TERKINI: Rakaman Lagu Kemerdekaan Sulu di Kuala Lumpur

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 30, 2010 0 ulasan

Video terkini dan terakhir:




Video terdahulu: video rakaman di Studio saudara Yasin di Kota Damansara baru-baru ini sempena rakaman lagu Panji Sultaniyah.

Video Pertama



Lagu Mujahidin yang dinyanyikan oleh Hj Mujahid ini adalah lagu para pejuang MNLF ketika dulu iaitu ketika perang berkecamuk 1972 ke 1973 (sebelum Magic 8?). Walau bagaimana pun perang senjata sudah tidak relevan dalam perjuangan UTC Kesultanan Sulu hari ini kerana didasarkan atas Anti-war & Anti-Terrorisme.


PANDUAN: Cara @ Kaedah Untuk Menjadi Sultan Sulu?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 28, 2010 0 ulasan

Sekarang sudah bermunculan bermacam-macam individu dari pelbagai penjuru dunia yang mengaku sebagai waris sah Sultan Sulu terakhir dan sebagainya hinggakan menurut maklumat dari Amerika Syarikat terdapat lebih 120 pengaku Sultan Sulu di seluruh dunia hari ini. Bermula dari Sulu sehingga Eropah dan Amerika seterusnya ke Australia dan seluruh Asia Tenggara bertaburan segala jenis manusia yang mengaku sebagai waris sebenar Kesultanan Sulu. Persoalannya mengapa begitu ramai pengaku sebagai Sultan Sulu yang sah ini? Hebat sangatkah "nama Kesultanan Sulu" hinggakan begitu ramai yang menamakan dirinya sebagai waris sebenar Kesultanan Sulu? Hairan bin ajaib, hebatnya Kesultanan Brunei, Kesultanan Johor, Melaka dan pelbagai lagi nama Kesultanan lain di seluruh dunia tidak pula ada kedengaran begitu ramai pengaku sebagai "waris sah" sebagaimana yang berlaku kepada Kesultanan Sulu. Kalau ada pun hanya seorang dua.

Rahsia kehebatan Kesultanan Sulu ini ada dua perkara terpenting menurut penilaian penulis yang mana telah disebut dalam Al-Quran Al-Karim sebagai PUSAKA kepada BANGSA YANG TERTINDAS,
  • Pertama: Mempunyai Empayar besar semenjak zaman purba kerana menurut pencatat sejarah Arab termasuk Al-Mas'udi bahawa pada Millenium Pertama (1 Masihi hingga 900 Masihi) Maharaja Zabaj (Sri Vijaya) adalah empunya kerajaan kepulauan yang paling besar, lokasi pusat pentadbirannya berada di sebelah Timur bertentangan dengan kerajaan Khmer (Kemboja) yang hari ini dikenali sebagai Philippines. Keluasan Empayar Zabaj meliputi seluruh kepulauan hinggakan sekiranya belayar dari pulau ke pulau selama 2 tahun pun masih belum habis dilawati. Ini bermakna, seluruh Asia Tenggara adalah dibawah kekuasaan Maharaja Zabaj. Zabaj adalah salah sebutan bagi Sulug kerana pada lidah Arab tidak ada bunyi "G". Malah jauh sebelum itu telah tercatat pada dinding Piramid Mesir bahawa Ratu Hachepsut pada tahun 1500 SM telah menghantar deligasi mengadap Raja Perahu negeri di sebelah Timur iaitu Raja negara kepulauan yang besar dan sangat berkuasa. Empayar ini masih berterusan sehingga kedatangan Amerika Syarikat dan Jepun ke Kepulauan Sulu. Ketika itu Sulu sudah ditadbir oleh sistem Kesultanan Islam.
  • Kedua: Mempunyai aset terbanyak di dunia berbentuk jongkong emas seberat 617, 000 tan metrik hinggakan menurut pengkaji harta tersembunyi dari barat dari kumpulan pengkaji Mike Kay menganggarkan aset Sulu sekarang sebanyak 39 komma (1, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, 000, ... <---- ini baru 11 komma, bayangkan kalau 39 komma?). Itu yang melibatkan aset jongkong emas, manakala aset berbentuk emas hitam (minyak mentah di laut Sulu) menurut maklumat carigali AS dianggarkan Laut Sulu mempunyai simpanan minyak lebih dari Trillion tong iaitu lebih besar dari simpanan minyak mentah Tanah Arab dan benua Amerika keseluruhannya. Hinggakan menurut pakar, Laut Sulu bakal menjadi "Ocean City" kerana banyaknya pelantar minyak (rapat-rapat) menyedut minyak ketika itu.
Walau pun sehingga hari ini Umat Sulu telah tertindas teruk namun kekayaannya serta keberkatannya masih kekal hingga hari ini. Terbukti walau pun begitu lama usaha menjajah mereka namun mereka masih bertahan tidak terkalahkan hingga hari ini. Kekayaan Sulu ini telah disebut dalam Al-Quran Al-Karim yang bermaksud,

"Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya..." Al-Qur'an, Surah al-A'raf, ayat 137.

Maka oleh sebab itu mengapa Kesultanan Sulu jadi rebutan. Tidak hairanlah Sulu lebih kaya dari semua kerajaan Beraja atau Bersultan. Maka tidak hairanlah juga begitu ramai yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau waris sebenar Kesultanan Sulu. Sekarang mari kita selidiki siapa sebenarnya yang lebih layak ditabalkan menjadi Sultan Sulu di antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau waris sebenar ini. Berikut adalah senarai nama-nama yang mengaku sebagai Sultan Sulu atau pun yang pernah ditabalkan antaranya,
  1. Sultan Rodinood bin Sultan Julaspi Kiram (Ditabalkan di Manila bukan di Sulu).
  2. Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan (Ditabalkan di Kepulauan Sulu).
  3. Sultan Muidzullail Kiram bin Sultan Mahakuttah (Ditabalkan di Sulu).
  4. Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan (Ditabalkan di Sulu).
  5. Sultan Mohammad Fuad Abdulla Kiram bin Sultan Esmail Kiram I (Ditabal di Manila).
  6. Sultan Aidal Aranan (Ditabal di Tawi-Tawi, Sulu. Yang ni nasabnya tiada kena mengena dengan Kesultanan Sulu malah keluarga Aranan pun tidak mengenalinya).
  7. Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II bin Datu Wasik Aranan (Beliau ditabal di Buansa sebagai Sultan Sulu pada 19 Mac 2009 oleh lebih 15,000 pengikut setianya. Kemudian pada 17 November 2009 beliau secara sukarela turun dari takhta untuk memberi peluang kepada Datu Albi Ahmad Julkarnain mentadbir UTC sehingga hari deklarasi kemerdekaan Sulu 17 November 2010).
Sebenarnya banyak lagi Sultan-sultan yang ditabal yang penulis tidak senaraikan. Mereka yang disebut di atas masih hidup dan sedang membuat gerakan masing-masing. Tinggal lagi kita akan suluh siapa sebenarnya yang punya gerakan menepati kehendak Protokol, Taritib (Tertib) Kesultanan Sulu. Berikut adalah senarai individu yang mengaku Datu keluarga Diraja Sulu dan layak malah mengatakan merekalah "satu-satunya" yang paling layak menjadi Sultan Sulu. Antara mereka ialah,
  1. Paijal bin Abdul Naim @ Nain, beliau mengaku sebagai anak Sultan Mahakuttah Kiram di Kuala Lumpur yang menamakan dirinya sebagai Sultan Mudarasullail Kiram (peliknya sebelum ini beliau menamakan dirinya Datu @ Sultan Muidzullail Kiram). Penulis tidak tahu dimana beliau ditabal secara rasmi menjadi Sultan. Satu kemungkinan juga beliau inilah Sultan Sulu sebenar yang dicari-cari selama ini? Siapa yang mencari?
  2. Datu Muhammad Ali Kuyung Aranan dan putera-puteranya, lihat blog mereka di datufazhir-p2.blogspot.com/, datufazhir-sejarah.blogspot.com/, (Kemungkinan mereka inilah yang paling layak menjadi Sultan Sulu kerana punyai pelbagai bukti berupa salasilah dan beberapa bukti lain termasuk wasiat lisan dari Sultan Aranan Puyo).
  3. Sharif Abdul Rahman Al-'Idrus, beliau masih dalam keluarga Aranan Puyo sebelah perempuan yang kemudian berkahwin dengan Sharif dari Tausug Bolongan (Kalimantan) kini mereka menetap di Sarawak dan Sabah dan seringkali berulang-alik ke Brunei Darussalam. Seminggu yang lalu YM Sharif Abdul Rahman menghubungi penulis dari Kuching Sarawak mendedahkan perkara sebenar antara dirinya dan Keluarga Aranan. Penulis sangat-sangat menghargai kesungguhan beliau menelefon penulis. Menurut YM Sharif ini mendakwa bahawa beliau ada menyimpan segala bukti kesultanan Sulu berbanding Keluarga Aranan. Hal ini penulis akan jelaskan di ruangan huraian.
  4. Dan banyak lagi para Datu yang tidak larat penulis senaraikan.
Untuk membaca siapa sultan Sulu sebenar dari pandangan IbnuRusyd.blogspot.com yang penyelesaiannya dihuraikan agak lengkap, sila klik ibnurusydi.blogspot.com. Rasanya para pembaca disarankan membaca blog tersebut terlebih dahulu kerana disana kononnya ada kaedah dan cara bagaimana mencari Sultan Sulu yang benar. Kemudian para pembaca bolehlah membandingkan dengan huraian penulis dari konteks Tausug Global pula. Rasanya ia lebih adil.


HURAIAN 2 ELEMEN: Kaedah asas kelayakan menjadi Sultan Sulu

Apakah dengan hanya cukup memiliki dan tersenarai dalam Salasilah Kesultanan Sulu maka anda sudah layak di tabal menjadi Sultan Sulu? Sedarkah anda sepupu-sepipit anda (Keluarga Diraja Sulu) sudah beribu-ribu orang ramainya yang juga tersenarai dalam salasilah?

Apakah dengan memeliki barang-barang warisan berupa ceret, mohor, bendera, keris, baju atau seluar dalam (Spender) moyang anda yang pernah menjadi Sultan Sulu maka anda sudah layak menjadi Sultan? Sedarkah anda bahawa barang-barang peninggalan tersebut hanyalah sesuai diletak dalam muzium antik negara? Sedarkah anda bahawa setiap Sultan Sulu yang naik akan membuat mohor dan bendera baru sebagai tanda "Sultan telah berganti"? Simpanlah barang-barang peninggalan moyang anda atau beri sahaja ke Muzium Brunei sebagai bahan khazanah Kesultanan Sulu yang bersaudara dengan Kesultanan Brunei yang insyaAllah anda akan diberi honorarium paling sedikit pun RM60,000 satu barang oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam.

Apakah dengan adanya bisikan-bisikan wasiat dari moyang anda yang pernah jadi Sultan Sulu bahawa keluarga anda lah yang sepatutnya naik jadi Sultan maka anda pun terus menjerit "Betalah Sultan Sulu sebenar yang paling sah"? Sedarkah anda telah tertulis dalam buku-buku sejarah Kesultanan Sulu bahawa para Datu naik jadi Sultan kerana mereka disokong oleh para Datu dan Panglima serta para Nakhoda (Nakura') yang mana mereka ini pula mempunyai ramai TINDUG (Pengikut)? Tanpa tindug tiada erti bisikan pewarisan. Tanpa pengikut tidak akan tertubuh kerajaan. Apakah yang dikatakan pengikut atau tindug?
  • TINDUG dalam bahasa Sulug bermaksud "berdiri". Sebagai contoh mengarahkan seseorang berdiri "Tindug kau!" bermaksud "Berdiri lah engkau!". Tetapi akan berubah maksudnya sekiranya menyatakan "Tindug ku" bermaksud "Pengikut ku". Tindug dari segi bahasa ialah berdiri yang punya pendirian untuk menyokong, membela, bersatu dengan apa pun keadaan yang menimpa. Tindug boleh terdiri dari keluarga, sahabat atau pekerja atau pun juga hamba.
Maka elemen pertama terpenting dalam Kesultanan Sulu ialah TINDUG kerana Tindug lah yang bakal menjadi rakyatnya. Tindug pula tidak boleh hanya berjumlah 500 orang kerana dengan jumlah yang hanya sedikit itu tidak akan dapat pertahankan Sultan dan negara. Jumlahnya mesti sekurang-kurangnya 20% dari populasi setempat yang boleh dilihat sebagai satu kekuatan yang sukar digugat.

