MENGIMBAU KEGEMILANGAN TAUSUG ABAD KE-13 (Suntingan semula)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, May 6, 2010 2 ulasan

Sebelum penulis menjelaskan dan memberi paparan sejarah berkenaan kegemilangan Tausug di masa lalu perlulah diperjelaskan sekali lagi berkenaan istilah Tausug.


MEMPERJELASKAN ISTILAH TAUSUG
TAUSUG terdiri dari dua kata "Tau" dan "Sug". Tau bermaksud orang manakala Sug bermaksud arus (aliran air, current).

SUG berasal dari kata SULUG bermaksud arus laut, dalam bahasa Samal (Sama-Bajau) arus deras disebut SOLLUG. Demikian dalam bahasa Baklaya (Bugis Suluwesi) disebut SOLOK juga bermaksud arus laut yang deras. Kaum Baklaya (Bugis) sebutan "G" akan berbunyi "K" sebagaimana sebutan penutur bahasa Melayu di sebelah Barat Nusantara.


KAJIAN TENTANG SULUG
Menurut Neldy Jolo, Bangsa China klasik sukar menyebut SULUG kecuali dengan sebutan LU-SUNG yang diterbalikkan dari SUNG-LU atau SULUG. Ketika Spanyol menguasai kepulauan Sulu Utara mereka masih menggunakan nama LU-SUNG sempena sebutan lidah pedagang-pedagang China ketika itu, tetapi lidah Spanyol menyebutnya dengan LUZON.

Sebelum Spanyol menamakannya Philippines @ FILIPINA sempena nama Raja Philippe II di Spanyol (beliau seorang raja yang suka berfoya-foya dan mati dengan hina disebabkan jangkitan penyakit kelamin - Sifilis) kepulauan tersebut dinamakan SULUG @ LUSUNG. Walau pun Spanyol menamakannya Filipina kepada semua kepulauan yang berjaya ditawan dan ditadbirnya namun masih mengekalkan nama LUSUNG @ LUZON kepada salah satu pulau tersebut.

Dalam buku penulis "Tausug & Kesultanan Sulu" tidak ada perkataan SULUG kerana ketika itu tidak terdapat rujukan bertulis mahu pun dalam bentuk lisan yang penulis dengar. Perkataan Sulug hanya muncul dari kajian saudara Neldy Jolo yang juga pengkaji sejarah Tausug lebih dahulu daripada penulis. Menurut Neldy, beliau telah berkelana ke merata tempat di seluruh Mindanao termasuk kepulauan Visayas, penduduk tempatan di sana menyebut SULUG kepada orang Jolo atau Tausug di kepulauan Sulu.

Neldy Jolo telah membuat kesimpulan bahawa panggilan SULUK oleh orang Melayu Brunei kepada Tausug adalah berasal dari perkataan SULUG, kata asal kepada TAUSUG itu sendiri. Menurut Neldy yang pernah menjadi pensyarah di Mindanao State University Sulu bahawa menurut kajiannya, belum ada sesiapa pun ahli akademik (Anthropology) yang berjaya menemui dan menghurai erti SULU @ SULUK @ SULUG @ TAUSUG dengan tepat.

Penulis telah meneliti kajian Neldy Jolo dan telah mendapat banyak manfaat darinya termasuk penemuan bangsa LUCOES di kepulaun Sulu. Berkenaan LUCOES penulis dan Neldy telah melancarkan kajian lanjut bermula akhir tahun 2008 yang lalu sehingga dapat menghubungkan perkaitan Lucoes dengan Bani Israel era Nabi Allah Sulaiman a.s.

