NUR MISUARI: Dendam Peribadi Atau Perjuangan Sebenar?
Ketika kumpulan mantan komander dan general MNLF membuat pertemuan dengan YM Datu Albi dan Atty. Meltino mewakili Rumah Bichara Kesultanan Sulu (Council of Regents) di Alisya, Zamboanga baru-baru ini, kemudian menyambung pertemuan dengan Tuan Hj Gadjier Ismail mantan Chief of Staff MNLF di sebelah petangnya, telah memperjelaskan keadaan sebenar masalah yang dihadapi oleh Nur Misuari dan MNLF.
Penulis tidak akan menceritakan siapa yang mengeluarkan perkataan dari kalangan pemimpin MNLF di Alisya tersebut, apa yang perlu hanyalah menjelaskan secara keseluruhan intipati kepada masalah MNLF dan barisan pimpinannya. Dengan demikian, hal ini disentuh tanpa menggores perasaan mana-mana pihak. Agak sukar bagi penulis mendedahkan hal ini kepada umum sekali pun "tanpa mahu menggores perasaan" mana-mana pihak memandangkan beberapa komander MNLF termasuk Nur Misuari sendiri adalah datuk (sebelah ibu) penulis sendiri.
APA KATA MEREKA?
Berikut didedahkan beberapa perbualan yang penulis dapat simpulkan dalam satu kronologi sebagai panduan mudah memahami keadaan sebenar Nur Misuari dan MNLF ketika dulu dan kini.
- Perjuangan awal-awal MNLF ketika dulu yakni sebelum meletusnya peperangan besar-besaran selepas 1972, telah bersumpah atas nama Allah swt dan kemuliaan Al-Qura'an Al-Karim untuk membebaskan Sulu-Mindanao dari tangan Filipina.
- Sumpah turut menyatakan "untuk mengembalikan kedaulatan Kesultanan Sulu" sebagai pemerintah asal kepada gugusan kepulauan Sulu.
- Selesai perjanjian Tripoli antara 1975-76 bermula perubahan haluan dengan tidak menyebut lagi tentang "tanah Kesultanan". Adalah rentetan dari perpecahan kepimpinan MNLF pusat yang dikenali Magic 8 membelot serah diri pada Marcos.
- Pemimpin Utama MNLF mengeluarkan arahan ketenteraan agar membunuh semua keluarga Magic 8. Tentera MNLF menyerang beberapa kampung di pedalaman Jolo, Sulu yang dikaitkan sebagai keluarga Magic 8 dan membunuh kesemuanya kecuali satu kampung yang mereka tidak dapat kalahkan. Inilah sejarah umat Islam berperang sesama sendiri dalam sejarah MNLF.
- Sehingga tahun 1978 gagasan baru telah muncul iaitu "kemerdekaan Moro Land kearah Republik BangsaMoro". Ketika ini puluhan ribu penduduk Islam Sulu berhijrah ke Sabah kerana kekejaman Marcos menghancur perkampungan semakin berleluasa dilihat sebagai "penghapusan etnik".
- Keadaan ini menimbulkan suasana panik dikalangan pemimpin MNLF di Jampiras, sehinggakan sesiapa yang masuk ke Jampiras akan di tembak mati tanpa soal periksa sekiranya idintiti diragui kerana ditakuti adalah pengintip Marcos. Ramai umat Islam Sulu yang tidak berdosa telah dibunuh di jampiras, buktinya puluhan malah ratusan tengkorak kepala masih berlonggok di sana.
- Kekalahan Marcos sebagai Presiden Filipina pada 1986 dan kematiannya di Hawaii telah membongkar beberapa perkara termasuk perkaitan pemimpin utama MNLF dengan Gerakan Komunis Filipina. Barulah pelbagai pihak sedar bahawa undang-undang MNLF ketika itu adalah Komunis Mao Tze Tung.
- Pada 1996, Nur Misuari dan MNLFnya berjaya diheret ke meja rundingan oleh Filipina yang dikenali sebagai "Final Peace Agreement". Nur Misuari terpaksa menerima perjanjian tersebut kerana perpecahan di kalangan pemimpin MNLF setelah Magic 8 dan kemungkinan beberapa rahsia telah terbongkar menyebabkan beliau berfikir tiada jalan lain lagi kecuali berdamai.
- Ustaz Hashim Salamat (pengasas MILF) tidak mahu menerima perjanjian Final Peace Agreement Nur Misuari dengan Filipina lalu mengasingkan kumpulannya ke Mindanao menyambung perang semula kerana beliau mahukan Kemerdekaan bukannya perdamaian.
