INSYA ALLAH : Sulu akan BERJAYA!!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, May 28, 2010 1 ulasan


INSYA ALLAH!!
  • INSYA ALLAH!! Rakyat Sulu akan bersatu
  • INSYA ALLAH!! Rakyat Sulu akan lupakan persengketaan
  • INSYA ALLAH!! Rakyat Sulu akan tinggalkan senjata pemusnah
  • INSYA ALLAH!! Rakyat Sulu akan tinggalkan dendam kesumat
  • INSYA ALLAH!! Akan tinggalkan judi dan dadah
  • INSYA ALLAH!! Rakyat Sulu akan berjaya kembalikan maruah mereka
  • INSYA ALLAH!!Rakyat Sulu akan berjaya menyuarakan KEMERDEKAAN mereka tanpa sengketa!!
Sulu Darul Islam selepas deklarasi menyuarakan KEMERDEKAANNYA pada 17 Nov 2010 nanti matawang "Dublun" (Dinar atau emas) dan "Pilak" (Dirham atau perak) akan kembali digunakan. Sebenarnya Sulu masih menggunakan mata wang Perak dan Dinar antara tahun 1900 hingga 1945. Menurut nenek penulis sebelum perang Jepun (WWII) penggunaan mata wang "Bulawan" atau dipanggil DUBLUN oleh Tausug ketika itu masih digunakan. Tetapi beransur-ansur hilang oleh PESO kerana kekuasaan dan eksploitasi Filipina keatas Sulu.

Hari ini, kesan dari penggunaan mata wang Dinar dan Perak, Tausug masih memanggil semua matawang sebagai PILAK bermaksud PERAK. Ringgit Malaysia dan Peso Filipina juga mereka panggil sebagai Pilak. Menurut Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo pengasas kepada Dinar Dunia moden hari ini menyatakan bahawa matawang Dinar dan Perak adalah jauh lebih stabil berbanding matawang kertas hari ini. Malah katanya wang kertas adalah simbol kepada RIBA dalam sistem kapitalis Yahudi di seluruh dunia sedangkan Dinar adalah simbol kepada sistem Islam yang terpenting.

Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo, berasal dari Spanyol (Andalusia) adalah pakar dan pengasas Dinar Dunia moden hari ini.

InsyaAllah di artikel akan datang penulis akan paparkan video perjumpaan Prof Dr Umar dengan Datu Albi Ahmad Julkarnain (Council of Regents Sultanate of Sulu Darul Islam) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

ASREESULU

SUSULAN TAWI-TAWI: Lagu Bahasa Sug & Bajau

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, May 18, 2010 0 ulasan


yep... you've read it right.. the song was sung by Christian Bautista. :)) this song was originally English written by an American soldier who fell in love with the girl he saw in Tawi-Tawi Beach.. although the lyrics have been changed in this song, still the beauty of it remains.. -Sis Kaikai


Versi dalam bahasa Sug


Dua lagu ini didedikasikan oleh Sister Kaikai dalam youtube.com beliau http://www.youtube.com/user/kcaiyah untuk dinikmati bersama. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Ahmad era 80-an yang dirakam di Kuala Lumpur ketika dulu. Suara Ahmad berkumandang dirumah-rumah masyarakat Sulu masih menjadi kenangan penulis semasa kecil di Sandakan.

Penulis pernah berangan-angan menjadi penyanyi seperti Ahmad menyanyikan lagu patriotik Tausug dan perjuangan memerdekakan Sulu bila besar nanti. Lagu-lagu beliau inilah yang penulis selalu nyanyikan dimana-mana secara bersendirian samada ketika menjual bahai (jual plastik di pasar ikan Sandakan tahun antara 1985-86) dan ketika menjual rokok ditepi jalan Sandakan (tahun 1987) dan ketika mencuci kereta sekitar dewan masyarakat Sandakan (tahun 1988-89). Malah ketika penulis bekerja sebagai Penulis Skrip dan Pelukis Storyboard di syarikat Animasi Kuala Lumpur lagu-lagu Ahmad telah menjadi siulan penulis.

Kepentingan lagu dan muzik kepada seorang manusia yang kehidupannya penuh dengan kerja keras dan kesukaran hidup boleh mengubah arah tuju pemikiran mengikut kebiasaan lagu yang didengarnya. Ia akan menjadikan seseorang mempunyai perinsip bergantung kepada kekuatan lirik dan genre lagu. Sebab itu kerosakan anak-anak muda Melayu hari ini kerana lagu yang mereka dengar tidak lagi membawa kepada kebaikan dan keluhuran budi.

Sebenarnya dunia tidak mengetahui bahawa masyarakat Sulu terutama mereka yang menutur bahasa Sug (Taguimaha) dibesarkan dengan lagu-lagu patriotik perjuangan bangsa, negara dan agama. Tausug mempunyai dua senjata untuk kelangsungan sejarah agar diingati sampai bila-bila oleh generasi mudanya iaitu,
  • Lontara (tulisan-tulisan yang ditulis oleh para khatib dan Datu)
  • Nyanyian (yang dialunkan dan diiringi Gabbang & Erhu -sejenis biola china) dalam lagu dimasukkan cerita-cerita pahlawan lagenda Tausug dari turun-temurun, inilah salah satu sumber dari tradisi lisan yang masih bertahan.


Lagu Tausug yang mengisahkan perjuangan Ustaz Habier Malik diiringi pukulan Gabbang dan gesekan biola. Beginilah Tausug mepertahankan kisah-kisah kepahlawanan bangsa mereka. Tidak hairan sehingga hari ini cerita kehebatan Tausug merentas lautan dan menguasai kawasan-kawasan tertentu di Nusantara masih diceritakan.

Terima kasih kepada sister Kaikai kerana mengingatkan penulis tentang kehidupan masa lalu.

ASREESULU

Analisis: KEMUNCULAN kumpulan MORO kali ke-II

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, May 17, 2010 0 ulasan

Mungkin ramai yang mengecam Nur Misuari kerana masuk bertanding pemilihan Gobernor Jolo dalam pilihanraya Filipina baru-baru ini. Beliau dilihat telah terperangkap kesan dari beberapa tindakannya menandatangani beberapa perjanjian sebelum ini antara kumpulan yang dipimpinnya (MNLF) dengan kerajaan Filipina, bermula dari perjanjian Tripoli 1975 hingga Final Peace Agreement 1996. Walau bagaimanapun penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nur Misuari dan Syukur kepada Allah swt kerana Nur Misuari tidak mahu lagi "terbabit atau disabitkan" dengan peperangan. Sebab itu beliau menyertai pilihanraya secara demokratik.

Nur Misuari terpaksa menerima hakikat bahawa MNLF sudah "berkubur" ketika beliau selesai menandatangani perjanjian FPA 1996 lantaran Bangsa Moro Mindanao terpaksa "Mufarakah" (memisahkan diri) dari MNLF dengan menubuhkan kumpulan baru MILF untuk meneruskan "perjuangan kemerdekaan Moro Land". Hingga hari ini MILF masih meneruskan perjuangannya. Menurut beberapa tinjauan MILF berjaya bertahan adalah kerana masih mendapat "pembiayaan" rahsia dari beberapa pihak yang berkepentingan.

Malah pihak tertentu "tidak mahu melihat" MILF meletak senjata dan berdamai kerana selama ini "perjuangan MILF" lah yang menyebabkan "Dana antarabangsa" masuk ke Filipina tanpa henti (samada dana dunia Islam atau dana AS dan sekutunya). Hal ini sangat menguntungkan Filipina. Dalam masa yang sama "peperangan" tersebut akan menghalang sebarang gerakan KEAMANAN mana-mana pihak memunculkan kembali KESULTANAN SULU dan Mindanao.

Amerika Syarikat dan Filipina sendiri tahu, Filipina terlalu miskin sebab itu memerlukan peperangan untuk "Survival". Walau pun Sulu dan Mindanao berada dalam tangan "de Facto"nya selama ini namun kekayaan Sulu yang bertaburan di serata dunia tidak mampu "dimiliki" oleh Filipina untuk diguna membangunkan negaranya. Malah minyak mentah di Laut Sulu pun tidak mampu disedutnya. Filipina hanya ada dua pilihan samada menyerahkan kemerdekaan Sulu dan Mindanao atau tidak.
  • Memerdekakan Sulu & Mindanao: Kemungkinan Luzon-Visayas akan menjadi negara Papa Kedana seterusnya "hilang dalam peta dunia" kerana kekayaan dan sumber alam ada pada Sulu - Mindanao. Hal ini yang menakutkan Filipina.
  • Berkerja keras menghalang kemerdekaan Sulu-Mindanao: Hal ini terpaksa dilakukan secara berterusan tetapi mesti "merancang untuk mewujudkan peperangan". Sekurang-kurang Filipina masih dianggap "berkuasa" dengan menunjukkan kekuatan tenteranya dan masih mampu makan sekali pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Filipina terpaksa "mengekalkan" pemberontak NPA (New Poeple Army) Komunis di Luzon-Visayas dan berterusan memeranginya agar sahaja tidak dilihat "hanya memerangi umat Islam" di Sulu dan Mindanao semata-mata. Pusingan peperangan dan keganasan terpaksa dilakukan untuk "Survival" oleh SATU KERAJAAN yang bertaraf "SWASTA" seperti Filipina. Penulis katakan bahawa negara-negara yang disebut "Swasta" ialah negara yang mengamalkan demokrasi PILIHAN RAYA yang setiap 5 tahun terpaksa "memperbaharui" konsesi penswastaannya. Ketua kepada negara SWASTA ini adalah yang dipanggil NWO (New World Order) yang berpusat di AS dibawah organisasi FREEMASON sedunia.

