AMERIKA SYARIKAT Perlu Memperbetulkan Kesilapannya (Suntingan Semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, May 13, 2010 0 ulasan

Penganjur http://wfol.tv/



Kuala Lumpur, Khamis 13 Mei 2010 : Kelmarin telah diadakan satu persidangan antarabangsa bertajuk "World War II and the Rise of Multilateralism" sempena menyambut ulang tahun tamatnya Perang Dunia ke-2 yang diadakan di KLCC Convention Centre. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Luar Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar di sebelah pagi.

Prof Dr Hasan Yahya (USA)

Prof. George Katsiaficas (USA)

Persidangan yang dihadiri beberapa professor antarabangsa yang bertindak sebagai pembentang kertas kerja mereka seperti Amerika Syarikat, Turki, Indonesia, Filipina termasuk Malaysia telah berjaya menunjukkan kepada hadirin bahawa "Perang telah berjaya menghancur integriti kemanusiaan dan memusnah tamadun" bukannya penyelesai masalah. Bayangkan pusat-pusat bandar yang dibangun beratus tahun pada akhirnya musnah oleh bom dan roket hanya beberapa hari.

Bayangkan kehidupan rakyat biasa yang harmoni dan tenteram, berjual beli di pasar-pasar, jalan raya yang bersimpang siur dengan kenderaan awam, gelak ketawa kanak-kanak di sekolah dan taman-taman permainan, tiba-tiba musnah begitu sahaja. Insan tidak berdosa mati bergelimpangan dimana-mana akibat bom pemusnah yang tidak mengira samada manusia atau bangunan konkrit.


UCAPAN TUAN HJ "KERRY" ABDULLAH MENGENAI KEAMANAN
Pembentang kertas kerja dari "Filipina" diwakili oleh Tuan Hj Kerry Abdullah dan Tuan Dandan Ben Hur yang membawakan sejarah Tausug and the Sulu Sultanate dan Bangsa Moro poeple right to peace. Hj Kerry membentangkan sejarah Sulu sebelum dan selepas Perang Dunia ke-II. Tuan Hj Kerry memulakan ucapan dengan,

"Ada sahabat saya bertanya, mengapa sekarang ini saya libatkan diri dengan keamanan pula?"

Bagi penulis, beliau menyuarakan pertanyaan sahabat tersebut adalah kerana sebelum ini beliau pernah terlibat dengan perjuangan Moro National Libaretion Front (MNLF) semenjak 1972 lagi. Pada akhirnya Hj Kerry telah mengambil keputusan untuk keluar dari MNLF kerana mendapati beberapa perkara "yang tidak kena" kepada kepimpinan dan arah tuju perjuangan MNLF. Semenjak tahun 80-an lagi Hj Kerry telah mengambil keputusan untuk keluar dari wilayah konflik untuk membina penghidupan baru.

Berdirinya beliau membentangkan kertas kerjanya di atas pentas persidangan kelmarin adalah kerana masih sayangkan bangsa dan negara serta agama tercinta dari penodaan (keganasan konspirasi). Antara "maksud" kandungan dari pembentangan beliau yang penulis huraikan di sini ialah,
  • Kewujudan Kerajaan Sulu sebelum kedatangan Spanyol dan Amerika Syarikat.
  • Keseluruhan Kepulauan Filipina yang dikenali hari ini sebenarnya adalah kepualauan Sulu dibawah pentadbiran masyarakat Islam.
  • Luzon Utara hingga hari ini tidak mengaku sebagai Filipino dan mahu "autonomi atau kemerdekaan sendiri" kerana sebelum kedatangan Spanyol mereka memang menganut Islam.
  • Moyang mereka lari dari Manila ke utara Luzon agar tidak dikristiankan. Beberapa generasi berlalu dan sudah terputus dari dunia luar dan pengajian Islam menyebabkan mereka sudah berasimilasi dengan masyarakat pagan. Walau bagaimana pun mereka masih menyimpan beberapa bungkusan yang telah ditinggalkan sebagai pusaka oleh nenek moyang mereka. Pada tahun 1960-an para pengkaji membukanya dan mendapati bungkusan tersebut adalah naskah Al-Quran.
  • Manakala di Sulu, dalam sejarah penjajahan Spanyol, tidak pernah menewaskan dan menjajah Sulu. Tetapi ketika kedatangan Amerika Syarikat beberapa perjanjian telah dimanipulasi menyebabkan Sulu dimasukkan kedalam FILIPINA.
  • Begitu juga dengan kerajaan British yang mentadbir North Borneo atas kebenaran Kesultanan Sulu, telah menipulasi perjanjian Pajakan sehinggalah ia diserahkan kepada pentadbiran Malaysia. Sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
  • Ketidak amanan yang berlaku di Sulu hari ini sehingga mewujudkan rantaian keganasan yang berterusan adalah kerana angkara Amerika Syarikat yang bermula ketika era Sultan Jamalul Kiram II lagi.
  • Peperangan pasti menghasilkan keganasan, maka untuk kembalikan keamanan ini Amerika Syarikat PERLU membetulkannya semula. AS perlu mengembalikan keamanan Sulu sebagaimana ia diambil, iaitu memperbetulkannya sehingga Tausug dan Kesultanan Sulu kembali berdaulat seperti dahulu. Tanpa peperangan dan sengketa, tanpa pembunuhan dan keganasan.
Majlis berakhir dengan tarian Pangalay Tausug di atas pentas kemudian bersurai.


SALINAN KERTAS KERJA TUAN HJ KERRY ABDULLAH
Beliau telah bahagikan kertas kerja kepada dua (Part I & Part II). Untuk dapatkan salinan kertas kerja beliau sila klik ke,
Dalam Part I beliau menghuraikan sejarah Kesultanan Sulu dan Maguindanao era Spanyol, Amerika Syarikat serta hubungkait dengan kerajaan British. Dalam Part II pula beliau menghuraikan era Bangsa Moro dan perjuangannya menentang ketidakadilan serta semangat KEMERDEKAAN beberapa bangsa lain termasuk apa yang disebut Bangsa Cordileras di utara Luzon. Keseluruhan beliau lebih banyak menekankan "untuk mewujudkan keamanan perlu mengkitiraf hak tempatan untuk mendapatkan kebebasan mentadbir sendiri" itulah sahaja jalan untuk mengembalikan keamanan.


VIDEO SOLUSI KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN








ASREESULU

Post a Comment