Elemen kedua terpenting ialah, dapat membentuk pentadbiran (mengurus) kerajaan Kesultanan. Maka sebab itu, tindug itu tadi tidak boleh hanya satu golongan, sebagai contoh kalau tindug hanya golongan petani tanpa ada golongan pakar pentadbir dan pakar ekonomi serta mereka yang pandai merancang dan sebagainya negara akan pincang dan kucar-kacir. Kesultanan Sulu dahulu bertahan kerana elemen pentadbirnya cukup lengkap dan kuat. Sebagai contoh ialah Kesultanan Malaka pada abad ke-14 yang rata-rata sebahagian besar pentadbirnya ialah orang-orang Tausug sendiri. Malaka adalah gambaran bagi sistem Kesultanan Sulu yang awal. Kalau Malaka ada Shahbandar, Tumanggung, Maharaja Lela dan sebagainya Kesultanan Sulu juga ada. Istilahnya pun sama. Sebab itu mengapa "Sultan Sulu" tidak boleh jadi Sultan tanpa tindug atau pengikut yang ramai dan lengkap untuk mentadbir negara.

Maka penulis akan bertanya pada Sultan Mudarasullail dan Sultan Rodinood Kiram yang sudah digelar Sultan hari ini, dimana KERAJAAN ANDA? Tindug anda yang telah mentadbir Sulu di mana? Tanah Kesultanan Sulu memang sudah sedia ada. Kemerdekaannya juga masih ada. Tetapi yang tidak ada ialah Kerajaan Sulu itu. Bagaimana anda jadi Sultan Sulu sedang kerajaan anda pun tidak dapat anda wujudkan.

Maka itulah yang dilakukan oleh UTC (United Tausug Citizens) berarak setiap bulan dan mendaftarkan keahlian adalah bertujuan mengumpul TINDUG. Dengan ramainya tindug maka segala kepakaran akan terkumpul dan boleh digunakan untuk mentadbir bila sampai masanya nanti. Sekarang UTC belum ada Sultan kerana Datu Ladjamura pun sudah diturunkan takhta agar semua Tausug (Buranun, Baklaya, Taguimaha, Sama-Badjau, Yakan, Kalibugan dll) akan datang menyatu termasuk mereka yang "berangan-angan" mahu jadi Sultan.

Ringkasan dua elemen yang boleh mengesahkan SULTAN SULU ialah,
  • Elemen pertama: Tindug (Pengikut).
  • Elemen kedua: Kerajaan (pentadbiran negara yang berfungsi).
Tanpa ada dua perkara di atas, walau pun gelaran anda "Sultan segala Sultan" namun anda sebenarnya hanya Individu Sultan yang tiada apa-apa. Sebab tu anda meraung, menjerit, melalak dalam media massa bahawa andalah Sultan Sulu sebenar tidak akan didengar atau diberi layanan malah anda akan digelar sebagai "Keturunan Sultan Sulu yang gila kuasa" yang jahil lagi bodoh. Tindakan anda meletak gambar di internet sebagai Sultan Sulu pun hanya akan dilihat sebagai "Anak Datu yang sudah kehilangan maruah". Buktikan dahulu anda mempunyai Kerajaan dan rakyat, ketika itu tidak perlu melalak, mereka yang akan datang berlutut dan menyembah.


HURAIAN 7 ELEMEN SULTANIYAH

Sebelum penulis menyenaraikan 7 elemen Sultaniyah adalah lebih baik disenaraikan dahulu pra-syarat kelayakan menjadi Sultan Sulu. Pra-syarat tersebut ialah,
  • Bangsawan (berbangsa, nasab keturunannya mulia dan disegani. Kalau bukan keluarga para Datu, keluarga Syarif @ Syed juga boleh atau pun para pembesar negara atau pahlawan yang disegani),
  • Halimawan (harimauan, maksudnya berani. Berani menghadapi segala cabaran sekali pun melibatkan darah dan nyawa),
  • Ilmawan (mempunyai ilmu yang tinggi. Watak serba boleh: boleh berceramah dan berkomunikasi di khalayak sehingga mampu menawan hati-hati manusia. Boleh mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Mempunyai pengetahuan Agama dan siasah),
  • Altawan (kaya dan berkemampuan dari segi masa, tenaga dan harta. Kaya dengan pengikut dan sokongan rakyat),
  • Rupawan (Berpenampilan dan berketerampilan, masih muda belia atau berupaya mengurus dan mentadbir).
  • Ummulan (Bijak mengisi usia dengan amal kebaikan, kebajikan, ihsan, ibadah dan keadilan).
  • Ugduk-Hula' (Dipercayai, diyakini, dikasihi, dihormati sebagai seorang pemimpin kepada pengikutnya. Bukannya pembohong, penipu, buruk-siku, putar belit hinggakan rakyat tidak sanggup menjadi rakyatnya).
Para pengaku Sultan Sulu hari ini biasanya berjaya di bahagian BANGSAWAN kerana sememangnya mereka adalah para Datu Diraja Sulu malah ramai antara mereka yang kaya dan berharta (Hartawan) tetapi gagal pada Halimawan dan Ilmawan. Sebagai contoh, berapa ramai para pengaku Sultan Sulu yang bermunculan tetapi tidak ada satu pun yang berani berkempen membawa manusia berarak mengangkat bendera selama beberapa tahu berturut-turut di tengah Bandar Jolo "memperkenalkan semula kemerdekaan". Berarak memerlukan keberanian, kesungguhan, kos yang besar dan kebijaksanaan mengatur manusia yang berterusan. Maka janganlah berangan-angan jadi Sultan Sulu kalau tiada "7 pra-syarat" di atas.

Berikut adalah 7 elemen Sultaniyah
  1. Tanah Jajahan.
  2. Rakyat (memilih Amir mereka secara Syura).
  3. Sultan (Khalifah @ Amirul Mukminin).
  4. Kerajaan (Adil dan saksama tanpa mengira darjat keturunan).
  5. Undang-undang Syari'ah (Al-Quran & As-Sunnah).
  6. Matawang Dirham "Perak" & Dinar "Emas" (Wang kertas diharamkan kerana mudah dimanipulasi, intrumen kepada riba serta mempermudah inflasi).
  7. Bala tentera yang beriman dan bertaqwa (Latihan tentera mengikut kaedah Islam sebagaimana tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah diisyaratkan oleh satu Hadith "Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera").
Berbeza dengan Element of the State (International Law) iaitu,
  1. People,
  2. Teritory,
  3. Sovereignty,
  4. Government,
  5. Recognition.
Untuk melengkapi segala elemen di atas terutama yang penulis namakan sebagai elemen Sultaniyah adalah sangat penting. Sebab itu mengapa Kerajaan Sulu dinamakan sebagai "Sultanate of Sulu Darul Islam" yang bermaksud Kerajaan Sulu yang dipimpin Sultan serta mengamalkan undang-undang Syariah. Undang-undang Syariah bukan sahaja dikenakan terhadap rakyat sekiranya bersalah malah Sultan sekali pun akan dihukum sesuai dengan peruntukan Syariah. Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan akan memotong tangan Sayyidatina Fatimah r.a. sekiranya beliau didapati bersalah mencuri. Sayyidina Umar Al-Farouk pun sama, beliau rela dihukum dengan mata pedang sekiranya tersalah tadbir maka dimanakah kekebalan SULTAN dalam undang-undang Syariah? Inilah keadilan Islam.

"Sultanate" sebenarnya adalah kerajaan Islam berlandaskan Syariah dalam konteks moden hari ini. Tanpa Sultan sebagai pemimpin ia tidak boleh dipanggil "Sultanate", panggilan yang sesuai ialah Republik. Sebab itu kerajaan "Sultanate" tidak boleh dipimpin oleh Prime Minister yang mana kuasa penentu berada ditangannya. Ini yang berlaku di Malaysia dan kerajaan Republik yang menggunakan sistem Presiden. Jawatan Prime Minister dengan Presiden adalah sama dan mereka lah sebenarnya yang dinamakan "Sultan" kerana berkuasa menandatangani segala urusan negara. Satu lambang "Resident" tinggalan penjajah yang kini masih menjajah ummah dalam "ilusi kemerdekaan". Sebab itu mengapa Malaysia tidak dipanggil Sultanate of Malaysia sekali pun mempunyai Sultan Agung. Hal ini lah yang perlu dilihat dan dipelajari oleh gerakan Kesultanan Sulu (UTC).

Nama "Sultanate of Sulu" bukan semata-mata "Kerajaan" tetapi satu gabungan elemen Islami yang mana Sultan adalah sebahagian elemen terpenting terbentuknya Kerajaan Islam "Sultanate". Inilah yang tidak difahami oleh para individu pengaku Sultan Sulu hari ini. Mereka hanya "melihat" diri mereka yang sudah diangkat menjadi Sultan Sulu tanpa bertindak melengkapkan semua elemen untuk membentuk "Kerajaan Sulu". Keyakinan mereka bahawa "kalau sudah ada sultan yang benar (kerana menganggap dirinya benar) maka Filipina dan negara lain akan mengiktirafnya" sebagai ketua negara Kerajaan Sulu. Tetapi setelah beberapa ketika mereka mula kecewa, jangankan pengiktirafan malah setengah kes "Sultan Sulu" diugut akan ditangkap dan dipenjarakan oleh negara lain yang dikunjunginya.

Maka, kalau anda mahu menjadi Sultan Sulu perlulah memahami 7+7 elemen di atas dan merealisasikannya dalam gerakan anda. Kalau anda kurang yakin dapat melakukannya maka jalan terbaik ialah masuk menyertai gerakan yang sudah sedia ada yang tentunya jauh lebih berjaya dari gerakan anda. Sebarang tindakan agresif atau pun ugutan dan sebagainya kepada UTC dari pihak anda akan dikira satu pengkhianatan kepada bangsa dan agama. Penulis sangat mengharapkan kesatuan dan kesepakatan dari pelbagai pihak terutama para Datu yang "telah pun menjadi Sultan Sulu" untuk masuk menyertai gerakan rakyat yang insyaAllah akan senantiasa dalam lindungan Allah swt kerana gerakan ini tanpa keganasan dan peperangan.

Satu lagi yang paling penting gerakan UTC bukannya gerakan untuk "Menuntut Sabah" kerana kedudukan Sabah telah pun difahami. Kita sangat mengharapkan Kerajaan Malaysia dan Filipina serta Indonesia memberikan kerjasama kalau tidak pun kerana seagama sekurang-kurangnya kerana "serumpun". Wallahu'alam.


BAGAIMANA SERTAI UTC
Sangat mudah, hubungi wakil UTC berdekatan dengan rumah Anda,

Di Sabah kebajikan UTC dijaga oleh seorang Paduka Wazir:
  • Lahad Datu mempunyai 37 Panglima dan satu Paduka Daerah.
  • Kunak mempunyai beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
  • Semporna mempunyai beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
  • Kinabatangan lebih dari 4 Panglima satu Paduka Daerah.
  • Beluran beberapa Panglima satu Paduka Daerah.
  • Sandakan 6 Panglima satu Paduka Daerah.
  • Ranau satu Panglima.
  • Kota Kinabalu lebih dari 4 Panglima satu Paduka Daerah.
Semenanjung Malaysia dan Sabah diketuai oleh Datu Paduka Wazir.
  • Johor, 3 Panglima
  • Melaka, 1 Panglima
  • Selangor, 2 Panglima
  • Pahang (Lepas Syawal)
  • Perak (Lepas Syawal)
UTC Sulu terutama di Jolo sahaja sudah melebihi 27,000 keahlian. UTC Malaysia dibawah seliaan Wakil Sementara (Ambasador) tidak rasmi yang hanya bertindak sebagai menjaga kebajikan Tausug tanpa mengira mereka warga Malaysia mahu pun pemegang permastautin tetap (IC Merah). Pendaftaran boleh dilakukan untuk tujuan sebagai simpati atau pun tujuan mehu mendapatkan kemudahan sebagai warga Sulu.

