Kemerdekaan Sulu: BERAKHIRNYA GERAKAN "ABU SAYYAF"
Pendek kata, orang Suluk atau Tausug di seluruh Sabah hari ini adalah Abu Sayyaf yang "Wajib" di tangkap dan dihalau dari Bumi Sabah. Sebab itu RUMAH MERAH (Pusat Tahanan Sementara) di seluruh Sabah telah diperbesarkan dengan kos berjuta ringgit untuk membolehkan kaum Suluk tersebut disumbat kesemuanya sebelum dirotan dan dihalau ke "Pilipin". Kos yang begitu banyak yang sepatutnya digunakan untuk membela para Mualaf atau fakir miskin Sabahan yang lebih memerlukan bantuan.
Berapa banyak kenyataan akhbar dan kenyataan dalam tulisan-tulisan wartawan Sabahan sendiri berkenaan "kejijikan dan kebencian" mereka terhadap masyarakat Suluk yang mereka gelar "Abu Sayyaf" ini. Malah gelaran "Abu Sayyaf" itu sendiri turut memalit kaum Suluk yang bekerja dalam pihak Keselamatan seperti Polis dan Tentera Malaysia. Bayangkan walau sudah menjadi polis dan tentera Malaysia sekali pun tetap juga dijoloki sebagai "Abu Sayyaf". Tetapi bagi penulis perkara di atas adalah remeh-temeh sahaja kerana penulis sudah lali mendengarnya sejak dibangku sekolah lagi.
KEJAHATAN ABU SAYYAF YANG MEMALUKAN MALAYSIA
Ketika negara kita dihebohkan oleh kes pencolekan di Pulau Sipadan pada tahun 2000 yang lalu oleh Abu Sayyaf menyebabkan kemarahan Rakyat Malaysia begitu membuak-buak. Banyak projek-projek "Sub-Con" yang dipunyai oleh kontraktor Suluk di Sabah ketika itu telah ditarik balik oleh kerajaan malah ada yang tidak dibayar kerana hukuman kepada "Abu Sayyaf" dan yang sebangsa dengan mereka. Seorang "Sub-Con" bernama Abdul Ghani di Pulau Labuan mengeluh,
"Kami habis, projek kami dibatalkan dan projek yang lepas tidak berbayar pula disebabkan pencolekan Abu Sayyaf di Sipadan. Apa dosa kami? Kami bukan Abu Sayyaf!!"
Malah ketika itu operasi besar-besaran menangkap ribuan Tausug di seluruh Sabah begitu rancak dan sengit semata-mata tindak balas "menghukum" Tausug terhadap perlakuan saudara mereka mencolek tersebut. Dari satu segi pencolekan tersebut telah memalukan Malaysia kerana mudah dibolosi "pengganas" dan yang lebih pedih lagi ialah kenyataan "Orang Islam memalukan orang Islam" sendiri. Kerana bagi Malaysia, bantuan yang selama ini diberikan oleh kerajaan kepada Bangsa Tausug di Sabah telah dibalas dengan "pencolekan yang memalukan".
Penulis melihat bahawa, Abu Sayyaf hanyalah satu "Virus" yang telah wujud oleh beberapa sebab. Sebab inilah yang perlu kita telusuri dari mana ia bermula. Apabila kita dikejutkan dengan beberapa kematian mendadak disebabkan jangkitan "Virus Denggi" maka mengubatinya memerlukan kajian rapi. Ia bermula dengan melihat puncanya, memeriksa pembiakan nyamuk dan menyembur asap pembunuh nyamuk serta memakai kelambu ketika tidur adalah langkah pencegahan. Tianggal lagi masalahnya kepada mereka yang telah pun mengalami penyakit Demam Denggi tahap berdarah, apa ubatnya? Jawapannya hanya menunggu mati. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.
MISI MENYELAMAT SEBELUM HANCUR
Ustaz Ridwan Baharun, abang angkat penulis di Sandakan berkata, "Manusia kalau sakit kepala masih boleh minum ubat Panadol, sakit otot masih boleh pakai YokoYoko, tetapi kalau sudah sakit perut kerana sudah 3 ke 4 hari tidak ada makan kerana tiada apa yang boleh dimakan, apa ubatnya?" Tentunya bagi mereka yang punya senjata dan kemudahan lain akan terfikir merompak dan mencolek.
