Implementasi Perjanjian 1996 adalah KEMERDEKAAN?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, April 25, 2010 0 ulasan

Seorang sahabat UTC dari Melaka telah menghubungi penulis baru-baru ini bertanyakan benar tidaknya khabar yang mengatakan Nur Misuari akan isytiharkan kemerdekaan Moro Land (Mindanao-Sulu) dari PBB bulan Mei nanti. Jawapan kepada persoalan ini perlulah dirujuk kepada laporan semasa MNLF (Nur Nisuari) dan reaksi GRP (Government Republic Philippines). Adakah MNLF diberikan kemerdekaan oleh Kerajaan Filipina (GRP) atau hanya sekadar MELAKSANAKAN (Implement) perjanjian damai 1996 yang lalu? Adakah frasa "melaksanakan" perjanjian damai 1996 dengan frasa "Kemerdekaan" Moro Land (menjadi Republic Moro) mempunyai makna yang sama?

Wartawan Darwin T. Wee and Gerard S. dela Peña melaporkan beberapa hari lalu,

"The panels from the GRP (Government of the Republic of the Philippines) and MNLF, with the able facilitation of the Organization of the Islamic Conference-Peace Committee for the Southern Philippines (OIC-PCSP), worked on the review of the implementation of 1996 Final Peace Agreement," a statement posted on the Web site of the Office of the Presidential Adviser on the Peace Process (OPAPP) said. Rujuk : http://www.bworldonline.com

Implementasi bukannya kemerdekaan tetapi hanyalah "Pelaksanaan" Perjanjian Damai 1996 yang lalu. Ini bermakna Filipina tidak "pernah" melaksanakan atau menunaikan perjanjian yang dia sendiri tandatangani bersama MNLF (Nur Misuari) sehinggalah ke hari ini. Sebab itu pendekatan Filipina sekarang hanyalah worked on the review of the implementation of 1996 Final Peace Agreement dan inilah yang dimaksudkan oleh pertanyaan sahabat penulis dari Melaka tersebut. Ia bukannya Kemerdekaan tetapi hanyalah kerja-kerja kearah mengimplementasi (pelaksanaan) sahaja perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh Filipina.

Persoalan, bukankah implementasi kepada Perjanjian Damai 1996 tersebut akan membawa kepada Kemerdekaan? Jawapannya, TIDAK MUNGKIN!! Kerana ilmplementasi perjanjian tersebut hanya akan menguatkan lagi bahawa "Bangsa Moro" iaitu Nur Misuari dan MNLF nya termasuk MILF adalah Warga Filipina kerana jelas tertulis "Bangsa Moro tidak boleh mewujudkan kewarganegaraan sendiri". Sebab itu selepas perjanjian 1996 termeterai Ustaz Hashim Salamat membawa kumpulannya kembali ke Mindanao membuat kumpulan baru dengan menamakan kumpulan MILF (Moro Islamic Liberation Front) kerana tidak bersetuju dengan "menjadi barua dan terjajah dibawah kerajaan Filipina".

"The MILF broke away from the MNLF shortly after the 1996 peace pact was signed. Besides rejecting the agreement, the former opposed the creation of the Autonomous Region in Muslim Mindanao which, according to the group, remains subservient to the central government". Rujuk : http://www.bworldonline.com

Memahami situasi MNLF dengan perjanjian damai 1996 yang ditandatanganinya serta intipati kepada perjanjian tersebut akan memberikan kita jawapan "segera" kepada persoalan di atas. Tuan Hj Zakaria "Kerry" telah membincangkan hal ini dengan penulis. Menurut beliau, Nur Misuari akan mengimplemenkan perjanjian damai dan akan diakui serta dilaksanakan oleh Filipina. Penulis katakan bahawa jelas ianya hanya implementasi bukannya kemerdekaan. Ia masih peringkat "Worked on the review" yang masih belum disahkan kebenarannya. Ia hanya sekadar permainan untuk melengahkan kewujudan "Negara Muslimin" sampai bila-bila oleh Filipina.


MENGIMBAU SEJARAH KEDURJANAAN FILIPINA & KESILAPAN KIRAM
Filipina sudah lama mencipta "kekeliruan" ini untuk memperbodohkan penduduk Mindanao dan Sulu. Pembodohan yang diajarkan oleh AS kepada Presiden Manuel L. Quezon untuk membatalkan Kesultanan Sulu pada 1930-an telah berkesinambungan sehingga ke kemuncaknya iaitu ketika Ferdinand Marcos menjadi presiden Filipina.