ASREESULU

Berita Hangat Dalam Utusan Malaysia Hari Ini!! (Edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Sultan Sulu cari dana RM5 juta bina istana

KUALA LUMPUR 27 Sept.
- Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sah memberitahu, beliau memerlukan kira-kira RM5 juta bagi membangunkan semula Istana Darul Jambangan yang musnah akibat bencana alam pada 1932. Datu Mudarasulail Kiram Ibni Almarhum Sultan Muhd. Mahakuttah Kiram (gambar) berkata, apabila siap kelak, istana itu akan dibangunkan sebagai pusat pentadbiran dan pemerintahan Kesultanan Sulu.

Kata Datu Mudarasulail Kiram, pihaknya mengharapkan ada pihak yang bermurah hati membantu melaksanakan hasratnya itu memandangkan aset Kesultanan Sulu yang dianggarkan bernilai hampir RM9 bilion masih tidak dapat digunakan kerana dibekukan pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sejak sekian lama.


"Beta telah lama mencari pelbagai dana untuk membina semula Darul Jambangan. Kami tidak boleh menunggu terlalu lama dan mengharapkan aset yang dibekukan itu. Kami perlu membina istana itu dahulu," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


Dalam pada itu, Datu Mudarasullail Kiram mendakwa, dirinya mendapat pengiktirafan dan pengesahan dari Rumah Bichara Kesultanan Sulu sebagai waris kepada ayahandanya itu pada 1991 dan seterusnya ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang sah.


"Ketika Sulu bergolak berikutan peperangan antara Kerajaan Filipina dan puak Islam Mindanao pada 1974, ayahanda Beta secara rahsia telah menghantar Beta ke Sabah.
"Kemangkatan ayahanda Beta pada 1986 menyebabkan pemerintahan di Sulu kucar-kacir. Sewaktu Beta masih berada di Malaysia dan seolah-olah dilupakan, sultan-sultan palsu pula tumbuh bagai cendawan," katanya. "Ada antara mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu ini menjual anugerah dan gelaran Datuk kepada orang ramai terutama dari Malaysia," katanya.

-----------------------------------

Ulasan:
"Kahahaha... Asree, Sultan mana lagi ni masuk Utusan mendakwa diri dia sebagai Sultan Sulu!!" begitulah gelak ketawa salah seorang ahli UTC dari Banting, Selangor kepada penulis. Dengan tanpa membuang masa penulis membuka Utusan Online tetapi tidak menemuinya. Hanya dapat ditemui dalam ruangan cari dengan menaip Sultan Sulu maka nama Sultan Mudarasullail Kiram pun muncul.

Siapa Mudarasullail Kiram ini? Menurut UTC Melaka yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, mereka kenal sangat dengan beliau yang punya Istana Kuning di Melaka, seorang yang "kaya raya" dan punya syarikat Security (Kawalan Keselamatan) di Semenanjung Malaysia. Menurut beliau lagi dulu mereka selalu mengikuti program si Mudarasullail ini tetapi setelah mengetahui keadaan sebenar mereka menghentikan hubungan dengannya.

Sebenarnya penulis pernah "satu bantal" dengan beliau dalam satu hotel ketika memulakan program Kesultanan Sulu pada tahun 2005-2006 yang lalu. Ketika itu nama beliau ialah Datu Muidzullail Kiram bin Sultan Mahakuttah. Menurutnya beliaulah sebenarnya Crown Prince dari ayahandanya bernama Sultan Mahakuttah Kiram bin Sultan Esmail Kiram I bin Rajamuda Mawallil Wasit bin Sultan Muhammad Jamalul Alam (Sultan Sulu yang bertanggungjawab memajakkan North Borneo kepada Kompani British).

Tidak berapa lama kemudian Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan (Pemimpin Agung UTC sekarang) menelefon penulis bahawa Sultan Muidzullail Kiram yang benar berada di Sulu bernama Datu Bebot, bukannya si Muidzullail yang ada di Kuala Lumpur tersebut. Ketika itu penulis hanya mendiamkan diri, tidak berapa lama kemudian kedengaranlah cerita dari UTC Kota Kinabalu yang melaporkan bahawa si Sultan Muidzullail telah menukar nama kepada Sultan Mudarasullail Kiram pula dan menubuhkan satu surat khabar mingguan bernama "Suara Tausug" di Kota Kinabalu. Pejabatnya di bangunan Sinsuran.

Tidak berapa lama kemudian kedengaran lagi laporan dari UTC Kota Kinabalu mengatakan Sultan Mudarasullail mula menubuhkan Persatuan Kebudayaan Kesultanan Sulu di pejabat yang sama. Beliau masuk keluar kampung Tausug di seluruh Sabah mendaftarkan keahlian persatuannya dengan mengutip beberapa puluh ringgit sebagai yuran. Ramai Tausug yang ambil dan percaya beliaulah sebenarnya Sultan Sulu. Penulis nasihatkan kepada UTC Sabah agar jangan peduli dengan program Mudarasullail kerana jelas beliau mempergunakan nama Kesultanan Sulu tanpa pengetahuan tentang protokol dan kaedah bagaimana mendaulatkan Kesultanan Sulu. Beliau hanya tahu bagaimana "menuntut harta kesultanan Sulu yang begitu banyak" yang sebenarnya hanya untuk keuntungan peribadi beliau.

Paijal Abdul Naim @ Sultan Muidzullail Kiram @ Sultan Mudarasullail Kiram.

Oleh kerana UTC semakin berkembang dan semakin menular ke seluruh Sabah dan Semenanjung Malaysia yang mana gerakannya hanya tertumpu kepada penjelasan sejarah dan memantau kebajikan Tausug maka gerakan Mudarasullail semakin terhimpit. Masyarakat Tausug yang beliau kutip wang yuran persatuan dahulu majoriti sudah menjadi ahli UTC. Sehinggalah baru-baru ini (awal bulan Ramadhan) beliau menelefon penulis bersama seorang sahabatnya yang juga mengaku Sultan Sulu (Beliau mengaku sebagai Datu Muidzullail sebenar), mengugut bunuh siap dengan sumpah seranah kepada penulis. Dengan hanya mentertawakan mereka sambil mempersilakan mereka datang kerumah penulis untuk membunuh, sehingga hari ini ugutan DAYYUS mereka masih tidak tertunai.

Penulis sudah maklumkan kepada Datu Ladjamura, Datu Albi dan para X-Komander MNLF di seluruh Sabah dan Sulu melalui jalur UTC tentang Mudarasullail dan Muidzullail @ Datu Bebot yang mengugut untuk membunuh penulis sebagai maklumat mereka. Sepatutnya Mudarasullail dan Muidzullail Kiram masuk bergabung dengan Tausug agar dengan demikian mereka akan mendapat seperti apa yang mereka mahukan "menjadi Sultan Sulu" bukannya bergerak sendirian memisahkan diri dari rakyat. Mana mungkin mereka jadi Sultan, malah tanpa rasa malu meminta derma untuk membina Istana Sultan Sulu pula. Sungguh memalukan Tausug dan Kesultanan Sulu.

Mahu tanya tentang siapa Sultan Mahakuttah Kiram tanya Tuan Syarif Murakib Syarif Abirin dan para Syarif-syarif lain serta orang-orang Patikul. Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Sulu terakhir pada 1936 adalah Sultan Tiada Kedaulatan kerana tiada rakyat. Dengan hanya membangunkan Istana Darul Jambangan betapa cantik dan besar pun kalau tiada rakyat yang mengakuinya sebagai Sultan Sulu, mereka hanya jadi Sultan tanpa Negara. Lihatlah, bagaimana Sultan Sulu dapat sampai ke Kuala Lumpur? Apa kerakyatannya?

Saksi penulis tentang dakwaan pertukaran nama Paijal Abdul Naim yang pada awalnya ialah Datu @ Sultan Muidzullail Kiram yang kemudian beliau tukar kepada Sultan Mudarasullail Kiram ialah:
  • Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah
  • Al-Fadhil Ustaz Hanzalah Al-Hafiz
  • Saudara Aldusuni (DJ Cahaya FM Sabah dan Bloger Suara Mualaf http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/)
  • YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik Aranan
  • dan ramai lagi
Saudara Aldusuni boleh ceritakan kebenarannya....

ASREESULU

PENJELASAN: Video Suntingan Terkini Dari Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada ahli UTC di seluruh dunia, dari Sulu sehingga ke Malaysia khususnya. Video di atas baru sahaja dimasukkan ke Youtube.com oleh Pusat Media Sultanate of Sulu dibawah pemantauan Atty. Meltino Jaujan Sibulan merangkap Legal Counsel Sultanate of Sulu dari pulau Jolo. Sebelum penulis menjelaskan lebih lanjut, penulis ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam pembaca blog ini dan kepada semua anggota UTC di seluruh Malaysia yang memahami Bahasa Melayu. Dan juga ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU buat saudari Lyn binti Sharif Hadjirul serta pasangannya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka di Lahad Datu baru-baru ini. Tahniah kepada Sharif Hadjirul yang juga merangkap Timbalan Paduka Daerah Lahad Datu kerana baru sahaja mendapat menantu. Semoga semakin kuat dan aktif berjuang membela umat Islam Tausug.

Sharif Hadjirul dua minggu yang lalu telah memberitahu penulis berkenaan pendaftaran baru bangsa Visaya-Filipino seramai 25 orang di Lahad Datu telah memeluk Islam setelah mendaftarkan diri sebagai ahli UTC. Sebelum ini mereka beragama Kristian kemudian setelah diberitahu sejarah asal-usul Visaya yang nenek moyang mereka adalah Tausug beragama Islam maka mereka pun sama-sama ucapkan dua kalimah Syahadah setelah itu. Ini kerana, menurut datuk dan nenek mereka pernah mengatakan bahawa nenek moyang mereka sebelum kedatangan Spanyol adalah beragama Islam dan berasal dari kepulauan Sulu. Sebagai contoh seorang anggota UTC bernama Rasul (sebelum ni nama dia Rushell) menurut keluarganya mereka berketurunan Datu Lakandula dari Manila. Sedangkan Datu Lakandula itu adalah Tausug beragama Islam yang sama-sama berjuang bersama Raja Sulaiman ketika Spanyol menyerang Manila ketika dulu.

Sebenarnya bukan sahaja bangsa Visaya malah menurut kajian penulis dengan saudara Neldy Jolo, bangsa Dusun dan Murut di Sabah itu pun sama mereka adalah Tausug atau pun Sulug. Perkara ini penulis akan jelaskan dalam posting khusus akan datang, insyaAllah.

PENJELASAN VIDEO
Video di atas menjelaskan kepada kita beberapa perkara antaranya,
  • PERTAMA: Yang dimaksudkan Sultanate of Sulu ialah "Kerajaan" bukannya Sultan atau individu Sultan. Sekadar memperbetulkan kesilapan masyarakat Sulu sejak dahulu tidak dapat membezakan antara Sultan Sulu (Individu Sultan) dan Sultanate of Sulu (Kerajaan bersultan). Individu "yang mengaku Sultan" terlalu ramai di Sulu malah menurut maklumat Amerika Syarikat ada 127 individu hari ini yang mengaku "Sultan Sulu" mahu pun "pewaris Sultan Sulu yang sah" di seluruh dunia termasuk di AS dan Australia. Malangnya individu Sultan ini tiada daulat kerana "tidak tahu atau jahil tentang kedaulatan Kesultanan Sulu".
  • KEDUA: Bahawa, Tausug kini sudah mula memahami mengapa begitu mudah mendapatkan kembali kemerdekaan Sulu tanpa peperangan adalah kerana menggunakan "kaedah hak purba Tausug" yang sejak dahulu kala bebas memerintah samada sebelum kedatangan Islam atau sesudahnya. Maka apabila membicarakan "Hak Purba" Tausug maka bukan setakat kepulauan Sulu malah termasuk pulau Luzon dan Visaya. Malahan lebih dahsyat lagi ialah "keseluruhan Asia Tenggara" termasuk dalam hak purba Tausug. Sebagai contoh menurut Vick Hurley dalam bukunya Swish of the Kris menyatakan pengakuan bangsa Burma dan Sukho-Thai yang sebenarnya berasal dari bangsa Annam (Vietnam @ Champa Utara) adalah nenek moyang mereka berasal dari kepulauan Sulu yang beliau sebut sebagai (Philippines). Hal ini penulis akan bahas kemudian.
Carta Asimilasi bahasa Asia Tenggara ini adalah sebahagian dari bahan grafik buku "Sejarah Sulug".

