Bhg 3: Asas Mengenali ZABAG Melalui LAUT SULU
KAJIAN MERUNGKAI MAKNA ISTILAH
Tidak lama dahulu seorang Tausug yang menetap di Kuala Lumpur telah memaklumkan kami melalui telefon bahawa TAUSUG sebenarnya adalah berdarah YAHUDI kerana menurut penelitiannya secara genetik jenis kumpulan darah Tausug adalah sama dengan orang-orang Yahudi. Beliau memberikan alasan-alasan tertentu terhadap dakwaan tersebut sambil meminta kami mengkaji lebih lanjut. Peringkat awal kami tidaklah memperdulikan dakwaan tersebut tetapi tidak lama kemudian iaitu setelah kami menemui catatan-catatan Spanyol dan Portugis dakwaan tersebut seperti ada kebenaran. Hanyasanya kami tidak bersetuju dengan penggelaran Yahudi. Kerana menurut kajian kami Yahudi itu berbeza dengan Bani Israel yang walau pun punya pertalian darah namun sangat berbeza dari segi aliran atau mazhab agama mereka.
Seperti yang kami telah jelaskan pada artikel yang lepas iaitu Rasulullah SAW sendiri membezakan Yahudi dan Israel. Bani Israel adalah kaum atau bangsa para Nabi dan Rasul sedangkan Yahudi adalah bangsa dilaknat disebabkan penyimpangan dari ajaran Taurat menggantikannya dengan Kitab Talmud yang menjadi panduan hidup mereka. Menyedari hal ini, kami mula melancarkan beberapa kajian terhadap Laut Sulu sebelum kedatangan Spanyol (yang kemudian menamakannya Philippines) sehingga bertemu dengan istilah-istilah yang sukar kami fahami seperti Lucoes @ Luzoes, Lusung, Taopo, Wak Wak, Sanfotsi, Zabag, Zutt, Suvarnadvipa, Land of Ophir & Tarshish, Land of Punt, Sambatyon River, Garden of Eden, The lost ten tribes of Israel, dll, malah istilah Solok sendiri begitu asing sekali buat kami.
Untuk merungkainya kajian bahasa sangat diperlukan untuk memahami istilah-istilah tersebut dari mana ia terbit dan diambil. Pencarian makna-makna istilah tersebut akhirnya didapati bukanlah pada bahasa lain tetapi rata-rata ada dalam bahasa Sulug atau Tausug di kepulauan Sulu. Begitu mengejutkan setelah mendapati nama-nama negeri di Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Borneo sehingga Mindanao-Luzon-Visayas datang dari bahasa Sulug atau Tausug atau China antaranya ialah,
SULUG ADALAH BENAR BANI ISRAEL YANG HILANG?
Sebenarnya Tausug bukanlah 100% keturunan Bani Israel yang hilang, hanyasanya Bani Israel lah yang datang menambah populasi Sulug di kepulauan Sulu sekitar 600 tahun sebelum Masihi hinggakan sehingga hari ini bahasa Hebrew banyak terkandung dalam bahasa Sulug. 300 tahun sebelumnya, Nabi Sulaiman a.s. sendiri memperisterikan Pangyan Sulug seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu Raja Perempuan Saba' Bernama Puteri Balqis. Ratu Saba' biasa dengan air laut oleh sebab itu mengapa Nabi Sulaiman a.s. membina lantai istananya bersinar seperti permukaan air laut menyebabkan Ratu Saba' mengangkat gaunnya ketika memijak lantai tersebut. Kewujudan tradisi lisan Sulug yang mengatakan bahawa Raja Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata, Sulu, menunjukkan sebelum kedatangan 10 kaum Bani Israel pada 600 SM rombongan Sulaiman a.s. telah pun mendahului pada 950 SM.
Ia sama dengan nama "Musa" a.s. dan Dawud a.s. yang punya makna dalam bahasa Sulug. "Musa @ Mussa" bermaksud mutiara yang bersinar manakala "Dawud @ Tawud" bermaksud "yang banyak" mungkin merujuk kepada kemahiran Dawud a.s. yang banyak atau pun juga "Tahud" yang bermaksud "Taji" pada kaki ayam sabung merujuk kepada kehandalan Dawud a.s. semasa kecil pernah menewaskan Raja Jalut dan kehebatan tangannya yang boleh memegang besi panas ketika menempa pedang. Dalam bahasa Sulug sekiranya terdapat huruf "D" di penghujung perkataan ia bermaksud "Keras @ menakutkan" dan perlu disebut dengan keras. Contoh,
Sekiranya masa diundur jauh kebelakang lagi iaitu masa sebelum dan selepas banjir besar, anak-anak Nabi Noh a.s. seperti Japheth (kulit putih bermata sepet), Ham (berkulit hitam), Sam (kulit putih dan sawo matang) telah menduduki sebahagian besar kepulauan Asia Tenggara manakala sebilangan yang lain terdampar di gunung Ararat Turkey. Bani Sulug jalur keturunan mereka dari Japheth yang melahirkan bangsa Indochina dan Buranun. Salah satu suku Buranun di Borneo ialah Suku Maday. Dari suku Maday Buranun berkembang menjadi suku-suku Dayak (Kayan-Borneo, Iranun-Mindanao, Tausug-Kepulauan, Monggol & China-Tanah Besar).