(1935-1944) President Manuel L. Quezon (Died in exile in the U.S.)
http://www.philippine-history.org/presidents.htm

Kejayaan Freemason AS dan Jesuit Vatican sehingga membawa kepada pembunuhan Sultan Muhammad Jamalul Kiram II pada 1936 yang kemudian berjaya membawa jongkong emas Sulu seberat 617,000 tan metrik keluar dari Sulu melalui Singapura menyebabkan Manuel L Quezon cepat-cepat isytiharkan bahawa "Sultan Sulu iaitu Sultan Jamalul Kiram II tiada penyambung lagi yang boleh diiktiraf" agar "tiada lagi penyambung kepada harta perbendaharaan Sulu tersebut".

Lama sebelum itu ketika Ferdinand Marcos menjadi peguam Kesultanan Sulu untuk menguruskan harta perbendaharaan negara Sulu tersebut beliau begitu rapat dengan keluarga Kiram sehingga Marcos memanggil Puteri Tarhata binti Datu Attik sebagai "Aunty". Marcos berjaya mengkaji dan memanipulasi keluarga Kiram sehingga beliau berjaya menjadi presiden Filipina.

Peringkat awal Keluarga Kiram telah mendesak Ferdinand Marcos menuntut North Borneo (Sabah) yang sebelumnya dibawah pentadbiran kerajaan British kerana sepanjang beberapa tahun antara tahun selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936 hingga 1962 Keluarga Kiram yang terdiri dari 9 keluarga berusaha mendapatkan semula North Borneo.

Sultan Muhammad Jamalul Kiram II sedang duduk dan di belakang sebelah kirinya adalah pegawai AS. Beberapa orang ulama' Arab sedang duduk disamping sultan. Foto 1899-1901.

Malangnya sehinggalah North Borneo diserahkan pentadbirannya kepada Malaysia pada 16 September 1963 Keluarga Kiram gagal mendapatkan semula North Borneo. Ketika ini tiada jalan lain keluarga Kiram terpaksa meminta bantuan Filipina sebab itu wujudnya perjanjian Sultan Esmail Kiram I "menyerahkan Sulu dan North Borneo kepada Kekuasaan Semulajadi Filipina", maka Filipina pun dengan begitu gembira menyusun kekuatan yang ada berusaha dan "menuntut" Sabah (North Borneo) dari tangan Malaysia. "Persengketaan" Filipina vs Malaysia memuncak bermula 1963 sehingga pemerintahan Ferdinand Marcos.

Hujah Malaysia telah menyebabkan Marcos berasa diperbodohkan seolah-olah Malaysia memanggilnya "Si pondan yang kehilangan bukti". Kejayaan Malaysia ketika itu merampas bukti dari tangan Filipina menyebabkan Marcos naik angin yang akhirnya membawa kepada kewujudan Tentera Komando Jabidah pada 1968. Peliknya Komando Jabidah hanyalah terdiri dari orang-orang Tausug Sulu (Buranun dan Bajau) yang beragama Islam. Mereka dilatih untuk tujuan menyerang dan merampas Sabah (North Borneo) sebab itu operasi tersebut dinamakan "Operasi Merdeka". Tidak lain kecuali "Menghantar orang Islam untuk menyerang orang Islam" di Malaysia. Hal ini telah disedari oleh Komando Jabidah menyebabkan mereka enggan menaiki pesawat. Keengganan tersebut membawa kepada pembunuhan beramai-ramai, maka syahidlah Komando Jabidah ditangan tentera kafir laknatullah. MEREKA MATI KERANA MENYELAMATKAN UMAT ISLAM SABAH.

Persoalan yang timbul ialah, mengapa Marcos begitu menggila? Penulis fokus kepada 2 plan,
  • Plan A: Marcos mahu merampas Sabah semula tetapi perlulah dilakukan oleh orang-orang Sulu sendiri dengan tujuan menghina Muslimin iaitu "Muslimin berperang sesama sendiri". Berjaya atau tidak bukanlah persoalan.
  • Plan B: Sekiranya gagal maka Komando Jabidah perlulah dibunuh untuk memancing umat Islam Sulu dan Mindanao bangun memberontak melawan kerajaan Filipina. Dengan demikian Umat Islam Sulu terutamanya (yang mengaku kononnya berani) akan hancur dan akan beramai-ramai lari ke Sabah seterusnya menyusahkan Malaysia. Pendek kata asalkan menyusahkan Malaysia jadilah.
Mayat Ferdinand Marcos yang tidak diterima bumi akan kekal jasadnya seperti jasad Fir'aun.


