Siasatan Terhadap Pembunuhan UTC Laminusa

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, April 26, 2010 0 ulasan



United Tausug People / Citizens telah membuat siasatan dengan video berkenaan pembunuhan terhadap rakyat Sultanate of Sulu di Laminusa Siasi baru-baru ini. Video tersebut akan dijadikan bahan bukti terhadap kedurjanaan tentera Filipina membunuh rakyat Sulu tanpa senjata.

Ia diketahui sebagai sabotaj kerana bangunan tempat pembunuhan tersebut terdapat bendera Sulu dan tempat tinggal panglima UTC. Walau apa pun penafian yang diberikan oleh Filipina, UTC tetap akan melaporkannya sebagai pembunuhan yang disengajakan.

Pemimpin UTC meminta rakyat bersabar dengan perbanyak doa agar keamanan dapat berterusan sehingga kemerdekaan berlangsung 17 November 2010 nanti.

KETERANGAN SAKSI
Antara keterangan saksi dalam video di atas menyatakan bahawa sebelum berlaku serbuan dan tembakan yang menyebabkan beberapa orang UTC terbunuh tanpa senjata, wanita tersebut telah didatangi oleh seorang kanak-kanak yang ketakutan.

Kanak-kanak tersebut memberitahu wanita tersebut bahawa dia disuruh oleh Tentera Marin Filipina untuk turunkan "bendera Sulu" tetapi dia tidak mahu lalu berlari datang beritahu wanita tersebut. Tidak lama kemudian berlaku tembakan dengan tiba-tiba tanpa amaran.

Menurut saksi di atas, mereka ditembak bertalu-talu terlebih dahulu sebelum diberi amaran dan diarahkan keluar. Ternyata Tentera Marin Filipina mengetahui bahawa orang dalam rumah adalah United Tausug Citizens yang sememangnya tidak memiliki senjata api. Tembakan tentera kafir tersebut menyebabkan seorang wanita tua dihinggapi hampir sepuluh peluru di badannya, beliau langsung mati ditempat duduknya.


ULASAN:
Dalam kes di atas beberapa kemungkinan telah berlaku iaitu,
  • Kemungkinan Tentera Marin Filipina menyangka ianya bendera MNLF (sebab kebetulan mempunyai warna yang sama). Kerajaan Filipina memang sejak dari dulu melarang sesiapa pun memacak bendera merah MNLF di khalayak ramai. Sebagai contoh MNLF tidak lama dulu pernah memacak bendera merah mereka di pulau Timbang, tidak lama kemudian kawasan tersebut dibom dari udara sehingga hancur termasuk bendera MNLF.
  • Sememangnya Tentera Marin maklum bendera merah tersebut adalah bendera Sulu (UTC) bukannya bendera MNLF. Mereka sengaja lakukan sabotaj samada arahan dari pangkalan atau tindakan persendirian mereka. Mungkin mereka berharap UTC akan membalas tembakan, tetapi setelah digeledah satu senjata pun tidak ditemui. Yang mereka temui ialah jam ROLEX bernilai beberapa ribu dan barangan kemas, ini pun mereka curi tidak dikembalikan.
Filipina semakin resah gelisah, bagaimana "menangani" UTC ini? Mereka telah lakukan pelbagai percubaan sabotaj. Sekiranya percubaan tersebut adalah tindakan persendirian Tentera Marin maka sewajarnya Filipina menghukum pembunuh sekiranya mendapat laporan dari Legal Counsel UTC. Bila tiada hukuman maka jelas ianya atas arahan PUSAT. Sekiranya kita perhalusi, Tentera Marin pun sedikit risau untuk membuat tindakan menurunkan bendera UTC, sebab itu mereka menyuruh seorang kanak-kanak yang kebetulan ada disitu untuk turunkan bendera tersebut.

Mungkin setelah dapati kanak-kanak tersebut tidak melakukan apa seperti yang mereka suruh malah berlari dapatkan tuan rumah dengan mengadukan hal tersebut menyebabkan tentera Marin Filipina naik angin. Mereka langsung menembak membabi-buta kearah rumah yang mereka pasti adalah sasaran. Setelah membunuh beberapa orang Tentera Marin masih tidak puas hati lalu menangkap kaum lelakinya.

Oleh kerana tidak ditemui sebarang senjata dalam rumah maka Marin Filipina menyediakan sendiri senjata lama untuk dijadikan bukti bahawa mereka adalah penjenayah ABU SAYYAF. Sangat malang bagi Tentera Marin tersebut kerana tidak menyedari gerak kerja mereka sedang dirakam oleh mata orang-orang kampung. Marin juga tidak menyedari bahawa sekalipun Laminusa itu jauh di Siasi namun hubungan dengan pusat UTC di Jolo Sulu adalah sangat rapat.

Kebodohan tentera Marin sama dengan kebodohan Polis di Bandar Jolo ketika mereka menyembur air kepada perbarisan UTC bulan Mac 2009 yang lalu. Setelah mereka selesai menyembur barulah mereka sedar bahawa tidakan mereka telah dirakam oleh wartawan UTC yang setiap penjuru telah diletak kamera video.

Kebodohan seperti ini juga telah berlaku di Sabah beberapa bulan yang lalu. Pasukan RELA yang membantu Polis dan Imegresen serta JPN menangkap orang-orang Sulu dari rumah ke rumah di seluruh Sabah, bukan sahaja menangkap malah mencuri barang kemas Tausug. Paling teruk beberapa orang anggota polis memeras ugut meminta wang RM200 setiap orang agar Tausug dibebaskan. Yang penulis malu ialah berlaku di lokap Balai Polis sendiri.

Penulis percaya ianya berlaku atas tindakan persendirian anggota polis bukannya arahan dari ketua. Hal ini penulis telah adukan kepada Timbalan OCPD ketika penulis berada di Sandakan. Timbalan OCPD meminta UTC sediakan laporan lengkap nama dan nombor siri anggota polis yang rasuah untuk pihaknya mengambil tindakan segera.

Satu borang tangkapan telah disediakan oleh Pejabat di Jabatan Datu Paduka Wazir Kuala Lumpur untuk diisi oleh ahli setiap Paduka Daera UTC di Sabah sekiranya ada anggota keluarga Tausug ditangkap. Salinan akan diberikan kepada OCPD dan satu salinan lagi diserah kepada Council of Regents Sultanate of Sulu di Jolo. Dalam hal ini Pejabat Datu Paduka Wazir di Kuala Lumpur tidak akan mengambil kira samada Tausug di bebaskan atau pun di sumbat kedalam rumah merah, yang penting laporan ditulis.


ASREESULU

Post a Comment