Suku Maday kemudian belayar ke India Barat lalu membentuk bangsa ARYAN awal. Dalam tradisi Bani Israel suku-suku Buranun dikaitkan dengan anak-anak Eber iaitu Ophir dan Tarshish yang menduduki Kepulauan Sulu. Hal ini perlulah diperjelaskan bahawa Bani Israel itu asal usul mereka adalah Buranun yang bergerak dari kepulauan Sulu menuju ke Laut Meditranian beribu ribu tahun dahulu. Kemudian keturunan mereka seperti Ophir, Tarshish dan Yocatan kembali belayar ke kepulauan Sulu. Kemudian anak-anak Yocatan belayar pula ke Amazon membentuk bangsa Maya dan Red Indian.
Ini membuktikan bahawa Sulug atau Tausug bukanlah Bani Israel sebaliknya keturunan Bani Israel Purba berasal dari kepulauan Sulu. Ini kerana menurut kajian sains melalui genetik pergigian menunjukkan MANUSIA MODEN berasal dari Asia Tenggara yang menyebar hingga ke Eropah, Afrika dan Benua Amerika.
(Bangsa Yocatan dari kepulauan Sulu beranak pinak di sekitar Amazon sehingga Maxico dan belayar pula ke kepulauan Britain membentuk Bangsa Pict atau Pint. Bangsa Pict dikesan oleh ahli sejarah berkulit sawo matang dan tubuh badan mereka dipenuhi tatu imej binatang atau bunga sebab itu mereka dipanggil Bangsa Pict (badan bergambar). Bangsa kulit putih Briton hanya bergerak masuk ke Britain kemudiannya dan kedatangan mereka menyebabkan kehilangan bangsa Pict. Samada mereka lari kembali ke benua Amerika atau mati ketika berperang dengan bangsa Briton masih menjadi tandatanya kepada ahli sejarah. Bangsa Briton kemudiannya didapati adalah sebahagian dari 12 kaum Bani Israel yang berhijrah dari tanah Jerusalem ke Eropah. Ahli Linguistik mendapati 5000 akar bahasa Israel telah membentuk bahasa Inggeris hari ini.)
LAUT SHILO MENJADI LAUT SULU?
Tahukah anda Shilo dalam bahasa Sulug bermaksud "Menyimpang dari jalan asal agar selamat". Ketika dalam perjalanan untuk berperang, sekiranya mereka mengetahui musuh sedang menuju ke tempat mereka yang juga melalui jalan yang sama, mereka akan menyimpang ke jalan lain untuk mengelak bertembung dan seterusnya membuat serang hendap. Laluan yang menyimpang untuk keselamatan tersebut dipanggil "Shilo". Hari ini perkataan "Shilo" sangat jarang disebut yang biasa menjadi sebutan ialah "Shilong". Shilong atau Silung membawa maksud sinonim dengan Shilo tetapi sedikit berbeza pengertiannya. Silung bermaksud "teduh" yang kemungkinan terbit dari kata Shilo-un (menyimpang ke tempat yang benar-benar teduh) ia kemudian berubah sebutan menjadi Shilun dan menjadi Shilung pada lidah Sulug.
Dalam bahasa Hebrew, Shiloh @ Shilo juga membawa maksud yang sama. Adakah Laut Sulu mendapat nama dari nama Shilo? Kebetulan Laut Sulu ketika dulu menjadi laluan alternatif para pedagang yang tidak mahu melalui Laut China Selatan. Kedudukan Laut Sulu yang menjadi laluan para pedagang yang melalui Jawa, Banjar Masin, Sulawesi dan Tarnate-Tedore menuju ke China menjadikan Kepulauan Sulu satu-satunya tempat persinggahan. Demikian para pedagang China juga kena singgah di Jolo dahulu sebelum masuk ke kepulauan Tarnate, Sulawesi seterusnya ke Jawa. Laluan dan aliran perdagangan ini kemungkinan juga menyebabkan terbitnya kata "Sulu" dari lidah Buranun yang bermaksud "mengalir atau meleleh perlahan".