Plan A & B adalah hasil kemarahan Marcos kerana,
  • Pertama: Telah mendapati adalah mustahil menuntut Sabah atas nama Filipina kerana Filipina telah "membatalkan" Kesultanan Sulu pada 1939 ketika Manuel L Quezon memerintah, inilah yang dijadikan hujah oleh Malaysia ketika itu sehingga memalukan Marcos.
  • Kedua: Satu cerita benar yang diceritakan kepada penulis oleh Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim bagaimana satu pasukan Komando Tausug yang telah dilatih telah berjaya masuk ke Istana Malacanang dan melarikan beberapa dokumen penting. Hal ini menyebabkan Marcos "menyinga" tahap hilang akal kerana kehilangan bukti dan dimalukan dengan bagaimana Istana presiden berjaya dibolosi oleh Tausug. Sejak itu beliau mula merancang menghancurkan Tausug selepas itu.
  • Ketiga: Keluarga Kiram tidak putus-putus mendesaknya menuntut Sabah (North Borneo) sehingga beliau tidak lena tidur dek desakan yang bertalu-talu. Kemungkinan Marcos dah termakan banyak wang dari "jongkong Emas" Kiram ketika berkempen menjadi presiden sebab itu beliau perlu melakukan "Do Something". Hal ini kita boleh lihat dalam http://www.royalsulu.com bagaimana Keluarga Kiram megitu mendesak Filipina untuk menuntut Sabah.
Bagi penulis, kesilapan terbesar Kiram ialah "menuntut Sabah (North Borneo) untuk diserahkan kepada Filipina" dan "menuntut Sabah (North Borneo) dengan mendakwa bahawa ia adalah milik Keluarga Kiram sahaja bukannya Kesultanan Sulu dan rakyatnya". Terbukti penama penerima Wang Pajakan hanyalah kepada 9 Keluarga Kiram bukannya kepada Kerajaan Sulu (Sultanate of Sulu).

Atty. Meltino Jaujan Sibulan menunjukkan buku-buku tulisan ahli sejarah dunia berkenaan Kesultanan Sulu yang tidak pernah kalah perang dan terjajah.


JALAN KEMERDEKAAN YANG TERANG LAGI BERSULUH

Menurut Atty. Meltino Jaujan Sibulan bahawa rahsia yang mereka tidak tahu ialah dalam undang-undang antarabangsa disebut hak pemilikan tanah adalah kekal (perpetual). Sekali pun MNLF berjaya mendapatkan Moroland nya ia pasti tidak berjaya kecuali atas nama Sultanate of Sulu. Kesultanan Sulu telah disebut dalam sejarah dunia sebagai satu Empayar di Asia Tenggara yang punya sejarah panjang menentang terhadap penjajahan yang gagal oleh Spanyol, British, Amerika Syarikat, Jepun dan kini Filipina.

Macamana pun keadaannya Tanah Kesultanan Sulu adalah tanah Tausug keseluruhannya adalah perpetual yakni kekal sekali pun sekarang ini berada di tangan beberapa negara. Kesultanan Sulu tidak pernah musnah dan masih kekal bentuknya bukan sahaja dalam lipatan sejarah malah masih dibicarakan dari mulut ke mulut dan diperjuangkan dari tangan ke tangan masyarakat Sulu. Buktinya bendera Sulu semakin mendapat tempat di kepualauan Sulu hari ini.

Tindakan PBB tidak melayan Nur Misuari memohon agar kes Bangsa Moro (MNLF) dibawa ke PBB adalah tepat. Malah Altreki sebagai wakil PBB bertemu Nur Misuari dan Gloria Arroyo baru-baru ini di Manila menyatakan tiada lagi perjanjian baru yang boleh diwujudkan kecuali meng"Implemen"kan perjanjian 1996 itu sahaja. Sangat jelas mesej yang cuba disampaikan oleh Altreki tetapi masih tidak difahami oleh Nur Misuari, atau pun pura-pura tidak faham?

Anak-anak Tausug UTC hari ini diberi pendidikan sejarah Tausug dan Kesultanan Sulu antaranya mengapa mereka dipanggil Tausug, mereka adalah beragama Islam bukannya Kafir maka perlu berjuang mewujudkan pemerintahan Islam semula atas nama Kesultanan Sulu.


Penulis percaya, implementasi ini pun pasti gagal kerana ianya tidak akan dilaksanakan oleh Filipina kesemuanya, kecuali dua tiga perkara yang menguntungkannya sahaja. Maka sudah tentu Nur Misuari akan kekal seperti itu pula yakni "senantiasa" mengharap Filipina menunaikan kesemua kandungan dalam perjanjian 1996 tersebut entah sampai bila. Dalam masa yang sama United Tausug Citizens terus berkembang "memvirus" kesemua kepulauan sehinggalah suatu hari nanti tanpa Nur Misuari sedari gerakan UTC berjaya "meragut" keluarga dan sahabat handainya sendiri menyertai perjuangan UTC.

Islah nafsak Wad'u ghairak, Akhirul kalam dari penulis, maassalamah wa ilalliqa'


ASREESULU

Post a Comment