Mana-mana negara yang mengamalkan Demokrasi Pilihan Raya yang mana negaranya ditadbir seorang presiden atau Prime Minister (PM) malah termasuk nama SULTAN sekali pun rata-rata adalah ahli kepada pertubuhan rahsia FREEMASON sedunia. Malaysia, Filipina, Brunei, Thailand, Indonesia malah Singapura tidak terkecuali. Sebagai contoh Raja-raja Saudi, Jordan malah Yassir Arafat sendiri adalah anggota Freemason bertaraf 33. Hal ini bukan lagi rahsia.

Gerakan Freemason menguasai pentadbiran negera-negara seluruh dunia. Ahli gerakan ini mempunyai kaedah berjabat tangan dan bahasa isyarat tertentu sebagai kata kunci kepada keahlian mereka. Di Filipina terlalu banyak kumpulan "fraternity" yang muncul meniru kaedah Freemason. Di Malaysia juga wujud kumpulan seperti ini yang didasarkan atas nama persaudaraan dan keselamatan.



KEMUNCULAN PEMBERONTAKAN MORO KALI KE-II
Ketika penulis berada di Sabah pada bulan Januari yang lalu beberapa maklumat telah penulis dengar dari mulut beberapa orang bekas anggota MNLF. Nampaknya maklumat ini bukan lagi satu rahsia kerana sudah tersebar merata-rata dari Sabah sehingga ke Semenanjung Malaysia. Mereka menyatakan bahawa akan ada peperangan besar-besaran melanda Sulu dan Mindanao. Malah peperangan kali ini akan turut menular sehingga ke Luzon dan Visayas. Berikut penulis senaraikan maklumat tersebut secara ringkas,
  • Akan muncul peperangan baru perjuangan Bangsa Moro kali kedua.
  • Perjuangan kali ini masih dilakukan oleh bekas pejuang MNLF yang lalu tetapi tidak lagi diketuai oleh Nur Misuari.
  • Kumpulan baru ini memusuhi Nur Misuari dan penyokong-penyokongnya.
  • Malah kumpulan ini juga sangat memusuhi "perjuangan mengembalikan Kesultanan Sulu" yang dilagang oleh UTC.
  • Dilaporkan oleh bekas anggota UMOA yang tahu perancangan ini bahawa Mantan General Tentera Filipina ketika era presiden Ramos iaitu Eduardo Ermita telah menemui mereka di Sabah 2009 yang lalu secara diam-diam. Melakukan beberapa perbincangan dan memberikan mereka (para komander MNLF) sedikit habuan USD1000 seorang. Untuk apa?
  • Kononnya untuk mengatur gerakan menghimpun anggota MNLF kembali semula memerangi Filipina. Bekas General Tentera Filipina sendiri merancang memerangi Filipina?
Apakah pandangan anda terhadap laporan di atas? Bagi penulis secara peribadi, ianya satu laporan yang penuh pembohongan dan tipu muslihat. Ia tidak benar sama sekali kerana diluar pertimbangan akal yang waras. Bagaimana kalau ianya benar? Apa akibatnya sekiranya ia benar-benar berlaku? Penulis katakan ianya mustahil berlaku kerana,
  • Sekiranya benar, maka umat Islam Bangsa Moro MNLF ini akan pasti membunuh saudara mereka sendiri United Tausug Citizens (UTC) terlebih dahulu sebelum membunuh tentera Filipina. Kerana telah terbukti (dari risikan dan penelitian) gerakan Tentera Bangsa Moro kali ini sangat memusuhi "Perjuangan Kesultanan Sulu secara Aman".
  • Sekiranya benar, maka PASTI Malaysia akan dituduh sebagai penyumbang dan menaja keganasan kepada kumpulan pembunuh tentera Bangsa Moro terhadap Tausug (UTC) yang tidak berdosa. Kerana masyarakat umum akan bertanya dari mana datangnya sumbangan dan dari mana ia disalurkan kepada Pemberontak Bangsa Moro ini kalau bukan dari Jampiras Malaysia? Penulis mengira Malaysia akan bermatian menghalang munculnya gerakan pemisahan Bangsa Moro kali kedua ini kerana jelas "mengancam keselamatan negara". AS sedang memerhatikan gerak-geri siapa sahaja samada Filipina, Malaysia dan Indonesia, perisik mereka berada dimana-mana.
  • Sekiranya benar, dan AS membiarkannya berlaku tanpa bertindak menghalang gerakan Bangsa Moro ini, maka jelas ianya pasti atas perancangan AS sendiri. Tetapi atas dasar apakah AS mengatur dan menggalakkan keganasan di Sulu sedangkan AS sekarang berusaha mengamankan Sulu (atas nama BALIKATAN) agar mereka selesa "menyedut minyak mentah" di Laut Sulu sampai bila-bila?

Menurut penganalisis yang penulis sendiri tanya dan dapatkan pandangan mereka bahawa, sekiranya benar tentera Bangsa Moro muncul kali kedua maka ianya pasti telah diatur dan dibiaya oleh pihak "tersembunyi" melalui pihak ketiga tanpa pengetahuan tentera Bangsa Moro sendiri, tidak lain adalah kerana untuk menghapuskan "saki baki" bekas pemberontak MNLF. Kerana selagi saki baki tentera MNLF (para komander yang berfahaman perang komunis) masih hidup maka selagi itulah "keamanan" Sulu-Mindanao tidak akan terjamin. Maka "penyedutan minyak" di Laut Sulu pasti akan mendapat gangguan sebagaimana Iraq dan Afghanistan.

Sebagai contoh, AS terpaksa meletupkan bom Nuklear dalam laut untuk menghasilkan "Tsunami" semata-mata untuk menghentikan "Gerakan Aceh Merdeka" (GAM). Kemudian barulah Exxon Mobil berjaya menyedut minyak di laut Aceh. Untuk menghasilkan Tsunami di sekitar Sulu agak mustahil, yang mungkin akan dilakukan ialah "mewujudkan perang Bangsa Moro kali kedua" seterusnya menggempur tentera Moro dan menghapuskannya sekali gus.

Sebenarnya AS, Filipina, Malaysia dan siapa sahaja sudah tidak yakin dengan peperangan di Sulu dan Mindanao lagi ketika ini. Ekonomi dunia yang semakin meleset menyebabkan negara-negara dunia terpaksa "berjimat cermat" mengatur perbelanjaan masing-masing seminimum mungkin. Semua negara terpaksa "menipu" terhadap kadar unjuran KDNK tahunan mereka untuk "menggembirakan" rakyat kononnya ekonomi semakin baik dan pulih walhal berlaku sebaliknya. Kerajaan terpaksa menggandakan "program hiburan realiti dan sukan" agar rakyat leka seterusnya lupa dengan masalah ekonomi.


United Tausug Citizens (UTC) telah mendapat ugutan oleh pelbagai pihak agar hentikan gerakan Kesultanan Sulu, malah ada pihak yang menuduh UTC adalah TAUSUG dayus kerana tidak mengangkat senjata melawan Filipina seperti yang dilakukan oleh MNLF. Tetapi UTC tidak berganjak dari pendirian mereka atas alasan Filipina tidak layak diperangi kerana hanya "menjaga Sulu" buat sementara sehingga rakyat bersatu menegakkan Kesultanan Sulu semula. Bagi UTC itulah satu-satunya cara kemerdekaan Sulu 17 November 2010 nanti.


SEKIRANYA BENAR tentera Bangsa Moro sedang dibentuk untuk perang kali kedua, maka penulis katakan amat kasihan, mereka akan DIJADIKAN ALAT untuk membunuh dan sabotaj SEBELUM mereka sendiri DIKORBANKAN. Siapakah umat Islam yang tergamak membunuh saudaranya sendiri?

Allah swt berfirman yang bermaksud: "Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya". (Al-Quran 4:93)

ASREESULU

Sulu Menyebabkan Kejatuhan Ekonomi Russia pada 1400-an (Suntingan semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 16, 2010 0 ulasan

Peta wilayah kerajaan Mamluk.


Bersumberkan dari seorang pelajar Tausug berasal dari Sabah yang sekarang sedang belajar kedoktoran di Russia telah memberitahu Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abas Kedah melalui SMS bahawa beliau telah bertemu seorang professor Sejarah yang pakar dokumen-dokumen Russia. Prof tersebut telah memberitahunya berkenaan kehebatan kerajaan Sulu di masa lalu yang pernah menjatuhkan ekonomi Russia pada tahun 1400-an. Kemungkinan besar adalah kerana penggunaan DINAR EMAS antara Sulu dan Mamluk. Sulu terkenal dengan produk emas dan mutiaranya.