- Filipina tidak mahu melaksanakan perjanjian 1996 (Final Peace Agreement) tetapi memberikan "hidangan" baru kepada Nur Misuari dengan ARMM (Autonomos Region Muslim Mindanao), Nur Misuari menerimanya dengan jawatan pengerusi pertama ARMM.
- Kebijaksanaan Filipina ialah mencurahkan banyak dana kepada pejabat ARMM kerana mengetahui Nur Misuari dan orang-orangnya pasti gagal mengurus ARMM dan dana yang diberikan. Akhirnya menjadi kenyataan kerana jawatan dalam ARMM banyak diberikan kepada ahli keluarga masing-masing walau pun tanpa kemahiran dan kepakaran.
- Projek banyak yang diluluskan dalam kertas ARMM tetapi projek tidak pernah wujud atau kelihatan, hal ini berterusan tanpa mereka sedari akan bakal "mengundang malapetaka". Amat malang, terlalu banyak pelaburan dari Malaysia telah lesap begitu sahaja tanpa dikesan. Hal ini menimbulkan kemarahan pelabur Malaysia, yang menjadi sasaran sudah tentu Perdana Menteri sendiri ketika itu ialah Tun Mahathir Mohamad.
- Perangkap Filipina akhirnya menjadi, pada tahun antara 1999 hingga 2000 kerajaan Filipina telah bertindak untuk mengaudit pentadbiran ARMM Nur Misuari dan mendapati ia dipenuhi oleh Korupsi, Nepotisma dan salah tadbir. Hal ini menjadi kejutan besar buat Nur Misuari kerana banyak perkara (Korupsi) adalah di luar pengetahuannya.
- Setelah itu untuk menutup cerita, Nur Misuari terpaksa "melancarkan peperangan" sekali lagi. Berlakulah beberapa pertempuran sengit antara tentera Filipina dan pengawal Nur Misuari ketika itu. Pengawal Nur Misuari terpaksa menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan dan perisai manusia untuk melepaskan diri. Kerana berasa tidak selamat Nur Misuari telah berjaya loloskan diri ke Jampiras, Sandakan.
- Malaysia yang tidak menyangka kejadian tersebut berlaku ditambah dengan Nur Misuari berjaya masuk sempadan langsung ke Jampiras, menyebabkan Malaysia "melakukan beberapa tindakan". Antara tindakan tersebut ialah mengepung dan merundingkan beberapa perkara yang difikirkan perlu oleh Malaysia.
- Kegagalan beberapa rundingan dan ditambah oleh kemarahan rakyat serta pemimpin Malaysia (kerana mungkin banyak pelaburan Malaysia di ARMM bernilai jutaan ringgit lesap begitu sahaja) menyebabkan Nur Misuari ditangkap atas alasan "memasuki Malaysia tanpa pass perjalanan sah".
- Bagi Nur Misuari Malaysia telah menganiya dirinya sebagai pemimpin Moro yang pernah membantu Malaysia ketika dulu memerangi Filipina untuk selamatkan Sabah (kes Jabidah Force 1968). Penangkapan beliau dianggap oleh Nur Misuari sebagai penganiayaan kepada "saudara mereka sendiri". Bagi Malaysia pula, bantuan Moro sudah berbayar dengan membantu menjadi broker perdamaian serta menjadi negara pertama pelabur terbanyak dalam ARMM. Malah bantuan "penempatan" percuma dan pemberian kemudahan dan pass IMM13 kepada "Bangsa Moro" di Malaysia membuktikan Malayisa tidak seperti yang dituduh oleh Nur Misuari.
- Kemarahan bekas ahli MNLF dan para komandernya begitu membuak-buak mengecam Malaysia kerana bertindak menangkap Nur Misuari malah menghantarnya ke Filipina untuk "disembelih" tanpa mereka sedari keadaan sebenarnya. MNLF berpendapat, sepatutnya Malaysia melihat kes Nur Misuari sebagai telah "menjadi mangsa keadaan" dari percaturan yang disengajakan Filipina untuk tidak membantu dalam pentadbiran Nur Misuari kendalikan ARMM.
- Di sinilah dendam bermula, dendam yang sudah dikaitkan dengan maruah. Apabila hal maruah ini ditafsir dengan budaya Tausug maka akan berlaku "Tauun ha kukku itum" (Simpan di kuku hitam = Dendam yang perlu dibalas) dan "Sarina mutih in bukug, ayaw in tikud-tikud" (Biarlah putih tulang, jangan putih tumit).
