BONGKAR: Benarkah MNLF dicipta ZIONIST??

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 17, 2009 4 ulasan

Kemana-mana penulis pergi samada ke Sabah hingga ke Kuala Lumpur beberapa orang yang saya sendiri tidak kenali membisikkan sesuatu di telinga penulis

"Kamu tidak tahu kah Asree MNLF itu dicipta oleh Marcos?".

Tidak lama dulu (tahun 80-an) salah seorang dari bapa saudara penulis yang pernah menganggotai MNLF menegur dengan nada yang kurang senang ketika penulis bertanyakan tentang perjuangan MNLF dengan katanya

"Kamu tidak perlu tahu ini (MNLF), mereka telah diperalat untuk memusnahkan bangsa dan negara. Kamu tahu mengapa saya keluar lebih awal? Kerana tidak sanggup melihat ramai mujahidin yang syahid tanpa mengetahui yang mereka telah diperalat."

Ketika penulis sampai ke Jolo, Sulu baru-baru ini salah seorang sahabat UTC yang datang dari Pulau Basilan yang juga bekas Komander MNLF turut menyebut perkara yang sama. Begitu juga ketika penulis berada dalam satu majlis dengan bekas-bekas pemimpin MNLF di Kuala Lumpur, salah seorang dari mereka telah mengatakan

"Asree, kamu tahu maksud MNLF? Kalau nak tahu maksudnya ialah
Marcos Nurmisuari Loving Friend."

Walau pun demikian pandangan mereka terhadap MNLF, namun ketika menulis tentang perjuangan MNLF dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu, penulis tidak menulis hal-hal yang memburukkan MNLF atau Nur Misuari. Kerana menganggap hal tersebut tidaklah penting, kerana yang lebih utama bagi penulis ialah perjuangan bangsa Tausug melawan kufar.

Malangnya sejak kebelakangan ini, cerita keburukan MNLF tersebar di mana-mana termasuklah yang dikhabarkan bahawa tentera Nur Misuari mahu menyerang Sabah. Hinggakan beberapa tahun yang lalu, perkampungan BDC di Sandakan dirobohkan kerajaan Malaysia atas alasan, rumah yang dirobohkan adalah rumah kaum Sulu (sekitar jambatan C) yang bersekongkol dengan MNLF yang kononnya mahu menyerang Sabah. Sedih!!

Nur Misuari ketika dalam tahanan.

Baru-baru ini terdengar lagi desas-desus MNLF sedang berlatih ketenteraan untuk menyerang Sabah. Ini termasuk kenyataan Nur Misuari sendiri bersama Sultan Muhammad Abdullah Fuad Kiram yang mahu menuntut Sabah dengan membawa isu Sabah ke ICJ. Walau pun Nur Misuari tidak terlibat secara langsung namun Sultan Fuad yang buat kenyataan demikian turut memalit MNLF sekali.

Yang menambah-parahkan lagi keadaan MNLF ialah reaksi Nur Misuari terhadap UTC dan Kesultanan yang dipimpin keluarga Aranan yang beliau anggap sebagai perjuangan "Ketua Kampung". Kerana Keluarga Kiram dan MNLF tahu, UTC tiada agenda menuntut Sabah. Kerana bagi UTC, menuntut Sulu dari Filipina lebih besar dari segala-galanya. Sekiranya ini berlaku (MNLF masih menganggap dirinya jaguh tanpa mahu bersatu dengan pihak lain) maka perang saraf sesama "pejuang kemerdekaan" Sulu (UTC) dan MORO (MNLF) akan semakin besar dan parah seterusnya akan menghancurkan umat Islam Sulu sendiri.

Dalam hal ini, penulis kenalah membuat pilihan samada menjadi pendamai yang duduk di tengah atau menjadi BATU API. Penulis memilih menjadi pendamai, tetapi pendamai yang akan mendedahkan segala kepincangan agar generasi hari ini dan akan datang dapat mengambil iktibar seterusnya memperbetulkan arah tuju perjuangan mereka.

Di sini penulis akan berkongsi dengan para pembaca berkenaan tuduhan bahawa Nur Misuari bersekongkol dengan Marcos untuk mencetuskan perang di Sulu sebelum kejadian pembunuhan Jabidah 1968. Penulis berasakan sekiranya ia benar, maka buruklah perjuangan MNLF Nur Misuari (tidak termasuk MNLF yang Syahid) hingga ke generasi di masa akan datang.