Tentera berkuda Kerajaan Mamluk.

Kejatuhan ekonomi Russia adalah kerana perhubungan rapat Kesultanan Mamluk dengan Kesultanan Sulu. Bukan sekadar hubungan dagang malah punya hubungan kekeluargaan. Walhal sebelum ini hubungan dagang Arab dengan Russia begitu baik tanpa masalah sehinggalah kedatangan "Bangsa Dari Timur" tersebut telah menjahanamkan ekonomi Russia kemudiannya. Mengapa hubungan dagang Kesultanan Melayu lain tidak berjaya melakukan seperti yang dilakukan oleh Sulu? Kesultanan Aceh contohnya, atau kerajaan-kerajaan awal seperti Kedah-Tua adalah kerajaan yang sepatutnya merancakkan hubungan dagang dengan kerajaan Mamluk yang secara geografi lebih hampir berbanding Sulu.

Peta Rusia, Sulu dan Mamluk.

KEMUNGKINAN YANG MENJADI PENYEBAB
Apakah kelebihan Sulu sehingga dikatakan menjadi faktor kejatuhan ekonomi Russia yang begitu hebat? Mungkinkah ada PERHUBUNGAN awal kerajaan MAMLUK penguasa JERUSALEM itu dengan Sulu? Masakan begitu hebat kerajaan Sulu yang begitu kecil dan jauh terpencil berjaya menjahanamkan ekonomi Russia? Beberapa fakta Sulu perlulah disenaraikan,
  • The Mamluk Sultanate was a regime composed of Mamluks who ruled Egypt and Syria from the mid-1200s to the early 1500s. - Bermulanya Kesultanan Mamluk maka bermulalah pula "pengiriman" para Makhdumin ke Sulu. Apabila para Makhdumin berjaya menjadi Sultan di Sulu maka bermulalah pula perdagangan antara Sulu dengan Mamluk sehingga kerajaan Sulu mendapat banyak manfaat. Hal ini menyumbang kekuatan tentera Laut Sulu sehingga abad ke-18.
  • Sulu sejak sekian lama telah terkenal dengan dua perkara, iaitu EMAS dan MUTIARA. Sebenarnya orang Arab telah mengetahui lebih awal KELEBIHAN Sulu daripada lidah Bani Israel sebelum abad ke-13 lagi, yang bukan sahaja disebut dalam Taurat dan Injil malah turut disebut dalam Al-Quran Al-Karim. "SINIM" yang disebut oleh Bani Israel adalah Sulu Archipelago yang telah dicari oleh Spanyol dan Portugis pada abad ke-15.
  • Rahsia kekeluargaan Sulu dari Jerusalem berdarah Bani Israel bukan lagi rahsia. Kewujudan Bangsa Lequis atau Lucoes di Sulu kemungkinan besar masih mempunyai hubungan dengan Jerusalem ketika era Kerajaan Kumalarang (Taguimaha) di Basilan sekurang-kurang antara abad ke-7 hingga abad ke-9. Hal ini turut disebut dalam kitab-kitab MORMON kaum British di England sejarah perjalanan 10 kaum Bani Israel ke Sulu selepas era Nabi Sulaiman a.s.

ISYARAT SULU DALAM KITAB SAMAWI & CATATAN ISRAEL
Dalam satu catatan lama Israel, kononnya terdapat 10 suku bangsa Israel telah hilang kerana lari belayar menuju ke satu kawasan yang dinamakan "Satu Wilayah Baru Yang Dijanjikan" atau The New Promised Land buat bangsa Israel.

  • "...600 BCE, during the reign of Zedekiah, King of Judah. A group of Israelites (descendants of the tribe of Yehosef Joseph) left Jerusalem for a New Promised Land."

Kemudian "the Land Of Sinim" telah disebut,

  • "The land of Sin (Hebrew: סִינִים‎), also known as Sinim is mentioned in the Hebrew Bible, in the Book of Isaiah 49:12: "Behold, these shall come from far: and, lo, these from the north and from the west; and these from the land of Sin."

Sulu adalah kepulauan yang kaya serta mempunyai penduduk yang berbudi pekerti mulia dan lemah lembut (sudah tentu penduduk awal Sulu adalah terdiri dari kaum Mala) memudahkan Bani Israel bermuamalah dan berasimilasi dengan mereka. Penghijrahan Bani Israel tidak akan berlaku tanpa KEKAYAAN SULU.

  • "And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)

  • Al-Quran Al-Karim turut menjelaskan, "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)

Bangsa yang dikaitkan dengan Bani Israel di Sulu ialah kaum Lucoes di kepulauan Lugus berhampiran Jolo. Mereka akhirnya menjadi kaya raya dan dikenali sebagai kaum Taguimaha setelah lama berasimilasi dengan bangsa Mala di sekitar Nusantara.

  • "Duarte Barbosa, wrote that the people of Malacca had described to him an island group known as the Lequios whose people were as "rich and more eminent than the Chins (Chinese)," and that traded "much gold, and silver in bars, silk, rich cloth, and much very good wheat, beautiful porcelains and many other merchandises."

Kekayaan ini turut disebut dalam Al-Quran Al-Karim,

  • "Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka". QS. al-A'raf (7) : 137


NABI SULAIMAN A.S. MENGETAHUI LOKASI OPHIR DAN TARSIS (SULU)
Sebenarnya Bani Israel sudah berada di Sulu semenjak pemerintahan Nabi Allah Sulaiman alaihissalam di Jerusalem. Nabi Sulaiman a.s. adalah anak kepada Nabi Daud a.s. yang memerintah Jerusalem pada tahun 995 SM. Nabi Sulaiman a.s. berusaha menyiapkan HAIKAL yang dicadangkan ayahandanya Nabi Daud a.s. dengan kerjasama Hiram Raja Tirus. Hiram punya kapal laut yang dikendali oleh kaum Kanaan (Phoenician) yang pakar merentas lautan.

  • "The very good relations between Salomon and Hiram de Tyr, allow Israel to have a fleet piloted by Phoenicians, based in Ezion-Geber, in the gulf of Aqaba, on Red Sea and deploying until Indian Ocean. Solomon makes many buildings : Big Temple of Jerusalem, is built with help of citizen of Tyre, he strengthens Jerusalem and other cities". Rujuk catatan Israel abad pertama Masehi oleh Flavius Josephus.
Lukisan bentuk Haikal Nabi Sulaiman a.s.

Catatan Flavius menyatakan kapal Nabi Sulaiman a.s. yang dibantu oleh Bani Kanaan yang diperintah oleh Hiram Raja Tirus belayar sehingga ke Laut India. Sebenarnya lebih dari itu Bani Kanaan sudah belayar sampai ke Amerika, sudah tentu mereka melalui Nusantara (Sulu) sebelum sampai ke benua Amerika.

  • "The pact between Hiram and Solomon was honored and lasted twenty years. Hiram provides cedar and juniper, in exchange, Solomon procured annually 20,000 hogsheads of wheat and 20,000 measures of oil virgin. Solomon also gave twenty cities of Galilee. Historians relate that Hiram was not completely satisfied, then Solomon promised a joint expedition to the mysterious land of Ophir to bring gold and precious stones".
Lihat "mysterious Land of Ophir" telah disebut adalah merujuk kepada tanah Ophir yang terkandung EMAS dan Batu Berharga (Mutiara) tidak lain adalah kepulauan Sulu. Janji Nabi Sulaiman a.s. untuk menyertai ekspedisi ke tanah Ophir menandakan Sulu sudah diketahui lebih awal lagi oleh Bani Israel. Sulu disebut Misteri adalah kerana lokasinya yang tersorok diantara pulau-pulau. Sehingga abad ke-16 Portugis dan Spanyol telah berjaya menemuinya. Barbossa sendiri mencatat bahawa Land of Ophir & Tarsis ialah SULU ARCHIPELAGO.

Bani Kanaan atau Phoenician sudah lama berada di lautan mengelilingi glob sebelum pemerintahan Nabi Daud a.s. lagi. Mereka digelar oleh ahli sejarah sebagai "Man of the Sea" yang kemungkinan besar telah berasimilasi dengan kaum Mala di Nusantara sehingga muncul kaum Sama-Bajau (Orang Laut) seperti yang kita kenali hari ini.

Peta tanah Kanaan.

Kapal layar Kanaan yang kalau dikecilkan benaannya akan menjadi Perahu Lepa Sama-Bajau di Laut Sulu. Muncung depannya berukir yang juga biasa terdapat pada perahu Lepa.

Era kejatuhan kerajaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Sulaiman a.s. menyebabkan kesukaran hidup serta penaklukan bangsa Assyiria. Ditambah dengan perang saudara yang berpanjangan menyebabkan 10 kaum Bani Israel meninggalkan Jerusalem menuju ke Sulu.

Kaum Taguimaha @ Lucoes sehingga hari ini masih menyebut bahawa sebelum Kelahiran Rasulullah SAW dan kedatangan Karimul Makhdum ke Sulu mereka (Taguimaha) sudah lama menganut Islam. Hal ini mungkin beralasan kepada agama Nabi Sulaiman a.s. yang beraqidah satu TUHAN (Monotisme).

