UTC DIBUNUH BERAMAI-RAMAI DI LAMINUSA
Neldy Jolo dalam artikel terbaru di blognya http://theislandsofpearls.blogspot.com/ telah menceritakan beberapa peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Sulu bermula dari tahun 1903 era Amerika Syarikat sehingga hari ini. Yang terbaru ialah pembunuhan satu keluarga United Tausug Citizens (UTC) di Pulau Laminusa berhampiran Pulau Siasi Sulu.
Neldy Jolo menulis,
"March 7, 2010 – Laminusa Massacre: This massacre occurred in Laminusa, Sulu allegedly by the Armed Forces of the Philippines. Tausug Citizens were the victims of this massacre but the AFP reported it was Abu Sayyaf member, later they said, it was the civilians who were in caught in crossfire. The details are in the hands of the Legal Counsel of the United Tausug People, Atty. Meltino Jaujan Sibulan. He went to Laminusa to investigate and for fact finding mission. It was confirmed that the victims were from the Tausug Citizens."
Penulis cuba menghubungi Atty. Meltino tetapi gagal. YM Datu Albi Ahmad Julkarnain telah menjelaskan melalui telefon bahawa beliau telah berjumpa dengan pegawai tinggi tentera Filipina di Zamboanga City baru-baru ini bernama General Vergara (General Tentera Marin) ketika diadakan perjumpaan, meluahkan kutukannya terhadap pembunuhan tidak berperikemanusiaan tersebut.
"Kalian dengan sewenang-wenang membunuh rakyat jelata tanpa soal periksa. Mangsa yang kalian bunuh baru-baru ini adalah United Tausug Citizens. Kalian tuduh sebagai Abu Sayyaf setelah anda berjaya membunuh mereka sekeluarga termasuk anak kecil mereka. Lihat sekarang, kemarahan rakyat semakin marak... ini adalah pembunuhan beramai-ramai"
Menurut YM Datu Albi, beliau telah mengadakan mesyuarat dengan Legal Counsel Sultanate of Sulu bagi United Tausug Citizens iaitu Atty. Meltino Jaujan Sibulan berkenaan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Filipina sekurang-kurangnya melalui Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Siasatan sedang dijalankan dan pembunuh tersebut (tentera Marin Filipina) telah pun dikenal pasti.
Menurut laporan, mangsa seramai 10 orang pasangan suami isteri termasuk anak-anak kecil mereka telah dibunuh dalam keadaan tidak bersenjata dalam rumah kemungkinan dibunuh waktu malam. Menurut beberapa orang saksi UTC Laminusa, menyatakan bahawa mangsa adalah United Tausug Citizens yang anti peperangan dan anti keganasan. Mereka dituduh sebagai Abu Sayyaf kemungkinan laporan dari individu yang memang memusuhi mangsa sebelum ini. Menurut YM Datu Albi pula sebabnya adalah politik kerana tidak lama lagi akan diadakan pilihan raya Filipina memilih Mayor dan Gobernor.
Sebenarnya inilah yang berlaku sehari-hari di seluruh kepulauan Sulu yang "dijaga" Filipina. Tiada lagi harapan keamanan dan keselamatan sebab itu sebahagian besar rakyat Sulu lari memasuki Sabah sekali pun terpaksa menanggung risiko ditangkap dan disiksa di Pusat Tahanan Sementara Imigresen Malaysia. Kesukaran hidup di Sulu dengan berhadapan ketidak adilan Filipina disamping percaturan politik kotor para Mayor dan Gobernor memaksa mereka berhijrah ke Sabah.
Sekarang lagi mudah untuk dapatkan wang di Filipina, sekiranya anda inginkan wang, anda hanya perlu cari musuh dari kalangan jiran-jiran anda kemudian laporkannya kepada Tentera Marin Filipina bahawa anda telah jumpa satu keluarga Abu Sayyaf. Maka datanglah tentera Filipina menembak jiran anda sehingga mati, kemudian anda akan dapat habuan wang kerana berkerjasama menghapuskan Abu Sayyaf tersebut. Dah dapat wang larilah kemana sahaja, ke Zamboanga, Manila atau lari ke Sabah.
Selagi Sulu tidak diperintah semula oleh Kesultanan Sulu maka sampai kiamatlah kehuru-haraan ini. Kita berdoa, semoga Allah swt memberkati dan membantu perjuangan UTC mengembalikan kemerdekaan Sulu Darul Islam. Amin ya Rabbal alamin!!!
ASREESULU
|
salam manga kataymanghuran.....subayta niyu dauhaton tuod n ngan sin tausog ha mata dunya.....hasupaya n bangsa nato'pagaddatan sin kaebanan bangsa...