Ini adalah pendedahan bekas pemimpin MNLF sendiri terhadap sejarah Nur Misuari dan keterlibatan MNLF antaranya ialah:

  1. Sebelum kejadian pembunuhan Jabidah 1968, Nur Misuari telah menyertai kesatuan belia "Kabataan Makabayan" yang berasaskan fahaman Komunisme di Filipina tidak termasuk Sulu.
  2. Nur Misuari adalah bersahabat karib dengan pengasas kepada kesatuan belia KABATAAN MAKABAYAN (diasaskan pada 1964 yang mungkin ada kaitan dengan perjanjian MAPHILINDO 1964) iaitu Jose Maria Sison atau yang dikenali sebagai Joma.
  3. JOMA pernah belajar di Indonesia dan setelah kembali ke Filipina beliau menjadi pensyarah di University of Philipines (UP) bersama Nur Misuari, kemudian JOMA mengasaskan Kabataan Makabayan yang berorientasikan fahaman Lenin-Mao Tze Tung-Marxisme yang Nur Misuari turut menyertainya.
  4. Roben Torres seorang graduan Undang-undang di UP telah menyertai mereka dalam Kabataan Makabayan. Beliau menjadi aktivis pelajar sejak tahun 1961 di UP menentang Marcos sehingga disumbat kedalam penjara (berlaku sebelum pembunuhan Jabidah 1968).
  5. Kemudian JOMA mengasaskan satu lagi persatuan berasaskan Komunis iaitu National Democratic Front dan para ahlinya dikenali sebagai CPP.
  6. JOMA setelah itu menubuhkan pula angkatan bersenjata berasaskan komunis iaitu National Peoples Army sebagai pemberontak kepada kerajaan Filipina.
  7. Nur Misuari menyedari perlunya menubuhkan kumpulan penentang yang lebih agresif di wilayahnya sendiri. Oleh kerana wilayah beliau majoritinya beragama Islam maka beliau menyertai satu persatuan yang didokong oleh para Ustaz yang dinamakan persatuan Ansarul Islam.
  8. Tidak lama kemudian seorang pemimpin dari Maguindanao bernama Udtug Matalam telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan MIM (Muslim Independent Movement). Nur Misuari dan para ahli Ansarul Islam telah turut menyertai MIM sebagai memperluaskan lagi jaringan mereka.
  9. Mungkin dari protes masyarakat bukan Islam yang mahu menyertai perjuangan mereka (yang tidak setuju dengan penggunaan Islam) MIM ditukar kepada Mindanao Independent Movement.
  10. Tidak lama kemudian berlakulah peristiwa Pembunuhan Jabidah tahun 1968 yang dilakukan oleh Marcos. Berita pembunuhan menjadi isu berbulan-bulan lamanya di Manila dan seluruh Filipina hingga menjadi sentimen peribadi kepada umat Islam Sulu dan Mindanao.
  11. Tiba-tiba MIM pun lesap entah kemana, rupa-rupanya mereka telah berlatih ketenteraan (samada di dalam Mindanao atau di luar Mindanao telahpun diketahui). Seperti yang dicatatkan oleh sumber AS seperti yang telah pun tersebar dalam internet bahawa antara yang terlibat melatih ialah Kerajaan Libya (Presiden Mu'ammar Ghadafi) dan Gabenor Negeri Sabah sendiri (Tun Datu Mustapha).
  12. Menurut veteran MNLF, latihan yang pertama ialah pada tahun 1969 di Sabah.
  13. Tiba-tiba muncul lah MNLF (Moro National Lebaretion Front) yang dipengerusikan Nur Misuari sendiri.
  14. Kemunculan MNLF pada peringkat awal ditentang oleh kaum Sulu hinggakan tersebar berita bahawa golongan Mawis (Maoist) atau MNLF yang ingin menghancurkan bangsa dan agama telah pun muncul. Sebab itu mengapa majoriti kaum Sulu tidak menyertai MNLF yang dianggap membawa faham Komunis itu.
  15. Malangnya disebalik bantahan masyarakat Tausug terhadap MAWIS (MNLF) ini tiba-tiba muncul lah kumpulan bersenjata Kristian di Mindanao yang dinamakan Illaga. kumpulan Illaga menyerang dan membunuh Muslimin Mindanao tanpa belas kasihan. Membakar rumah dan perkampungan Muslimin.
  16. Reaksi Muslimin dari kemunculan Illaga yang tidak diketahui asal usulnya, membunuh tak tentu pasal ini, maka Udtug Matalam di Mindanao menubuhkan satu kumpulan pembalas dendam terhadap kejahatan Illaga yang dinamakan Kumpulan Bersenjata Baracuda. Berlakulah serang menyerang antara Kristian dan Islam.
  17. Kekacauan inilah yang ditunggu-tunggu oleh Marcos dan langsung beliau isytiharkan Undang-undang Tentera (Martial Law) pada September 1972 ke atas semua wilayah Sulu dan Mindanao. Martial Law bermakna DARURAT.
  18. MNLF yang ketika itu sudah lama bersedia mula melancarkan perang gerila ke atas Tentera Marcos serentak dengan Mindanao (Marawi dan Kota Batu). Perang semakin sengit pada tahun 1974 sehingga menyebabkan pembakaran Bandaraya Jolo yang paling teruk dan menyedihkan dalam sejarah mana-mana peperangan kaum Muslimin di Sulu sejak zaman kesultanannya.
  19. Kesan dari kebakaran ini masih kita dapat lihat di Jolo hari ini, sebab itu pemandangan Bandar Jolo begitu ngeri dipenuhi oleh bangunan-bangunan buruk dan lusuh, hitam seperti arang. Hanya satu bangunan yang cantik iaitu Masjid Tulay.
  20. MNLF berjaya menguasai Jolo dalam masa 24 jam sebelum ditewaskan oleh tentera Marcos. Dengan peperangan yang semakin sengit, persepsi masyarakat Sulu mula berubah terhadap MNLF kerana hanya MNLF sahajalah yang mewakili mereka memerangi Tentera Jahat Marcos.
  21. Pada 1975 telah berlaku genjatan senjata dan Libya serta kesatuan Umat Islam mewujudkan Perjanjian Tripoli. Yang menghairankan Nur Misuari enggan menandatangani Tripoli Agreement maka peperangan bersambung lagi.
  22. Pada 1986 Marcos kalah dalam pilihan raya rakyat oleh Corazon Aquino.
  23. Setelah kekalahan Ferdinand Marcos pada 1986, JOMA pemimpin NPA melarikan diri ke Belanda dan mendapat suaka politik di sana. Hairan, mengapa beliau larikan diri?
  24. Pada tahun 1996 Nur Misuari menandatangani perjanjian Autonomi (ARMM) dengan menjadi gabenor ARMM yang pertama. Perjanjian ini dapat terlaksana disebabkan peranan Roben Torres yang telah berjaya memujuk Nur Misuari. Roben Torres kawan karin Nur Misuari semenjak dalam Kabataan Makabayan sebenarnya bertugas sebagai setiausaha Presiden Filipina ketika itu.
  25. Siapakah sebenarnya JOMA dan Roben Torres yang punya pengaruh besar ke atas Nur Misuari?
Penulis hanya paparkan kronologi serba sedikit agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagaimana aliran keterlibatan MNLF yang dianggap MAWIS (Maoist) oleh masyarakat Sulu ketika dulu sebelum menjadi HERO Mujahidin Filipina Selatan.