Foto 01: Empat buah kampung SULUG @ Solok di Melaka dan Negeri Sembilan hari ini.


Foto 02: Lima buah kampung SULUG @ Solok di Masjid Tanah, Melaka .


Foto 03: Dua buah kampung SULUG @ Solok di Melaka masih bertahan hingga hari ini.


Foto 04: Enam buah kampung SULUG @ Solok di sekitar Bandar Melaka hari ini.


Foto 05: Sebuah kampung SULUG @ Solok di Pulau Pinang hari ini. Nama Suluk sama sebutan dengan orang Brunei.



HIPOTESIS SULUG DARI KATA SHALOM
Sulug sekiranya disebut oleh masyarakat Melayu Brunei, Malaysia dan Indonesia akan menjadi Suluk atau SOLOK. Sulug dalam bahasa Taguimaha membawa maksud Current atau arus air laut yang deras. Persoalan, dari manakah kata asal SULUG ini diambil? Mengapa catatan China kuno menyebut Lu-Sung kepada SULUG? Adakah SULUG berasal dari perkataan bahasa China? Beberapa kajian telah berjaya mendedahkan kata asal SULUG ini secara hipotesis.

Beberapa bulan lalu ketika penulis sibuk mencari bukti-bukti tentang bangsa Lucoes di kepulauan Sulu, salah seorang sahabat menyebut bahawa nama kepulauan yang kita kenali sebagai Philippines hari ini adalah bernama "Shalom" ketika dulu. Samada ianya tradisi lisan atau catatan lama tidaklah diketahui. Hal ini sangat menarik untuk dibicarakan.

Shalom adalah dari bahasa Hebrew @ Ibrani yang bermaksud selamat atau SALAM dalam bahasa Arab. Dalam dunia ini manusia yang pertama membawa ajaran Salam ialah Nabi Adam a.s. yang bermaksud MENYEMBAH TUHAN YANG ESA tidak menyekutukan-Nya dengan yang lain, akan menyebabkan manusia selamat memasuki Syurga yang kekal abadi. Sudah tentu negeri yang pertama yang dinamakan sebagai Salam ialah negeri para Anbiya iaitu Jerusalem.

Islam itu sendiri adalah bermaksud Salam atau Shalom. Sekiranya kita amati kenyataan sebahagian golongan tua Tausug hari ini yang mengetahui tradisi lisan turun temurun yang menyatakan bahawa sebelum kelahiran Rasulullah SAW mereka sudah lama ISLAM, maka kenyataan ini tanpa keraguan adalah benar. Maka apa pula kaitannya dengan kata SULUG?

Kemungkinan SULUG adalah terbit dari kata Shalom yang sudah berubah sebutannya mengikut peredaran masa. Masyarakat Sulu (Tausug) sejak dahulu lagi sangat terkenal dengan "menyalah sebutkan" perkataan-perkataan yang mereka pinjam dari bahasa lain. Sebagai contoh perkataan "Tolong" dalam bahasa Melayu telah berubah menjadi "Tuyung" dalam sebutan Tausug.
  • "Udang" menjadi "Ullang"
  • "Orang" menjadi "Ulang"
  • "Selambau" menjadi "Sambau" (disebut Sangbau - alat menangkap ketam)
  • "Taring" disebut "Taling"
  • "Besar" menjadi "Bassal"
  • "Serampang" disebut "Sapang"
  • "Perak" menjadi "Pilak"
  • "Pusat" menjadi "Pusud"
Kalau dihimpunkan, pasti beribu-ribu bahasa Melayu dengan bunyi "Tausug" akan berjaya disenaraikan. Sebab itu kata Shalom tersebut kemungkinan telah berubah menjadi SULUG. Hal ini perlu disenaraikan perubahan demi perubahan. Rasanya pakar nahu dan bahasa perlu ambil perhatian dan inisiatif mengkaji hal ini.

  • SEBUTAN CHINA KUNO: Menyebut LU-SUNG diterbalikkan dari kata SUNG-LU yang akhirnya menjadi SULU. Lusung @ SUNG-LU bermaksud satu tempat yang subur dan aman makmur.

  • SEBUTAN JAWA MAJAPAHIT: SULUG mereka sebut sebagai SOLOT dalam catatan Negarakrtegama. Ia disebut SOLOT adalah kerana kesukaran lidah Jawa menyebut "G" menjadi "T". Atau kemungkinan orang Jawa mendapat nama SULUG dari lidah Melayu yang menyebut SOLOK tersalah dengar menjadi Solot. Salah sebut ini juga menjadi bukti SULUG tidak mempunyai interaksi atau hubungan langsung dengan kerajaan Jawa Majapahit. Tradisi lisan Tausug menyebut, Panglima Ilidji pernah berperang dengan tentera Jawa malah berjaya menewaskan pahlawan Jawa yang terkenal dengan keris "Taming Sari"nya.

  • SEBUTAN PORTUGIS & SPANYOL: Di pelabuhan Manila mereka mendengar pedagang China abad ke-15 menyebut LU-SUNG maka mereka pun menyebutnya LU-ZON. Sehingga hari ini Spanyol masih menamakan Pulau Sulu Utara dengan nama LUZON.

  • SEBUTAN MELAYU BUGIS & SUMATRA-RIAU: Kata SULUG, mereka rata-rata menyebutnya SOLOK kerana sukar menyebut "G" dengan bunyi keras. Walau pun pergaulan SULUG (Tausug) dengan bangsa Batak-Minangkabau di Sumatra begitu rapat namun sehingga hari ini suku Batak Sumatra masih sukar menyebut SULUG.

  • SEBUTAN MELAYU BRUNEI: Dalam catatan Sejarah Brunei, SULUG mereka sebut sebagai SULUK, sebutannya adalah lebih hampir berbanding SOLOK. Hal ini berlaku adalah disebabkan kompani British banyak bergaul dengan Kerajaan Brunei pada abad ke-18 hingga abad ke-19. Sebagai contoh, Dyrample menyebut dan menulis dalam catatannya dengan nama "SOOLOOK" kepada SULUG. Sehingga hari ini masyarakat Brunei masih menyebut SULUK kepada Tausug sebagaimana sebutan orang Inggeris.

Foto 06: Perkampungan SULUG @ Solok di Padang, Sumatra. Kawasan sekitar PADANG adalah dihuni oleh Masyarakat Batak-Minangkabau. Menurut tradisi lisan Tausug, suku Batak-Minangkabau adalah terhasil dari pertandingan laga kerbau oleh Panglima Ilidji, beliau berjaya memenangi pertandingan tersebut sehingga mendapat gelaran "Menang Kabau". Tausug menyebut kerbau dengan "Kabaw", menjadi kebiasaan Tausug menghilangkan "L" atau "R". Sebagai contoh "Kerbau" hanya disebut "Kabau". Tanpa Tausug nama "Minangkabau" takkan wujud. Hingga hari ini bahasa Batak terkandung banyak perbendaharaan kata Sulug atau Tausug. Asimilasi Sulug dengan Batak menyebabkan bangsa Batak hingga hari ini mempunyai keberanian yang luar biasa.


Jelas, bunyi SHALOM tidak terdapat pada sebutan umat Melayu pada sebutan SULUG. Tetapi kalau diperhalusi sebutan China adalah lebih hampir kepada SHALOM. Pada hemat penulis adalah kerana Kerajaan Kuno Dinasty China telah lama mempunyai hubungan perdagangan dengan Sulu sebab itu mereka masih "menyimpan" sebutan SHALOM tersebut.

Lidah China menyebut LUSUNG disebut terbalik oleh Tausug kepada Sung-Lu (Sulu) seolah-olah menyebut Sho-Lum. Kata Sho-Lum ini kemungkinan telah berubah mengikut dialek masyarakat Sulu yang pelbagai kaum tersebut sehingga sebutan

  • Sho-Lum menjadi Sho-Lug.

Perlulah dijelaskan bahawa majoriti kaum di Mindanao adalah dari Rumpun Dayak Ayta yang menutur bahasa dengan bunyi yang keras pada sebutan "G". Sebagai contoh ialah kaum Irranun, Maranao dan Maguindanao yang bukan sahaja menyebut "G" dengan keras malah disebut seolah-olah ditelan dalam leher. Asimilasi antara suku Dayak Mindanao dengan Tausug di kepulauan Sulu memang sentiasa berlaku, telah sedikit sebanyak mempengaruhi bahasa Sulug.

ASREESULU

AMERIKA SYARIKAT Perlu Memperbetulkan Kesilapannya (Suntingan Semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, May 13, 2010 0 ulasan

Penganjur http://wfol.tv/



Kuala Lumpur, Khamis 13 Mei 2010 : Kelmarin telah diadakan satu persidangan antarabangsa bertajuk "World War II and the Rise of Multilateralism" sempena menyambut ulang tahun tamatnya Perang Dunia ke-2 yang diadakan di KLCC Convention Centre. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar di sebelah pagi.

