ANNOUNCEMENT: DISREGARDING PROCLAMATION!
The current legitimate Sulu Sultan, Paduka Batara Mahasari Maulana Al-Sultan Muhammad Bantilan Muizuddin II and the government is disregarding the proclamation of any individual as Sultan of Sulu Sultanate Darul Islam.
The Government of Sulu Sultanate Darul Islam announces that the Tausug Citizens of the Sulu Sultanate Darul Islam already have the legitimate Sultan chosen by the citizens. Thus, the throne has no vacancy.
Tausug Citizens throughout Sulu Archipelago (from Zamboanga Peninsula to North Borneo) are not recognizing the move of Atty. Meltino J. Sibulan and Datu Albi Julkarnain Ahmad to proclaim another Sultan in any way. Tausug Citizens is for justice. UTP is not Tausug Citizens.
Di petik dari www.tausugglobalmedia.co.cc
Ulasan:
Semalam kami mendapat kontak dari Buansa, Jolo, Sulu berkenaan keadaan semasa Tausug Citizens. Pejabat pentadbiran Sultanate of Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh YM Sultan Bantilan II mengeluarkan satu kenyataan tentang gerakan Atty. Meltino dan Datu Albi yang menggunakan nama UTP (United Tausug People) sebenarnya tiada kena-mengena dengan Tausug Citizens.
Tindakan UTP melantik Sultan lain tanpa persetujuan rakyat adalah tindakan persendirian mereka sahaja sedangkan Tausug Citizens sudah mempunyai Sultan Bantilan II yang diangkat secara terbuka (public) oleh lebih 20,000 rakyat jelata pada 19 Mac 2009 yang lalu.
Dalam protokol Kesultanan Sulu bahawa mana-mana Datu yang akan diangkat menjadi Sultan Sulu mesti di sokong serta diangkat sendiri oleh majoriti rakyat dan mesti pertabalannya dilakukan di Tanah Sug (Pulau Jolo) tempat pusat kekuasaan Kerajaan Sulu berdiri.
Pertabalan Sultan di luar Tanah Sug secara otomatik terbatal apatah lagi dilakukan secara tertutup dan tanpa Rumah Bichara serta kerajaan pentadbir yang dibentuk terlebih dahulu. Tanah Sug adalah tanah Kesultanan sedangkan tanah lain di luar Tanah Sug adalah tanah naungan (negeri yang digambar dalam 5 bintang).
Sebarang pertabalan di luar Tanah Sug seperti individu yang mengangkat dirinya jadi Sultan di Manila maka dia adalah Sultan Manila bukannya Sultan Sulu. Sama dengan mereka yang mengangkat diri jadi Sultan di Tawi-Tawi menjadi Sultan Tawi-Tawi bukan Sultan Sulu.
Lebih-lebih lagi kalau individu yang diangkat Sultan tersebut mempunyai Passport Filipina, Malaysia, Amerika, Brunei dan sebagainya yang ternyata kewarganegaraannya sendiri bukan Tausug Sulu. Kesultanan Sulu berdaulat di atas namanya sendiri. - TG
|