Kita perlu tanya kerajaan kita Malaysia, patutkah Abu Sayyaf mencolek? Atau kita tanya kerajaan Filipina sendiri patutkah mereka mengupah Abu Sayyaf untuk mencolek dan mewujudkan ketidakstabilan? Seorang x-Komander MNLF berkata, "Keadaan politik dan dasar kerajaan Malaysia dan Filipina lah yang MENCIPTA ABU SAYYAF tanpa disedari oleh Abu Sayyaf sendiri". Filipina telah lama tahu akan hal ini demikian kerajaan kita Malaysia.
Ia seperti sikap tuan rumah yang menanam bunga dalam pasu, sudah tentu dialah yang menuang air, tetapi oleh kerana kelalaian dan sambil lewa menyebabkan air dalam pasu dibiarkan berminggu minggu. Akhirnya pasu telah menjadi pembiakan nyamuk Aedes menyebabkan tuan rumah jatuh sakit seterusnya mati dek DEMAM DENGGI.
Melihat keadaan ini maka sepatutnya misi pencegahan dan MENYELAMAT keadaan perlulah segera dilakukan. Bagi penulis, mengharap Filipina untuk selamatkan keadaan adalah tidak mungkin. Tindakan menyelamat hanya berada di tangan Malayisa. Mengapa dan apakah caranya?
BERMODALKAN IKATAN PERSAUDARAAN
Ketika kemunculan awal United Tausug Citizens (UTC) di Jolo, Sulu tahun 2006 yang lalu, beberapa individu pemikir Tausug telah menghasilkan beberapa formula untuk kemerdekaan Tausug atas nama Kesultanan Sulu. Formula tersebut telah dijadikan modal oleh UTC sehingga membawa kepada kejayaannya membuat perarakan hampir 20 kali dan nmewujudkan KEWARGANEGRAAN SENDIRI TANPA GANGGUAN. Apakah formulanya?
Modalnya hanyalah PERSAUDARAAN. Kerana dari persaudaraan maka wujudnya tindakan bersama dan kesatuan. Dari kesatuan pula akan wujudnya kekuatan. Dari kekuatan itu akan menghasilkan satu TINDAKAN YANG AKAN MENGUBAH SEGALA-GALANYA. Formula UTC, untuk menunjangi PERSAUDARAAN, beberapa "suntikan" perlu dilakukan iaitu,
- Menelusuri sejarah bangsa sendiri kemudian mendedahkannya kepada umum dengan penjelasan mudah. Buku sejarah perlu ditulis dan disebarkan menunjukkan gerakan ini mempunyai asas. Dengan demikian ia sukar dipatahkan atau dimanipulasi.
- Ia tidak perlu dilakukan dengan kekerasan, kerana setelah dikaji, PEPERANGAN dan KEGANASAN sudah tidak mendapat tempat di mata dunia malah akan ditentang bersama-sama, "Anda bersama kami memerangi pengganas atau anda menyertai pengganas?" Kata dua yang telah dijadikan kajian dalam menghasilkan formula UTC.
Inilah formula UTC, satu gerakan yang hanya dimulakan oleh seorang menjadi dua, tiga, seterusnya sudah menjangkau lebih 40,000 orang ketika ini. Satu gerakan yang halus tanpa mendapat tentangan, terus berkerja dan berjalan terus ke hadapan demi merealisasikan satu tujuan iaitu "Keamanan untuk Sulu dan Kesejahteraan untuk semua". Bagaimana keamanan dapat dicapai? Hanyalah dengan mengembalikan KEDAULATAN KESULTANAN SULU semula.
Keamanan semakin jelas, MNLF semakin hilang malah Abu Sayyaf semakin kehilangan "Ahli Colek" kerana sedikit demi sedikit mereka tertarik masuk menyertai UTC yang Anti Perang dan Anti Keganasan. Kuasa Filipina di Sulu semakin tidak berguna lagi, Malaysia pula hanya mengharapkan "sesuatu" dari UTC. Bagi UTC pula "sesuatu" ini bergantung kepada Malaysia sendiri bukannya kepada UTC. Apakah "sesuatu" tersebut?