Penulis dan Neldy hanya menjalankan kajian peringkat asas kerana masih memerlukan tambahan maklumat dari masa ke semasa. Berikut adalah beberapa catatan sejarah dalam bahasa Inggeris yang kita dapat kongsi bersama berkenaan kegemilangan bangsa Tausug (sila ikuti huraiannya),

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Controlling the Straits of Malacca

As evidenced by history, the country that succeeded in controlling the narrow strait between the Malay Peninsula and the island of Sumatra would gain complete control of China's maritime silk route and thus become a thalossocracy - a trading empire. The Srivijaya of South Sumatra did so in 670 AD, the Chola of Southeast India in 1026 AD, the Madjapahit of Java in 1343 AD, the Sultanate of Malacca in 1400 AD, and finally the Portuguese in 1512 AD.

  • *17 - When the Portuguese arrived in Southeast Asia in 1500 AD, they witnessed LUZON's active involvement in the political and economic affairs of those who sought to take control of this economically strategic highway. For instance, the former SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD.
  • *18 - In 1529 AD, the Sultanate of Atjeh on the northern tip of Sumatra became powerful enough to consider controlling the Straits of Malacca. LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet that attacked key settlements along the straits. At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH.
  • *19 - On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya.
  • *20 - The Portuguese were not only witnesses but also direct beneficiaries of LUZON's involvement. Many Lucoes, as the Portuguese called the people of LUZON, chose MALACCA as their base of operations because of its strategic importance. When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. They were also large-scale exporters and ship owners that regularly sent junks to China, Brunei, Sumatra, Siam and Sunda. One LUZON official by the name of SURYA DIRAJA annually sent 175 tons of pepper to China and had to pay the Portuguese 9000 cruzados in gold to retain his plantation. His ships became part of the first Portuguese fleet that paid an official visit to the Chinese empire in 1517 AD.

In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Hikayat berkenaan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya termasuk Hang Jebat begitu kabur dalam sejarah Melayu Melaka. Terdapat tradisi lisan Tausug menyatakan bahawa Hang Tuah dan saudara-saudaranya termasuk Jebat adalah berketurunan Lucoes @ Lugus dari Sulu, ini bermakna mereka adalah Tausug. "Penderhakaan" Jebat kepada Sultan kerana kasihnya kepada Hang Tuah adalah sifat Tausug yang sebenarnya. Telah menjadi kebiasaan Tausug menentang titah Sultan sekiranya titah tersebut terkandung kezaliman.


Menurut tradisi lisan Tausug, keris "Taming Sari" datang dari lidah Lucoes atau Taguimaha "Taming" bermaksud "Penampan" manakala "Sari" bermaksud "Sri". Lidah Taguimaha sukar menyebut Seri atau Sri kecuali dengan menyebutnya SARI. Kaum Taguimaha memanggil keris kecil Melayu dengan "Kalis Taming" yakni keris penampan atau keris kecemasan adalah kerana saiznya yang kecil. Kebiasaan Tausug menggunakan keris SUNDANG yang lebih besar dan panjang.


Tentera Inggeris sedang membelek-belek keris Melayu yang bersaiz kecil.


ULASAN:
Penulis telah menemui beberapa catatan (tidak dapat ditunjukkan sumbernya di sini) bahawa pada abad ke-7 kaum Taguimaha telah pun mempunyai hubungan kerjasama dengan "Orang Laut" (Samal) di Pulau Basilan. Sekitar abad inilah Taguimaha berjaya menubuhkan kerajaan Kumalarang. Dalam masa yang sama beberapa petunjuk menjelaskan bahawa Taguimaha telah menduduki kepulauan Visayas, Luzon, Mindanao atas nama perdagangan. Ini bermakna Taguimaha sudah lama menduduki kepulauan Sulu sebelum kurun ke-7 lagi.

Ketika kerajaan Melaka belum muncul di Nusantara Barat, Kerajaan Sulu sudah memang bertapak lama di Nusantara Timur. Hinggakan dalam catatan China klasik, pada tahun 1368 bala tentera Sulu telah menyerang kerajaan Brunei yang ketika itu diperintah oleh Raja Awang Alak Betatar (ketika ini baginda belum memeluk Islam). Kekalahan Brunei kepada tentera laut Sulu menyebabkan Raja Awang lari ke Johor dan mendapat suaka di sana kemudian memeluk Islam sebelum berkahwin dengan puteri Raja Johor..