ASREESULU

Blog Perkongsian Dagang & Pelaburan UTC

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, September 26, 2010 0 ulasan


TGR sedang berusaha membangunkan ekonomi dengan menyediakan khidmat latihan lapangan untuk membangunkan pertanian dan hasil laut kepulauan Sulu. Blog TGR masih dalam pembikinan dan insyaAllah barang-barang yang dihasilkan oleh TGR tidak lama lagi akan berada di pasaran Malaysia, Filipina dan Sulu. TGR didaftarkan di SSM Malaysia untuk tujuan dagang dan khidmat info untuk para pelabur yang mahu melabur di Sulu.

Langkah awal TGR ialah menjalin hubungan dengan usahawan Arab Saudi dengan memberikan mereka taklimat dan pelan lokasi tanah persendirian di Sulu yang boleh dibangunkan kilang pemprosesan makanan serta pelancongan dalam jangka masa 6 bulan dari sekarang. Di bidang pelancongan beberapa pengusaha hotel Arab Saudi telah mula membuat pertemuan dengan TGR untuk membincangkan bentuk-bentuk pelaburan prasarana hotel dan rumah penginapan yang boleh dibuat di Sulu selepas deklarasi kemerdekaan.

Arab Saudi atau negara-negara Timur Tengah yang lain menyuarakan keinginan mereka untuk melihat kepulauan Sulu dapat dilawati oleh para pelancong Arab ketika menjelang musim panas setiap tahun antara bulan 7 hingga bulan 9. Pelabur Arab berminat mengendalikan hotel dalam persekitaran Islami yang mana menurut mereka sangat sesuai di Kepulauan Sulu.

Perkara ini juga TGR buka untuk pelabur Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia untuk sama-sama membangunkan kemudahan-kemudahan di Sulu. Usahawan Filipina juga dialu-alukan untuk membuat pelaburan bergantung dari keperluan dan perbincangan dengan TGR. Selepas deklarasi, Kesultanan Sulu memerlukan 3 bulan sehingga 6 bulan menyusun pentadbiran yang "mungkin" akan dibantu oleh beberapa negara yang telah pun dikenal pasti.

ASREESULU

Artikel terkini Hj Zakaria: The Sultanate of Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, September 25, 2010 1 ulasan

Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II (wafat 1936).

The Sultanate of Sulu

Founded in 1405 by Sultan Shariful Hashim Abubakar, a descendant of Prophet Muhammad (pbuh) through Sayidina Hussein, it was recognized by the contemporary sovereign nations, including China, Brunei, Turkey, U.K., USA, Portugal, Holland, Singapore, Malaysia, France, Germany, Spain, etc until the death of the last Sultan Mohammad Jamalul Kiram II in 1936.

The Sultanate of Sulu was partially colonized by the Spanish for a brief period but managed to recover and resist Spanish subjugation in the over 300 years of war of attrition.

"Sold" by Spain to the USA in the infamous 1898 Treaty of Paris for $20 million along with the conquered territory of the Philippine islands, the Sultanate and its people were not even aware of the transaction. Sulu was colonized by the Americans although earlier recognized and respected as a sovereign entity as enshrined in the 1899 Kiram-Bates Treaty in which the Americans pledged not to "sell or transfer" the rights of the Sultanate to other nations.

But in violation of the above provision of the Treaty, the Americans transferred the colonization of the Sultanate of Sulu to the Philippines in 1946, without due process. Feeling deceived by the Americans, the Muslims consequently protested and the Government of the Republic of the Philippines (GRP) tried to suppress all forms of dissents that almost amounted to genocide. This led to the formation of the Moro National Liberation Front (MNLF) in 1972, after martial law was declared purposely to legalize the total suppression of all forms of dissent in which around 150,000 Moros were killed in the process. But the Moro people fought back to dismantle all forms of oppression until the demise of the Marcos dictatorship in 1986.

The MNLF was organized with the unified support of all the Moro peoples throughout Mindanao and Sulu as an Independence Movement. However, upon the interference or advise of the Organization of Islamic Conference (OIC), the MNLF was convinced to accept a mere Autonomy without even seeking the mandate of the broad masses of the Moro and Bangsa Sug peoples.

Thirty four years to-date, since the signing of the Tripoli Agreement, said Autonomy still remains a dream and the basic problems confronting the internally displaced people were not even addressed. From the original 13 provinces to comprsing the Autonomous Government, what remains to be implemented are only five (5)! And yet, implementation is not being felt by the grassroots of the Moro people, if any. For that matter, the Sultanate of Sulu, which is the most badly damaged area in the course of the MNLF war of liberation, has decided to take over the cudgels of the struggle for self-determination and independence. With its sovereign entity being only colonized by the USA and Philippines, it is seeking to avail of the UN De-colonization Statute of 1960 for the Granting of Independence to Colonial Peoples.

The Sultanate of Sulu has decided to declare its independence and the reinstitution of its sovereign status on November 17, 2010 in Jolo, Sulu, the capital city of the once prosperous Sulu kingdom; through legal process and non-violent approach.


The Sultanate of Sulu does not include Mindanao, which is under the Sultanate of Magindanao, now being under negotiation between the Moro Islamic Liberation Front (MILF) and the GRP.

The provinces that comprise the Sultanate of Sulu are: Sulu, Basilan, Tawi-Tawi, Palawan and part of the Zamboanga peninsula. (The status of Sabah as part of the Sulu Sultanate is still being held in abeyance)

The Assets of the Sultanate stashed in several Banks worldwide, both in US Dollars cash and in Gold Bar Accounts is worth in Trillions of US Dollars. Beneath the Sulu Sea is believed to contain one of the largest deposits of Black Gold in the world. Many other resources including natural gas and petroleum-based products are said to be abundant in various parts of the Sulu Archipelago.


The Moro National Liberation Front (MNLF)

The MNLF officially came into being after the declaration by President Ferdinand Marcos of martial law in 1972, as a vehicle for Independence of the Bangsamoro Republic that would comprise the whole island of Mindanao and the island provinces of Basilan, Sulu, Tawi-Tawi and Palawan. The unified forces of the Bangsamoro people under the MNLF fought tooth and nail in 1973 that sent a chilling signal to both the military and political leaders of the Philippine Republic, forcing Marcos to send his wife Imelda as emissary to President Muammar Khaddafi of Libya, who was then the main supporter of the MNLF, to sue for peace. Faced by the formidable Bangsamoro Army at the battle front and the prospect of going bankrupt due to high cost of war, Fortunato Abat, the Commanding General of the Armed Forces of the Philippines admitted in his book, "The Day We Almost Lost Mindanao", that they were already on the verge of defeat when the MNLF accepted the offer for peace negotiation and ceasefire. The battle over the negotiation table reversed the situation as the MNLF accepted Autonomy that signaled the disintegration of the Front into several factions. Today, the MNLF have five factions to the delight of the enemy. For that reason, the GRP is dilly-dallying the implementation of the Agreements as there is no more pressure on them. Militarily, the MNLF is also badly fragmented that it can hardly count a battalion strength officially by any of the factions. Although during encounters, the armed civilians are still a force to reckon with that create havoc upon the enemy with their tenacity and inborn fighting ability.


The Moro Islamic Liberation Front (MILF)

The Moro Islamic Liberation Front (MILF) is a splinter group of the MNLF that was formed in 1979 by responsible MNLF officers from mainland Mindanao who opposed the capitulation of the MNLF from Independence to Autonomy. Later on, they invited former colleagues from the island provinces of Sulu, Basilan, Tawi-Tawi and Palawan who were disgruntled with the MNLF to join them. Therefore, the MILF is dominated by Moro freedom fighters from mainland Mindanao. They initially struggled to maintain independence as their goal. But after they realized the demographic situation brought about by the massive resettlement of non-Muslims in their midst, in which they are losing much of their ancestral domain to land grabbing cases fully aided by the state, they seemed to be softening their stand to claim just what they call Bangsamoro Juridical Entity or Moro Ancestral Domain, a pocket of Muslim concentrations amidst Christian-dominated areas.


Conclusion:

Historical facts that abound in archives of many older nations are favorable to the Sultanate of Sulu's claim for 'decolonization and re-institution’ of its sovereign entity. A number of non-governmental organizations in Europe, the West and other oparts of the world, including some learned officials of the United States of America , have signified their support for the independence of the Sultanate of Sulu. China is also highly supportive, though unofficially at the moment, because one of the Sulu Sultans who died during an official visit to China is buried there. Some historical records also show high level contacts between Turkey and Sulu between the 17th and 19th centuries. Filipino, Malaysian and American historians and academicians also have expressed concurrence to and others have written many facts about the veracity of the inalienable rights of the Sultanate of Sulu to national self-determination and independence, including that of not having been conquered by any foreign invaders.

Tausug @ "Budak Sabah" Wajib Memenuhi Bumi Sarawak

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, September 24, 2010 48 ulasan

Sahabat-sahabat UTC Seri Kembangan, Selangor.

Baru-baru ini penulis bertemu dengan sebilangan sahabat-sahabat UTC yang menetap di Seri Kembangan Selangor berdekatan Pasar Borong Selangor yang jaraknya hanya kira-kira 7 kilometer ke Cyberjaya dan Putrajaya. UTC Seri Kembangan berjumlah hampir 60 orang semakin berkembang sehingga ke Pahang dan Perak. Bila berkumpul beramah mesra dengan mereka penulis biasanya akan bertanya sejarah bagaimana mereka dapat sampai ke Seri Kembangan sehingga ke Pahang dan Perak. Hal inilah yang penulis ingin ceritakan dalam ruangan terbatas ini sekadar berkongsi pengalaman daripada kehidupan mereka.

Apa yang menarik dengan cerita dan pengalaman mereka ialah sebilangan mereka pernah menetap di Sarawak. Sekiranya ditanya bagaimana mereka sampai ke Sarawak jawapannya ringkas "Cari makan". Walau bagaimana pun dalam mencari makan ini Tausug @ Sulug @ Suluk tidak akan dapat lari dari dua jenis ancaman iaitu,
  • Pertama, ancaman dari pihak Keselamatan Malaysia (Polis atau Imegresyen) kerana sebilangan mereka masuk ke Malaysia dari Kepulauan Sulu tanpa pass perjalanan sah (Hairan bagaimana mereka boleh menembusi Sarawak).
  • Kedua, ancaman dari penduduk tempatan yang menganggap mereka perampas tanah dan pekerjaan. Hal ini menimbulkan pergaduhan yang kadang-kadang membawa kepada pembunuhan.

ANCAMAN BANGSA IBAN
Di Negeri Sabah biasanya bangsa Dusun-Kadazan walau pun menganggap Bangsa Suluk yang semakin ramai di Sabah sebagai ancaman namun Dusun-Kadazan tidak pernah bertindak agresif. Biasanya orang tempatan Sabah hanya melaporkan kepada Polis dan YB-YB politik mereka. Hal ini berbeza dengan Sarawak, bangsa Iban sangat-sangat anti orang luar yang mereka lihat telah "menguasai kawasan mereka". Menurut salah seorang UTC Seri Kembangan beliau menceritakan bagaimana pada tahun 1993-94 bermulanya Tausug masuk ke Limbang dan Miri di Sarawak. Tausug yang biasanya masuk ke Sarawak menerusi jalan darat yang datang dari Sabah akan bekerja sebagai buruh kasar dan peniaga. Apa yang menjadi masalah ialah setelah Tausug semakin ramai di Miri, pemuda-pemudi Iban mula membentuk kumpulan-kumpulan samseng menyakat dan merompak pekerja-pekerja Tausug yang baru balik dari tempat kerja.

Kumpulan samseng yang biasanya dalam 7 ke 10 orang bukan sahaja bertindak mengugut diberikan wang di tempat tersorok malah dilakukan ditempat terbuka termasuk di stesen bas malah dalam bas. Pada suatu hari seorang Tausug yang bekerja buruh binaan telah ditahan oleh 7 budak samseng Iban dengan meminta semua wangnya diserahkan. Pemuda Tausug yang keseorangan itu enggan dan mulalah berlaku pergelutan 7 budak samseng melawan seorang Tausug. Apa yang berlaku beliau dipegang beramai-ramai lalu dibelasah cukup-cukup setelah dompetnya dirampas. Walau bagaimana pun beliau sempat mengecam beberapa orang.

