KOMENTAR: Kes Pencolekan di Pulau Sibangkat

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, April 10, 2010 0 ulasan

Berikut adalah laporan dalam http://www.sabahkini.net/ berkenaan pencolekan di Pulau Sibangkat Semporna bulan Februari lalu. Untuk membaca keseluruhan laporan yang ditulis wartawan Mutalib MD (Juara pembongkar IC Palsu) sila klik Sabahkini.net di atas.

BUKTI.... Gambar terbaru dua mangsa culik Sebangkat, Tsen Vui Chung (kiri) dan Lai Wing Chau dalam keadaan sihat yang dikirim para penculik di Tawi-Tawi Filipina yang menuntut tebusan daripada keluarga mangsa. Abdullah Sani kesal dengan sikap polis yang hanya tahu bersandiwara tetapi tidak tahu bekerja! (Gambar & keterangan ihsan Sabahkini.net)

Untuk mendapatkan laporan yang jelas agar difahami duduk sebenar perkara pencolekan tersebut, perlulah para pembaca sekalian membaca keseluruhan berita dalam portal Sabahkini.net di atas.

Beberapa perkara penting yang boleh dicatat berkenaan laporan Mutalib MD di atas ialah,
  • Mempersalahkan pihak keselamatan seperti pihak Polis Malaysia dan agensi lain, "Tegas Abdullah Sani, pihaknya merasa terkilan, malu dan kecewa dengan sikap pihak berkuasa terutama Polis, Tentera dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia yang dipertanggung jawabkan memantau keselamatan di TMTS kerana gagal melakukan sesuatu untuk menghalang kejadian penculikan berulang selepas insiden Sipadan dan Pandanan pada 2000."
  • Mempersalahkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) "Filipina" kerana semakin berleluasa masuk tinggal di Sabah, "Dalam masa 10 tahun sepatutnya pihak keselamatan mempertingkatkan teknologi pengawasan dan memperketatkan kawalan, namun saya hampa kerana setelah satu dekad masalah Pati di Sebangkat dan TMTS khususnya tidak juga selesai, malah bertambah serius sehingga terjadi penculikan dua orang pekerja keluarga saya,” ujar Abdullah Sani yang meminta kerajaan menjalankan ‘bedah siasat’ terhadap operasi ketenteraan dan kepolisan di TMTS." Dari perenggan lain, “Ada yang mengatakan bahawa mereka ini diculik di kalangan mereka atas masalah keluarga dan sebagainya, tetapi apa yang kita tahu ialah diculik oleh pihak orang asing dan mereka ini masih berada di negara Filipina dan masih dalam penjagaan oleh pihak-pihak tertentu."
  • Mengucakpan jutaan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Hanifah Aman, “Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang begitu prihatin dengan nasib mangsa dan penderitaan keluarga mangsa yang tertekan akibat insiden penculikan di tengah kawalan ketat keselamatan. Kita tidak dapat membalas jasa baik beliau yang memainkan peranan penting untuk membebaskan mangsa melalui pelbagai cara dengan kerjasama Kerajaan Filipina,” kata Abdullah Sani yang mengutuk kegiatan penculikan sebagai musuh nombor satu yang menjatuhkan imej Negara di mata dunia."
  • Mempercayai maklumat AS bahawa perairan Pantai Timur Sabah Malaysia tidak selamat,“Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan keselamatan dalam negeri. Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat dan kerajaan kita kementerian berkenaan mengatakan tidak, ini selamat."
Maklumat di atas penulis hanya petik dalam keseluruhan artikel tanpa menyebut penama yang bercakap dalam artikel tersebut sebagai meringkaskan maklumat.


