ISU BLOK MINYAK: Membongkar Kedudukan Limbang?
BERITA HARIAN Online
http://www.bharian.com.my/
2010/05/03
Perkasa desak Suruhanjaya Diraja isu blok minyak
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mencari kebenaran mengenai isu penyerahan Blok L dan M kepada Brunei sebagai pertukaran bagi Limbang.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, berkata suruhanjaya itu penting bagi memastikan rakyat mendapat kebenaran mengenai isu berke-naan tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.
Perkasa mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuh dan satu Kertas Putih dihasilkan berhubung blok cari gali minyak seperti didedahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Rakyat perlu tahu perkara ini secara menyeluruh dan kita tidak menuduh mana-mana pihak, kita tidak kata Tun Dr Mahathir betul ataupun (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi salah,” katanya selepas Bengkel Meletakkan Agenda Melayu Di Dalam Model Ekonomi Baru (MEB) anjuran Perkasa di sini, semalam.
Dr Mahathir dalam blognya Khamis lalu, mempersoalkan sebab kedua-dua blok berkenaan bukan lagi milik Malaysia yang mengakibatkan kerugian kepada negara sekurang-kurang AS$100 bilion ataupun RM320 bilion.
Beliau turut mendakwa bekas penggantinya, Tun Abdullah, menyerahkan kedua-dua blok berkenaan kepada Brunei sebagai pertukaran bagi Limbang.
Petronas semalam mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok L dan M yang diberikan kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan Murphy Oil Co Ltd pada 2003 ditamatkan 7 April lalu.
Ibrahim berkata, bukan saja badan bukan kerajaan (NGO) Melayu perlu mendesak penubuhan suruhanjaya berkenaan, malah NGO lain juga digesa turut berbuat demikian.
Sementara itu, katanya, Perkasa menuntut layanan sama rata diberikan kerajaan kepada masyarakat Bumiputera seperti layanan yang diberikan terhadap kaum lain.
ULASAN:
Penulis begitu tertarik dengan isu di atas, telah memberi gambaran terhadap kita bagaimana ISU LIMBANG itu sebenarnya masih hangat diperdebatkan antara Malaysia dan Brunei. Sekadar berebut Blok L & M yang sebelum ini dikongsi bersama Malaysia-Brunei bukanlah masalah besar kerana ia boleh dirundingkan di meja bulat. Tetapi bila melibatkan Wilayah LIMBANG penulis merasakan "suasana bahaya" buat negara kita Malaysia, lebih-lebih lagi dibincang secara umum di akhbar-akhbar. Akan menyebabkan "suara rakyat" melaungkan pandangan mereka dengan emosi dan sentimen "kekitaan" tanpa mengetahui duduk sebenar perkara berkenaan Limbang.
Tidak mustahil sekiranya keadaan semakin meruncing, kemungkinan Brunei akan membawa kes tersebut ke ICJ untuk mendapatkan keadilan adalah positif. Hal ini bergantung kepada Malaysia samada menyahut cabaran Brunei bawa kes ke ICJ atau menyelesaikannya sahaja dengan cara "mengekalkan pemberian dua Blok minyak" sebagai pertukaran agar Brunei tidak memanjangkan tuntutan terhadap Limbang. Yang hanya jadi masalah ialah kalau isu Blok L & M tersebut berterusan dibincang secara umum oleh rakyat Malaysia, pasti akan jadi kes POLITIK kepartian, sekali gus menurunkan populariti Pemerintah.
Walau apa pun keadaannya Malaysia masih bernasib baik kerana Brunei telah menurunkan tandatangan untuk menerima Blok L&M sebagai ganti Limbang. Persoalannya betulkah Brunei telah menandatangani menggantikan Limbang dengan Blok Minyak tersebut? Hal ini kita memerlukan jawapan "Tuntas" daripada DYMM Sultan Brunei sendiri untuk dapatkan jawapannya.
Kalau penulis di tempat Brunei, penulis tidak akan menukarkan Blok Minyak tersebut dengan Limbang, kerana minyak akan habis sedangkan Tanah Limbang akan kekal buat selama-lamanya. Kalau penulis ditempat Malaysia pula, kalau pun sudah menyerahkan Blok Minyak tersebut sebagai tukaran kepada Limbang, diamkan sahaja tidak perlu diheboh-hebohkan untuk menghalang dari perhatian umum.
Sekiranya hal ini semakin "marak" sehingga kedua-duanya diheret ke ICJ, maka Singapura, Indonesia, Filipina akan tersenyum lebar dan pasti sebahagiannya bertepuk tangan. Amat pahit kalau menerima lagi satu kekalahan selepas Pulau Batu Putih, ditambah dengan ekonomi negara yang semakin susut akan menambahparahkan lagi keadaan.
ASREESULU
Tidak semudah itu bawa kes Limbang ke ICJ, kerana Brunei memerlukan Kesultanan Sulu sebagai saksinya. Itu pun bergantung kepada Kesultanan Sulu samada menyokong Brunei atau Malaysia, atau pun hanya sekadar jadi orang tengah untuk selamatkan hubungan antara Malaysia dan Brunei.

|