Malang buat Samseng tersebut kerana menyangka lelaki yang mereka belasah dan rompak itu adalah "Budak Sabah". Rupa-rupanya samseng-samseng ini sudah biasa memeras ugut "Budak Sabah" tanpa mengetahui kali ini yang mereka kenakan bukanlah "Budak Sabah" yang sebenarnya tetapi "Budak Tausug". Setelah kejadian itu lelaki Tausug tersebut telah membuat risikan mencari lokasi dimana budak-budak nakal tersebut berkumpul. Setelah dikenal pasti lelaki Tausug tersebut dengan hanya ditemani oleh dua orang kawan langsung menyerang hendap bangunan tempat samseng tersebut berkumpul, membelasah mereka dengan batang paip dan sempat menikam dada salah seorang dengan bionet. Kali ini 3 Tausug lawan 7 samseng. 7 samseng terjerit-jerit lintang pukang dengan tulang belulang mereka dipatah-patahkan.

Menurut UTC seri Kembangan ini, lelaki Iban mempunyai budaya meminum arak yang paling teruk. Bermabuk-mabukan beberapa malam dalam seminggu yang mana ketika mabuk biasanya akan berlaku adegan amuk terhadap kejiranan mereka. Untuk mengelak menjadi mangsa biasanya Tausug akan mencari rumah yang jauh untuk mengelak berjiran dengan Bangsa Iban. Menurutnya lagi, sebab itu kebanyakan kes pergaduhan di Miri ketika itu ialah antara Tausug dengan pemuda Iban dan biasanya pemuda Tausug lah yang keluar masuk hospital akibat kecederaan teruk. Manakala di pihak Iban pula hampir setiap kali pergaduhan maka setiap kali itulah juga mereka mengalami kematian.

Tausug semakin ramai masuk meramaikan umat Islam Sarawak.

Menurutnya lagi, antara teknik samseng Iban memeras ugut mangsa ialah dengan memijak kaki terlebih dahulu. Sekiranya melawan maka mereka akan belasah teruk tetapi sekiranya takut maka wang akan diambil tanpa kecederaan. Menurutnya lagi, pemuda-pemudi Iban yang bertindak samseng ini biasanya takut kalau diajak bertarung satu lawan satu, mereka hanya berani sekiranya dalam kumpulan ramai. Menurut UTC Seri Kembangan, inilah kelemahan "manusia yang tidak mempercayai Tuhan" yang bukan sahaja melanda umat Iban malah umat Kafir lainnya. Tausug sekali pun keseorangan tidak akan tunduk dan beralah kerana keyakinan "Tiada kekuatan dan daya upaya melaingkan kekuatan Allah". Mati dengan berani bertahan lebih baik dari melarikan diri yang akhirnya mati juga di tangan musuh.

Alhamdulillah, hari ini tidak seperti awal 90-an dulu. Miri sudah aman dan Tausug dapat menjalankan aiktiviti di pasar dan sekitar Bandar Miri. Ini mungkin disebabkan masyarakat Iban Miri telah mengenali bahawa "Budak Sabah" majoritinya bukanlah "Dayus" tetapi adalah manusia yang berani dan senantiasa menjaga keamanan. Ini juga mungkin disebabkan tindakan bersepadu pihak Keselamatan Malaysia (Polis) yang senantiasa cepat bertindak menangani sebarang "Salah Laku" dan kegiatan samseng jalanan yang biasanya diwujudkan oleh orang-orang tempatan.

Hari ini, menurut UTC Seri Kembangan, Tausug semakin ramai yang masuk menetap di Kuching, Sibu dan bandar-bandar lain. Bekerja sebagai peniaga di pasar-pasar yang kebanyakannya menyembunyikan identiti mereka sebagai Tausug. Mereka hanya mahu dikenali sebagai "Budak Sabah". Sama dengan apa yang berlaku di Johor hari ini, Tausug yang sudah 70% mengambil alih kawasan pasar-pasar umum di Masai dan Seri Alam masih mengekalkan panggilan mereka adalah "Budak Sabah".

Sebab itu kalau anda terdengar "Budak Sabah" telah menetak "Budak Hindu" dengan parang sehingga mati di Johor dan tempat-tempat lain janganlah hairan. Biasanya "Budak Hindu" (India) yang akan datang menyerang "Budak Sabah" dengan parang panjang mereka beramai-ramai tetapi akhirnya "Budak Sabah" tetap berdiri sambil memegang parang yang tadinya dipegang oleh "Budak Hindu" (telah beralih tangan). "Budak Hindu" kembali kerumah mereka sambil mengheret mayat rakan-rakan mereka.

Ini hanyalah sekadar contoh kepada apa yang berlaku kepada Tausug ketika tahun sekitar 1990-an dulu. Sekarang sudah aman, hasil kerjasama pihak Keselamatan Malaysia dengan pemimpin-pemimpin Tausug malah ditambah dengan kempen 1 Malaysia semua bangsa masing-masing hormat menghormati menjaga keamanan.

Sebelum mengakhiri artikel ini penulis ingin menyuarakan satu harapan kepada umat Islam Tausug agar beramai-ramai masuk menetap di Sarawak sebagaimana yang mereka lakukan di Seluruh Sabah. Dengan demikian insyaAllah umat Islam akan kembali memenuhi pasar-pasar, pejabat-pejabat dan "cuaca politik" di Sarawak dapat diwarnai dengan semangat "Tausug" sebagaimana yang mereka lakukan di Negeri Sabah.

Tahniah buat Tausug di seluruh Malaysia, sebab kerana anda lah nama "Budak Sabah" harum mewangi di mana-mana.

ASREESULU

SUHAKAM cadang inkuiri kebangsaan isu tanah Orang Asli

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 23, 2010 0 ulasan





2010/09/23


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bercadang untuk mengadakan satu Inkuiri Kebangsaan buat pertama kali mengenai isu hak milik tanah kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, berkata sudah sampai masanya isu ini diberi perhatian kerana ia satu isu yang menarik banyak perhatian beberapa pihak pada masa ini.

"Kita fikir dalam kita memajukan Malaysia kepada tahap negara maju pada 2020...kita tak sepatutnya tinggalkan atau meminggirkan orang ini," katanya selepas mengetuai rombongan SUHAKAM melawat ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia itu di sini, hari ini.

Terdahulu rombongan SUHAKAM diberi taklimat oleh Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Zulkefli Salleh, serta pegawai kanan Jabatan Pengarang.

Antara fungsi SUHAKAM adalah memupuk kesedaran dan menyediakan maklumat berhubung hak asasi manusia dan menasihati serta membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran berkaitan hak asasi manusia dan mengsyorkan langkah yang perlu diambil.

Usaha menubuhkan SUHAKAM bermula dengan penyertaan aktif Malaysia dalam Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (UNCHR) pada tahun 1993-1995 apabila Malaysia dilantik sebagai ahli suruhanjaya tersebut oleh Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasmy berkata, SUHAKAM mengumpul data dan bahan dan telah membentuk jawatankuasa bagi menjalankan inkuiri kebangsaan itu. Katanya, inkuiri itu mungkin diadakan lewat tahun ini atau tahun depan, bergantung kepada pengumpulan bahan dan data yang diperlukan.

Katanya, suruhanjaya itu juga akan menjemput pakar berkaitan isu pemilikan tanah, antara lain mereka yang berlatarbelakang perundangan dan ahli akademik, bagi membantu.

"Akan turut dibincangkan dalam inkuiri tersebut ialah isu berkaitan seperti eksploitasi pekerjaan serta pelajaran kaum asal dan Orang Asli," katanya.

Beliau berkata, selepas ini SUHAKAM mungkin akan mengadakan inkuiri kebangsaan mengenai hak wanita dan warga tua. - BERNAMA


Ulasan:
Syabas kepada SUHAKAM yang telah mula "bangun dari tidur" semenjak tahun 1993-1995 iaitu tahun bermulanya Malaysia menjadi ahli UNHCR. Kesedaran SUHAKAM mula melonjak setelah beberapa gerakan "Kesultanan Sulu" serta gerakan "Songsang Sabahan yang mahu Merdekakan Sabah" mula kelihatan timbul di permukaan. Kesedaran SUHAKAM sama dengan kesedaran Kerajaan Pusat "menghadiahkan" Hari Merdeka 16 September kepada Sabah Sarawak setelah lebih 50 tahun Malaysia Merdeka baru-baru ini. Nampaknya Sabah Sarawak semakin disayangi dan mendapat keutamaan. Tahniah buat Sabah dan Sarawak. Tahniah juga kepada Bangsa Suluk terutama yang berada di seluruh Sabah kerana "disebabkan anda lah Sabah dan Sarawak sudah begitu dihargai". Inilah masanya Sabahan dan Sarawakian meminta kek lebih dari Kerajaan Pusat.

Kebangkitan SUHAKAM dari tidur dengan misi dan visi mahu menyelamatkan tanah-tanih Orang Asli (Termasuk Sabah dan Sarawak) begitu drastik sehingga menimbulkan tanda tanya. SUHAKAM yang pada mulanya tidak kelihatan seolah-olah sudah mati tanpa kubur kini muncul semula sebagai pembela Orang Asli pula. Satu kebangkitan tanpa persediaan dengan baru memulakan pengumpulan data-data ini kemungkinan sudah terlewat. Bagi sesetengah pihak, kalau pun sudah terlewat sekurang-kurangnya dihujung-hujung waktu ini sebelum Pilihan Raya Umum 2012 nanti masih dianggap satu peluang keemasan untuk memenangi hati rakyat Sabah dan Sarawak. Itu dalam konteks UNDI dalaman Negara, bagaimana pula kalau melibatkan Kedaulatan?

Dalam hal ini fokus kebimbangan ada dua perkara iaitu:
  • Pertama: kebimbangan terhadap Parti Politik Sabahan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Murut-Kadazan-Dusun (Mereka ini sejak dulu senantiasa mainkan 20 Perkara kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia, cita-cita sudah tentu mahu keluarkan Sabah dari Malaysia),
  • Kedua: kes Kesultanan Sulu yang kononnya akan menuntut Sabah (Kerana dikhabarkan pada 17 November 2010 nanti akan ada deklarasi Kemerdekaan Kesultanan Sulu di Kepulauan Sulu sudah tentu setelah itu akan ada tuntutan terhadap Sabah).
Bagi penulis kebimbangan pada kes yang pertama bukanlah keutamaan kerana di Sabah Umat Islam sudah menjadi Majoriti yang sudah tentu akan menentang sebarang tindakan keluarkan Sabah dari Malaysia. Peperangan kaum pasti akan berlaku dan berulang sebagaimana 13 Mei 1969 di Semenanjung Malaysia malah mungkin lebih teruk. Maka kes yang pertama mustahil berlaku.

Apa yang lebih dibimbangkan ialah kes yang kedua iaitu Kemerdekaan Kesultanan Sulu pada 17 November 2010 nanti. Sekiranya ia benar menjadi kebimbangan, penulis ingin bertanya, siapa sebenarnya yang bimbang?
  • Kaum Asli Sabah Sarawak dan kaum Cina,
  • Atau Kaum Melayu Islam yang bimbang?
Penulis katakan 100% yang bimbang ialah kaum Asli Sabah Sarawak dan kaum Cina bukannya Melayu Islam. Sungguh, kaum Melayu Islam tidak akan bimbang kerana mereka tahu Tausug dan Kesultanan Sulu tidak akan menjadi bangsa pengkhianat kerana mereka adalah bersaudara. Kecuali......

