Video Terkini: Rakyat Tausug Dituduh Abu Sayyaf, Dibebaskan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, April 25, 2010 0 ulasan




Atty. Meltino Jaujan Sibulan berusaha membela rakyat Tausug UTC yang dituduh Abu Sayyaf di Pulau Laminusa, Siasi, Sulu. Alhamdulillah mereka telah digugurkan tuduhan kerana didapati tiada bukti sebagai ahli Abu Sayyaf.

Menurut Neldy Jolo, pihak keselamatan Filipina dipertanggungjawabkan oleh UTC keatas pembunuhan ahli keluarga Tausug UTC di Laminusa tersebut. Ianya kerja sabotaj yang tidak berperikemanusiaan melanggar hak asasi manusia. Kerja sabotaj keatas UTC seperti ini dijangka akan bertambah di masa-masa akan datang dan dinasihatkan Tausug UTC merapatkan barisan dan jangan putus hubungan dengan Paduka Daera dan para Panglima mereka.


RENTETAN PENCOLEKAN DI SEBANGKAT SEMPORNA
UTC Buansa, melaporkan bahawa Kom. Radulan Sahirun yang dikaitkan dengan Abu Sayyaf di Patikul telah diserang oleh pasukan Tentera Filipina kerana Filipina terdesak oleh "negara jiran" untuk mencari dua orang mangsa colek berketurunan Cina Malaysia dari Pulau Sebangkat, Semporna, Sabah sejak bulan Februari lalu.

Koresponden Media UTC di Bungao, Tawi-Tawi pula memberitahu penulis, suasana di Bungao tenang seperti biasa walau pun ada berita kononnya ada pencolek Abu Sayyaf yang menyembunyikan mangsa colek dari Sabah sekarang berada di Tawi-Tawi, namun kebanyakan penduduk tidak percaya dengan laporan tersebut. Kerana kalau ada tentu Abu Sayyaf sudah lama mengaku dan menunjukkan mangsa bersama mereka.

Penulis berpandangan, pencolekan tersebut mempunyai dalang yang hanya mahukan wang dan publisiti murahan serta sesuatu tujuan disebaliknya yang penulis kurang pasti apakah tujuan tersebut. YM Datu Albi Ahmad Julkarnain pula memberi komen tentang pembunuhan 15 orang di Basilan baru-baru ini yang menurut Filipina dilakukan oleh Abu Sayyaf. Menurut YM Datu Albi ianya dilakukan oleh Ahli Politik kerajaan sendiri bukannya Abu Sayyaf.

Oleh kerana ramai yang terbunuh dan yang melakukannya pula adalah orang Kerajaan Filipina sendiri maka mereka langsung tulis Abu Sayyaf yang melakukannya kerana takut ianya dikatakan "kerajaan sendiri yang menjadikan Basilan tidak aman dengan pembunuhan". Menurutnya lagi, adalah bernasib baik kes Ampatuan itu jauh di Mindanao, kalau kebetulan berlaku sekitar Sulu pasti ianya dituduh Abu Sayyaf yang melakukannya bukannya Ampatuan. Terbukti kerajaan Filipina berusaha menyelamatkan Ampatuan dari sebarang hukuman. Begitulah bergunanya ABU SAYYAF kepada setiap kedurjanaan yang mereka lakukan.

"Filipina adalah penyebab kepada segala kehuru-haraan di wilayah kita (Sulu-Mindanao). Mereka datang memeras rakyat, setelah mereka ditentang sewenang-wenang mereka menggelar pengganas kepada rakyat yang tertindas. Keluar Filipina biar Kesultanan Sulu dikembalikan kuasa pentadbirannya insyaAllah aman..."

Ujar YM Datu Albi ketika penulis menghubungi beliau.


ARAH TUJU POLITIK FILIPINA
Penulis bertanya berkenaan arah tuju politik Filipina selepas bulan Mei ini kepada YM Datu Albi, beliau menjawab,

"Noynoy Aquino telah mendahului sokongan ketika ini nampaknya. Ibu beliau Corazon Aquino adalah mantan presiden Filipina ketika dulu adalah pro kepada Sultanate of Sulu. Beliau pernah menyarankan untuk mengembalikan semula pentadbiran Sulu kepada Sultanate sepenuhnya agar keganasan dapat ditamatkan kerana terbukti Sulu tiada kaitan dengan Filipina. Kita berharap anaknya Noynoy akan ikut jejak ibunya menyokong Kemerdekaan Sulu di bawah Sultanate."

Ketika ditanya apa pandangan beliau tentang keadaan Gloria Macapagal Arroyo,

"Gloria pasti kalah manakala Erap pula terlalu ketinggalan dari segi sokongan. Saya rasa Gloria akan cari jalan bagaimana menghalang pilihan raya bulan Mei ini kalau sempat. Kehuru-haraan (Pencolekan, pembunuhan malah peperangan) akan terpaksa diwujudkan untuk menghalang pilihanraya kali ini. Kelmarin sudah bermula serangan terhadap kumpulan MILF di Mindanao, dijangka akan semakin sengit."

Poster kempen pilihanraya Noynoy dalam internet.


Kesian rakyat Sulu yang miskin dan melarat akan bertambah lagi kemelaratan mereka setiap kali tibanya pilihan raya. Sekejap naik bukit sekejap turun kerana lari dari pertempuran CIPTAAN KAFIR pada akhirnya langsung lari masuk ke Sabah sebagai jalan menyelamatkan diri.

Seorang sahabat yang menggelarkan dirinya Rahman (bukan nama sebenar) memberitahu penulis ketika di Jolo Sulu 17 November tahun lalu bahawa ketika tahun 2000 dahulu telah berlaku tawar menawar,

"Mereka datang berjumpa para pemimpin bersenjata Tausug kalau mereka mahu menerima tebusan. Pemimpin kumpulan bertanya tebusan datang dari mana? Mereka kata dari Malaysia, ketua kumpulan tidak mahu kalau datang dari Malaysia, kemudian wang puluhan ribu USD ditabur dihadapan mereka : Ini baru pendahuluan, kalau dapat wang tebusan kalian akan dapat lagi. Mahu atau tidak, tidak mengapa, kami cari kumpulan lain untuk simpan tebusan ini..."

Hakikatnya menurut Rahman, pencolek bukanlah Abu Sayyaf tetapi kumpulan keluarga yang punya senjata. Mereka digelar Abu Sayyaf setelah berjaya menyimpan mangsa colek dengan dijanjikan bahawa mereka hanya menyimpan bukannya perunding. Yang menyerahkan wang dan merunding ialah pihak lain. Rahman telah menasihati ketua kumpulan tersebut yang kebetulan adalah sepupunya sendiri agar jangan menerima tawaran tersebut kerana mereka adalah tentera kafir, tetapi tidak diendahkan lagi kerana takut wang yang banyak itu akan diserah kepada kumpulan lain pula.

Rahman masih duduk di Patikul dan sekali sekala turun ke Bandar Jolo. Beliau dan saudara-saudaranya mendaftar menjadi UTC kerana tidak sanggup lagi melihat bangsanya "diprogram" dan diperbodohkan selama-lamanya.

ASREESULU

Post a Comment