ISU BASI: "Aku yang lebih layak jadi Sultan Sulu"?
Beberapa laman web individu yang mengaku sebagai Sultan Sulu malah ada pula yang mengaku "bahawa dialah yang lebih layak dari sesiapa pun menjadi Sultan Sulu". Sebilangannya ada yang mengaku sebagai pewaris pertama dan ada pula yang mengaku sebagai pewaris kedua, ketiga dan seterusnya.
Sebenarnya penulis sendiri telah mencatatnya dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu berkenaan Pewarisan Takhta Sulu lantaran begitu ramai yang mengaku waris kesultanan yang tiada kesudahan. Mereka sepatutnya melihat fakta pewarisan takhta Sulu itu sebagai bahan kajian yang boleh mempersatukan mereka bukan sebaliknya. Sebab itu penulis katakan isu ini adalah isu yang sudah basi.
Kegagalan otak mereka mencerna fakta dalam buku-buku sejarah menyebabkan mereka gagal mencari jalan keluar bagaimana "hendak mengembalikan Kedaulatan Kesultanan Sulu" semula. Sungguh malang mereka tidak berjaya melihat suasana dan latar belakang yang mewarnai penaikan takhta Kesultanan Sulu itu.
HAKIKAT YANG SEBENARNYA
Dalam undang-undang antarabangsa sebagaimana yang dibenarkan oleh PBB bahawa untuk menjadi satu negara yang berkuasa dan berdaulat perlulah melengkapkan beberapa elemen ini, iaitu:-
Cuba lihat, adakah disebut "Pewaris Sultan yang benar dan sah" di atas? Kalau ada pun ialah berada di tangga ke-4 iaitu Kerajaan. Satu kerajaan tidak akan wujud tanpa pemimpin. Pemimpin kepada Kerajaan Sulu tentunya ialah Sultan. Bayangkan "Sultan" hanya berada di tangga ke-4, sebab itu mengapa "Pewaris Sultan Sulu" hari ini gagal untuk "Menyultankan diri mereka" adalah kerana rakyat mereka tiada. Tanpa Rakyat maka elemen lain akan gagal berfungsi.
Yang menjadi Sultan sebenarnya ialah "rakyat jelata" kerana tanpa rakyat mana mungkin wujud sesebuah negara dan pemimpinnya. Rakyat boleh hidup tanpa Sultan, tetapi Sultan tidak akan hidup tanpa rakyat. Apakah mereka tidak memahami pesanan orang tua-tua bahawa "Sultan siya na in lambung sin Tuhan ha babaw dunia" (Sultan ialah bayang-bayang Tuhan di muka bumi) adalah satu istilah "perlambangan" yang kalau kita perhalusi analoginya sama.
Allah swt telah mencipta manusia yang berakal agar diri-Nya dapat dikenali. Diciptanya manusia agar "ta'abbud" yakni menyembah-Nya. Sesiapa yang taat dengan hukum-perintah-Nya maka Syurgalah bagi mereka. Tetapi sekiranya engkar maka siksa neraka buat mereka. Sebab itu Dia telah mencipta sebab musabab keengkaran iaitu diciptanya nafsu dan Syaitan untuk menggoda manusia. Allah swt mengasihi kepada yang mengasihi-Nya dengan iman dan taqwa. Diutus-Nya para Nabi dan Rasul sebagai wakil-Nya. Nabi dan Rasul adalah manusia yang terpilih yang bertugas membawa dan menyebar risalah-Nya, merekalah yang memimpin manusia untuk mengenal Rabnya.
Sebab itu mengapa Sultan wajib beriman dan bertaqwa dan diamanahkan sebagai "penjaga" Agama-Nya di muka bumi. Sultan mempunyai wakilnya pula yang terdiri dari Bendahara (Perdana Menteri), Datu (Menteri), Paduka (Pembantu kepada Menteri), Panglima (Pahlawan), Maharajalela (Penjaga Protokol dan Istiadat Kesultanan) dll. Wakil-wakil ini wajiblah beriman dan bertaqwa, bukannya gila kuasa, gila harta, kaki rasuah dan kaki perempuan sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan besar ahli politik tanah air hari ini.
Jawatan diwujudkan adalah semata-mata menjaga dan mengurus rakyat jelata agar taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Taatnya mereka kepada Allah dan Rasul maka automatik mereka akan menjadi rakyat yang bersyukur. Maka amanlah negara dari kedurjanaan dan karosakan akhlak. Jadilah "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan".
KESIMPULAN UNTUK PEWARIS-PEWARIS BINGUNG
Wahai kalian yang mengaku sebagai "pewaris-pewaris sultan" yang mahu berebut-rebut kuasa Kesultanan. Kalian sebenarnya adalah manusia gagal yang akan senantiasa membawa "aura" kegagalan. Kalian tidak tahu kah tanpa "kesatuan rakyat" yang redha dipimpin oleh kalian maka kalian hanya layak menjadi "pewaris mahu jadi sultan masuk bakul angkat sendiri"?
ASREESULU

- Apakah dengan hanya menyembelih dua ekor lembu maka mereka sudah boleh menjadi Sultan?
- Apakah dengan hanya mempunyai blog dan web site sudah cukup untuk mewajarkan mereka menjadi Sultan Sulu?