Menurut Neldy Jolo, serangan Sulu keatas Brunei ketika itu adalah kerana Brunei telah dituduh menyorok dua biji mutiara berharga milik Raja Sulu. Raja Awang akhirnya telah datang semula ke Brunei bersama bala tentera dari Jawa dan berjaya menghalau tentera Sulu. Hal ini lojik adalah kerana ketika ini (1300-an) adalah era kekuatan tentera Majapahit di tanah Jawa. Kemungkinan besar inilah yang menyebabkan tentera Jawa menyerang Sulu tetapi tentera Jawa gagal menaklukinya. Ahli sejarah menyimpulkan bahawa sehingga lautan menjadi merah oleh darah, Tausug masih berdiri di tepi pantai Jolo tidak terkalahkan.

Walau bagaimana pun Kerajaan Majapahit dalam Negarakrtegama telah menyenaraikan Burune (Brunei) dan Solot (Sulu) sebagai wilayah naungannya. Ini sama halnya denga Spanyol, walau tidak pernah menjajah atau mengalahkan Sulu tetap juga disenaraikan sebagai "Naungan jajahan Spanyol".

BAGAIMANA SULUG BERADA DI MELAKA?
Sebulan yang lalu ketika penulis dalam perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur, iaitu setelah mengadakan perjumpaan dengan saudara-saudara Tausug di Melaka berdekatan Sungai Udang, penulis telah melalui jalan MASJID TANAH.

Sahabat penulis memberitahu bahawa di Masjid Tanah terdapat perkampungan SOLOK di sekitarnya yang kemungkinan ada kaitan dengan bangsa SULUK @ SULUG @ SUG abad ke-13. Sebelum melalui pekan kecil Masjid Tanah menuju ke Kuala Lumpur beberapa kampung dan nama jalan termasuk nama sekolahnya terdapat nama SOLOK.

Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan Bangsa LUZON (LU-SUNG @ SUNG-LU @ SU-LU) pernah menjadi tentera membantu Raja-Raja Nusantara memerangi musuh-musuh mereka. Dalam catatan sejarah nama yang dinisbahkan kepada Bangsa Tausug ialah LUZON dan LUCOES (LUGUS).


PERDAGANGAN, BAHASA & KEPERCAYAAN
TAUSUG menutur bahasa Melayu dialek TAGUIMAHA yang sedikit bercampur bahasa Hebrew, China dan Dayak. Bahasa Melayu dialek Taguimaha ini akhirnya menjadi bahasa Lingua-Franca di Seluruh Kepulauan Sulu termasuk Luzon Visayas yang kita kenali sebagai bahasa TAUSUG hari ini. Telah menjadi satu bukti bahawa bahasa awal Butuan, Cebu (Sug-Bu), kepulauan Visaya sehingga ke Fi Amanillah (Manila) sebenarnya adalah bahasa Taguimaha @ Lucoes. Para pengkaji sejarah Filipina sengaja memutar belit kenyataan ini dengan mengatakan bahasa Joloano atau Tausug adalah berasal dari Butuan-Visayas.

Bahasa Sug yang ditutur oleh Tausug hari ini berasal dari bahasa kaum Taguimaha. Mereka sudah lebih awal mempunyai kebudayaan dan peradaban semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. menguasai Kepulauan Sulu. Golongan tua Kaum Taguimaha menyatakan bahawa sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Sulu mengislamkan Buranun, mereka sudah memang menganut Islam.

Kerana Taguimaha itu sendiri termasuk orang Lucoes adalah berdarah Bani Israel yang percaya kepada SATU TUHAN (Monotisme). Sebab itu kaum Taguimaha lah yang terawal menganut Islam seawal abad ke-7 lagi ketika Islam datang melalui Dinasti China (Sahabat Nabi SAW iaitu Saad ibn Abi Waqqas membawa Islam ke negara China pada tahun 630-50 Masihi). Hal ini telah disinggung sepintas lalu oleh Cesar Adib Majul dalam "Muslim in the Philippines" tulisannya. Beliau menyebut bahawa sebelum kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Buansa, kaum Taguimaha sudah memang manganut Islam yang biasa dipanggil sebagai Syaikh dan Tuan. Adib Majul percaya inilah bukti bahawa Islam datang ke Sulu melalui China.

