VIDEO TERKINI: Sejarah dan Lagu Perarakan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, April 17, 2010 0 ulasan



Video di atas adalah gambaran Pulau Laminusa. Kelihatan angkatan Peace Keepers UTC sedang menjalankan tugasan menaikkan bendera dari kampung ke kampung. Setiap kampung juga telah dilatih beberapa orang pemuda sebagai Peace Keepers atau pun Polis sementara UTC.

Video juga bercerita tentang asal-usul bangsa Taguimah dan Sama-Bajau yang ada di Kepulauan Sulu. Satu hakikat yang telah diakui bahawa People of the Sea atau Sea Nomad yang terkenal adalah tempatnya di Kepulauan Sulu yang dikenali sebagai Sama-Bajau. Indonesia juga terdapat jutaan suku kaum Bajau tetapi tidak seperti terkenalnya Bajau di Sulu. Sejarah telah membuktikan bahawa kewujudan "Sulu Zone" itu adalah zaman penguasaan laut oleh Tausug dari kaum Sama-Balangingi Sulu di seluruh Nusantara.

Ketamadunan kaum Sama-Bajau sebenarnya hanya ada di Sulu sebagaimana yang dibuktikan oleh sejarah. Kewujudan Kota Sipak di Pulau Tungkil contohnya menunjukkan Sama-Bajau adalah satu etnik Nusantara yang punya sejarah sendiri hinggakan Sultan Melaka dan Johor pernah meminta khidmat mereka menjaga keamanan sekitar laut Selat Melaka ketika dulu.

Ternyata, hanya Sama-Bajau di Sulu sahaja yang punya budaya Sambulayang & Lepa-Lepa menunjukkan mereka adalah Tausug dari suku laut yang mendapat penghormatan dari Kesultanan Sulu. Dari satu segi, Tausug Taguimaha begitu sukar dipisahkan dengan Tausug Bajau ini kerana budaya kebersamaan mereka antara satu sama lain ketika era Raja Nabi Sulaiman a.s. lagi.




Video lagu Neldy Jolo yang penulis rakam di Kg. Bahagia Sandakan sebulan yang lalu. InsyaAllah kalau tiada halangan lagu tersebut akan menjadi lagu rasmi perarakan kemerdekaan Sulu 17 Nov 2010 di Sulu nanti.

ASREESULU

Post a Comment