"Umat Melayu yang sejak sekian lama bersekongkol mengkhianati umat Islam Sulu"

Alhamdulillah Malaysia sangat prihatin dengan persaudaraan seagama. Malaysia adalah negara yang menyayangi umat Islam lain seperti kasih sayang yang telah dicurahkan kepada umat Palestin, Kosovo, Rohingya, dan sebagainya.
  • Malaysia juga tidak pernah melabelkan umat Islam Sulu sebagai "pendatang haram" atau PATI.
  • Malaysia tidak pernah menyumbat umat Islam Sulu dalam kurungan (Rumah Merah) kemudian merotan dan menghalau semula ke Sulu.
  • Malaysia selalu membantu menyediakan rumah setinggan dan pendidikan anak-anak Sulu yang merempat dan melarat.
  • Malaysia juga tidak pernah meroboh-ranapkan perumahan setinggan masyarakat Sulu di seluruh Sabah.
  • Malaysia tidak pernah melabelkan umat Islam Sulu sebagai "Pelarian" yang datang ke Sabah.
Maka penulis yakin bahawa mustahil umat Melayu Islam di Malaysia bimbangkan Sulu membalas dendam kerana jelas Malaysia "tidak pernah" melakukan segala salah laku kepada umat Islam Sulu seperti yang penulis dedahkan di atas. Ini kerana segala salah laku yang bertentangan dengan hak asasi manusia akan ditentang oleh SUHAKAM. SUHAKAM yang sekarang membela tanah orang Asli kerana takut Orang Asli teraniaya maka sudah tentu SUHAKAM akan lebih membela sekiranya ada umat Islam Sulu (atau manusia lain) yang disumbat dalam kurungan kemudian punggung mereka dirotan hanya kerana "tiada pass perjalanan sah". Penulis katakan bahawa mengapa umat Islam Sulu di Sabah begitu bahagia tanpa salah laku dan teraniaya adalah kerana SUHAKAM tidak pernah suarakan "kesengsaraan umat Islam Sulu" di negeri Sabah.

InsyaAllah, Tausug dan Kesultanan Sulu tidak ada sebab untuk membalas dendam kerana mereka selesa di Sabah, mudah cari makan dan sebagainya. Kewujudan SUHAKAM menambahkan lagi keyakinan bahawa "tidak ada sebarang pelanggaran hak asasi manusia kepada masyarakat Sulu di Sabah" kerana SUHAKAM adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

ASREESULU
"Wahai para pemimpin Malaysia, cepatlah bertindak perbetulkan sekiranya di sana ada kesilapan dan salah laku. Sungguh, masih belum terlambat!!"

Lagu Rasmi Sulu Merdeka 17 Nov 2010

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 16, 2010 0 ulasan
















Maksud dialog dalam gambar, "Manga Filipino imulak" (Rakyat Filipina menjerit) "Trip niyu sayan manga Tausug!!" (Itu hanyalah angan-angan Mat Jenin kalian Tausug!!), "Anak Sug namaus" (Anak Sug membalas) "Bang trip, in panji dih sayan sumakat isa-isa" (Kalau angan-angan Mat Jenin takkan panji naik sendiri).



PANJI SULTANIYAH

Panji (bendera) Sultaniyah (kesultanan)

-------------------------
*Panji Sultaniyah sin Lupa' Sug,
Panji Sultaniyah Tanah Sug,

Ha awal jaman pa timindug,
Sejak awal zaman berdiri,

Ha laum dunya natanug,
Dalam dunia terbilang,

Gagandilan maisug,
Pahlawannya berani,

Lupa' Sug Mahardika' tuud.
Tanah Sug sesungguhnya Merdeka,
-------------------------

Kami Tausug ha Lupa' Sug,
Kami Tausug di Tanah Sug,

Malasa ha hula' mamaugbug,
Sayang pada negara membela,

Panji namu' sintakun sin Salawat langanun,
Panji kami disentak diiringi dendangan Salawat,

Sara' Qur'an Sunnah patindugun.
Cara Quran Sunnah ditegakkan,

Kami Tausug magkasi lasa,
Kami Tausug berkasih sayang,

Manabang ha dugaing bangsa,
Menolong kepada lain bangsa,

Pihak namu' mataud,
Pihak kami ramai (pelbagai kaum),

Tanyag maguntas laud,
Terkenal merentas laut,

Sambulayang Laud Sulu nabantug.
Sambulayang Laut Sulu terbilang,

Tausug maisug di' magirup,
Tausug berani tiada gentar,

Kastila' Milikan Jipun wai nangdaug,
Spanyol American Jepun tidak pernah menang,

Filipino limamud masi-masi in kusug,
Filipina turut campur namun masih kuat,

Sultaniyah sin Sulu wai najugjug.
Sultaniyah Sulu tidak tergugat.
-----------------------------

Lirik: Asreesulu & Neldy Jolo
Melodi: Farihin Abdul Fattah
Dibantu oleh Mujahid & Faisal Moro


UTC Mendapatkan Khidmat Komposer Terkenal
Untuk menyiapkan lagu kemerdekaan 17 November 2010 nanti UTC melalui wakilnya di Kuala Lumpur telah mengambil keputusan menggunakan khidmat penerbit dan komposer tekenal Muslim kelahiran Singapura bernama Farihin Abdul Fattah. Penulis yang mewakili UTC telah beberapa kali membuat pertemuan dengan saudara Farihin yang pada awalnya hanya membincangkan berkenaan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" yang beliau pernah baca sebelum ini yang kemudian bertukar topik kepada "menggubah lagu kemerdekaan Sulu" pula.

Saudara Farihin yang menjadikan aktiviti menunggang kuda dan memanah sebagai hobi di masa lapang, sebenarnya telah lama mengenali Tausug semenjak tahun awal 90-an lagi. Keakraban beliau dengan "Jamaah Al-Arqam" ketika dulu membawa kepada perkenalan beliau dengan ahli-ahli Al-Arqam Tausug yang datang dari Sabah ke Semenanjung Malaysia ketika itu. Sebenarnya di negeri Sabah sahaja ahli Al-Arqam yang paling ramai ialah Tausug samada terdiri dari pelajar mahu pun para pendakwah "hasil didikan Al-Arqam". Hari ini Al-Arqam telah berkubur bersama pemimpinnya Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad namun kerja-kerja Islamnya masih berterusan diperjuangkan oleh bekas-bekas ahli (kebanyakan bekas ahli Arqam yang berjaya hari ini ialah mereka yang telah mendapat kesedaran keluar dari kesilapan atau menjauhkan diri dari kepimpinan Arqam yang sudah berubah haluan perjuangan kepada "politik" peribadi).

Bagi penulis kerja dakwah Islamiyah berjamaah tidak boleh terikat dengan "doktrin peribadi" pemimpin semata-mata kerana di sana terdapat kediktatoran yang telah terkeluar dari konsep musyawarah (Syura) seperti yang dituntut oleh Islam. Pandangan penulis ini sebenarnya sama dengan pandangan Farihin Abdul Fattah, saudara Nazry Raihan dan lain-lain sahabat penulis yang pernah terlibat dengan dakwah berjamaah.

Berbalik kepada lagu, Farihin telah mencadangkan menggubah lagu-lagu Nasyid Tausug untuk disebarkan kepada orang-orang Tausug di Sulu dan Sabah. Penulis telah membuat persetujuan dengan beliau dengan mengubungi Datu Ladjamura di Sulu dan para pemimpin UTC di seluruh Sabah berkenaan perlunya mengumpul sedikit dana dari pada panglima-panglima UTC.

Alhamdulillah, kami mulakan dengan satu lagu ini dulu dengan InsyaAllah lagu-lagu lain akan menyusul kemudian. Panulis dengan ini memohon kepada mana-mana pembaca blog ini untuk sama-sama menghulurkan derma membantu merialisasikan album lagu-lagu Nasyid dalam bahasa Suluk @ Tausug ini. Kepada mereka yang mahu menderma "tanpa mahu dikenali" sila berhubung terus dengan saudara Farihin untuk penjelasan secara lanjut berkenaan pembikinan album tersebut. Sumbanglah untuk masa depan umat Islam Sulu yang lebih baik.

Semoga dengan bantuan para komposer Muslim dan bantuan dana dari saudara-saudara Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sekalian akan mengeratkan lagi talian silaturrahim sesama umat Islam Nusantara. Semoga sumbangan kemahiran Farihin yang sebelum ini telah berjaya "membentuk" kumpulan Raihan dan kumpulan-kumpulan Nasyid Tanah Air lainnya serta sumbangan saudara-saudara pembaca blog sekalian akan mendapat balasan pahala yang berlipat kali ganda dari Allah swt. Ameeen!!

ASREESULU

KEPADA SABAH & SARAWAK: Selamat Hari Malaysia! (Edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, September 15, 2010 0 ulasan

Penulis ucapkan "Selamat Hari Malaysia" buat Sabahan dan Sarawakian kerana dengan gembiranya, sejak sekian lama selepas lebih 50 tahun Malaysia menikmati kemerdekaan barulah kali ini Sabah Sarawak diberi peluang mendapat "Cuti Merdeka".

16 September 1963 adalah hari bersejarah "buat MALAYA" kerana menerima kemasukan Sabah Sarawak dan Singapura menyebabkan "Lahirnya Nama MALAYSIA" yang kita kenali hari ini. Begitu penting kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan Malaysia kerana tanpa Sabah Sarawak "Malaysia" hari ini pastinya hanya dikenali sebagai "Malaya" sahaja. Keluarnya Singapura dari pangkuan Persekutuan Malaysia selepas 2 tahun bersama tidak menghalang Sabah dan Sarawak terus "tinggal" bersama saudara-saudara mereka di Semenanjung Malaysia.

Sekiranya kita tinjau dan perhalusi, kebanyakan Sabahan yang beragama Kristian ketika itu dan sebahagian kaum China berasa "kurang sedap" masuk ke Persekutuan Malaysia tetapi disebabkan "kekuatan" Datu Mustapha maka golongan yang "kurang sedap" terpaksa menurut atau pun berdiam diri sahaja. Siapa Datu Mustapha sebenarnya sehingga dikatakan beliaulah "kunci" kepada kemasukan Sabah Sarawak ke Persekutuan Malaysia?


CERITA DATU MUSTAPHA DARI KACAMATA SULUK
Untuk mengetahui sejarah Datu Mustapha secara dekat jangan tanya orang Dusun, Murut, Kadazan atau pun kaum Cina Sabah tetapi tanyalah kepada orang-orang Suluk Sandakan. Memahami cerita sebenar Datu Mustapha tidak akan dapat ditemui dalam surat khabar atau pun Arkib Negeri mahu pun Arkib Negara. Sebagai contoh ketika Kerajaan British menyuarakan ingin melantik pemimpin menerajui North Borneo selepas Perang Dunia ke-II, Kadazan-Dusun yang dipimpin Tuan Fuad Stephen serta ketua kaum Cina menyatakan bahawa mereka yang lebih layak memimpin North Borneo tetapi tidak dipersetujui oleh Kerajaan British ketika itu.

Menurut salah seorang bekas Komander MNLF yang hanya dikenali sebagai Pakcik Kalim di Sandakan mengatakan bahawa British enggan menerima ketua Kadazan-Dusun dan kaum Cina menerajui negeri kerana North Borneo masih terikat dengan "Kesultanan Sulu" maka yang layak menerajuinya ialah pemimpin dari kalangan Datu Suluk @ Tausug. Pilihan yang tepat ialah Datu Mustapha kerana beliau pernah mengetuai gerila Suluk menentang Jepun dan berketurunan Sulug dari kalangan para Datu Diraja Sulu. Masalah yang dihadapi oleh Britisih pula ialah Datu Mustapha bukan sahaja tidak pandai bertutur bahasa Inggeris malah tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah sebagaimana Tun Fuad Stephen dan pemimpin-pemimpin Cina ketika itu. Untuk menerajui kepimpinan North Borneo menurut British perlulah pandai membaca dan menulis dari acuan Barat serta fasih bertutur bahasa Inggeris.

Menurut Pakcik Kalim British terpaksa mengambil keputusan "mendidik" Datu Mustapha dahulu dengan menghantarnya ke England untuk diberi pendidikan khas selama beberapa bulan sehingga 6 tahun. Setelah dipersetujui iaitu memilih Datu Mustapha sebagai pemimpin North Borneo maka perlulah memanggil Datu Mustapha, malangnya British tidak mengetahui dimana Datu Mustapha berada ketika itu. Setelah beberapa bulan mencari akhirnya Ejen British berjaya menemui Datu Mustapha di Pulau Banggi yang ketika itu beliau sedang membuat bubu ikan. Datu Mustapha terpinga-pinga ketika terlihat orang Inggeris datang kepada beliau yang begitu jauh dan terpencil, maka ejen British tersebut membawa beliau ke Kota Kinabalu kerana ada perkara penting katanya.