TANDATANYA & JAWAPAN YANG PERLU DIPERJELASKAN
Keterangan di atas dapatlah kita ringkaskan dengan menyenaraikan kenyataan pokok iaitu,
  • Kesalahan pihak keselamatan seperti Polis, Tentera dan Maritim Malaysia kerana gagal.
  • Kesalahan pihak PATI yang masuk secara haram berleluasa di negeri Sabah.
  • Mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Anifah Aman yang didakwa banyak membantu.
  • Mempercayai maklumat AS bahawa perairan Timur Sabah tidak selamat.
Sebenarnya punca segala permasalahan di atas ialah kenyataan yang berbunyi "sesungguhnya Perairan Pantai Timur Sabah tidak selamat". Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal. AS telah memberi amaran terhadap kerajaan Malaysia tidak lama dulu sama seperti yang dilaporkan oleh Mutalib MD, "...Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat..."

Sudah tentulah respon dari Kementerian Malaysia ialah "Siapa kata perairan kita tidak selamat? Polis Maritim dan Tentera kita sedang mengawal dengan gagah berani di setiap penjuru perairan di negara kita. Sebab itu kita katakan perairan kita selamat!!". Di sinilah kita dapat melihat kebenaran dakwaan antara dua pihak samada Kementerian kita yang mengatakan "Perairan kita Selamat" atau pihak AS yang mengatakan "Perairan anda di Pantai Timur Sabah tidak selamat, mudah dibolosi".

Satu kebenaran yang perlu dinyatakan ialah "mustahil pihak keselamatan Malaysia dapat menjaga setiap inci perairan pantai timur Sabah yang begitu luas". Tiada satu pun pemimpin Malaysia yang boleh memberi jaminan 100% perairan Sabah tidak boleh dibolosi. Kalau pun ada hanya jaminan mulut demi kepentingan politik-periuk nasi menteri yang memberi kenyataan. Memaksakan pihak keselamatan bekerja menjaga perairan "bagai nak rak" dengan kemampuan dan bilangan yang terhad samalah seperti memaksakan beban yang lebih dibelakang unta. Bebanan yang lebih akan membunuh unta tersebut bila sampai ke destinasi. Sekuat-kuat unta dengan kelasakan yang luar biasa di padang pasir juga mempunyai had keperkasaannya, inikan pula Polis dan Tentera kita?

Ditambah dengan teknologi radar yang ketinggalan zaman menyebabkan pihak keselamatan kita gagal melaksanakan segala tugasan penting dengan lebih efisyen. Apakah ada jalan lain disamping teknologi radar untuk berjaya mengawal perairan Sabah dimasa-masa akan datang? Jawapannya ada!! Ikuti ertikel penulis hingga akhir.


KEPENTINGAN AS DI ASIA TENGGARA
Sila perhatikan kenyataan dalam laporan Mutalib MD di atas iaitu ketika Datuk Seri Panglima Wilfred Monjilip Bumburing iaitu ""...Satu ketika dulu pihak kerajaan Amerika Syarikat telah memberi satu maklumat kepada kerajaan kita bahawasanya perairan Pantai Timur Sabah ini tidak selamat..."

Sejak tahun 2002 lagi penulis telah pun mendengar kenyataan AS seperti yang disebut oleh Datuk Wilfred di atas dari mulut komander-komander MNLF di Sabah. Ianya diperjelaskan lagi oleh sahabat-sahabat penulis yang ada hubungan dengan pihak keselamatan Malaysia. Sehingga dikatakan AS "meminta" Malaysia membeli "RADAR PEMANTAU" buatan AS yang canggih untuk diletakkan di sepanjang perairan Sabah terutama di Pantai Timur.

Tetapi pihak Kementerian berkaitan keselamatan tidak bersetuju kerana mungkin radar pemantau yang sedia ada sudah mencukupi. Ditambah dengan pembelian kapal selam terbaru dan mungkin juga Malaysia sudah membeli kapal terbang pemantau tanpa juruterbang sebelum ini menyebabkan Malaysia cukup yakin "berjaya" memantau setiap sudut perairan.