Hingus yang meleleh pada hidung disebut "si'pun nagsulu" yang membawa maksud mengalir. Di antara pulau Mindanao dan Pulau Samar-Leyte terdapat Pulau Suluan mengadap laut Pasifik yang bermaksud "Pulau Aliran" kerana ketika dulu para Datu Sulug telah menduduki Butuan dan Sugbu (Cebu) sehingga membentuk etnik Visaya Butuan, Cebuano, Waray Waray dan Surigaonun hari ini yang handal melebur besi, tembaga, emas dan perak ketika dulu. Tausug kemungkinan besar menjadikan Pulau Suluan sebagai persinggahan atau laluan sebelum ke kepulauan Pasifik dan seterusnya ke Amazon benua Amerika beribu-ribu tahun yang lalu. Maka terjawablah persoalan samada Laut Sulu terbit dari kata Shilo atau sememangnya dinamakan Sulu sejak sekian lama. Apa yang menarik Shilo dan Sulu sekiranya digabungkan akan membawa makna "Laut yang aman tenteram" (Peace Sea). Kemungkinan dari PEACE SEA inilah terbitnya nama Pacific Ocean.
PERKAITAN YAKJUJ DAN MAKJUJ (GOG & MEGOG) DENGAN SULUG
Sebelum kami menjelaskan kehadiran Bangsa Zutt di tanah Arab yang dikatakan sangat handal berperang di darat dan hebat merompak di laut yang berasal dari Kepulauan Zabag, ada baiknya kami mengulangi kenyataan para pencatat Arab berkenaan lokasi sebenar Zabag. Secara umum Zabag dikatakan menguasai keseluruhan kepulauan Asia Tenggara dari Laut China Selatan sehingga ke Laut India, Teluk Parsi, Teluk Arab sehingga ke Madagaskar namun lokasi sebenar pusat Empayar Zabag masih menjadi kekeliruan. Seperti yang kami telah jelaskan sebelum ini tanda-tanda kekuatan Zabag itu ada pada Bangsa Sulug @ Tausug di Kepulauan Sulu. Perlulah difahami kepulauan Sulu Purba adalah merangkumi semua kepulauan bermula dari Taiwan ke Mindanao, kemudian ke Papua sehingga ke Sulawesi dan Borneo.
Isyarat dari Bible menunjukkan anak-anak Noh a.s. dari jalur keturunan Japheth yang dinamakan Gog and Magog dan dalam hadis Rasul SAW disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah bangsa Sulug. Bangsa Monggol (Magog) adalah berasal dari kepulauan Sulu yang naik ke tanah besar menuju ke utara menjadi bangsa kejam dan pemusnah daratan yang tiada tandingan dalam dunia. Kemudian bangsa Gog (Scytians) pula adalah sama dari keturunan Japeth bin Noh a.s. iaitu bangsa Maday yang belayar ke barat India dan menduduki tanah Iran. Mereka bergerak ke Utara hingga Eropah sehingga membentuk bangsa kulit putih purba yang sukakan peperangan yang dinamakan Scytians.
Kedatangan bangsa Sulug kemudiannya ke Laut Meditranian pada zaman Iskandar Zulkarnain kemungkinan besar telah berasimilasi dengan bangsa Scytians dan kemudiannya melahirkan bangsa Viking (Scandinavia). Bangsa Viking disebut sebagai bangsa Norse (bangsa Utara) yang sukakan peperangan dan ekspedisi rompakan harta berupa emas dan perak. Hingga hari ini bangsa Scandinavia terutama Norse bila terlihat pulau-pulau di laut mereka masih menamakannya Sulo atau Sulu. Satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka yang berasal dari kepulauan Sulu hingga hari ini. Bahasa Norse hari ini masih mengekalkan lidah Sulug yang bunyi sebutannya sama dengan Bahasa Sug. Perbezaan bahasa Norse dengan bahasa Inggeris begitu jauh berbeza dari segi bunyi.
Penggunaan huruf "G" pada hujung perkataan yang disebut secara keras sinonim dengan Sulug. Perhatikan perkataan "Zabag", "Magog", "Gog", "Sog @ Solog", Sulug, Tausug. Samada Gog atau Magog kedua-duanya adalah Sulug. Bangsa Arab serta bangsa-bangsa lain (termasuk Melayu) sukar menyebut "G" di hujung perkataan iaitu Zabag akan menjadi Zabaj atau Zabak. Demikian dengan sebutan SUG akan menjadi Zuj atau Zuk sesetengahnya menyebut Zutt.