Menurut pakcik Kalim lagi ketika itu Datu Mustapha dengan tidak memakai baju dengan kulit hitam berkilat (dibakar cahaya matahari) bersiap lalu bergegas ke Kota Kinabalu mengikut utusan British tersebut. Sesampai di Kota Kinabalu beliau langsung dibawa ke England untuk dimasukkan ke sekolah khas selama beberapa tahun. Setelah beliau "pandai" dan cukup bersedia barulah Datu Mustapha dihantar semula ke Sabah dan tidak lama kemudian beliau mendirikan parti politik USNO berkolaborasi dengan parti-parti lain untuk memerdekakan Sabah dari Kerajaan British. Sehinggalah pada 16 Semptember 1963 iaitu selepas Suruhanjaya Cobold melakukan "bancian" barulah Datu Mustapha berjaya membawa Sabah (North Borneo) menyertai Persekutuan Malaysia bersama rakan-rakannya dari kaum-kaum lain dengan syarat 20 Perkara yang dipersetujui.


MASA DEPAN SULUK DI NEGERI SABAH
Hari ini satu tanggungjawab besar buat pemimpin-pemimpin politik Sabah yang berketurunan Suluk-Bajau menjaga negeri Sabah dan rakyatnya sebagaimana yang dilakukan pemimpin-pemimpin Suluk dahulu kala. Datu Paduka Mat Salleh, para Sharif-Sharif dan pejuang Suluk lain sehingga Tun Datu Mustapha telah berjaya membawa North Borneo dan Sabah hari ini ke puncak kejayaan, samada kejayaan "menentang penjajah" mahu pun kejayaan menjadikan Sabah aman tenteram serta kemajuan bersama Malaysia. Para pemimpin Suluk hari ini yang duduk dalam UMNO, PKR dan PAS di seluruh Malaysia perlu bangkit menyuarakan "hak-hak" mereka agar senantiasa mendapat pembelaan sama seperti kaum-kaum lain di seluruh Malaysia.
  • Lestarikan kebudayaan Suluk dengan membina Muzium Suluk di Sabah,
  • Mewujudkan Pesta Sambulayang di Sandakan (bukan pesta Lepa-Lepa seperti di Semporna),
  • Mewujudkan surat khabar harian berbahasa Suluk sesuai dengan aspirasi bangsa dalam negara Malaysia,
  • Menjadikan Bahasa Suluk sebagai bahasa Rasmi Sabah selepas bahasa Melayu.
  • Wujudkan Pertubuhan Persuratan Suluk sebagai pusat kajian menelusuri Sejarah Suluk -Malayu di Asia Tenggara dan Dunia.
  • Wujudkan Persatuan Usahawan Suluk untuk membela, menuntun, mendidik para usahawan Suluk agar dapat berdikari dalam dunia keusahawanan.
  • Mewujudkan Persatuan Pendidikan Islam untuk menjaga dan memantau anak-anak Suluk senantiasa mendapat "pendidikan Agama Islam" agar sesuai dengan gelaran "Bangsa Suluk" di negeri Sabah.
Satu cabaran buat pemimpin-pemimpin Suluk hari ini untuk mewujudkan perkara yang disebut di atas. Kegagalan pemimpin Suluk menyediakan prasarana dibimbangi rakyat hanya melihat mereka sebagai "pemimpin untuk wang dan kemegahan peribadi" bukannya membela rakyat dan bangsa. Inilah masanya pemimpin Suluk bangkit menyuarakan "keperluan" mereka kerana kaum lain juga sibuk memohon keperluan mereka sendiri. Memohonlah kerana kaum Suluk sebenarnya adalah MAJORITI bukannya MINORITI. Kerajaan Pusat hanya "menunggu" anda memohon kerana mustahil Kerajaan Pusat tidak menunaikannya. Sangat mustahil!! Kecuali Kerajaan Malaysia sudah tidak berminat dengan NEGERI SABAH!! Ketidak minatannya akan menghasilkan "ruang vakum" untuk "kuasa lain" dapat merampas dan mengambil alih!!

ASREESULU

Datu Ladjamura: Calling for PEACE!! 17 November 2010!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 14, 2010 0 ulasan

“All people of the peaceful world and especially people of Sulu Archipelago of the Sultanate of Sulu please come to embrace our victory granted by Allah. This 17 November 2010 will be the glorious day for the Ummah, the glory is ours and victory is ours” – Datu Ladjamura Bin Datu Wasik-Aranan, Supreme Head, United Tau Sug Citizens (UTC) -

Ulasan & Sejarah Datu Ladjamura bersama penulis:
Foto dan kenyataan Datu Landjamura di atas penulis ambil dari Facebook Neldy Jolo. Datu Ladjamura walau pun telah berehat dengan memberikan peluang kepada Datu Albi Ahmad Julkarnain mentadbir UTP (United Tausug People) namun beliau masih aktif memberi ceramah di rumah kediamannya di Zamboanga City, Sulu. Malah dari hari ke sehari tidak henti-henti melayan panggilan telefon dari penyokong-penyokongnya di pelbagai penjuru samada dari Filipina mahu pun dari sekitar Kepulauan Sulu dan Mindanao. Malah panggilan dari Malaysia dan Indonesia juga turut tidak ketinggalan.

Datu Ladjamura pada awalnya tidak pandai membaca dan menulis tetapi sejak kebelakangan ini beliau mula berdikit-dikit mempelajarinya. Kerana ketika usianya mencecah 7 tahun beliau mula memasuki sekolah darjah satu di Pulau Siasi Sulu kemudian setelah beliau naik ke darjah dua beliau terpaksa berhenti sekolah kerana kematian ayahandanya. Beliau terpaksa membantu ibundanya mengerjakan kebun kerana kebun peninggalan ayahandanya adalah tempat mereka meneruskan kehidupan harian. Berikut sejarah ringkas Datu Ladjamura yang penulis tahu,
  • Pada awal tahun 80-an beliau berhijrah ke Lahad Datu dan memulakan penghidupannya di sana bersama adik beradiknya yang lain dengan bekerja sebagai penjual ikan di pasar Lahad Datu.
  • Pada pertengahan tahun 90-an beliau mula mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Tausug di Lahad Datu dan dikurniakan beberapa orang anak.
  • Pada tahun 1998 beliau mula bermusafir kembali ke Sulu dengan meninggalkan anak dan isteri tercinta dengan satu tujuan "Mengkaji dan menyelidik siapa sebenarnya Tausug & Kesultanan Sulu".
  • Beliau masuk dan keluar kampung di pedalaman Jolo berjumpa sanak saudara dan golongan tua para Datu. Menelusuri kepulauan Sulu di mana-mana asalkan ada kedengaran di sana ada keluarga para Datu beliau akan ke sana dengan apa cara sekali pun.
  • Beliau hanya menimba ilmu dan pengalaman sambil berdiskusi dengan para pemimpin tempatan termasuk para Datu tentang sejarah Kesultanan Sulu.
  • Untuk menampung kehidupannya beliau bekerja sebagai pengkopek/pengupas kelapa dan menjualnya sendiri secara borong. Sekiranya ada pendapatan beliau akan bermusafir lagi.
  • Setelah setahun berkelana maka pada akhir tahun 1999 telah kembali ke Lahad Datu dan mendapati salah seorang anaknya telah lama meninggal dunia semenjak pemergiannya. Isterinya juga terkejut kerana tubuh Datu Ladjamura sebelum bertolak ke Sulu begitu sihat dan gemuk tetapi kini sudah terlalu kurus sehingga sukar dikenali oleh isterinya.
  • Pada tahun 2000 Datu Ladjamura bersama sepupu dan pakciknya dari keluarga Aranan puyo membuat perjalanan ke negara Brunei Darussalam berjumpa Dato' Pehin Mohammad Awang Jamil Al-Sufri yang bertugas sebagai Pengetua Pusat Sejarah Brunei ketika itu.
  • Sekembali dari Brunei Datu Ladjamura membuat perjalanan sekali lagi ke Sulu kemudian kembali semula ke Lahad Datu dengan Visi dan Misi "Untuk mengembalikan Kemerdekaan Kesultanan Sulu tanpa Perang dan Keganasan".
  • Beliau mula membuat satu borang sokongan dari rakyat yang perlu diisi dengan gambar serta cap ibu jari. Beliau mengedarkan borang secara percuma kerana kos beliau tanggung sendiri hasil dari jualan ikan di Pasar Lahad Datu.
  • Beliau berjaya mengumpul hampir 4000 borang sokongan dari masyarakat Tausug (Sulug, Bajau, Yakan, Kagayan dll) bermula dari Lahad Datu, Semporna, Sandakan sehingga Kota Kinabalu sehingga awal tahun 2005.
Pada pertengahan tahun 2005 penulis telah mula berhubung dengan Keluarga Aranan Puyo di Kuala Lumpur melalui seorang lelaki "ganjil" yang menamakan dirinya Datu Muidzullail Kiram yang mempunyai "Istana Kuning" di Melaka. Nama lain Datu Muidzullail Kiram ini ialah Paijal bin Abdul Naim dan dikatakan pernah bekerja sebagai Polis Hutan di Johor Baharu. Melalui beliau inilah penulis dapat berkenalan dengan keluarga Aranan Puyo di Kuala Lumpur. Berikut ialah kronologi pertemuan penulis dengan Datu Ladjamura,
  • Pada pertengahan tahun 2005 penulis telah mula merapatkan hubungan dengan keluarga Aranan Puyo sehingga penulis berjaya membawa Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah menemui mereka. Tujuan penulis membawa Ustaz Hj Halim bertujuan untuk membimbing para Datu dan mentarbiyah mereka dengan Dinul Islam agar perjuangan dapat keredhaan Allah swt.
  • Ketika itu penulis telah meminta kepada keluarga Aranan untuk menjadikan Ustaz Hj Halim sebagai penasihat kerohanian kerana tanpa bimbingan dari para ulama' pejuang kebenaran tidak akan berjaya. Kalau pun berjaya ia akan menjadi "perjuangan lain" yang tidak berlandaskan iman dan taqwa lagi. Tanpanya "bangunan yang akan dibina" pasti runtuh kerana tiang dan batu-batanya rapuh.
  • Pada akhir tahun 2005 penulis bersama ustaz Hj Halim mula membuat ekspedisi dakwah di seluruh Sabah. Pertemuan pertama kami dengan Datu Ladjamura ialah di Kota Kinabalu yang kalau tidak silap ketika itu adalah bulan Ramadhan.
  • Semenjak itu rombongan kami bersama rombongan Datu Ladjamura mula berjalan seluruh Sabah berdakwah masuk kampung keluar kampung orang-orang Suluk menyampaikan Islam iaitu "Tausug mesti kembali memartabatkan Al-Qur'an di rumah-rumah mereka".
  • Maka bermulalah pembukaan pusat-pusat pengajian Al-Quran di setiap kampung yang berjaya dimasuki oleh rombongan kami. Kenapa hal ini berjaya kerana kebanyakan Tausug di Sabah ialah pendatang yang tidak punya pass perjalanan sah yang mana anak-anak mereka tidak diterima memasuki sekolah kerajaan. Kalau ada swasta pun lokasinya sangat jauh dan perlu membayar dengan kos yang tinggi setiap bulan.
  • Penulis sangat hairan mengapa Malaysia tidak menerima kanak-kanak Tausug memasuki sekolah kerajaan sedangkan ianya jelas hak asasi manusia sekali pun mereka anak-anak pendatang "Tanpa Izin". Bagi Ustaz Hj Halim tidak mengapa, Tausug boleh buka kelas pembacaan di rumah-rumah mereka sekiranya sudah pandai barulah dihantar ke pusat Tahfiz Quran yang dikendalikan oleh Jamaah Tabligh yang berdekatan.
  • Kempen kami ketika itu ialah "menggalakkan anak-anak ke sekolah" agar tidak jadi buta huruf dan bodoh. Dengan cara ini kanak-kanak akan dapat dibentuk masa depan mereka dengan lebih baik tanpa perlu menjadi penjenayah, pembunuh dan pengedar Dadah Syabu yang biasanya dilakukan oleh pemuda-pemudi Tausug di Seluruh Sabah.
  • Dalam dakwah ini Datu Ladjamura mula belajar berdikit-dikit tentang agama Islam dari Ustaz Hj Halim serta bagaimana seorang Muslim menjadi Mukmin sebelum terjun berjuang ke tengah masyarakat. Asas-asas agama perlu dipelajari, tanpa Agama tiada nilai seorang pejuang Islam. Salah satu asasnya ialah memahami mengapa Muslim diwajibkan "mendirikan Solat" yang sememangnya menjadi "Tiang Agama". Meninggalkan Solat sebenarnya telah meninggalkan Islam itu sendiri maka bagaimana seorang yang mengaku pejuang Islam tidak "mendirikan Solat"?
  • Biasanya ketika menyampaikan dakwah ini Ustz Hj Halim akan berceramah terlebih dahulu selama kira-kira 30 minit dalam bahasa Melayu (Loghat Kedah) kemudian akan disambung oleh Datu Ladjamura dalam bahasa Tausug. Biasanya Datu Ladjamura bercerita tentang Sejarah Tausug dan Kesultanan Sulu, katanya: Tausug tidak terjajah maka mengapa kita lari dari Sulu, Filipina ketika mendapatkan Sulu dan Mindanao tanpa peperangan pada tahun 1946-49 jadi mengapa kita tidak melakukan perkara yang sama mengambil semula Kerajaan Kesultanan Sulu? Solusi kepada kemerdekaan Sulu ialah dengan hanya mengembalikan Tausug kepada kerakyatan mereka yang asal bukannya Filipino, kerana Sulu tidak pernah kehilangan "kemerdekaan" yang hilang ialah rakyatnya kerana dengan rela tanpa paksaan telah mendapatkan "Surat Kelahiran Filipino".
Tidak lama kemudian kami pun berpisah, Datu Ladjamura kembali ke Lahad Datu dan penulis bersama Ustaz Hj Halim kembali ke Semenanjung Malaysia. Penulis ketika itu menetap di Seremban 2, Negeri Sembilan manakala Ustaz Hj Halim kembali ke Merbok, Kedah tempat asalnya. Pada tahun 2006 penulis telah mendapat berita gerakan Datu Ladjamura di Lahad Datu telah dilarang oleh pihak Keselamatan Malaysia. Telah berlaku salah faham antara pihak Datu Ladjamura dengan pihak keselamatan Lahad Datu berkenaan dasar dan tujuan gerakan Datu Ladjamura.