Prof Dr Hasan Yahya (USA)

Prof. George Katsiaficas (USA)

Persidangan yang dihadiri beberapa professor antarabangsa yang bertindak sebagai pembentang kertas kerja mereka seperti Amerika Syarikat, Turki, Indonesia, Filipina termasuk Malaysia telah berjaya menunjukkan kepada hadirin bahawa "Perang telah berjaya menghancur integriti kemanusiaan dan memusnah tamadun" bukannya penyelesai masalah. Bayangkan pusat-pusat bandar yang dibangun beratus tahun pada akhirnya musnah oleh bom dan roket hanya beberapa hari.

Bayangkan kehidupan rakyat biasa yang harmoni dan tenteram, berjual beli di pasar-pasar, jalan raya yang bersimpang siur dengan kenderaan awam, gelak ketawa kanak-kanak di sekolah dan taman-taman permainan, tiba-tiba musnah begitu sahaja. Insan tidak berdosa mati bergelimpangan dimana-mana akibat bom pemusnah yang tidak mengira samada manusia atau bangunan konkrit.


UCAPAN TUAN HJ "KERRY" ABDULLAH MENGENAI KEAMANAN
Pembentang kertas kerja dari "Filipina" diwakili oleh Tuan Hj Kerry Abdullah dan Tuan Dandan Ben Hur yang membawakan sejarah Tausug and the Sulu Sultanate dan Bangsa Moro poeple right to peace. Hj Kerry membentangkan sejarah Sulu sebelum dan selepas Perang Dunia ke-II. Tuan Hj Kerry memulakan ucapan dengan,

"Ada sahabat saya bertanya, mengapa sekarang ini saya libatkan diri dengan keamanan pula?"

Bagi penulis, beliau menyuarakan pertanyaan sahabat tersebut adalah kerana sebelum ini beliau pernah terlibat dengan perjuangan Moro National Libaretion Front (MNLF) semenjak 1972 lagi. Pada akhirnya Hj Kerry telah mengambil keputusan untuk keluar dari MNLF kerana mendapati beberapa perkara "yang tidak kena" kepada kepimpinan dan arah tuju perjuangan MNLF. Semenjak tahun 80-an lagi Hj Kerry telah mengambil keputusan untuk keluar dari wilayah konflik untuk membina penghidupan baru.

Berdirinya beliau membentangkan kertas kerjanya di atas pentas persidangan kelmarin adalah kerana masih sayangkan bangsa dan negara serta agama tercinta dari penodaan (keganasan konspirasi). Antara "maksud" kandungan dari pembentangan beliau yang penulis huraikan di sini ialah,
  • Kewujudan Kerajaan Sulu sebelum kedatangan Spanyol dan Amerika Syarikat.
  • Keseluruhan Kepulauan Filipina yang dikenali hari ini sebenarnya adalah kepualauan Sulu dibawah pentadbiran masyarakat Islam.
  • Luzon Utara hingga hari ini tidak mengaku sebagai Filipino dan mahu "autonomi atau kemerdekaan sendiri" kerana sebelum kedatangan Spanyol mereka memang menganut Islam.
  • Moyang mereka lari dari Manila ke utara Luzon agar tidak dikristiankan. Beberapa generasi berlalu dan sudah terputus dari dunia luar dan pengajian Islam menyebabkan mereka sudah berasimilasi dengan masyarakat pagan. Walau bagaimana pun mereka masih menyimpan beberapa bungkusan yang telah ditinggalkan sebagai pusaka oleh nenek moyang mereka. Pada tahun 1960-an para pengkaji membukanya dan mendapati bungkusan tersebut adalah naskah Al-Quran.
  • Manakala di Sulu, dalam sejarah penjajahan Spanyol, tidak pernah menewaskan dan menjajah Sulu. Tetapi ketika kedatangan Amerika Syarikat beberapa perjanjian telah dimanipulasi menyebabkan Sulu dimasukkan kedalam FILIPINA.
  • Begitu juga dengan kerajaan British yang mentadbir North Borneo atas kebenaran Kesultanan Sulu, telah menipulasi perjanjian Pajakan sehinggalah ia diserahkan kepada pentadbiran Malaysia. Sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
  • Ketidak amanan yang berlaku di Sulu hari ini sehingga mewujudkan rantaian keganasan yang berterusan adalah kerana angkara Amerika Syarikat yang bermula ketika era Sultan Jamalul Kiram II lagi.
  • Peperangan pasti menghasilkan keganasan, maka untuk kembalikan keamanan ini Amerika Syarikat PERLU membetulkannya semula. AS perlu mengembalikan keamanan Sulu sebagaimana ia diambil, iaitu memperbetulkannya sehingga Tausug dan Kesultanan Sulu kembali berdaulat seperti dahulu. Tanpa peperangan dan sengketa, tanpa pembunuhan dan keganasan.
Majlis berakhir dengan tarian Pangalay Tausug di atas pentas kemudian bersurai.


SALINAN KERTAS KERJA TUAN HJ KERRY ABDULLAH
Beliau telah bahagikan kertas kerja kepada dua (Part I & Part II). Untuk dapatkan salinan kertas kerja beliau sila klik ke,
Dalam Part I beliau menghuraikan sejarah Kesultanan Sulu dan Maguindanao era Spanyol, Amerika Syarikat serta hubungkait dengan kerajaan British. Dalam Part II pula beliau menghuraikan era Bangsa Moro dan perjuangannya menentang ketidakadilan serta semangat KEMERDEKAAN beberapa bangsa lain termasuk apa yang disebut Bangsa Cordileras di utara Luzon. Keseluruhan beliau lebih banyak menekankan "untuk mewujudkan keamanan perlu mengkitiraf hak tempatan untuk mendapatkan kebebasan mentadbir sendiri" itulah sahaja jalan untuk mengembalikan keamanan.


VIDEO SOLUSI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN








ASREESULU

Mimpi FILIPINA Tidak Kesampaian Hingga Kiamat!!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, May 10, 2010 0 ulasan



Video di atas adalah video mimpi Filipina sejak ia merdeka dari tangan AS, sehingga hari ini masih tidak dapat memiliki "Sabah". Sebenarnya Filipina masih terikat dengan sejarah penjajahan Spanyol dan Amerika Syarikat. Keterikatan adalah kerana mereka masih terjajah hingga kini oleh dua negara "Kolonial" tersebut. Spanyol mengikat dengan nama rajanya manakala AS mengikat dengan kekuasaan dan telunjuk (dicucuk hidung hingga kini sekali pun sudah lama merdeka).

Filipina hanya bermimpi sekiranya masih berfikir bahawa SABAH (North Borneo) adalah miliknya. Bagaimana ia memilikinya sedangkan Filipina itu sebenarnya milik orang Kafir iaitu Raja Philippe II di Spanyol (dan disambung pula oleh Kafir Tagalog hari ini). Filipina itu sepatutnya sudah tidak wujud lagi kerana sudah mati berkubur bersama-sama dengan King Philippe II.

Filipina atau Philippines bermaksud negara takluk Raja Philippe II di Spanyol. Raja Philippe II adalah seorang kafir yang hidupnya penuh dengan maksiat dan perzinaan, beliau mati terkena penyakit kelamin Sifilis iaitu mati dalam keadaan hina dan terhina. Maka sesiapa yang mengaku bahawa "dia adalah rakyat Filipina" maka tidak syak lagi dia adalah Hamba Abdi kepada Raja Kafir yang mati akibat penyakit Sifilis.

Yang sanggup menjadi RAKYAT RAJA PHILIPPE II adalah mereka yang RELA dan MEREDHAI pembunuhan terhadap Muslimin oleh kafirin Spanyol bermula dari abad 16 hingga era AS dan Marcos Filipina hingga kini. Siapa umat Islam yang mengaku sebagai "Rakyat Filipina"? Dibimbangi mereka mati dalam su'ul khatimah (mati dalam kesudahan yang buruk) Wal 'iyyazubillah, wa na'uzubillahi minzalik...!