KAUM ZUTT DI TANAH ARAB & PENEMUAN TARIQAT SULUK
Seorang pengkaji Zabag-Suvarnadvipa Filipina bernama Paul Kekai Manansala dalam blognya sambali.blogspot.com telah menemui jejak-jejak suku Sayabiga yang berasal dari Zabag telah datang ke Tanah Arab dan Eropah yang dipercayai membawa teks-teks Tantra. Suku Sayabiga menurutnya selalu ditemani oleh satu suku lagi yang juga berasal dari Zabag iaitu suku Zutt.
Asimilasi Sulug dan Papua menghasilkan Orang Laut Luwu' (Luwa'an) yang sehingga hari ini masih wujud di Pulau Sulawesi. Bangsa Laut Luwu' kemudian berkembang menjadi bangsa Ugi' @ Bugis berperadaban dan membina kerajaan kecil pada abad ke-12 hingga 15. Sehingga hari ini Kapal Laut Pinisi (Phoenicia) yang sama binaannya dengan kapal Orang Laut Phoenicia di Laut Meditranian masih dipakai oleh orang-orang Bugis. Malah intonasi bahasa Bugis telah mempengaruhi bahasa Spanyol/Portugis @ Latin di Meditranian Barat sehingga hari ini. Perhubungan Orang Laut Luwu' dengan Bangsa Latin menyebabkan mereka dipanggil "Ugis" (kulit putih @ Albino) oleh Tausug kerana mungkin sebahagian dari orang laut Luwu'an berkulit putih hasil asimilasi dengan bangsa Eropah. Bugis tidak dapat lari dari Sulug kerana perhubungan rapat sejak beribu ribu tahun lamanya,
Nama-nama pemimpin Zutt di Mesir juga ramai sebagai contoh antara tahun 815 hingga 820 Masihi seorang gabernor Mesir bernama Yusuf Al-Zutti yang namanya dinisbahkan kepada kaum Zutt. Seorang lagi faqih dari pendokong ajaran Syi'ah bernama Salim Bayya' Al-Zutti bersahabat baik dengan Imam Musa ibn Ja'far dan 'Ali ibn Musa.
[01] Paul Kekai Manansala, sambali.blogspot.com.
[02] Krishna K. Godhania *www.krishnagodhania.org/articles/Romy.html.

- Lusung (China & Sulug), Lu-Sung "Lu" Orang, "Sung" Sug bermaksud "Orang Sug" atau Tau Sug. Lusung kemudian disebut Luzon oleh Spanyol. Lusung dalam bahasa Sulug bermaksud "Lesung" satu alat untuk menumbuk bijirin.
- Taopo (China & Sulug), Tao-Po "Tao" Orang, "Po" Pulau bermaksud "Orang Pulau". "Po" dalam bahasa China kadang-kadang membawa maksud "Laut" yang juga sinonim dengan kepulauan. Dalam bahasa SUlug juga "Taopo" bermaksud orang pulau.
- Lucoes @ Lugus @ Likus (Hebrew & Sulug), dalam bahasa Hebrew Leqoes @ Lucoes ialah mengikat tetapi dalam bahasa Sulug pula Likus ialah mengelilingi atau melingkari manakala Lugus ialah "memaksa dengan kekuatan".
- Wak Wak (Sulug), Wak @ Uwak bermaksud "burung gagak". Wak Wak bemaksud burung gagak kecil (mungkin yang dimaksudkan ialah pulau Jolo yang kecil).
- Sanfotsi (China), bermaksud Sri Vijaya atau Zabag.
- Zabag (Sulug), cenderung kepada dua maksud iaitu "Zapah @ Sapah" dan "Solog" itu sendiri. "Sapah" bermaksud "Sungai" dan "Solog" bermaksud "Arus air mengalir" yang dimaksudkan kemungkinan ialah Selat Melaka sehingga ke Selat Makassar yang disebut dalam legenda Bani Israel sebagai Sungai Sambatyon (Sabbathion River) yang dikatakan tempat berkumpulnya 10 suku kaum Bani Israel yang hilang. Penghujung kepada "sungai Sambatyon" ialah gugusan kepulauan Sulu. Hingga hari ini Tausug masih menyebut "Sambat" (ucapan yang diingat), "Sabbah" (buah pisang), "Sapah" (sungai). Tausug sering menggunakan "Bah" atau "Pa" dalam percakapan harian.
