KEMERDEKAAN SULU: Datu Albi Jadi Tumpuan
Foto: Sohibussamahah Al-Fadhil Ustadz Abdulbaki adalah Mufti Region 9 Bangsa Moro (MNLF) ketika dulu. Foto ihsan http://zambasulu.blogspot.com
Kelmarin YM Datu Albi Ahmad Julkarnain menghubungi penulis dari Zamboanga City memberi penjelasan beberapa perkara berkenaan Deklarasi Kemerdekaan Sulu oleh UTC pada bulan 11 nanti. Menurut beliau keadaan semakin kecoh di kalangan pemimpin Moro (MNLF) termasuk pegawai Kerajaan Filipina sehingga beberapa pihak bersilih ganti menghubungi dan berjumpa beliau.
Ulasan:
Kelmarin YM Datu Albi Ahmad Julkarnain menghubungi penulis dari Zamboanga City memberi penjelasan beberapa perkara berkenaan Deklarasi Kemerdekaan Sulu oleh UTC pada bulan 11 nanti. Menurut beliau keadaan semakin kecoh di kalangan pemimpin Moro (MNLF) termasuk pegawai Kerajaan Filipina sehingga beberapa pihak bersilih ganti menghubungi dan berjumpa beliau.
"Sekarang keadaan agak sedikit kecoh di sini, Komander Kong dari 15 Council berhubung dengan saya bagaimana dapat bergabung dalam gerakan ini. Saya katakan ini adalah gerakan rakyat siapa-siapa sahaja boleh ikut serta...."
Beliau menambah bahawa Sharif Mujahab Hashim juga ada menghubungi beliau berkenaan keterkejutan mereka bagaimana YM Datu Albi menyertai UTC. Penulis tidak begitu pasti siapa Sharif Mujahab Hashim ini. Seorang lagi Sharif bernama Sharif Jain Jali iaitu wakil Nur Misuari telah menemui beliau bertanyakan khabar. Kononnya mereka dapat berita Datu Albi akan keluar negara. Mereka berbincang berkenaan penggabungan UTC dan MNLF dibawah Nur Misuari. Nampaknya Datu Albi tidak mahu bercerita lanjut berkenaan "meeting" mereka kepada penulis.
Apa yang menarik ialah ketika YM Datu Albi bercerita tentang perbualannya dengan Mufti Region 9 MNLF iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdulbaki Abubakar,
"Sangat menarik, Ustadz Abdulbaki menghubungi saya dengan meminta saya meneruskan kerja keras bersama UTC untuk Kemerdekaan Sultanate of Sulu. Beliau menjelaskan bahawa MNLF sudah habis yakni BACK TO ZERO. Beliau meminta saya ke Saudi Arabia bertemu beliau dipejabatnya di sana untuk fokus luar negara katanya. Alhamdulillah"
YM Datu Albi insyaAllah akan memulakan tugasan beliau menjelajah beberapa negara sebelum deklarasi kemerdekaan Sulu nanti. Tinggal lagi beliau menunggu saat yang lebih sesuai. Kemungkinan besar beliau akan ke Brunei Darussalam dan Jakarta, Indonesia untuk bertemu beberapa sahabat beliau di sana sebelum ke Arab Saudi. Kita tunggu jadual beliau kerana janjinya kepada penulis ialah akan memaklumkan perjalanannya ke luar negara sebelum berlepas, insyaAllah jadual akan beliau beri minggu depan.
"Saya telah memikul tanggungjawab besar di bahu sebagaimana yang diberikan oleh UTC dan pemimpinnya YM Datu Wasik (YM Datu Ladjamura bin Datu Wasik-Aranan) kepada Council of Regents. Saya sudah tua bila-bila masa akan pergi, tetapi demi bangsa, negara dan agama tercinta ini, kita berkerja bukan sahaja untuk kita sendiri tetapi untuk generasi kita yang akan datang. InsyaAllah, Allah swt akan bersama dengan orang yang berbuat kebenaran.."
Begitulah penjelasan YM Datu Albi mengakhiri perbualan dengan penulis....
Penulis sedang bercerita dengan YM Datu Albi (kiri sekali) dan DYMM Datu Ladjamura (tengah) ketika majlis makan malam di sebuah hotel Zamboanga City, Sulu pada 28 November 2009 yang lalu.
Ulasan:
Nampaknya perjumpaan Altreki dengan Nur Misuari yang turut dihadiri Presiden Filipina baru-baru ini di Manila telah menyebabkan MNLF dihumban ke dalam perigi buta menjadi "Back to Zero". Tiada jalan lain bagi mereka yang menggelar diri mereka sebagai "bangsa moro" kecuali melihat diri mereka di hadapan cermin agar dapat menilai "Samada BERPERANG atau menyertai kemerdekaan damai UTC"?
Seorang pemimpin atau komander MNLF bertanya kepada YM Datu Albi,
"Gerakan Sultanate sepatutnya bergabung dengan kami (MNLF), dengan demikian perjuangan akan semakin kuat dan hebat.."
Datu Albi menjawab,
"Kamu nak ajak kami untuk angkat senjata menyertai kalian? Hahaha (tergelak), dulu MNLF dengan sokongan pelbagai negara berperang dengan Filipina pun tidak menang-menang inikan pula sekarang, beginilah, MNLF sudah diisytihar "back to zero" maka marilah kita bersatu untuk keamanan tanpa perang. InsyaAllah, lihat kita sudah menang. Kalian adalah tentera Sulu nanti..."
Komander MNLF menyambung,
"Ya itulah yang saya katakan jadi tentera Sulu. Kami harap nama MNLF tentera Bangsa Moro itu tetap kami pakai..."
Datu Albi menjawab,
"Itu tidak mungkin, Bangsa Moro adalah istilah baru yang dibangsakan kepada kita. Ia istilah satru' (seteru) Spanyol dan Amerika Syarikat ketika dulu bukannya istilah bagi diri kita. Sila rujuk sejarah. Nama Bangsa Moro juga masih dalam konteks Filipina, secara teknikal adalah Filipino... kamu tak perasan?"
ASREESULU
|