"SESUATU" YANG MENJADI PENGHALANG
Kerajaan Malaysia sejak dulu meletakkan Sulu sebagai wilayah "penampan". Apakah maksud penampan? Penampan dari kemaraan tentera Filipina masuk ke Sabah? Atau "penampan" yang bermaksud "Zone Perang" yang tidak selamat? Munculnya MNLF dengan membawa misi "kemerdekaan MINSUPALA" (Mindanao, Sulu, Palawan tidak termasuk Sabah atau North Borneo) adalah jawapan kepada istilah "penampan" di atas. Sepatutnya Nur Misuari dan MNLF nya berjaya memerdekakan MINSUPALA tersebut dari tangan Filipina, dengan demikian Negara Baru akan muncul iaitu Republik Bangsa Moro (MINSUPALA). Republik Bangsa Moro mengapa tidak memasukkan North Borneo? Yang tidak dimasukkan inilah yang penulis katakan sebagai "sesuatu".
UTC percaya disebabkan "sesuatu" (North Borneo) inilah maka Nur Misuari bersetuju mengubah nama Bangsa Tausug Sulu-Mindanao kepada Bangsa Moro. Wujudnya Republik Bangsa Moro kelak akan berjaya menghilangkan jejak sejarah Kesultanan Sulu seterusnya berjaya selamatkan North Borneo kembali menyatu ke dalam wilayah Sulu semula. Lalu apakah pandangan dan bagaimana UTC menyikapi Malaysia dalam hal ini? Salahkan Malaysia? Penulis telah katakan asas kepada perjuangan UTC ialah PERSAUDARAAN. UTC masih melihat Malaysia sebagai saudaranya sebagaimana MNLF.
Apa yang UTC harapkan ialah "bantuan persaudaraan" ketika ini. Bukannya persengketaan dan sabotaj. Tausug sudah cukup teraniaya, terseksa sekian lama jangan ditambah lagi. Sebab itu ketika UTC memohon kepada kerajaan Malaysia jangan menangkap ahli UTC di Sabah maka ia sangat bermakna "sebagai saudara" seagama.
SIKAP MALAYSIA DAN FILIPINA
Kalau kita bertanya kepada kerajaan Malaysia tentang UTC, Malaysia tidak akan membuka mulut samada berkata "negatif" atau "positif" kerana sebarang kenyataan dari menteri terhadap UTC dan Kesultanan Sulu sekarang ini boleh menyebabkan "Membahayakan Keselamatan Negara". Tindakan hanya terfokus kepada "Tunggu dan Lihat" sahaja. Perkara yang sama turut dilakukan oleh Kerajaan Filipina. Apa yang UTC dapat kesan ialah do'a Filipina yang seolah-olah berbunyi,
"Ya Tuhan!! Kasihanilah kami, musnahkanlah UTC dengan Kuasa-Mu kerana kami tidak dapat memusnahkannya dengan kuasa M-16, bom dan dari roket jet tentera kami".
Filipina sangat mengharapkan UTC berseteru sesama sendiri dan gagal ditengah jalan seterusnya musnah. Membunuh dan memerangi UTC tidak mungkin dengan senjata kerana UTC tidak punya senjata untuk berperang. "Pemerhati" antarabangsa sekarang berada di mana-mana di seluruh kepulauan Sulu tidak sabar menunggu Deklarasi Kemerdekaan Sulu 17 November 2010 nanti.
Menuduh UTC sebagai Abu Sayyaf hanya kerana beberapa ahli Abu Sayyaf masuk menyertai UTC juga tidak akan dipercayai orang ramai, kerana Abu Sayyaf yang masuk UTC sudah insaf dan bertaubat. Malah bekas Abu Sayyaf inilah yang paling kuat bekerja membantu UTC di Jolo, Sulu berkempen memacak bendera dan sebagainya.
Apa pun keadaannya, UTC masih mengekalkan dasar PERSAUDARAANNYA untuk menyedut kesemua ahli MNLF dan Abu Sayyaf masuk menyertai UTC. Malah dengan dasar UTC yang menafsir dan membuka istilah TAUSUG kepada semua telah menarik minat kaum Visaya dan kaum lain yang beragama Kristian menyertai UTC.
Sudah tiba masanya Filipina & Malaysia membuka ruang perbincangan dengan UTC secara bersemuka dalam masa beberapa bulan ini sebelum deklarasi kemerdekaan. Perbincangan awal insyaAllah akan menyelamatkan keadaan samada yang menyentuh wilayah, kerakyatan mahupun yang melibatkan perjanjian-perjanjian antik ketika dulu.
ASREESULU
Penulis ucapkan tahniah kepada Atty. Ulung dan YM Datu Albi kerana berjaya meyakinkan beberapa General MNLF di Alisya petang kelmarin termasuk Chief of Staff MNLF, Hj Gajier Ismail menyertai UTC. - TG Bulletin
|