- Zutt (Arab), salah sebutan bagi SUG.
- Suvarnadvipa (Sanskrit), bermaksud "Kepulauan Emas".
- Ophir & Tarshish (Hebrew), anak cucu Nabi Noh a.s. yang berhijrah ke kepulauan Sulu.
SULUG ADALAH BENAR BANI ISRAEL YANG HILANG?
Sebenarnya Tausug bukanlah 100% keturunan Bani Israel yang hilang, hanyasanya Bani Israel lah yang datang menambah populasi Sulug di kepulauan Sulu sekitar 600 tahun sebelum Masihi hinggakan sehingga hari ini bahasa Hebrew banyak terkandung dalam bahasa Sulug. 300 tahun sebelumnya, Nabi Sulaiman a.s. sendiri memperisterikan Pangyan Sulug seperti yang disebut dalam Al-Quran iaitu Raja Perempuan Saba' Bernama Puteri Balqis. Ratu Saba' biasa dengan air laut oleh sebab itu mengapa Nabi Sulaiman a.s. membina lantai istananya bersinar seperti permukaan air laut menyebabkan Ratu Saba' mengangkat gaunnya ketika memijak lantai tersebut. Kewujudan tradisi lisan Sulug yang mengatakan bahawa Raja Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata, Sulu, menunjukkan sebelum kedatangan 10 kaum Bani Israel pada 600 SM rombongan Sulaiman a.s. telah pun mendahului pada 950 SM.
- "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)
Ia sama dengan nama "Musa" a.s. dan Dawud a.s. yang punya makna dalam bahasa Sulug. "Musa @ Mussa" bermaksud mutiara yang bersinar manakala "Dawud @ Tawud" bermaksud "yang banyak" mungkin merujuk kepada kemahiran Dawud a.s. yang banyak atau pun juga "Tahud" yang bermaksud "Taji" pada kaki ayam sabung merujuk kepada kehandalan Dawud a.s. semasa kecil pernah menewaskan Raja Jalut dan kehebatan tangannya yang boleh memegang besi panas ketika menempa pedang. Dalam bahasa Sulug sekiranya terdapat huruf "D" di penghujung perkataan ia bermaksud "Keras @ menakutkan" dan perlu disebut dengan keras. Contoh,
- "Tahud" (Taji),
- "Tuhud" (Kepala lutut),
- "Tawid" (Laut dalam),
- "Lahud" (kesan pukulan rotan @ cemeti pada badan),
- "Bisud" (menarik keras),
- "Banhud" (rasa kematu pada kaki selepas duduk lama),
- "Sapud" (melontar dari bawah ke atas) dll.
Sekiranya masa diundur jauh kebelakang lagi iaitu masa sebelum dan selepas banjir besar, anak-anak Nabi Noh a.s. seperti Japheth (kulit putih bermata sepet), Ham (berkulit hitam), Sam (kulit putih dan sawo matang) telah menduduki sebahagian besar kepulauan Asia Tenggara manakala sebilangan yang lain terdampar di gunung Ararat Turkey. Bani Sulug jalur keturunan mereka dari Japheth yang melahirkan bangsa Indochina dan Buranun. Salah satu suku Buranun di Borneo ialah Suku Maday. Dari suku Maday Buranun berkembang menjadi suku-suku Dayak (Kayan-Borneo, Iranun-Mindanao, Tausug-Kepulauan, Monggol & China-Tanah Besar).
Suku Maday kemudian belayar ke India Barat lalu membentuk bangsa ARYAN awal. Dalam tradisi Bani Israel suku-suku Buranun dikaitkan dengan anak-anak Eber iaitu Ophir dan Tarshish yang menduduki Kepulauan Sulu. Hal ini perlulah diperjelaskan bahawa Bani Israel itu asal usul mereka adalah Buranun yang bergerak dari kepulauan Sulu menuju ke Laut Meditranian beribu ribu tahun dahulu. Kemudian keturunan mereka seperti Ophir, Tarshish dan Yocatan kembali belayar ke kepulauan Sulu. Kemudian anak-anak Yocatan belayar pula ke Amazon membentuk bangsa Maya dan Red Indian.
Ini membuktikan bahawa Sulug atau Tausug bukanlah Bani Israel sebaliknya keturunan Bani Israel Purba berasal dari kepulauan Sulu. Ini kerana menurut kajian sains melalui genetik pergigian menunjukkan MANUSIA MODEN berasal dari Asia Tenggara yang menyebar hingga ke Eropah, Afrika dan Benua Amerika.
