BERITA TERKINI TAUSUG CITIZENS
YM Sultan Muhammad Bantilan Muezuddin II bergambar kenangan dengan Presiden persatuan Tubuh Sug iaitu Sultan Karimul Makhdum Dr. Ben dari Iligan City ketika berlangsungnya Majlis Syura pembentangan rang undang-undang Sultanate of Sulu pada 13 Januari 2011 yang lalu yang diadakan di Marawi. Pembentangan kali kedua akan datang berlangsung pada 26-28 Februari 2011 di tempat yang sama.
Gambar kenangan setelah majlis bersurai.
Zamboanga City, 25 Jan 2011: Pembentangan rang undang-undang Kerajaan Sulu Darul Islam pada awal bulan Januari yang lalu berjalan dengan lancar. Pembentangan yang diadakan selama tiga hari berturut-turut itu telah dirasmikan oleh SM Sultan Bantilan II dengan sokongan Persatuan Tubuh Sug dari Iligan City. Kehadiran YM Tuan Habib Zakaria "Kerry" Abdullah bersama YM Datu Amran dari Iligan menjadikan pembentangan rang undang-undang peringkat pertama berjalan dengan penuh semangat dan lancar.
Antara agenda selama berlangsungnya pembentangan rang undang-undang tersebut ialah memeriksa (Review) semula rang undang-undang terdahulu yang disusun oleh UTC dengan memperhalusi serta menambah mantapkan lagi undang-undang Tubuh Kementerian (Rumah Nakura') dan Tubuh Rumah Bichara dan Kehakiman Syariah.
Menurut Tuan Habib Kerry sebelum berlangsungnya Majlis Pembentangan rang Undang-undang kali kedua nanti akan ada perjumpaan penting dengan beberapa pemimpin tempatan di Manila. Dijangka perjumpaan tersebut akan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan persempadanan Fipilina-Sulu sebelum tindakan lanjut diperpanjangkan ke peringkat antarabangsa. Dijangka akan turut dihadiri oleh beberapa bekas pemimpin MNLF dari Bongao, Jolo, Basilan dan Mindanao. Dalam perjumpaan tersebut diharapkan akan menghasilkan kesatuan dan kesepakatan seterusnya dapat memacu ke arah terealisasinya penerimaan Kemerdekaan Sulu di peringkat antarabangsa yang diharap-harapkan. - TG

|