Kaum Lucoes atau Taguimaha sudah lama menjalinkan perdagangan dengan China. Sumber mutiara kerajaan China ialah dari Sulu sehingga hujung abad ke-18. Busana atau pakaian orang Sulu pula dan apa sahaja jenis kain hampir kesemuanya dibawa dari China, sebab itu sehingga abad ke-19 penduduk Sulu masih memakai pakaian dari jenis tenunan China.

Asal usul Sundang tidaklah diketahui secara tepat siapa pencipta awal, yang pasti ianya digunakan oleh Tausug berabad lamanya, adalah adaptasi dari keris yang bermotif Naga yang biasa gunakan di Nusantara. Menurut sejarah, Sundang mula dibawa oleh Orang Bugis Makassar dari Sulawesi ke Riau dan Tanah Melayu lewat abad ke-17. Ramai ahli sejarah tidak mengetahui bahawa nama asal bangsa Bugis ialah Baklaya. Menurut tradisi lisan masyarakat Sulu, Baklaya adalah juga Tausug. Istilah Bugis baru muncul selepas abad ke-17 hasil perseteruan Makassar dan Bone. Bone telah dibantu oleh bangsa "Ugis" (Samada orang Belanda atau Portugis yang berkulit putih) memerangi Makassar sebab itu sehingga abad ke-19 Orang Makassar enggan dipanggil Bugis. Dalam bahasa Tausug, "Ugis" bermaksud "berkulit putih atau Albino".



Tausug cenderung menggunakan keris Sundang berbanding keris TAMING yang lebih kecil yang biasa dipakai oleh pahlawan di tanah Melayu. Sundang adalah gabungan keris naga digabung dengan bentuk pedang. Lidah Tausug menyebut keris dengan "Kalis", pedang pula disebut "Puddang". Kepandaian Tausug menggunakan Sundang ialah dapat memutuskan dengan mudah dua mayat yang diletak bertindih.


Kalis Sundang atau Keris Sundang adalah keris tradisi Tausug sejak dahulu kala. Beberapa jenis Sundang seperti Kalis Tulid (Lurus), Kalis Seku (Bersiku atau berlok), Kalis Taluseku (Separa Lok) telah menjadi kebanggaan. Telah menjadi gurauan Tausug juga bahawa keris Taming (kecil) adalah seperti ular kecil sedangkan Sundang adalah NAGA yang boleh menelan siapa sahaja.



TAUSUG ADALAH PAHLAWAN TULEN ATAU TENTERA UPAHAN?
Merujuk kepada maklumat dalam bahasa Inggeris di atas, rujuk *17, menyatakan bahawa ketika kedatangan Portugis pada tahun 1500-an telah menyaksikan bahawa LUZON telah melibatkan diri secara aktif dalam politik dan ekonomi malah menguasai laluan strategik jalan perdagangan di Nusantara ketika itu. Sebagai bukti, Sultan Melaka berusaha merebut semula Melaka dari tangan Portugis pada 1525 dengan bantuan tentera LUZON.

Sebenarnya hubungan Sulu dengan Melaka sudah lama terjalin lama sebelum itu, sebagai contoh Barbossa telah mencatatkan ketika beliau singgah di Melaka pada tahun 1512 beliau mendapati terdapat 500 keluarga Lucoes (Tausug) berniaga di Melaka pada ketika itu. Sudah tentu sebagai rakan dagang, Sulu wajib membantu Sultan Melaka memerangi Portugis. Tentera LUZON @ Lucoes atau Sulu ini kekuatan mereka adalah di laut. Sejarah Melayu menyatakan bahawa Sultan Melaka telah meminta bantuan "Orang Laut" menjaga perairan Selat Melaka dari para perompak Laut. Sebenarnya Orang Laut yang dimaksudkan ialah kaum Bajau Balangingi yang senantiasa mengiringi dan mengawal kapal-kapal dagang Sulu ketika itu. Samada Bajau Balangingi, Lucoes dan Taguimaha mereka ini memang duduk di kepulauan yang dipanggil LUZON oleh Portugis.