Maka di sini wujud tawaran jual beli antara AS dengan Malaysia. Kalau pun Malaysia tidak setuju membeli tetapi siapa yang tidak kenal AS? Umat Islam seluruh dunia melabelkan AS sebagai "Samseng Dunia" kerana bertindak sebagai "polis dunia" tanpa siapa yang melantiknya. Mari kita buat satu perbandingan,
  • Syarikat ANTI-VIRUS untuk menjadikan Anti-Virusnya laku dengan kelebihan dapat memintas segala apa sahaja bentuk virus dalam talian internet, pasti, mereka juga yang mencipta kebanyakan virus yang hebat-hebat. Belilah ANTI-VIRUS ini, nescaya komputer anda akan selamat dari segalaVirus-virus jahat!! Kalau tidak!! Bersedialah "memformat" PC anda setiap kali kena serangan Virus!! Jawapannya ialah kerosakan tanpa RADAR atau Anti-Virus.
  • Syarikat Pengawal Keselamatan di sesetengah Taman kediaman ada juga yang berperangai "Dajjal". Untuk khidmat mereka diterima mereka mengarahkan "balaci" mereka memecah rumah dan mencuri barangan berharga di sesetengah rumah. Kemudian mereka menebarkan kertas iklan bahawa syarikat mereka wujud untuk mengawal taman dari "pencuri & pemecah rumah". Setiap rumah perlu membayar wang khidmat bulanan. Kalau tidak, pecah rumah di taman anda tiada yang bertanggungjawab.
Kalau penulis jadi penjual RADAR yang hanya memikirkan keuntungan tanpa pertimbangan agama dan peri kemanusiaan. Penulis akan mencari "BALACI" dari kalangan Tausug-Filipino yang sanggup mati kerana wang. Di Sulu sangat ramai yang mahukan wang untuk membunuh dan mencolek terutama puak kiri dari kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan ABU SAYYAF. Mereka ini sudah terlatih mencolek dan membunuh, mereka bukan pejuang Islam tetapi adalah tentera upahan kuffar yang sanggup dijadikan Balaci para Mayor dan Gobernor demi kepentingan politik.

"Balaci" Sulu ini mustahil dapat ditangkap oleh Tentera Filipina kerana mereka cukup terlatih masuk lubang keluar lubang. Mereka ada di mana-mana termasuk Basilan dan Tawi-Tawi. Kalau mereka tertangkap maka siapa lagi yang boleh dijadikan "anjing upahan"? Maka sebab itu mereka mudah "diprogram" oleh mana-mana pihak untuk memalukan Malaysia dengan mencolek dan sebagainya. "Lihat!! Anda telah dibolosi, sebab itu anda memerlukan RADAR canggih kami untuk memantau seterusnya berjaya menghalang pencolekan!!"


MENGHALANG PENCOLEKAN BERULANG
Bagaimana menghalangnya? Mudahkah menghalang, semudah mengunyah keropok lekor Terengganu? Atau semudah memakai kain batik Kelantan? Jawapan ada pada kita tinggal lagi mahu atau tidak. Kalau mahu maka memerlukan sedikit pengorbanan, kalau tidak mahu maka biarkan berpuluh pencolekan lagi berulang.

Kita memerlukan kemahiran "mencipta wau bulan Kelantan". Menggubah wau bukan sekadar jasad wau yang perlu disiapkan tetapi juga ukirannya agar dilihat cantik dan menarik. Tidak cukup sekadar itu ia juga perlu terbang dengan baik ke udara dan memerlukan satu busur yang boleh mengeluarkan bunyi ketika terbang sebagai tanda kejayaan.

Memperhalusi wau bulan Kelantan analoginya sama dengan "membentuk keamanan" disepanjang Perairan Pantai Timur Sabah. Mencipta wau memerlukan kajian rangka diperbuat dari apa? Rangka kepada keselamatan di perairan Sabah ialah dengan "Perlunya memakmurkan Wilayah Kepulauan Sulu" terlebih dahulu. Kerana "Sumber Kejahatan" berada di sana. Manusia yang paling baik sifat dan sikapnya akan bertukar sebaliknya sekiranya jahat akan menjadi sejahat-jahat manusia. Itulah Bangsa Tausug di Sulu.

Menuduh mereka dengan "manusia paling ganas dan jahat" sampai melalak terkeluar lidah pun tidak akan dapat mengubah manusia dan keadaan di Sulu. Ia memerlukan tindakan bersepadu secara "kasih sayang" dan sentuhan ROHANI, bagaimana?