Menurut Polis Datu Ladjamura telah membuat gerakan yang membahayakan keselamatan negara dengan menghimpun Tausug dalam satu organisasi tanpa permit atau lesen dari kerajaan Malaysia. Gerakan tersebut dikira merbahaya kerana boleh mengancam "kedaulatan Malaysia terhadap Sabah". Bagi pihak Datu Ladjamura pula beliau hanya mengedarkan borang untuk persetujuan mahu memerdekakan Sulu bukannya untuk "Merampas Sabah". Menurut Datu lagi gerakan beliau sebenarnya dapat mengurangkan masalah Malaysia kerana dengan kembalinya kemerdekaan Sulu, Tausug yang dilabel PTI di seluruh Sabah akan kembali semula ke negara asal mereka. Nampaknya pihak Datu Ladjamura tidak puas hati dengan layanan pihak keselamatan keatas dirinya sehingga dikatakan beliau selalu dipanggil ke Balai Polis untuk memberikan keterangan. Hal ini menyebabkan beliau merasakan "Malaysia" telah menjatuhkan maruah dirinya di tahap "penjenayah".

Sehingga pada suatu pagi Datu Ladjamura menghantar SMS kepada penulis bahawa beliau akan bertolak ke Sulu kerana gerakan "Kesultanan Sulu" beliau disalah anggap oleh pihak keselamatan Malaysia. Menurut beliau lagi pemergiannya adalah untuk menyelamatkan keadaan kerana risaukan pengikutnya bertindak sendiri bermusuhan dengan "pihak keselamatan Malaysia". Pada pagi tersebut juga Ustaz Hj Halim menelefon beliau dengan memberikan nasihat "Jangan kembali ke sini (Sabah) sebelum kamu berjaya mendapatkan kemerdekaan Sulu semula". Ustaz Hj Halim mendoakan pemergian beliau dengan iringan do'a Jihad.

Sesampai di Jolo, Sulu Datu Ladjamura terus masuk ke kampung-kampung berceramah tanpa rasa takut dan gusar tentang keselamatannya. Berikut adalah kronologi gerakan beliau di Sulu,
  • Beliau dengan beraninya masuk ke kampung-kampung memberikan ceramah berkenaan "kembalinya Tausug menegakkan kalimah Lailaha illallah Muhammadurrasulullah di bumi Sulu" bersatu dibawah satu panji (bendera Sulu abad ke-17) iaitu menegakkan kembali Kesultanan Sulu Darul Islam. Sehingga pertengahan tahun 2007 beliau berjaya memacak 13 bendera Sulu di beberapa kampung di sekitar Bandar Jolo tanpa gangguan dan tekanan dari Kerajaan Filipina.
  • Ketika ini seorang peguam muda Tausug yang handal dan berani telah mula mendapat hidayah bernama Atty. Meltino Jaujan Sibulan. Beliau datang bertemu Datu Ladjamura di Indanan dan berdialog dengannya. Oleh kerana hujah-hujah Datu Ladjamura (walau pun buta huruf) begitu masuk akal kerana didasarkan bukti-bukti maka Atty Meltino pun mula tertarik untuk menyertai perjuangan Datu Ladjamura dengan menawarkan dirinya sebagai Peguam Rasmi (Legal Caounsel) "Sultanate of Sulu" di bawah kepimpinan Datu Ladjamura.
  • Pada penghujung tahun 2007 Datu Ladjamura mula mengemukakan cadangan kepada Atty Meltino untuk mewujudkan "Surat Kelahiran Tausug". Menurut Datu Ladjamura "Turning Point" kerakyatan ialah bermula pada Surat Lahir. Kerana beliau menilai semua Tausug di Sulu telah menjadi "Rakyat Filipina" kerana Surat Lahir, maka sekiranya Sultanate of Sulu keluarkan semula surat lahir Tausug maka dengan sendirinya Tausug akan dapat kembali kepangkuan Kesultanan Sulu.
  • Maka Atty Meltino kembali kerumahnya dan mula membongkar perundangan antarabangsa tentang "kerakyatan". Setelah mengkajinya selama sebulan barulah beliau datang semula berjumpa Datu Ladjamura dengan mengatakan "Ya, memang benar. Kita akan mula mendaftarkan surat kelahiran kepada Tausug".
  • Pejabat pun mula dibuka di Billukan Drive Indanan dengan mendaftarkan Surat Kelahiran Tausug. Setiap penjuru penyokong Datu Ladjamura datang berduyun-duyun mendaftar termasuk dari Pulau Basilan dan Tawi-Tawi. Penyokong Datu Ladjamura di seluruh Sabah juga telah menghantar wakil dari setiap daerah untuk mendaftarkan Tausug sebagai "Rakyat Sultanate of Sulu".
  • Dengan kaedah pendaftaran seperti ini maka sokongan terhadap perjuangan Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh Datu Ladjamura ini telah mendapat nafas baru. Tidak sampai beberapa bulan pendaftaran sudah mencecah 15,000 keahlian. Maka Datu Ladjamura atas nasihat Atty. Meltino telah memberikan nama baru kepada perjuangan ini dengan "United Tausug Citizens" dengan singkatannya UTC. Menurut UTC, Tausug ialah "Kerakyatan" (Citizenship) bukannya satu kaum sahaja. Tausug bermaksud "semua hamba-rakyat yang tinggal di seluruh wilayah kekuasaan Kesultanan Sulu, menggunakan bahasa Sulug @ Sug sebagai bahasa perantara, samada Islam atau Kristian mahupun kafir lainnya yang mengaku dibawah pemerintahan Islam maka mereka adalah TAUSUG". Maka samada Buranun, Taguimaha, Baklaya, Sama-Bajau, Yakan, Kalibugan, Kagayan, Visaya-Tagalog, China peranakan Sulu, dan siapa sahaja yang mahu "kerakyatan" Kesultanan Sulu adalah Tausug @ Sulug kesemuanya.
  • Dengan demikian tiada lagi rendah merendahkan suku kaum lain dengan panggilan jijik melainkan Tausug kesemuanya. Maka terbinalah kesatuan dan perpaduan tanpa Assabiyah dan kebangsaan melainkan bersatu dibawah satu panji dan dua kalimah Syahadah. Kebangsaan yang ada ialah kesatuan bangsa menjadi BANGSA TAUSUG.
Kemudian pada hujung tahun 2007 juga UTC telah berjaya membuat perarakan secara aman di Bandar Jolo tanpa gangguan dari pihak Filipina. Inilah perarakan yang pertama yang sangat mengujakan buat mereka yang menyertai perarakan kerana tidak pernah dibuat oleh gerakan Sultanate of Sulu semenjak zaman Amerika Syarikat berada di Sulu. Beratus-ratus bendera Kesultanan Sulu telah berjaya dipacak di rumah-rumah, kebun, pejabat malah masjid dan surau turut dipacakkan bendera Sulu. Pada hujung tahun tersebut juga penulis telah berjaya siapkan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" di Kuala Lumpur dan mengedarkannya di seluruh Nusantara hingga ke hari ini.

Sehinggalah pada bulan Mac, 17hb 2008, perarakan UTC yang ke-13 telah mendapat kejutan dari sikap "panik" pihak keselamatan Filipina di Bandar Jolo iaitu UTC telah disembur dengan air dari lori bomba. Berkatalah para ahli UTC sambil menjerit "Alhamdulillah! Allahu akbar!! Peluru telah bertukar menjadi air... nyata sekali Filipina tidak dapat menghalang KEMERDEKAAN SULU kali ini!!!". Semburan air tersebut telah mengakhiri perarakan UTC setiap bulan kerana UTC telah mendapat "petanda" atau pun "Lampu Hijau" bahawa "bila-bila masa boleh isytiharkan kemerdekaan Sulu" berdasarkan ketidakupayaan Filipina menghalang gerakan UTC Kesultanan Sulu.



Begitulah cerita kedudukan sebenar gerakan UTC dari awal hingga saat ini. UTC telah lancarkan Kad Pengenalan sementara secara percuma setelah berjaya mendaftar Surat Kelahiran Tausug lebih 50,000 orang seluruh Sulu dan Sabah. Pada 17 Nov 2010 nanti satu sistem pentadbiran dengan menggunakan mekanisma Ekonomi Rakyat berdasarkan "Pasar dan Masjid" meniru permulaan Kerajaan Islam di Madinah Al-Munawwarah akan dilancarkan. Kertas kerja sedang dirangka bersama pelan lokasi, gerakan Peace Keeper serta para pentadbir yang akan dimulakan di Buansa. Kemudian akan dibuka di Bongao, Tawi-Tawi, Basilan, Zamboanga dan Palawan secara berperingkat.

Konsep Pasar ialah "Parian" dalam tradisi Tausug bermaksud "Pasar Terbuka". Konsep Parian ini Tausug pernah buka di seluruh Asia Tenggara sehingga ke Tanah Arab beribu tahun dahulu. Sebab itu orang Arab hingga hari ini menamakan "Pasar" dengan "Suq" yang sebenarnya diambil dari kata nama "Sug" atau Sulug. Di sekitar Padang, Sumatra Barat, Indonesia iaitu tidak jauh dari Kota Solok (Sulug) terdapat nama pasar purba Tausug yang masih kekal dinamakan Parianam (Parian). InsyaAllah pentadbiran Kesultanan Sulu akan dapat dimulakan sebelum deklarasi.

PERHATIAN:
Kepada sesiapa yang merancang mahu menyertai UTC Kesultanan Sulu samada mahu memohon "kerakyatan" atau sekadar menjadi "Simpati" maka dinasihatkan perlulah membaca artikel ini terlebih dahulu untuk mengetahui hujung pangkal perjuangan UTC. Kegagalan memahami sejarah penubuhan UTC akan menyebabkan kecelaruan yang merugikan kepada diri mereka sendiri. Sesiapa yang menyertai UTC tanpa pengetahuan sejarah UTC mereka bukan sahaja rugi masa dan wang ringgit serta tenaga mereka malah MARUAH mereka akan tercalar buat selama-lamanya kerana segala "kemunafikan dan salah laku mereka" akan tertulis seterusnya tersimpan dalam lipatan sejarah TAUSUG & KESULTANAN SULU.

ASREESULU