Maas Nur Misuari samada istrategi atau pun beliau masih keliru, telah mengaku sebagai "Filipino" dan menyebut bahawa identiti umat Islam di Mindanao adalah "Bangsa Moro". Menurut beberapa orang komander MNLF, Nur Misuari telah melakukan beberapa kesilapan yang berterusan sehingga 40 tahun perjuangannya tidak mendapat sebarang kejayaan kepada Tausug dan Maguindanao. Antara kesilapan tersebut ialah,
  • Mengaku sebagai "Rakyat Filipina" walau pun ketika dulu beliau telah keluarkan kenyataan sebagai We are Moros, not Filipino.
  • Berterusan menghilangkan identiti bangsanya sendiri, menggantikannya dengan Bangsa Moro. Sedangkan telah dimaklumi gelaran Moro itu kepada Tausug dan Maguindanao adalah datang dari "Orang Kafir" yang sangat memusuhi Bangsa Morocco di Andalusia (Bangsa Moore @ Moro setelah dikalahkan oleh Kristian Spanyol, Moro begitu terhina lalu larikan ke Afrika Utara, sekarang Maghribi atau negara Morocco). Ikut menyebut Moro kepada bangsa Tausug dan Maguindanao adalah disengajakan oleh Kuffar agar Umat Islam hilang Identiti dan kedaulatan mereka buat selama-lamanya di bumi Sulu dan Mindanao.
  • Beliau tidak berusaha memperbanyak ahli professional Sulu dan Mindanao dengan menaja pembelajaran keluar negara ketika beliau berkuasa menjadi pengerusi MILF semenjak 1972 malah dalam ARMM pun beliau tidak menghiraukan pendidikan anak bangsanya. Pakcik Umbay pernah berkata kepadanya pada tahun 1970-an "Kita kirim pelajar Moro ke luar negara (kerana bantuan kewangan negara-negara Islam ketika itu terlalu banyak) agar generasi akan datang semakin bijak dan penyambung perjuangan kita", kononnya dijawab oleh Nur Misuari "Tak payah, tahun depan kita sudah merdeka".
  • Beliau tidak pernah terfikir untuk "Mewujudkan KEWARGANEGARAAN sendiri" sebagai tindak balas kepada Filipino. Sekiranya beliau wujudkan kewarganegaraan sendiri dengan mengatasnamakan Kesultanan Sulu, nescaya sejak 1975 lagi Sulu sudah berjaya kembalikan kedaulatannya semula. Menurut beberapa sumber, ada "kuasa" dari pihak lain yang "menasihatkannya" agar jangan gunakan "Flatform" Sultanate, gunakan sahaja istilah baru untuk mewujudkan NEGARA BARU iaitu REPUBLIK of BANGSA MORO (Mindanao, Sulu dan Palawan sahaja iaitu MINSUPALA). Dengan janji, Nur Misuari sendiri yang jadi Presiden Republik Moro tersebut bukannya Sultan.
Mari kita fikir sejenak, betulkah kenyataan di atas atau langsung salah dan tiada kebenaran? Sekiranya benar dan terbukti kesahihannya maka satu cara untuk membetulkan keadaan ialah mengkaji sejarah Sulu serta mengubah taktik atau kaedah perjuangan. Sulu memerlukan alternatif untuk mengembalikan KEAMANAN dan KESEJAHTERAAN. Keamanan hanya akan tercapai sekiranya KESULTANAN SULU kembali berdaulat.


Video ini menceritakan benarnya Sulu telah memerintah keseluruhan pulau-pulau yang dikenali Filipina hari ini. Tinggal lagi, pembuat video ini masih keliru termasuk penjaga Muzium Sulu yang sudah dikira "pakar sejarah" masih menyebut "Filipina" kepada kepulauan Sulu (Luzon Visayas Mindanao) sebelum kedatangan Ferdinand Magellan. Wal hal nama "Philippines" belum wujud ketika itu. Menamakannya Philippines ialah Legazpi yang datang dari New Maxico ke Sug-Bu (Cebu) untuk menuntut bela keatas pembunuhan Magellan oleh Lapu-Lapu. Istilah Moro juga telah dipopularkan oleh Spanyol kepada Tausug. Tausug tidak pernah mengakui istilah Moro keatas diri mereka kecuali ketika zaman AS dan Marcos Filipina yang telah berjaya "menipu" sejarah kepada puluhan ribu Muslimin Tausug.


Kita menyeru umat Islam Sulu samada mereka MNLF, MILF, ABU SAYYAF untuk bersatu mengembalikan KESULTANAN SULU semula. Ini sahajalah jalan yang tinggal tiada yang lain, bertenggek atas sejarah bangsa dan jatidiri mereka yang Islam sejak dahulu kala, iaitu bukannya "Filipino" dan bukannya "Bangsa Moro".

ASREESULU

NASYID SANTAI BUAT MUSLIMIN UTC

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 8, 2010 0 ulasan



Allahumma salli wasallim alay....




Sulu Will Be Free... 17 Nov 2010

BAHASA SUG
Tausug ayaw mamunuh pa Filipina,
Karna' in Filipin di' tupun bunu'un,
Karna' in Filipin way nakalungkup sin Sulu,
Karna' in Filipin bukun DE JURE,
Bukun da isab siya DE FACTO,
Apabila in raayat MAGBALIK PA SULTANIYAH SIN SULU!!

BAHASA MELAYU
Tausug tidak perlu berperang senjata dengan Filipina,
Kerana Filipina tidak layak diperangi,
Kerana Filipina tidak pernah memiliki Sulu,
Kerana Filipina bukan DE JURE,
Bukan juga DE FACTO,
Ketika Rakyat KEMBALI KEPADA KESULTANAN SULU!!



ASREESULU

MENGIMBAU KEGEMILANGAN TAUSUG ABAD KE-13 (Suntingan semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, May 6, 2010 2 ulasan

Sebelum penulis menjelaskan dan memberi paparan sejarah berkenaan kegemilangan Tausug di masa lalu perlulah diperjelaskan sekali lagi berkenaan istilah Tausug.


MEMPERJELASKAN ISTILAH TAUSUG
TAUSUG terdiri dari dua kata "Tau" dan "Sug". Tau bermaksud orang manakala Sug bermaksud arus (aliran air, current).

SUG berasal dari kata SULUG bermaksud arus laut, dalam bahasa Samal (Sama-Bajau) arus deras disebut SOLLUG. Demikian dalam bahasa Baklaya (Bugis Suluwesi) disebut SOLOK juga bermaksud arus laut yang deras. Kaum Baklaya (Bugis) sebutan "G" akan berbunyi "K" sebagaimana sebutan penutur bahasa Melayu di sebelah Barat Nusantara.


KAJIAN TENTANG SULUG
Menurut Neldy Jolo, Bangsa China klasik sukar menyebut SULUG kecuali dengan sebutan LU-SUNG yang diterbalikkan dari SUNG-LU atau SULUG. Ketika Spanyol menguasai kepulauan Sulu Utara mereka masih menggunakan nama LU-SUNG sempena sebutan lidah pedagang-pedagang China ketika itu, tetapi lidah Spanyol menyebutnya dengan LUZON.

Sebelum Spanyol menamakannya Philippines @ FILIPINA sempena nama Raja Philippe II di Spanyol (beliau seorang raja yang suka berfoya-foya dan mati dengan hina disebabkan jangkitan penyakit kelamin - Sifilis) kepulauan tersebut dinamakan SULUG @ LUSUNG. Walau pun Spanyol menamakannya Filipina kepada semua kepulauan yang berjaya ditawan dan ditadbirnya namun masih mengekalkan nama LUSUNG @ LUZON kepada salah satu pulau tersebut.

Dalam buku penulis "Tausug & Kesultanan Sulu" tidak ada perkataan SULUG kerana ketika itu tidak terdapat rujukan bertulis mahu pun dalam bentuk lisan yang penulis dengar. Perkataan Sulug hanya muncul dari kajian saudara Neldy Jolo yang juga pengkaji sejarah Tausug lebih dahulu daripada penulis. Menurut Neldy, beliau telah berkelana ke merata tempat di seluruh Mindanao termasuk kepulauan Visayas, penduduk tempatan di sana menyebut SULUG kepada orang Jolo atau Tausug di kepulauan Sulu.

Neldy Jolo telah membuat kesimpulan bahawa panggilan SULUK oleh orang Melayu Brunei kepada Tausug adalah berasal dari perkataan SULUG, kata asal kepada TAUSUG itu sendiri. Menurut Neldy yang pernah menjadi pensyarah di Mindanao State University Sulu bahawa menurut kajiannya, belum ada sesiapa pun ahli akademik (Anthropology) yang berjaya menemui dan menghurai erti SULU @ SULUK @ SULUG @ TAUSUG dengan tepat.

Penulis telah meneliti kajian Neldy Jolo dan telah mendapat banyak manfaat darinya termasuk penemuan bangsa LUCOES di kepulaun Sulu. Berkenaan LUCOES penulis dan Neldy telah melancarkan kajian lanjut bermula akhir tahun 2008 yang lalu sehingga dapat menghubungkan perkaitan Lucoes dengan Bani Israel era Nabi Allah Sulaiman a.s.

Penulis dan Neldy hanya menjalankan kajian peringkat asas kerana masih memerlukan tambahan maklumat dari masa ke semasa. Berikut adalah beberapa catatan sejarah dalam bahasa Inggeris yang kita dapat kongsi bersama berkenaan kegemilangan bangsa Tausug (sila ikuti huraiannya),

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Controlling the Straits of Malacca

As evidenced by history, the country that succeeded in controlling the narrow strait between the Malay Peninsula and the island of Sumatra would gain complete control of China's maritime silk route and thus become a thalossocracy - a trading empire. The Srivijaya of South Sumatra did so in 670 AD, the Chola of Southeast India in 1026 AD, the Madjapahit of Java in 1343 AD, the Sultanate of Malacca in 1400 AD, and finally the Portuguese in 1512 AD.

  • *17 - When the Portuguese arrived in Southeast Asia in 1500 AD, they witnessed LUZON's active involvement in the political and economic affairs of those who sought to take control of this economically strategic highway. For instance, the former SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD.
  • *18 - In 1529 AD, the Sultanate of Atjeh on the northern tip of Sumatra became powerful enough to consider controlling the Straits of Malacca. LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet that attacked key settlements along the straits. At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH.
  • *19 - On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya.
  • *20 - The Portuguese were not only witnesses but also direct beneficiaries of LUZON's involvement. Many Lucoes, as the Portuguese called the people of LUZON, chose MALACCA as their base of operations because of its strategic importance. When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. They were also large-scale exporters and ship owners that regularly sent junks to China, Brunei, Sumatra, Siam and Sunda. One LUZON official by the name of SURYA DIRAJA annually sent 175 tons of pepper to China and had to pay the Portuguese 9000 cruzados in gold to retain his plantation. His ships became part of the first Portuguese fleet that paid an official visit to the Chinese empire in 1517 AD.