- Nur Misuari telah menyedari perlunya bergabung semula dengan Kesultanan Sulu untuk kemerdekaan seterusnya "Sabah" akan berjaya dirampas semula dari tangan Malaysia. Gerakan awalnya ialah menjalin hubungan dengan Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram.
- Kemudian menjalin hubungan dengan Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan. Sehingga baru-baru ini Nur Misuari telah berjaya membawa Sultan Jamalul Kiram III ke Arab Saudi tetapi setelah mendapati Sultan Jamalul Kiram III tidak dilayan mahu pun diiktiraf oleh kerajaan Saudi, beliau pergi ke Libya dengan meninggalkan Jamalul III tanpa pembelaan di Arab Saudi. Sultan Jamalul Kiram III terpaksa menelefon keluarganya di Filipina minta dibantu untuk dibelikan tiket.
Kemungkinan Nur Misuari tidak mahu bergabung dengan UTC adalah kerana menyangka bahawa UTC adalah "produk Malaysia"? Ini adalah prasangka penulis kerana buku "Tausug & the Sulu Sultanate" yang pernah penulis hadiahkan padanya melalui seorang sahabat menguatkan sangkaan ini. Sekiranya beliau membaca habis buku tersebut, bukan hanya sepintas lalu dan menyelak pada tajuk dan bab tertentu sahaja, sudah pasti beliau mendapati kebenaran dan maksud utama buku tersebut.
YM Datu Albi pernah menyuarakan pandangannya, "Prof Nurullaji (Misuari) telah tersalah pilih SULTAN, mungkin setelah menyedari Sultan yang disokongnya tiada rakyat dan sokongan para Datu lantaran negara luar pun tidak mengiktirafnya, maka beliau pun meninggalkan para sultan tersebut. Mustahil orang luar iktiraf kita kalau kita sendiri tidak bersatu mengiktiraf kesatuan dan kemerdekaan kita. Kita hanya mengharapkan kesatuan untuk mengumpul kekuatan kemerdekaan secara aman. Tanpa DENDAM dan sengketa...."
Seorang bekas Cheif of Staff MNLF berkata, "Kami telah beri nasihat berkali-kali kepada beliau (Nur Misuari) berkenaan perlunya kita bersatu dengan gerakan Kesultanan Sulu semula setelah kegagalan MNLF mendapatkan kemerdekaan selama 40 tahun, namun pandangannya lebih utama dari pandangan kami".
Akhirnya kita alu-alukan Nur Misuari masuk menyertai gerakan UTC sebagaimana kemasukan ahli-ahli MNLF yang lainnya ke dalam UTC sebelum ini. Kita membuka dialog secara muhibbah, demi bangsa negara dan agama tercinta.
"the unconquerable Mohammedans"
OLEH SPANYOL DAN AMERIKA SYARIKAT
MEREKA JUGA DIPANGGIL MOROS BERMAKSUD UMAT ISLAM.
Panglima Hassan syahid di Bud Bagsak bersama 600 pengikutnya dan saudara muslimin Tausug yang lain syahid lebih 1000 orang termasuk anak kecil mereka di Bud Dahu. Pembunuhan Amerika Syarikat yang memalukan buat diri mereka sendiri (yang dianggap bertamadun) tercatat dalam sejarah dan terlukis dalam jantung generasi muda Tausug "berpantang maut sebelum ajal" sehingga kiamat. Al-fatihah buat mereka!!!
ASREESULU
|
saudara asri...mgkn anda mmbenci kiram yg memasuki sabah atas dasar dia setuju sabah memasuki filipina...namun beliau belum mgatakan secara rasmi tntang fakta itu.kenyataannya beliau berkata sabah itu milik sulu...dan anda harus meghormatinya seperti mana sadara prof neldy menghormati misuari ats gerakannya meyedarkan dan myatukan hati rakyat mindanao ketika perang moro 1950an..sekurang-kurangnya kiram menunjukkan pada kaumnya dan pada org sulu khasnya d mindanao,sabah,malaysia, dan dunia bahawa sabah adalah milik org sulu,,dan tindakan itu menarik perhatian 1 dunia yg sebelum ini,dimana tuntutan org sulu itu tidak pernah di endahkan walaupun di tanah jolo sendiri sehingga kini...mgkin juga ada agenda di sebalik rancangan kiram itu sepertimana org sulu d mindanao setju atas dasar autonomi sahaja tpi di bawah pemerintahan filipina juga?????itu pun jika memang benar sabah itu sulu punya,,,