Asree, Sultan mana lagi ni masuk Utusan mendakwa diri dia sebagai Sultan Sulu!!" begitulah gelak ketawa salah seorang ahli UTC dari Banting, Selangor kepada penulis. Dengan tanpa membuang masa penulis membuka Utusan Online tetapi tidak menemuinya. Hanya dapat ditemui dalam ruangan cari dengan menaip Sultan Sulu maka nama Sultan Mudarasullail Kiram pun muncul.

Siapa Mudarasullail Kiram ini? Menurut UTC Melaka yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, mereka kenal sangat dengan beliau yang punya Istana Kuning di Melaka, seorang yang "kaya raya" dan punya syarikat Security (Kawalan Keselamatan) di Semenanjung Malaysia. Menurut beliau lagi dulu mereka selalu mengikuti program si Mudarasullail ini tetapi setelah mengetahui keadaan sebenar mereka menghentikan hubungan dengannya.

Sebenarnya penulis pernah "satu bantal" dengan beliau dalam satu hotel ketika memulakan program Kesultanan Sulu pada tahun 2005-2006 yang lalu. Ketika itu nama beliau ialah Datu Muidzullail Kiram bin Sultan Mahakuttah. Menurutnya beliaulah sebenarnya Crown Prince dari ayahandanya bernama Sultan Mahakuttah Kiram bin Sultan Esmail Kiram I bin Rajamuda Mawallil Wasit bin Sultan Muhammad Jamalul Alam (Sultan Sulu yang bertanggungjawab memajakkan North Borneo kepada Kompani British).

Tidak berapa lama kemudian Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan (Pemimpin Agung UTC sekarang) menelefon penulis bahawa Sultan Muidzullail Kiram yang benar berada di Sulu bernama Datu Bebot, bukannya si Muidzullail yang ada di Kuala Lumpur tersebut. Ketika itu penulis hanya mendiamkan diri, tidak berapa lama kemudian kedengaranlah cerita dari UTC Kota Kinabalu yang melaporkan bahawa si Sultan Muidzullail telah menukar nama kepada Sultan Mudarasullail Kiram pula dan menubuhkan satu surat khabar mingguan bernama "Suara Tausug" di Kota Kinabalu. Pejabatnya di bangunan Sinsuran.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran lagi laporan dari UTC Kota Kinabalu mengatakan Sultan Mudarasullail mula menubuhkan Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu di pejabat yang sama. Beliau masuk keluar kampung Tausug di seluruh Sabah mendaftarkan keahlian persatuannya dengan mengutip beberapa puluh ringgit sebagai yuran. Ramai Tausug yang ambil dan percaya beliaulah sebenarnya Sultan Sulu. Penulis nasihatkan kepada UTC Sabah agar jangan peduli dengan program Mudarasullail kerana jelas beliau mempergunakan nama Kesultanan Sulu tanpa pengetahuan tentang protokol dan kaedah bagaimana mendaulatkan Kesultanan Sulu. Beliau hanya tahu bagaimana "menuntut harta kesultanan Sulu yang begitu banyak" yang sebenarnya hanya untuk keuntungan peribadi beliau.

Paijal Abdul Naim @ Sultan Muidzullail Kiram @ Sultan Mudarasullail Kiram.

Oleh kerana UTC semakin berkembang dan semakin menular ke seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia yang mana gerakannya hanya tertumpu kepada penjelasan sejarah dan memantau kebajikan Tausug maka gerakan Mudarasullail semakin terhimpit. Masyarakat Tausug yang beliau kutip wang yuran persatuan dahulu majoriti sudah menjadi ahli UTC. Sehinggalah baru-baru ini (awal bulan Ramadhan) beliau menelefon penulis bersama seorang sahabatnya yang juga mengaku Sultan Sulu (Beliau mengaku sebagai Datu Muidzullail sebenar), mengugut bunuh siap dengan sumpah seranah kepada penulis. Dengan hanya mentertawakan mereka sambil mempersilakan mereka datang kerumah penulis untuk membunuh, sehingga hari ini ugutan DAYYUS mereka masih tidak tertunai.

Penulis sudah maklumkan kepada Datu Ladjamura, Datu Albi dan para X-Komander MNLF di seluruh Sabah dan Sulu melalui jalur UTC tentang Mudarasullail dan Muidzullail @ Datu Bebot yang mengugut untuk membunuh penulis sebagai maklumat mereka. Sepatutnya Mudarasullail dan Muidzullail Kiram masuk bergabung dengan Tausug agar dengan demikian mereka akan mendapat seperti apa yang mereka mahukan "menjadi Sultan Sulu" bukannya bergerak sendirian memisahkan diri dari rakyat. Mana mungkin mereka jadi Sultan, malah tanpa rasa malu meminta derma untuk membina Istana Sultan Sulu pula. Sungguh memalukan Tausug dan Kesultanan Sulu.

Mahu tanya tentang siapa Sultan Mahakuttah Kiram tanya Tuan Syarif Murakib Syarif Abirin dan para Syarif-syarif lain serta orang-orang Patikul. Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Sulu terakhir pada 1936 adalah Sultan Tiada Kedaulatan kerana tiada rakyat. Dengan hanya membangunkan Istana Darul Jambangan betapa cantik dan besar pun kalau tiada rakyat yang mengakuinya sebagai Sultan Sulu, mereka hanya jadi Sultan tanpa Negara. Lihatlah, bagaimana Sultan Sulu dapat sampai ke Kuala Lumpur? Apa kerakyatannya?

Saksi penulis tentang dakwaan pertukaran nama Paijal Abdul Naim yang pada awalnya ialah Datu @ Sultan Muidzullail Kiram yang kemudian beliau tukar kepada Sultan Mudarasullail Kiram ialah:
  • Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah
  • Al-Fadhil Ustaz Hanzalah Al-Hafiz
  • Saudara Aldusuni (DJ Cahaya FM Sabah dan Bloger Suara Mualaf http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/)
  • YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan
  • dan ramai lagi
Saudara Aldusuni boleh ceritakan kebenarannya....

ASREESULU

Post a Comment