- Apakah dengan hanya mempunyai salasilah "benar" bahawa beliaulah keturunan sebenar Sultan Sulu maka beliau langsung layak mengangkat diri menjadi Sultan?
- Apakah dengan hanya membina jaringan para Datu Diraja Sulu semata-mata maka sudah cukup untuk diangkat menjadi Sultan?
- Apakah dengan hanya bergantung kepada negara lain (contohnya Filipina, Malaysia, Brunei dll) untuk dapatkan pengiktirafan mereka sudah cukup mewajarkan para penuntut takhta ini menjadi Sultan?
HAKIKAT YANG SEBENARNYA
Dalam undang-undang antarabangsa sebagaimana yang dibenarkan oleh PBB bahawa untuk menjadi satu negara yang berkuasa dan berdaulat perlulah melengkapkan beberapa elemen ini, iaitu:-
- Rakyat (People)
- Tanah jajahan (Teritory)
- Kedaulatan (Sovereignty)
- Kerajaan (Government)
- Pengiktirafan (Recognition)
Cuba lihat, adakah disebut "Pewaris Sultan yang benar dan sah" di atas? Kalau ada pun ialah berada di tangga ke-4 iaitu Kerajaan. Satu kerajaan tidak akan wujud tanpa pemimpin. Pemimpin kepada Kerajaan Sulu tentunya ialah Sultan. Bayangkan "Sultan" hanya berada di tangga ke-4, sebab itu mengapa "Pewaris Sultan Sulu" hari ini gagal untuk "Menyultankan diri mereka" adalah kerana rakyat mereka tiada. Tanpa Rakyat maka elemen lain akan gagal berfungsi.
Yang menjadi Sultan sebenarnya ialah "rakyat jelata" kerana tanpa rakyat mana mungkin wujud sesebuah negara dan pemimpinnya. Rakyat boleh hidup tanpa Sultan, tetapi Sultan tidak akan hidup tanpa rakyat. Apakah mereka tidak memahami pesanan orang tua-tua bahawa "Sultan siya na in lambung sin Tuhan ha babaw dunia" (Sultan ialah bayang-bayang Tuhan di muka bumi) adalah satu istilah "perlambangan" yang kalau kita perhalusi analoginya sama.
Allah swt telah mencipta manusia yang berakal agar diri-Nya dapat dikenali. Diciptanya manusia agar "ta'abbud" yakni menyembah-Nya. Sesiapa yang taat dengan hukum-perintah-Nya maka Syurgalah bagi mereka. Tetapi sekiranya engkar maka siksa neraka buat mereka. Sebab itu Dia telah mencipta sebab musabab keengkaran iaitu diciptanya nafsu dan Syaitan untuk menggoda manusia. Allah swt mengasihi kepada yang mengasihi-Nya dengan iman dan taqwa. Diutus-Nya para Nabi dan Rasul sebagai wakil-Nya. Nabi dan Rasul adalah manusia yang terpilih yang bertugas membawa dan menyebar risalah-Nya, merekalah yang memimpin manusia untuk mengenal Rabnya.
Sebab itu mengapa Sultan wajib beriman dan bertaqwa dan diamanahkan sebagai "penjaga" Agama-Nya di muka bumi. Sultan mempunyai wakilnya pula yang terdiri dari Bendahara (Perdana Menteri), Datu (Menteri), Paduka (Pembantu kepada Menteri), Panglima (Pahlawan), Maharajalela (Penjaga Protokol dan Istiadat Kesultanan) dll. Wakil-wakil ini wajiblah beriman dan bertaqwa, bukannya gila kuasa, gila harta, kaki rasuah dan kaki perempuan sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan besar ahli politik tanah air hari ini.
Jawatan diwujudkan adalah semata-mata menjaga dan mengurus rakyat jelata agar taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Taatnya mereka kepada Allah dan Rasul maka automatik mereka akan menjadi rakyat yang bersyukur. Maka amanlah negara dari kedurjanaan dan karosakan akhlak. Jadilah "Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan".
Sultan yang beriman dan bertaqwa dengan seisi keluarganya mentaati perintah Allah dan Rasul merekalah yang layak dinobat sebagai "Bayang-bayang Allah".
KESIMPULAN UNTUK PEWARIS-PEWARIS BINGUNG
Wahai kalian yang mengaku sebagai "pewaris-pewaris sultan" yang mahu berebut-rebut kuasa Kesultanan. Kalian sebenarnya adalah manusia gagal yang akan senantiasa membawa "aura" kegagalan. Kalian tidak tahu kah tanpa "kesatuan rakyat" yang redha dipimpin oleh kalian maka kalian hanya layak menjadi "pewaris mahu jadi sultan masuk bakul angkat sendiri"?
- Bagaimana mungkin anda diangkat oleh rakyat sebagai pemimpin mereka sedangkan anda tidak berusaha menyatukan kekuatan rakyat?
- Bagaimana mungkin anda diangkat menjadi Sultan oleh Allah swt sedang anda "meminta-minta takhta"? Rasulullah s.a.w. bersabda "Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" (Riwayat Bukhari Muslim)
- Bagaimana mungkin anda dilantik menjadi sultan sedangkan anda tidak putus-putus merendah-rendahkan manusia lain, bahawa hanya anda yang berdarah tinggi yang lainnya rendah seperti najis?
ASREESULU
|