(Bangsa Yocatan dari kepulauan Sulu beranak pinak di sekitar Amazon sehingga Maxico dan belayar pula ke kepulauan Britain membentuk Bangsa Pict atau Pint. Bangsa Pict dikesan oleh ahli sejarah berkulit sawo matang dan tubuh badan mereka dipenuhi tatu imej binatang atau bunga sebab itu mereka dipanggil Bangsa Pict (badan bergambar). Bangsa kulit putih Briton hanya bergerak masuk ke Britain kemudiannya dan kedatangan mereka menyebabkan kehilangan bangsa Pict. Samada mereka lari kembali ke benua Amerika atau mati ketika berperang dengan bangsa Briton masih menjadi tandatanya kepada ahli sejarah. Bangsa Briton kemudiannya didapati adalah sebahagian dari 12 kaum Bani Israel yang berhijrah dari tanah Jerusalem ke Eropah. Ahli Linguistik mendapati 5000 akar bahasa Israel telah membentuk bahasa Inggeris hari ini.)
LAUT SHILO MENJADI LAUT SULU?
Tahukah anda Shilo dalam bahasa Sulug bermaksud "Menyimpang dari jalan asal agar selamat". Ketika dalam perjalanan untuk berperang, sekiranya mereka mengetahui musuh sedang menuju ke tempat mereka yang juga melalui jalan yang sama, mereka akan menyimpang ke jalan lain untuk mengelak bertembung dan seterusnya membuat serang hendap. Laluan yang menyimpang untuk keselamatan tersebut dipanggil "Shilo". Hari ini perkataan "Shilo" sangat jarang disebut yang biasa menjadi sebutan ialah "Shilong". Shilong atau Silung membawa maksud sinonim dengan Shilo tetapi sedikit berbeza pengertiannya. Silung bermaksud "teduh" yang kemungkinan terbit dari kata Shilo-un (menyimpang ke tempat yang benar-benar teduh) ia kemudian berubah sebutan menjadi Shilun dan menjadi Shilung pada lidah Sulug.
Dalam bahasa Hebrew, Shiloh @ Shilo juga membawa maksud yang sama. Adakah Laut Sulu mendapat nama dari nama Shilo? Kebetulan Laut Sulu ketika dulu menjadi laluan alternatif para pedagang yang tidak mahu melalui Laut China Selatan. Kedudukan Laut Sulu yang menjadi laluan para pedagang yang melalui Jawa, Banjar Masin, Sulawesi dan Tarnate-Tedore menuju ke China menjadikan Kepulauan Sulu satu-satunya tempat persinggahan. Demikian para pedagang China juga kena singgah di Jolo dahulu sebelum masuk ke kepulauan Tarnate, Sulawesi seterusnya ke Jawa. Laluan dan aliran perdagangan ini kemungkinan juga menyebabkan terbitnya kata "Sulu" dari lidah Buranun yang bermaksud "mengalir atau meleleh perlahan".
Hingus yang meleleh pada hidung disebut "si'pun nagsulu" yang membawa maksud mengalir. Di antara pulau Mindanao dan Pulau Samar-Leyte terdapat Pulau Suluan mengadap laut Pasifik yang bermaksud "Pulau Aliran" kerana ketika dulu para Datu Sulug telah menduduki Butuan dan Sugbu (Cebu) sehingga membentuk etnik Visaya Butuan, Cebuano, Waray Waray dan Surigaonun hari ini yang handal melebur besi, tembaga, emas dan perak ketika dulu. Tausug kemungkinan besar menjadikan Pulau Suluan sebagai persinggahan atau laluan sebelum ke kepulauan Pasifik dan seterusnya ke Amazon benua Amerika beribu-ribu tahun yang lalu. Maka terjawablah persoalan samada Laut Sulu terbit dari kata Shilo atau sememangnya dinamakan Sulu sejak sekian lama. Apa yang menarik Shilo dan Sulu sekiranya digabungkan akan membawa makna "Laut yang aman tenteram" (Peace Sea). Kemungkinan dari PEACE SEA inilah terbitnya nama Pacific Ocean.
