DESPERADO: Menghalang Deklarasi Kemerdekaan Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, April 14, 2010 0 ulasan

Berita Harian hari ini Rabu, 14 April dalam ruangan berita dunia melaporkan satu ensiden tempur pihak keselamatan Filipina memerangi Abu Sayyaf yang mengorbankan 15 tidak termasuk yang cedera. Pihak "pengganas" Abu Sayyaf dikatakan memakai pakaian seragam Polis dan baju celoreng tentera Filipina. Lihat laporan BH di sebelah.

Penulis berpendapat adalah mustahil Abu Sayyaf tergamak berperang dengan berpakaian Polis dan Tentera Filipina. Ini bukan cara Abu Sayyaf sekali pun atas nama "strategi". Lebih-lebih lagi bila disebut "sedang dalam misi mencolek" menambahkan lagi kesangsian bahawa ianya dilakukan oleh Abu Sayyaf. Mustahil mereka dapat mengesan misi pencolekan sekiranya benar ianya dilakukan Abu Sayyaf. Kecualilah Puak Kiri Abu Sayyaf yang melakukannya. Puak kiri adalah para pengganas upahan Tausug yang setiap kali lakukan rompakan dan pencolekan pasti tiada tuduhan lain kecuali mereka dinamakan ABU SAYYAF.

Foto lama Abu Sayyaf sedang menjaga "harta" yang mereka colek.


DILUAH MATI EMAK DITELAN MATI BAPAK
Serba salah telah melanda Filipina, setiap hari semakin bingung memikirkan "keadaan masa depannya" semenjak kemunculan United Tausug Citizens (UTC). Seolah-olah Filipina seperti tuan rumah yang kelam kabut kerana melihat api sedang marak menuju kerumahnya. Peringkat awal tuan rumah cuba menenangkan diri agar tidak panik dengan mengkaji arah tiupan angin. Malangnya ia sudah semakin hampir kerana ternyata sekali arah tiupan angin telah membawa kemarakan api menuju kerumahnya tanpa boleh dihalang lagi.


Dalam web site U.S. Virtual Consulate Mindanao di Manila telah memberi penjelasan bahawa wilayah Sulu hari ini adalah tempat tinggal Tausug dan Royal of Sulu Sultanate. Foto ini diambil dari web rasmi United Tausug Citizens.



Gerakan rakyat memerdekakan kerajaan Kesultanan Sulu semula "mustahil" dapat dihalangi lagi kerana,
  • Dalam Perlembagaan Filipina sendiri menyatakan "Wilayah Sulu" diketuai oleh Sultanate Of Sulu, tinggal lagi mereka sudah jadi Filipino. Satu pengakuan bertulis yang tidak mungkin dapat dipadam.
  • Kenyataan dari undang-undang hak asasi manusia antarabangsa "setiap manusia berhak memilih dan mendapatkan kewarganegaraan sendiri". Rakyat Sulu ketika membakar kad pengenalan Filipino beramai-ramai di Jolo, Sulu telah membuktikan bahawa mereka telah menukar KERAKYATAN TAUSUG bukan Filipino lagi.
  • Memerangi UTC adalah dilarang kerana UTC adalah Anti Peperangan dan Anti Keganasan. Kecualilah mereka dapat memancing UTC mengangkat M-16 dan B-40 semula seperti yang mereka berjaya lakukan kepada Moro (MNLF). UTC menggunakan cara keamanan, dengan demikian tiada siapa lagi yang boleh menghalang UTC mendeklarasikan kemerdekaannya 17 November 2010 nanti.
  • Sebarang PEMBUNUHAN & Penganiayaan terhadap UTC akan dicatat sebagai bukti "kekejaman yang mesti diadili" kemudian nanti. Sekali gus menjadikannya modal di mahkamah antarabangsa.
  • Bahawa sekali pun perjuangan UTC gagal kali ini namun BIBIT perjuangannya berdasarkan sejarah dan teknik PENYATUAN TAUSUG yang dilagang United Tausug Citizens akan kekal dalam jantung pejuang-pejuang kemerdekaan generasi Tausug yang akan datang.

Tentera Bangsa Moro (MNLF) kemungkinan akan diberi kelebihan oleh Manila.

Dari satu sudut kemungkinan besar Manila terpaksa melakukan tindakan MENYOKONG Prof Nur Misuari dan MNLF nya (memerdekakan Moro Land menjadi Republik Moro) demi menghalang UTC memerdekakan Sulu. Ini adalah pilihan akhir disamping "merancakkan" gerakan Puak Kiri Abu Sayyaf untuk mengekalkan suhu "ketidakstabilan". Filipina telah menyedari kesilapannya tidak membenarkan kemerdekaan Moroland (Republik Moro) ketika Persetujuan Tripoli dan ARMM 1996 yang lalu. Kerana perjuangan UTC adalah lebih bahaya berbanding MNLF kerana ia sukar diperangi malah UTC pasti akan "berjaya membunuh kewarganegaraan Filipino" berdikit-dikit bukan sahaja di Sulu dan Mindanao tetapi termasuk Luzon dan Visaya.