In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Hikayat berkenaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya termasuk Hang Jebat begitu kabur dalam sejarah Melayu Melaka. Terdapat tradisi lisan Tausug menyatakan bahawa Hang Tuah dan saudara-saudaranya termasuk Jebat adalah berketurunan Lucoes @ Lugus dari Sulu, ini bermakna mereka adalah Tausug. "Penderhakaan" Jebat kepada Sultan kerana kasihnya kepada Hang Tuah adalah sifat Tausug yang sebenarnya. Telah menjadi kebiasaan Tausug menentang titah Sultan sekiranya titah tersebut terkandung kezaliman.


Menurut tradisi lisan Tausug, keris "Taming Sari" datang dari lidah Lucoes atau Taguimaha "Taming" bermaksud "Penampan" manakala "Sari" bermaksud "Sri". Lidah Taguimaha sukar menyebut Seri atau Sri kecuali dengan menyebutnya SARI. Kaum Taguimaha memanggil keris kecil Melayu dengan "Kalis Taming" yakni keris penampan atau keris kecemasan adalah kerana saiznya yang kecil. Kebiasaan Tausug menggunakan keris SUNDANG yang lebih besar dan panjang.


Tentera Inggeris sedang membelek-belek keris Melayu yang bersaiz kecil.


ULASAN:
Penulis telah menemui beberapa catatan (tidak dapat ditunjukkan sumbernya di sini) bahawa pada abad ke-7 kaum Taguimaha telah pun mempunyai hubungan kerjasama dengan "Orang Laut" (Samal) di Pulau Basilan. Sekitar abad inilah Taguimaha berjaya menubuhkan kerajaan Kumalarang. Dalam masa yang sama beberapa petunjuk menjelaskan bahawa Taguimaha telah menduduki kepulauan Visayas, Luzon, Mindanao atas nama perdagangan. Ini bermakna Taguimaha sudah lama menduduki kepulauan Sulu sebelum kurun ke-7 lagi.

Ketika kerajaan Melaka belum muncul di Nusantara Barat, Kerajaan Sulu sudah memang bertapak lama di Nusantara Timur. Hinggakan dalam catatan China klasik, pada tahun 1368 bala tentera Sulu telah menyerang kerajaan Brunei yang ketika itu diperintah oleh Raja Awang Alak Betatar (ketika ini baginda belum memeluk Islam). Kekalahan Brunei kepada tentera laut Sulu menyebabkan Raja Awang lari ke Johor dan mendapat suaka di sana kemudian memeluk Islam sebelum berkahwin dengan puteri Raja Johor..

Menurut Neldy Jolo, serangan Sulu keatas Brunei ketika itu adalah kerana Brunei telah dituduh menyorok dua biji mutiara berharga milik Raja Sulu. Raja Awang akhirnya telah datang semula ke Brunei bersama bala tentera dari Jawa dan berjaya menghalau tentera Sulu. Hal ini lojik adalah kerana ketika ini (1300-an) adalah era kekuatan tentera Majapahit di tanah Jawa. Kemungkinan besar inilah yang menyebabkan tentera Jawa menyerang Sulu tetapi tentera Jawa gagal menaklukinya. Ahli sejarah menyimpulkan bahawa sehingga lautan menjadi merah oleh darah, Tausug masih berdiri di tepi pantai Jolo tidak terkalahkan.

Walau bagaimana pun Kerajaan Majapahit dalam Negarakrtegama telah menyenaraikan Burune (Brunei) dan Solot (Sulu) sebagai wilayah naungannya. Ini sama halnya denga Spanyol, walau tidak pernah menjajah atau mengalahkan Sulu tetap juga disenaraikan sebagai "Naungan jajahan Spanyol".

BAGAIMANA SULUG BERADA DI MELAKA?
Sebulan yang lalu ketika penulis dalam perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur, iaitu setelah mengadakan perjumpaan dengan saudara-saudara Tausug di Melaka berdekatan Sungai Udang, penulis telah melalui jalan MASJID TANAH.

Sahabat penulis memberitahu bahawa di Masjid Tanah terdapat perkampungan SOLOK di sekitarnya yang kemungkinan ada kaitan dengan bangsa SULUK @ SULUG @ SUG abad ke-13. Sebelum melalui pekan kecil Masjid Tanah menuju ke Kuala Lumpur beberapa kampung dan nama jalan termasuk nama sekolahnya terdapat nama SOLOK.

Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan Bangsa LUZON (LU-SUNG @ SUNG-LU @ SU-LU) pernah menjadi tentera membantu Raja-Raja Nusantara memerangi musuh-musuh mereka. Dalam catatan sejarah nama yang dinisbahkan kepada Bangsa Tausug ialah LUZON dan LUCOES (LUGUS).


PERDAGANGAN, BAHASA & KEPERCAYAAN
TAUSUG menutur bahasa Melayu dialek TAGUIMAHA yang sedikit bercampur bahasa Hebrew, China dan Dayak. Bahasa Melayu dialek Taguimaha ini akhirnya menjadi bahasa Lingua-Franca di Seluruh Kepulauan Sulu termasuk Luzon Visayas yang kita kenali sebagai bahasa TAUSUG hari ini. Telah menjadi satu bukti bahawa bahasa awal Butuan, Cebu (Sug-Bu), kepulauan Visaya sehingga ke Fi Amanillah (Manila) sebenarnya adalah bahasa Taguimaha @ Lucoes. Para pengkaji sejarah Filipina sengaja memutar belit kenyataan ini dengan mengatakan bahasa Joloano atau Tausug adalah berasal dari Butuan-Visayas.

Bahasa Sug yang ditutur oleh Tausug hari ini berasal dari bahasa kaum Taguimaha. Mereka sudah lebih awal mempunyai kebudayaan dan peradaban semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. menguasai Kepulauan Sulu. Golongan tua Kaum Taguimaha menyatakan bahawa sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Sulu mengislamkan Buranun, mereka sudah memang menganut Islam.

Kerana Taguimaha itu sendiri termasuk orang Lucoes adalah berdarah Bani Israel yang percaya kepada SATU TUHAN (Monotisme). Sebab itu kaum Taguimaha lah yang terawal menganut Islam seawal abad ke-7 lagi ketika Islam datang melalui Dinasti China (Sahabat Nabi SAW iaitu Saad ibn Abi Waqqas membawa Islam ke negara China pada tahun 630-50 Masihi). Hal ini telah disinggung sepintas lalu oleh Cesar Adib Majul dalam "Muslim in the Philippines" tulisannya. Beliau menyebut bahawa sebelum kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Buansa, kaum Taguimaha sudah memang manganut Islam yang biasa dipanggil sebagai Syaikh dan Tuan. Adib Majul percaya inilah bukti bahawa Islam datang ke Sulu melalui China.

Kaum Lucoes atau Taguimaha sudah lama menjalinkan perdagangan dengan China. Sumber mutiara kerajaan China ialah dari Sulu sehingga hujung abad ke-18. Busana atau pakaian orang Sulu pula dan apa sahaja jenis kain hampir kesemuanya dibawa dari China, sebab itu sehingga abad ke-19 penduduk Sulu masih memakai pakaian dari jenis tenunan China.

Asal usul Sundang tidaklah diketahui secara tepat siapa pencipta awal, yang pasti ianya digunakan oleh Tausug berabad lamanya, adalah adaptasi dari keris yang bermotif Naga yang biasa gunakan di Nusantara. Menurut sejarah, Sundang mula dibawa oleh Orang Bugis Makassar dari Sulawesi ke Riau dan Tanah Melayu lewat abad ke-17. Ramai ahli sejarah tidak mengetahui bahawa nama asal bangsa Bugis ialah Baklaya. Menurut tradisi lisan masyarakat Sulu, Baklaya adalah juga Tausug. Istilah Bugis baru muncul selepas abad ke-17 hasil perseteruan Makassar dan Bone. Bone telah dibantu oleh bangsa "Ugis" (Samada orang Belanda atau Portugis yang berkulit putih) memerangi Makassar sebab itu sehingga abad ke-19 Orang Makassar enggan dipanggil Bugis. Dalam bahasa Tausug, "Ugis" bermaksud "berkulit putih atau Albino".



Tausug cenderung menggunakan keris Sundang berbanding keris TAMING yang lebih kecil yang biasa dipakai oleh pahlawan di tanah Melayu. Sundang adalah gabungan keris naga digabung dengan bentuk pedang. Lidah Tausug menyebut keris dengan "Kalis", pedang pula disebut "Puddang". Kepandaian Tausug menggunakan Sundang ialah dapat memutuskan dengan mudah dua mayat yang diletak bertindih.