Gambar Marcos yang dah mampus yang tidak diterima tanah masih terbaring dalam muzium. Manusia hina seperti Kamal Attartuk, Firaun dan Marcos memang tidak diterima tanah sebab kejahatan terhadap Muslimin.

Berdasarkan kronologi di atas, kita akan bedah siasat nanti apakah yang berlaku antara Marcos, Nur Misuari, Roben Torres dan Jose Maria Sison sebelum berlakunya Martial Law berdasarkan cerita beberapa orang pemimpin X-MNLF. Bersambung......

Asree

Untuk artikel yang lebih tepat dan menarik sila ke blog Neldy Jolo http://theislandsofpearls.blogspot.com/
  1. Salam Bro Asree,

    Menarik sekali huraian anda ini.

    Pada tahun 1987 tertubuhnya MILF untuk membangunkan negara Islam di Mindanao, kononya MNLF tidak memperjuangakn Islam di sebabkan fahaman komunisme.

    ramai pelajar2 aktivis di filipina termasuk Nur Misuri yang menentang kerajaan filipina sebab kerajaan filipina dalam pempinan marcos ketika itu mahu menolong amerika memerangi vietnam. maknanya marcos bersekongkol dengan zionist amerika.

    Saya setuju kata-kata kawan2 dulu di zaman kita masih menuntut di university bahawa MILF itu adalah hasil conspiracy kerajaan dan pemimpin-pemimpin MNLF yang lain di cotabato untuk membahagikan MNLF.

    setelah pres cory aquino pada tahun 1986 memanggil untuk constitutional assembly dan mengadakan persetujuan dengan MNLF untuk membina satu muslim autonomy di mindanao NEW MNLF keluar dan kononnya terus memperjuangkan kemerdekaan dan di namakan oleh pengasas nya USTAZ HASHIM SALAMAT sebagai MILF.

    kalaupun memang penubuhan MNLF ini di tahun 1969 ada kaitan dengan zionist tentu Nur Misuari sebagai pemimpin terpedaya dan diperbodohkan.

    Maksud saya hal-hal yang terjadi kepada MNLF dari dulu hingga ke saat ini mungkin tidaklah boleh di tunjing jari kepada Nur Misuari sahaja.

    Jangan salahkan Nur Misuari sahaja, ramai yang pemimpin MNLF yang patut juga disalahkan.

    Yang bersalah adalah kerajaan yang banyak strategy untuk memperbodohkan orang2 Islam di Mindanao dan Sulu. Nur Misuari adalah salah satu sebagai satu mangsa sahaja.