DENGAN MEMBANTU KEMERDEKAAN SULU!!

United Tausug Citizens sedang membuat persiapan untuk deklarasi kemerdekaannya kembali semula pada tanggal 17 November 2010 ini. Bagaimana kita boleh membantu?

Malaysia boleh membantu dengan:
  • Memberi ruang kepada UTC Sabah untuk membuka pejabat mereka di KK, Sandakan dan Lahad Datu sebelum bulan November 2010.
  • Memberi timbang rasa kepada pemegang ID dan surat kelahiran UTC (yang tiada pass sama sekali) di Sabah agar tidak disumbat kedalam lokap atau rumah merah kerana Tausug mendakwa "Rumah Merah" atau Pusat Tahanan Sementara di seluruh Sabah tidak ubah seperti "Kandang Binatang".
  • Berbincang dengan pemimpin atau wakil UTC di Sabah berkenaan apa yang lebih baik untuk menguruskan Tausug UTC.
  • Mempermudahkan gerakan dakwah salah seorang PENASIHAT UTAMA kepada DYMM Datu Ladjamura bin Datu Wasik - Aranan dan Tausug UTC iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah di seluruh Sabah.
Brunei Darussalam boleh membantu dengan:
  • Membenarkan Tausug UTC membuka pejabat sementaranya di Bandar Seri Begawan.
  • Meneruskan jaringan Sejarah kekeluargaan Kesultanan Brunei dan Sulu melalui Pusat Sejarah Brunei.
  • Menghantar wakil ke Sabah atau Zamboanga City bertemu pemimpin atau wakil Tausug UTC untuk mendapatkan keterangan lanjut. Mengharapkan Tausug UTC ke Brunei adalah sukar kerana alasan pass perjalanan.
  • Membuka ruang kepada wakil Tausug UTC untuk bertemu Duta Brunei di Kuala Lumpur, Manila dan Jakarta sebagai mengadakan lawatan rasmi atau tidak. Kerana Tausug UTC (Sultanate of Sulu) sudah melantik Paduka Wazirnya di Kuala Lumpur dan Jakarta.
Indonesia boleh membantu dengan:
  • Membenarkan hubungan dua hala dengan para ulama' Indonesia dengan rakyat Tausug UTC di Sulu terutama hubungan dengan Mufti Besar United Tausug Citizens iaitu Datu Paduka Maulana Syar'ie Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab Al-Husseini yang sekarang tinggal di Jalan Petaburan Jakarta.
  • Membenarkan secara rasmi pejabat Tausug UTC (Sultanate of Sulu) di Jakarta dan Bogor yang diselia oleh Paduka Wazir UTC Al-Fhadil Ustaz Hasri Harahap Bagindo Al-Medani.
Dengan selesainya deklarasi kemerdekaan Sulu nanti, dakwah dan pengajian Islam akan dibuka di seluruh gugusan kepulauan Sulu. Sebelum kemajuan dan pembangunan di laksanakan, pembangunan rohani adalah keutamaan kepada masyarakat Tausug di seluruh Sulu. Setelah bermula, pembangunan material akan menyusul membangunkan setiap kepulauan. Membuka peluang pekerjaan dengan membuka kilang-kilang penapisan minyak mentah di Sulu. Membuka perlombongan emas di laut berhampiran pantai Jolo, membuka kilang Uranium di Bongao dan banyak lagi.

Jambatan akan dibena dari pulau ke pulau (nampaknya AS sudah ada pelan jambatan) bermula dari Zamboanga City ke Pulau Basilan ke Pulau Jolo ke Pulau Siasi ke Pulau Tawi-Tawi ke Lahad Datu. Kemungkinan jambatan akan dibena bermula dari Kudat ke Pulau Banggi seterusnya ke Pulau Palawan bergantung atas persetujuan bersama kerajaan Sabah.

SALAM MERDEKA KEPADA SULTANATE OF SULU DARUL ISLAM!!!

ASREESULU

Post a Comment