Kalis Sundang atau Keris Sundang adalah keris tradisi Tausug sejak dahulu kala. Beberapa jenis Sundang seperti Kalis Tulid (Lurus), Kalis Seku (Bersiku atau berlok), Kalis Taluseku (Separa Lok) telah menjadi kebanggaan. Telah menjadi gurauan Tausug juga bahawa keris Taming (kecil) adalah seperti ular kecil sedangkan Sundang adalah NAGA yang boleh menelan siapa sahaja.



TAUSUG ADALAH PAHLAWAN TULEN ATAU TENTERA UPAHAN?
Merujuk kepada maklumat dalam bahasa Inggeris di atas, rujuk *17, menyatakan bahawa ketika kedatangan Portugis pada tahun 1500-an telah menyaksikan bahawa LUZON telah melibatkan diri secara aktif dalam politik dan ekonomi malah menguasai laluan strategik jalan perdagangan di Nusantara ketika itu. Sebagai bukti, Sultan Melaka berusaha merebut semula Melaka dari tangan Portugis pada 1525 dengan bantuan tentera LUZON.

Sebenarnya hubungan Sulu dengan Melaka sudah lama terjalin lama sebelum itu, sebagai contoh Barbossa telah mencatatkan ketika beliau singgah di Melaka pada tahun 1512 beliau mendapati terdapat 500 keluarga Lucoes (Tausug) berniaga di Melaka pada ketika itu. Sudah tentu sebagai rakan dagang, Sulu wajib membantu Sultan Melaka memerangi Portugis. Tentera LUZON @ Lucoes atau Sulu ini kekuatan mereka adalah di laut. Sejarah Melayu menyatakan bahawa Sultan Melaka telah meminta bantuan "Orang Laut" menjaga perairan Selat Melaka dari para perompak Laut. Sebenarnya Orang Laut yang dimaksudkan ialah kaum Bajau Balangingi yang senantiasa mengiringi dan mengawal kapal-kapal dagang Sulu ketika itu. Samada Bajau Balangingi, Lucoes dan Taguimaha mereka ini memang duduk di kepulauan yang dipanggil LUZON oleh Portugis.

Peta pulau yang diduduki oleh masyarakat Tausug Lucoes yang masih kekal hingga hari ini di Sulu.

Menurut Neldy Jolo, LUZON yang dimaksudkan di atas ialah LU-SUNG @ SUNG-LU atau SULU itu sendiri. Ketika itu wilayah kekuasan orang-orang Sulu meliputi semua kepulauan Filipina Tengah-Utara sehingga ke Taiwan. Ianya bukan kuasa penaklukan tetapi kuasa perdagangan. Kaum Taguimaha yang menutur bahasa Melayu (Bahasa Sug) telah menguasai semua kepulauan atas nama perdagangan. Namun untuk menjadi kuasa perdagangan memerlukan KEKUATAN KETENTERAAN sebagai pertahanan.

Ikatan orang-orang Sulu ini menjadi kuat setelah kedatangan Islam. Mereka diikat dengan aqidah sehingga ajaran Islam yang melibatkan PERSAUDARAAN telah berakar umbi menjadi BUDAYA bangsa mereka. Sebab itu mengapa orang Sulu telah terkenal menjadi TENTERA IMPORT atau tentera bantuan "Yang Berguna". Berdasarkan kenyataan berbahasa Inggeris di atas menggambarkan kekuatan tentera Sulu, yang kadang-kadang berada di kedua-dua belah pihak yang berperang. Tentera Sulu kelihatan seolah-olah tentera upahan kerana keadaannya yang seperti tiada pemimpin yang mengawal mereka,
  • SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD.
  • LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet (Armada Acheh) that attacked key settlements along the straits.
  • At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH. (Penulis mendapati banyak persamaan bahasa Batak Simalungun dengan bahasa Tausug di Sulu).
  • On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. (Tetapi pada abad ke-17 Tausug banyak menangkap kaum dari Burma lalu dijual kepada kesultanan Brunei. Kaum ini banyak bertebaran di sekitar sempadan Sarawak-North Borneo hari ini).
  • At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya. (Hingga hari ini budaya tarian Siam Ayuthaya masih kelihatan pada Tausug di Sulu yang dipanggil Pang-Alay kemungkinan asimilasi dari tarian Melayu-Siam).
  • When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. (Tidak hairan wujud kampung SOLOK @ Suluk @ SULUG di Melaka hari ini di sekitar Masjid Tanah).
  • In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM. (Hubungan Raja Kemboja dengan kesultanan Sulu (Lords of Luzon) inilah kemungkinan yang menjadi sebahagian keluarga Sulu yang dipanggil Melayu-Dampuan @ Champuan @ Champa)

Ini adalah contoh kaum Dayak atau Ayta di Filipina hari ini. Mereka menunjukkan kehebatan dan keberanian dengan tatu sebagai budaya mereka sebagaimana kaum Dayak di Borneo. Ketika kegemilangan Sulu dahulu, kaum Dayak atau bagi Spanyol dipanggil Indeo bermaksud bangsa PAGAN ini, digunakan memerangi orang-orang Sulu. Sebab itu orang Sulu menyerang balas dan mencolek mereka pula ketika ketiadaan Spanyol, lalu dijual ke merata tempat seluruh Nusantara. Jose Rizal menulis kesedihannya bahawa telah hampir "kering"rakyat Indeo ditangkap oleh Orang Sulu untuk dijual-beli dijadikan hamba. Nampaknya tatu langsung tidak menakutkan Tausug. Foto ihsan http://www.apat-na-alon-tribe.com/history.html


Hakikat yang sebenarnya Tentera Sulu bukanlah TENTERA UPAHAN secara total, ia bergantung kepada keadaan seperti hari ini, ada tentera Tausug yang jadi integrated bersama tentera Filipina yang ditugaskan memerangi Abu Sayyaf yang juga Tausug. Malah lebih teruk ada yang boleh diupah untuk "mencolek" tanpa melihat siapa yang menyuruh dan mengarahkannya.

Kekuatan Tentera Tausug ini telah menjadi buah mulut sejak berkurun lamanya di Nusantara hinggakan James Francis Warrent menggelarkan wilayah ketenteraan Tausug sebagai "Sulu Zone" yang mencakupi keseluruhan laut Nusantara. Malah dikatakan Ferdinand Magellan pernah berkata "Kalau aku mempunyai hanya 1000 pejuang Tausug, sudah cukup untuk aku menakluki dunia".

Sebelum tahun 1500-an tentera laut Sulu dianggarkan telah pun menggunakan perahu layar yang agak besar dan laju dinamakan Adjung @ Joanga. Walau pun binaan kapalnya hampir sama dengan binaan kapal Jawa namun mempunyai kelebihan khusus seperti mempunyai KATIG (buluh pengimbang) dan didayung oleh puluhan pendayung dan mempunyai lantaka atau meriam kecil mudah alih di hadapan. Menurut pakar menyatakan bahawa orang-orang Sulu adalah pembuat perahu layar yang paling laju yang tidak mampu ditewaskan oleh kapal-kapal penjajah Eropah, malah merekalah pembuat meriam mudah alih yang terbaik di dunia.


Gambar klasik meriam mudah alih Tausug yang dipanggil Lantaka oleh Spanyol. Meriam mudah alih biasanya diletak di hadapan Adjung.

Kekuatan inilah yang menyebabkan Spanyol sampai ke akhirnya tidak pernah menakluk Sulu. Kekuatan maritimnya yang ditakuti Inggeris sehingg ke akhirnya Inggeris enggan memerangi Tausug malah bertindak membayar ufti (cukai), contohnya:
  • Kerajaan British menghantar Dyrample pada abad ke-17 untuk berkawan dengan kesultanan Sulu dan para Datu sambil. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendapat konsesi memajak Balambangan dari Kesultanan Sulu dan membina kota besar di sana. Tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Titing. Kompani British tidak membalas hanya berdiam diri.
  • Sir Stamford Raffles terpaksa membayar cukai untuk menduduki Singapura dan perairannya. Hal ini terbukti bila beliau menghantar Sir Jhon Hunt ke Sulu pada 1814 untuk mengkaji kehebatan Sulu dan kekurangannya. Sir Jhon Hunt berjaya bersahabat dengan Datu Aranan Puyo ketika di Jolo. Kalau beliau bukan pembayar cukai sudah tentu sudah lama dibunuh oleh Tausug. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul dalam bukunya "Muslim in the Philippines".
  • Kedatangan James Brooke mengadap Kesultanan Sulu di Jolo sambil membincangkan hal perdagangan sebelum beliau menduduki Sarawak. Ternyata James Brooke turut membayar cukai untuk beliau dapat menduduki Sarawak dengan selamat dengan gelaran Rajah of Sarawak. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul.
  • Baron de Overbek dan Alfred Dent berjumpa Kesultanan Sulu untuk mentadbir North Borneo pada tahun 1878. Wujud dalam perjanjian dan menurut Kesultanan Sulu kompani British dan Baron serta Dent sebenarnya adalah rakyat Sulu, hanya bertugas sebagai "penyewa" North Borneo untuk perdagangan. Istilah "selama mana ia mahu" adalah hadiah kepada Baron dan Dent yang membantu persenjataan Sulu ketika berperang dengan Spanyol.

SALAM MERDEKA


ASREESULU