    Jalan ummat Islam di Mindanao dan Sulu adalah untuk membuat kesatuan demi agama, bangsa dan negara.

    jangan salahkan sesiapa selain kufar kerajaan Filipina.

    Memang sukar bagi dua negara ini disatukan dalam nama republik disebabkan mereka ini ada sejarah yang berlainan dan ada bahasa yang tersendiri walaupun agama yang meraka anuti adalah sama.

    jalan yang bro asree sarankan di buku anda Tausug dan Kesultanan Sulu itu adalah bagi saya yang terbaik.

    merdekakan negara sulu dengan sendirinya dan merdekan pula negara mindanao dengan sendirinya.

    oleh itu kerajaan ummat Islam di Mindanao dan Sulu akan terbit semula. dengan memerdekakan negara sulu tidaklah bermakna menuntut sabah daripada malaysia kalau ia mendatangkan kerisauan pada pihak-pihak tertentu.

    seperti yang anda tulis di atas sulu bukan lah menuntut sabah dari malaysia tetapi menuntut sulu daripada filipina demi kebaikan ummat Islam di likusantara atau nusantara.

    selagi sulu tidak merdeka ramai lagi yang akan datang ke sabah untuk berteduh di sabah untuk mencari kehidupan yang tenang. dan ramai lagi yang akan jadi pelarian dan "pendatang?" yang akan datang ke sabah. dan akan jadi masalah kepada kerajaan malaysia?

    Hal-hal kedatangan orang2 sulu ke sabah secara "haram?" tidak akan terhapus sampai bila-bila tanpa kemerdekaan sulu.

    pendapat sedemikian ini adalah hasil kajian atau observation saya hasil daripada pendapat-pendapat orang2 islam sulu sendiri yang pernah jadi mangsa. bukan semata-mata daripada saya sendiri. inilah sentimen mereka.

    saranan di dalam hal ini ummat islam di nusantara harus bersatu untuk memperjuangkan ummat islam di Sulu dan mindanao tanpa mengirah bangsa. ini yang harus ummat islam di nusantara pertimbangkan.

    sekarang ini amerika ada di sulu, apakah maksud mereka ini? amerika adalah satu daripada zionist. jadi marilah berganding bahu untuk memperjuangkan negara sulu dan mindanao demi agama islam dan kesatuan orang2 islam.


    terimah kasih bro asree!

  1. w salam bro Neldy,

    TQ atas ulasan terhadap artikel saya, sebenarnya tujuan saya mendedahkan kewujudan MNLF adalah semata-mata mengajak para pembaca memahami sekurang-kurangnya dapat memberi tanggapan apa sebenarnya yang berlaku ke atas MNLF dan perjuangannya.

    Kiranya ia ada manfaat di harap dapat dikongsi bersama generasi muda Tausug Sulu dimana-mana termasuk saudara kita di Malaysia. Betapa pentingnya keamanan. Walau bagaimana pun keamanan yang dikecapi di Malaysia dirasakan tidak akan berterusan selagi jiran-jiran Malaysia masih dalam konflik dan huru-hara.

    Adalah sangat baik Malaysia dan negara-negara lain mengambil bahagian bagaimana memakmurkan negara jiran mereka seperti Sulu. Sebarang kelembapan bertindak kemungkinan besar Sulu akan dijadikan BOM JANGKA yang bila-bila masa akan diletupkan.

  1. Salam bro Asree,

    Ada kemungkinan apa yang anda katakan itu boleh berlaku. Kita harus lihat kehadiran Amerika syarikat di Sulu sekarang. Apakah maksud mereka itu sebenarnya. kenapa mesti berada di pulau kecil Sulu itu.

    Ini adalah lampu hijau bagi pihak-pihak yang berada di nusantara untuk menolong Sulu. Jangan tunggu bom meletup seperti yang saudara katakan baru pihak-pihak tertentu bertindak.

  1. Mengapa asreelibugs itu terlalu benci kpd Nur Misuari? Dan menuduh MNLF sebagau tajaan zionist! Bro Neldy, ... jangan terus kita percaya kpd kata kata animist oleh si asreelibugs hantu bangkit itu, dan janga lagi kau asreelibugs memancing hati org2 tausug dngan umpan mu buku kesultanan sulu supaya tausug membenci toko pejuang tausug ia itu Nur Misuari ... Nur misuari tak pernah rogol mamah kau, tak pernah buat rumah merah dan merotan mamah dan bapa kau, nur misuari tak pernah mengorang asing tausug di negeri sendiri, buat malainkan saudara kandung kau pairin yang anyaya kpd hak tausug, cubalah kau pergi jolo sana lah kau buat kotokan terhadap Nur Misuari supaya ka rasa hakikatnya mulut engkau berkuman kancer itu, asreelibugs penghianat bansa.

Post a Comment