LAWATAN KE MUZIUM KL 19 Feb 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, February 26, 2011 0 ulasan


Setelah beberapa hari berehat di Seri Kembangan, Selangor iaitu setelah sampai dari Sandakan, Sabah baru-baru ini penulis tergalak berkunjung ke Muzium Kuala Lumpur bersama anak-anak. Galakan terhasil dari saranan dan desakan oleh beberapa pihak termasuk sahabat-sahabat pengunjung blog ini agar penulis datang melihat sendiri paparan Sejarah Kesultanan Sulu yang dipamerkan di Muzium KL yang mana sebelum ini tidak pernah ada.

Kita sangat berterima kasih kepada Jabatan Muzium Negara Malaysia kerana sudi meng"up-date" bahan-bahan sejarah Solok @ Suluk @ Sulug @ Tausug. Mungkin di masa-masa akan datang pihak Muzium Negara di Kuala Lumpur akan dapat memaparkan Sejarah Sulug @ Suluk dengan lebih terperinci beserta bahan, peralatan kesenian dan kebudayaan TAUSUG yang lebih terkini dengan kerjasama Universiti Pertanian Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dll sekadar menyebut beberapa nama, dengan sokongan Sultan Agung Malaysia dan Kesultanan Sulu Darul Islam.

InsyaAllah dalam masa terdekat Kesultanan Sulu Darul Islam dibawah pimpinan DYTM Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II ibn Datu Wasik Aranan akan menghantar wakil atau deligasi diplomatik kearah perhubungan dan persefahaman Tausug dan Melayu. Perhubungan dan persefahaman ini pasti akan berlangsung dengan rasa muhibbah dan saling membantu tanpa syak wasangka. Hanya bergantung kepada kedua belah pihak samada bertindak positif atau negatif terhadap hubungan ini. Perkara ini akan diperjelaskan lagi dalam artikel Analisis kami yang bakal menyusul selepas ini. WASSALAM.


Perhatikan Adjung @ Jong atau pun bahtera Jawa pada gambar di atas. Mungkin para saintis barat hari ini amat yakin bahawa bahtera Jawa adalah satu-satunya bahtera terbesar dan terpanjang yang pernah dibina oleh bangsa Jawa di Asia Tenggara. Persoalannya benarkah Bahtera KATIGAN (buluh pengimbang) ini berasal dari tanah Jawa?

Kenyataan yang tidak dapat disangkal ialah Adjung atau Jong KATIGAN asalnya dibina oleh orang-orang Solok @ Sulug di Kepulauan Sulu beribu-ribu tahun yang lalu yang mereka gunakan menyeberang lautan Pasifik, lautan India sehingga ke benua Afrika. Sebagai bukti ialah catatan China purba yang mengatakan bukan sahaja Sulug orang yang pertama membawa benih jagung ke China malah yang mengajar mereka membuat Adjung yang China namakan Jongkong adalah orang-orang Sulug.

Malah bangsa yang mula-mula mencipta senjata api ialah orang-orang Sulug yang menetap di Champa (Vietnam).
Malah telah tercatat bangsa yang paling handal mencipta meriam lela @ Lantaka dan mahir menggunakannya ialah orang Sulug sendiri. Dalam catatan Spanyol bahawa Sulug lah yang paling handal mengendalikan Adjung Katigan. Kelajuan kapal-kapal layar Sulug yang begitu laju tidak dapat ditandingi oleh Spanyol di dalam kempen-kempen peperangan dan rompakan-rompakan di wilayah naungan Spanyol.

Post a Comment