MYKAD Ditukar Lagi Dalam RMK-10?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, May 3, 2010 0 ulasan

Rancangan Malaysia Ke-9 telah berlalu dan kini negara kita Malaysia melangkah ke Rancangan Malaysia Ke-10. Ketika RMK-9 yang lepas KDN telah mengesyorkan agar MYKAD ditukar lagi kepada bentuk yang lebih selamat, dalam BERITA HARIAN Online hari ini dinyatakan,

"Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Mahmood Adam memberitahu Berita Harian, cadangan menggantikan MyKad pernah dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), namun ditangguhkan berikutan kekangan ekonomi".

Menurut KDN, penukaran dokumen keselamatan penting seperti MyKad dan Passport secara berterusan adalah perlu untuk menyelesaikan masalah pemalsuan yang semakin berleluasa,

“MyKad sedia ada disifatkan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini di Malaysia. Bagaimanapun, hakikatnya sebarang bentuk dokumen keselamatan seperti kad pengenalan dan pasport memerlukan perubahan berterusan bagi menyukarkannya dipalsukan. Lagi selalu kita ubah, lebih susah untuk penjenayah memalsukannya. Ini rasionalnya mengapa mata wang kita selalu diubah rekaannya bila tiba tempoh tertentu, yang turut dilengkapi spesifikasi keselamatan terkini,” katanya.

Rujuk BH hari ini Selasa , 04 Mei 2010: http://www.bharian.com.my/


ULASAN: Kalau berita di atas terbaca oleh saudara Mutalib MD (Si Pembongkar IC Palsu) pasti beliau membeliakkan matanya sambil memikirkan sesuatu. Bukan setakat Mutalib MD, malah ramai lagi pemerhati bebas yang senantiasa memantau gerak kerja KDN terutama yang melibatkan "dokumen".

Bagi penulis, apa pun yang mahu dilakukan oleh KDN sekiranya demi kebaikan rakyat dan keselamatan negara maka itu adalah tanggungjawab KDN. Sepatutnya mendapat sokongan dan dokongan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sebenarnya, sekiranya kita perhalusi, apa yang perlu dipertingkatkan ialah "kemudahan Online" seperti alat pengesan kepada sebarang dokumen, sebagai contoh "MyKad Reader" perlu dipertingkatkan kepada Online System, bukan sekadar "Reader". Inilah cara yang lebih berkesan iaitu mengesan dokumen secara online dimana sahaja berada bukannya menggantikan rupa bentuk MyKad itu sahaja. Kerana apa pun dokumen pasti akan berjaya "dipalsukan" oleh penjenayah. Apa pun rupa bentuk dan ciri-ciri keselamatan Wang Kertas pasti akan berjaya dipalsukan kerana penjenayah semakin canggih seiring dengan kemajuan teknologi.

Apa yang perlu diperbaiki ialah "Sistem Online" ke Pusat Pangkalan Data KDN melalui "MyKad & Passport Reader Online" atau "Ringgit Ditector Online (RDO)" terus ke BNM.


ASREESULU
Sultanate of Sulu telah mengeluarkan KAD PENGENALAN baru untuk rakyat Tausug sebelum dan selepas deklarasi Kemerdekaan Sulu 17 November nanti. Kad ini hanya dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Sulu di Buansa. Selepas deklarasi kemerdekaan nanti pendaftaran UTC di luar Sulu akan ditutup serentak. Bagi yang sudah mendaftar hanya perlu ke Buansa untuk menukar Kad Lama UTC kepada Kad Pengenalan Tausug yang baru.

Contoh Kad Pengenalan Sulu, United Tausug People.

Post a Comment