Blog Mazidul Akmal MEMBONGKAR PTI SULUK DI SABAH
Berikut adalah cadangan penulis kepada Bro Mazidul Akmal dalam blog beliau http://mazidulakmal.blogspot.com
"Salam perkenalan,
Saya adalah anak Suluk yang dikatakan PTI tersebut, untuk benteras Orang Suluk di Sabah tidak akan selesai sekiranya hanya menangkap dan menghalau kerana mereka akan datang semula.
Saya cadangkan buat bro Mazidul, membuat kertas cadangan kepada pihak keselamatan Malaysia (KDN) agar menangkap kesemua orang Suluk di seluruh Sabah, masukkan ke dalam kurungan, bunuh sahaja mereka dengan menembak atau meracun kesemuanya sampai habis. InsyaAllah, mereka tidak akan datang lagi ke negeri Sabah untuk meminta simpati".
Asreesulu
0163472849
http://tausug-global.blogspot.com
ULASAN:
Secara peribadi penulis sangat berterima kasih kepada Bro Mazidul Akmal kerana berani melaporkan keadaan sebenar kehidupan masyarakat Suluk di Sabah. Tanpa menyalahkan Bro Mazidul secara total, kerana sekiranya kita berada di tempat Bro Mazidul sendiri sebagai "rakyat Malaysia" dan kapasitinya sebagai seorang wartawan pasti akan melaporkan perkara yang sama.
Laporan beliau bukan sekadar membuka pekung kaum Suluk yang terhina dan terbiar malah "melihat dari sudut patriotik" sehingga membuka "pekung" pihak tertentu,
Gangster Kampung berkata (komentar terhadap laporan blog Mazidul)...
"Assalammualaikum Bro Mazidul... masalah PATI, penjualan rokok seludup, penjualan VCD haram , penagihan dadah dan kegiatan jenayah di SABAH ini bukan sahaja dilakukan oleh SULUK FILIPINA, tetapi juga bangsa Filipina yang lain seperti BAJAU, YAKAN, KAGAYAN dan lain-lain..
Tetapi ketahuilah oleh anda semua, kehadiran begitu ramai Warganegara FILIPINA di SABAH yang memegang KPT adalah kerana TINDAKAN BODOH KERAJAAN NEGERI SABAH DI MASA LAMPAU TERUTAMANYA JABATAN PENDAFTARAN NEGERI SABAH YANG 'MENGHADIAHKAN KAD PENGENALAN' KEPADA WARGANEGARA FILIPINA, INDONESIA DAN PAKISTAN SEMATA-MATA UNTUK MENANG PILIHANRAYA. Pemimpin-pemimpin SABAH di masa lampau ini lah yang perlu disalahkan dan diambil tindakan atas kesalahan mereka 'MENJUAL NEGERI SABAH' ".
Namun masih ada yang merasa belas kasihan, Taher Kasa berkata...
"Salam.., kesian tengok budak-budak hidu gam, mereka sepatunya berada di sekolah, bukan di jalanan, mereka juga manusia... aku hanya boleh kata kesian sajalah, nak tolong tak berdaya, harap ada pihak yang akan membantu mereka ini".
ASREESULU
Kita beriya-iya mahu mebantu PALESTIN "bagai nak rak", malangnya saudara serumpun sendiri dibiar melarat tanpa KEMERDEKAAN. Hasil kepada pembiaran ini ialah "pencolekan" yang memalukan bukan sahaja Malaysia tetapi orang Suluk sendiri. Mau salahkan siapa?
|