Dalam hal ini walau pun Malaysia dilihat mempunyai kepentingan untuk menyebabkan dirinya campurtangan sekali pun sekadar bermain "dibelakang", akan berfikir dua tiga kali kerana pasti akan membahayakan dirinya kemudian nanti. Tausug sangat mengharap Malaysia tidak turut campurtangan mensabotaj UTC kerana permainan sekarang ini lebih kepada berhadapan dengan Filipina bukan dengan Malaysia.

Bagi UTC Sabah yang berada dalam tangan Malaysia bukanlah keperluan untuk dituntut kerana yakin ianya akan dapat ditangani "antara sesama muslimin" kemudian nanti. Dari perspektif penulis, Sulu sekarang sebenarnya berada dalam PERHATIAN nombor 1 dunia tinggal lagi "semua pihak" pakat berdiam diri. Sulu ibarat sarang tebuan, jangan dijolok dan jangan disembur asap sekali pun kerana "sarangnya" begitu kuat dan kukuh. Bayangkan tebuan yang telah mula menyedari "jati diri dan asal-usulnya" pasti ia akan menyengat dan mengorbankan dirinya demi perjuangan. Malapetaka akan memalit semua negara yang "Menyimpan Rahsia Kekayaan Sulu" termasuk sejarahnya yang sebenar sekiranya mereka campur tangan menjolok.


KETAKUTAN & KOS YANG PERLU DIKONGSI
Beberapa tindakan pasti dan terpaksa dilakukan oleh Filipina agar "kerosakan" angkara UTC tidak memvirus dan memakan dirinya sendiri.
  • Filipina perlu memohon bantuan Malaysia dalam bentuk apa sahaja sabotaj kepada gerakan UTC. Hal ini pasti akan ditolak oleh Malaysia kerana menyedari "bahaya" kepada Negara Malaysia. Ikut mensabotaj bermakna "ikut memusnah dan memerangi Tausug dan Kesultanannya", dengan kata lain membunuh saudara seagama.
  • Filipina perlu bertindak menubuhkan satu gagasan pro rakyat iaitu One Philippines sebagaimana yang dilakukan Malaysia dan Israel sebelum ini. Dengan demikian rakyat Filipino di Luzon dan Visayas tidak mendaftar jadi warga Sulu.
  • Memanggil semula Nur Misuari dan memberikan KEMERDEKAAN REPUBLIK MORO kepadanya. Dengan harapan Tentera Moro Nur Misuari pula yang akan hancurkan UTC selepas itu. Dengan demikian sekurang-kurangnya Warga Filipino di Luzon dan Visayas tidak menjadi warga Tausug Sultanate of Sulu. Yang menjadi masaalah bagaimana meyakinkan rakyat Filipina dengan rancangan ini? Atau bagaimana pula kalau berlaku sebaliknya iaitu Prof Nur Misuari bersatu pula dengan UTC setelah itu?

Logo kempen One Malaysia.

Apa yang mungkin berlaku ialah Filipina akan membentuk "proksinya" (Puak Kiri Abu Sayyaf) dengan menambahkan kekuatan sokongan kepada kumpulan ini untuk memalukan Malaysia. Kerana Malaysia dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Kalau ada gerakan sekali pun di pihak Malaysia, Filipina tidak akan diberi tahu. Apa yang Filipina pantau ialah gerakan UMO @ BMO (Bangsa Moro Overseas) yang dilihat mendapat sokongan dan dokongan Malaysia. Ada laporan dari Mindanao menyatakan pemimpin UMO berada di sana sedang melakukan "kerja".

UTC melihat, "proksi" masing-masing samada UMO atau Abu tidak akan berjaya menghasilkan apa-apa kecuali di satu hari nanti mereka "pasti" menyertai United Tausug Citizens (UTC) sebagaimana yang dilakukan oleh para mantan komander MNLF dan bekas-bekas pejuang Abu Sayyaf sebelum ini. Berdasarkan penelitian penulis, UMO tidaklah mendapat dokongan Malaysia melainkan adalah gerakan "persendirian" ahli MNLF yang tidak menyetujui kepimpinan Prof Nur Misuari. Bebasnya pemimpin UMO bergerak di Malaysia sama dengan apa yang diterima oleh pemimpin UTC selagi mereka tidak membahayakan keselamatan negara.

Setiap hal yang mengelilingi kepentingan Tausug dan Kesultanannya sangat mudah dikesan dan ditelusuri. Setiap gerakan perang dan keganasan di Sulu pasti akan bocor dan diketahui dalang serta penyebabnya dengan hanya beberapa hari. Setiap pulau di gugusan kepulauan Sulu saat ini lebih sensitif melaporkan setiap hal gerakan ganjil tentera, kumpulan atau mayor dan gobernor kepada UTC berbanding 4 tahun yang lalu sebelum kemunculan United Tausug Citizens. Maka inilah masanya kita generasi muda Tausug khususnya mendengar, membaca, mencatat dan kemudian menganalisis setiap gerakan dan perancangan kuffar.

ASREESULU

Post a Comment