PERKAITAN YAKJUJ DAN MAKJUJ (GOG & MEGOG) DENGAN SULUG
Sebelum kami menjelaskan kehadiran Bangsa Zutt di tanah Arab yang dikatakan sangat handal berperang di darat dan hebat merompak di laut yang berasal dari Kepulauan Zabag, ada baiknya kami mengulangi kenyataan para pencatat Arab berkenaan lokasi sebenar Zabag. Secara umum Zabag dikatakan menguasai keseluruhan kepulauan Asia Tenggara dari Laut China Selatan sehingga ke Laut India, Teluk Parsi, Teluk Arab sehingga ke Madagaskar namun lokasi sebenar pusat Empayar Zabag masih menjadi kekeliruan. Seperti yang kami telah jelaskan sebelum ini tanda-tanda kekuatan Zabag itu ada pada Bangsa Sulug @ Tausug di Kepulauan Sulu. Perlulah difahami kepulauan Sulu Purba adalah merangkumi semua kepulauan bermula dari Taiwan ke Mindanao, kemudian ke Papua sehingga ke Sulawesi dan Borneo.
- "Pulau-pulau timur di lautan ini (Laut Champa), yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj, yang disebut oleh orang Hindu, Suvarnadvipa, iaitu pulau-pulau emas ... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu. " (Al-Biruni, 1030 M)
- "Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah." (Al-Mas'udi, 943 M)
Isyarat dari Bible menunjukkan anak-anak Noh a.s. dari jalur keturunan Japheth yang dinamakan Gog and Magog dan dalam hadis Rasul SAW disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah bangsa Sulug. Bangsa Monggol (Magog) adalah berasal dari kepulauan Sulu yang naik ke tanah besar menuju ke utara menjadi bangsa kejam dan pemusnah daratan yang tiada tandingan dalam dunia. Kemudian bangsa Gog (Scytians) pula adalah sama dari keturunan Japeth bin Noh a.s. iaitu bangsa Maday yang belayar ke barat India dan menduduki tanah Iran. Mereka bergerak ke Utara hingga Eropah sehingga membentuk bangsa kulit putih purba yang sukakan peperangan yang dinamakan Scytians.
Kedatangan bangsa Sulug kemudiannya ke Laut Meditranian pada zaman Iskandar Zulkarnain kemungkinan besar telah berasimilasi dengan bangsa Scytians dan kemudiannya melahirkan bangsa Viking (Scandinavia). Bangsa Viking disebut sebagai bangsa Norse (bangsa Utara) yang sukakan peperangan dan ekspedisi rompakan harta berupa emas dan perak. Hingga hari ini bangsa Scandinavia terutama Norse bila terlihat pulau-pulau di laut mereka masih menamakannya Sulo atau Sulu. Satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka yang berasal dari kepulauan Sulu hingga hari ini. Bahasa Norse hari ini masih mengekalkan lidah Sulug yang bunyi sebutannya sama dengan Bahasa Sug. Perbezaan bahasa Norse dengan bahasa Inggeris begitu jauh berbeza dari segi bunyi.
Penggunaan huruf "G" pada hujung perkataan yang disebut secara keras sinonim dengan Sulug. Perhatikan perkataan "Zabag", "Magog", "Gog", "Sog @ Solog", Sulug, Tausug. Samada Gog atau Magog kedua-duanya adalah Sulug. Bangsa Arab serta bangsa-bangsa lain (termasuk Melayu) sukar menyebut "G" di hujung perkataan iaitu Zabag akan menjadi Zabaj atau Zabak. Demikian dengan sebutan SUG akan menjadi Zuj atau Zuk sesetengahnya menyebut Zutt.
KAUM ZUTT DI TANAH ARAB & PENEMUAN TARIQAT SULUK
Seorang pengkaji Zabag-Suvarnadvipa Filipina bernama Paul Kekai Manansala dalam blognya sambali.blogspot.com telah menemui jejak-jejak suku Sayabiga yang berasal dari Zabag telah datang ke Tanah Arab dan Eropah yang dipercayai membawa teks-teks Tantra. Suku Sayabiga menurutnya selalu ditemani oleh satu suku lagi yang juga berasal dari Zabag iaitu suku Zutt.
- "Sayabiga, ..... memainkan peranan penting dalam penghantaran idea Tantra, kerana mereka berhijrah sepanjang laluan perdagangan tampaknya selalu ditemani untuk beberapa alasan oleh kumpulan lain yang dikenali sebagai Zutt (Jat). Para Sayabiga awalnya berasal dari Zabag (Suvarnadvipa) dan raja dari negara yang mempunyai minat yang besar dalam menjangkau kerajaan yang jauh. Selama dinasti Pala, kita mendengar Serlingpa, seorang putera dari Suvarnadvipa, membawa sejumlah teks Tantra termasuk Kalacakra Tantra pendek dari Shamhbala, yang dengan demikian boleh disamakan dengan Suvarnadvipa. Bahkan sebelumnya, raja ini daerah yang sama, yang dikenali oleh Muslim sebagai Mihraj, telah pernah menghantar surat-menyurat kepada Bani Umayah iaitu khalifah Mu'awiyah dan khalifah Umar abd al-Aziz." [01]
- Di sepanjang laluan perdagangan, para peniaga dan pelaut dari Zabag ini telah menyerap Tantra Buddhis dan Muslim, sebahagian besar dipengaruhi Syiah. Di Eropah, saya telah menyarankan bahawa Sayabiga menetap di sebidang sawah di Valencia dengan padi pasang surut dan budaya mereka memancing menggunakan strain padi Japonica tropika. Beberapa Sayabiga mungkin telah tersebar di sepanjang laluan ziarah ke Santiago de Compostela (Spanyol?) berhubung dengan orang yang dikenali sebagai Agotes dan Cagots.
