Gloria Ikut Jejak Marcos?
BERITA HARIAN Online
http://www.bharian.com.my
2010/05/02
MANILA: Polis Filipina semalam memberi amaran pemberontak Maois akan meningkatkan keganasan di negara itu menjelang pilihan raya presiden dan senator pada 10 Mei ini, dengan ahli politik dan polis bertugas di kawasan terpencil sebagai sasaran.
Ketua Polis, Jesus Versoza, berkata Tentera Rakyat Baru (NPA) mahu menjejaskan proses demokrasi dan mencari dana dengan memeras ugut calon yang diancam dicederakan jika mereka enggan membuat bayaran.
“Kejadian terbaru yang dilakukan NPA terhadap calon dan orang awam memberi isyarat usaha mereka mengeksploitasi polis dan tentera daripada memberi tumpuan kepada tugas pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Semua panglima diarah meningkatkan kawalan keselamatan di balai polis, kem, pusat pemeriksaan dan kemudahan penting kerajaan. – AFP
ULASAN:
Posting yang lalu penulis ada mengeluarkan kenyataan dari YM Datu Albi Ahmad Julkarnain berkenaan kemungkinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo akan berusaha menggagalkan pilihanraya umum Mei ini. Malah beberapa bulan yang lalu penulis sudah dapat maklumat (dari sumber lain) bahawa pilihanraya umum Filipina terutama di Sulu tidak akan berlaku.
Kemungkinan Gloria akan mengikut jejak Marcos mewujudkan peperangan besar-besaran atau sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kehuru-haraan agar dengan demikian ada alasan beliau menghalang pilihanraya. Seterusnya Gloria akan terus berkuasa sepenggal lagi adalah dijangka. Berkenaan hal ini penulis ingin berkongsi "study" dengan para pembaca,
PANDANGAN UMUM:
Gloria menghalang pilihanraya sudah tentu untuk mengekalkan kuasanya sebagai presiden. Dengan demikian beliau akan kekal terus mengumpul harta dan dapat "mengkasi" para musuh-musuh politiknya. Untuk melepaskan nikmat "kekuasaan" sebagai presiden adalah satu mimpi ngeri buat penguasa tertinggi seperti Gloria. Sebab itu sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan pangkat kekayaan. Malah Gloria telah berusaha mengubah Perlembagaan Filipina untuk membolehkan beliau kekal di tampuk kuasa.
Dalam kenyataan BAYAN dengan tajuk "Towards a "Democratic Dictatorship" in The Philippines?", di bawah tajuk kecilnya ARROGANCE OF POWER: PASSAGE OF HOUSE RESOLUTION 1109 menyatakan,
"In the dead of the night of June 2, 2009, Philippine President Gloria Macapagal Arroyo and her cohorts in the House of Representatives rammed through a resolution that could change the country's Constitution and may enable the President, under fire for serious human rights violations and cheating, to stay in power well beyond 2010." Rujuk: www.globalresearch.ca
Kenyataan bersambung lagi,
“This is unbelievable. They hurriedly passed the resolution in the dead of the night with the intent to change the Constitution and to ensure that Gloria Macapagal Arroyo can stay in power beyond her second term which is prohibited by the 1987 constitution that came out precisely to prevent another dictatorship after Marcos’s Martial Law,” says Diwa Marcelino, Bayan Canada spokesperson for Toronto.
Ketakutan Gloria sekiranya berjaya dilucut kuasa presiden dari tangannya ialah "akan dihukum kerana kes rasuah serta bertindak membawa masuk Amerika Syarikat semula ke Filipina". Kemasukan AS semula ke Filipina kini sudah tidak terkawal lagi.
"...These will set the stage for the unbridled entry of US troops (now numbering some 40,000 US soldiers scattered in 25 provinces since the Visiting Forces Agreement took effect in 1999) into the country and the establishment of permanent US military bases on Philippine soil".
Nampaknya Gloria memerlukan bantuan NPA untuk melakukan kehuru-haraan berperang dengannya setelah gagal membentuk Nur Misuari dan MNLF nya sebelum ini. Kemunculan UTC di Sulu menyebabkan "projek" Gloria bersama Bangsa Moro telah gagal. Percubaan awal Gloria ialah pada Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu iaitu dengan mengebom dan menyerang beberapa kem komander MNLF di Jolo Sulu, pada akhirnya berhenti begitu sahaja tanpa dihiraukan oleh majoriti Tausug.
Kerana jelas Nur Misuari berada di luar kem bersama Kerajaan sedangkan pengikutnya sedang dibom. Wal hal sebelum itu MNLF sibuk mengadakan latihan tentera hampir di setiap kepulauan untuk persediaan berperang semula melawan Filipina. Maklumat lain pula menyatakan bahawa latihan tersebut adalah untuk menyerang Sabah.
PANDANGAN UTC:
Apa pun yang mahu dilakukan oleh Filipina buatlah. Tiada siapa yang boleh halang Filipina samada "berprojek" perang, mencolek, mensabotaj, rogol dan sebagainya buatlah semahunya. UTC tidak akan hiraukan sekali pun Filipina berpakat dengan negara lain untuk wujudkan perang dan ketidak stabilan di Sulu adalah kerana Tausug sudah lali dan bosan.
UTC telah mengetahui segala tindakan lama dan perancangan mereka, sebab itu hanya perlu berkerja "berdakwah" untuk keamanan Sulu dengan memacak bendera dan mendaftar kerakyatan Tausug kepada yang mahu. Kepada yang tidak mahu tidak mengapa tiada paksaan. Edar risalah, tebar VCD/DVD kelebihan dan kebaikan bersatu dibawah Kesultanan Sulu, sejarah kegemilangan dan kedurjanaan musuh-musuh Islam perlu diberitahu dan dibongkar.
Filipina mahu atau tidak, penduduk Sulu mahu atau tidak, Deklarasi Kemerdekaan akan tetap dilaungkan pada 17 November 2010 nanti. InsyaAllah!
ASREESULU

- Mengapa Gloria perlu menghalang Pilihanraya?
- Apa yang Gloria dapat sekiranya berjaya menghalang Pilihanraya?
- Apakah impak kepada Sulu sekiranya pilihanraya tidak berlaku?
- Apa pula impak sekiranya Pilihanraya itu diteruskan?

|