Asimilasi Sulug dan Papua menghasilkan Orang Laut Luwu' (Luwa'an) yang sehingga hari ini masih wujud di Pulau Sulawesi. Bangsa Laut Luwu' kemudian berkembang menjadi bangsa Ugi' @ Bugis berperadaban dan membina kerajaan kecil pada abad ke-12 hingga 15. Sehingga hari ini Kapal Laut Pinisi (Phoenicia) yang sama binaannya dengan kapal Orang Laut Phoenicia di Laut Meditranian masih dipakai oleh orang-orang Bugis. Malah intonasi bahasa Bugis telah mempengaruhi bahasa Spanyol/Portugis @ Latin di Meditranian Barat sehingga hari ini. Perhubungan Orang Laut Luwu' dengan Bangsa Latin menyebabkan mereka dipanggil "Ugis" (kulit putih @ Albino) oleh Tausug kerana mungkin sebahagian dari orang laut Luwu'an berkulit putih hasil asimilasi dengan bangsa Eropah. Bugis tidak dapat lari dari Sulug kerana perhubungan rapat sejak beribu ribu tahun lamanya,
- "Sebuah catatan tentang Tausug-Kesultanan Jolo pernah menguasai Sabah hari ini, bahagian dari Sulawesi, dan berbagai pulau di semua jalan ke Flores di kepulauan Indonesia selain dari Tawi-Tawi, Basilan, dan Zamboanga di Filipina berdasarkan penaklukan bersenjata mereka. Mereka masih dilihat dalam banyak cara yang sama seperti Gurka kepada Inggeris, di Filipina hari ini .. " Krishna K. Godhania [02]
- "Zutt dan Sayabiga, digambarkan secara bergantian sebagai penjaga, tentera upahan, perompak laut, petani, dan pengembala kerbau, sudah hadir di empayar Sassanid sebelum penaklukan Arab. Banyak dari orang-orang secara paksa dipindahkan ke rawa sekitar Basra untuk membantu dalam mencipta sistem pertanian di sana. Jadi, perlu dicatat kedudukan Basra sebagai pusat awal tasawuf dengan campuran yang pengaruh Parsi dan India. Baik Sayabiga dan Zutt kemudian dipindahkan ke Syria utara, yang seperti Basra juga menjadi sangat berkaitan dengan Ismaili dan mistik sufi."
Nama-nama pemimpin Zutt di Mesir juga ramai sebagai contoh antara tahun 815 hingga 820 Masihi seorang gabernor Mesir bernama Yusuf Al-Zutti yang namanya dinisbahkan kepada kaum Zutt. Seorang lagi faqih dari pendokong ajaran Syi'ah bernama Salim Bayya' Al-Zutti bersahabat baik dengan Imam Musa ibn Ja'far dan 'Ali ibn Musa.
- "Demikian juga, salah seorang kapten penjaga Khalifah Ali (ibn Abi Thalib Karamallahuwajhah) bernama Ma'kal ibn Kifi Al-Zabaji, yang dinisbah keturunannya dari Zabag. Sejumlah penulis Muslim memberi kesaksian bahawa Sayabiga digunakan secara meluas sebagai penjaga, misalnya, di perbendaharaan Basra. Para sufi mistik terawal bernama Salim Al-Barusi yang mungkin jejak keturunannya dari Barus atau Balus di Sumatera, tempat asal Al-Fansuri yang terkenal dari kapur barus, sementara yang lain seorang Sufi hebat bernama Abu Yazid Al-Waqwaqi mempunyai nisba yang boleh menunjukkan warisan dari pulau selatan Waqwaq (Jolo) dari Zabag."
- "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)
- Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, "Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku)." Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup 'menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku tapi beriman denganku."
- Sabda Rasulullah SAW: Ertinya: "Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergoncanglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang karena) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula sangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghuraba' (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

|