Peta pulau yang diduduki oleh masyarakat Tausug Lucoes yang masih kekal hingga hari ini di Sulu.

Menurut Neldy Jolo, LUZON yang dimaksudkan di atas ialah LU-SUNG @ SUNG-LU atau SULU itu sendiri. Ketika itu wilayah kekuasan orang-orang Sulu meliputi semua kepulauan Filipina Tengah-Utara sehingga ke Taiwan. Ianya bukan kuasa penaklukan tetapi kuasa perdagangan. Kaum Taguimaha yang menutur bahasa Melayu (Bahasa Sug) telah menguasai semua kepulauan atas nama perdagangan. Namun untuk menjadi kuasa perdagangan memerlukan KEKUATAN KETENTERAAN sebagai pertahanan.

Ikatan orang-orang Sulu ini menjadi kuat setelah kedatangan Islam. Mereka diikat dengan aqidah sehingga ajaran Islam yang melibatkan PERSAUDARAAN telah berakar umbi menjadi BUDAYA bangsa mereka. Sebab itu mengapa orang Sulu telah terkenal menjadi TENTERA IMPORT atau tentera bantuan "Yang Berguna". Berdasarkan kenyataan berbahasa Inggeris di atas menggambarkan kekuatan tentera Sulu, yang kadang-kadang berada di kedua-dua belah pihak yang berperang. Tentera Sulu kelihatan seolah-olah tentera upahan kerana keadaannya yang seperti tiada pemimpin yang mengawal mereka,
  • SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD.
  • LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet (Armada Acheh) that attacked key settlements along the straits.
  • At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH. (Penulis mendapati banyak persamaan bahasa Batak Simalungun dengan bahasa Tausug di Sulu).
  • On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. (Tetapi pada abad ke-17 Tausug banyak menangkap kaum dari Burma lalu dijual kepada kesultanan Brunei. Kaum ini banyak bertebaran di sekitar sempadan Sarawak-North Borneo hari ini).
  • At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya. (Hingga hari ini budaya tarian Siam Ayuthaya masih kelihatan pada Tausug di Sulu yang dipanggil Pang-Alay kemungkinan asimilasi dari tarian Melayu-Siam).
  • When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. (Tidak hairan wujud kampung SOLOK @ Suluk @ SULUG di Melaka hari ini di sekitar Masjid Tanah).
  • In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM. (Hubungan Raja Kemboja dengan kesultanan Sulu (Lords of Luzon) inilah kemungkinan yang menjadi sebahagian keluarga Sulu yang dipanggil Melayu-Dampuan @ Champuan @ Champa)

Ini adalah contoh kaum Dayak atau Ayta di Filipina hari ini. Mereka menunjukkan kehebatan dan keberanian dengan tatu sebagai budaya mereka sebagaimana kaum Dayak di Borneo. Ketika kegemilangan Sulu dahulu, kaum Dayak atau bagi Spanyol dipanggil Indeo bermaksud bangsa PAGAN ini, digunakan memerangi orang-orang Sulu. Sebab itu orang Sulu menyerang balas dan mencolek mereka pula ketika ketiadaan Spanyol, lalu dijual ke merata tempat seluruh Nusantara. Jose Rizal menulis kesedihannya bahawa telah hampir "kering"rakyat Indeo ditangkap oleh Orang Sulu untuk dijual-beli dijadikan hamba. Nampaknya tatu langsung tidak menakutkan Tausug. Foto ihsan http://www.apat-na-alon-tribe.com/history.html


Hakikat yang sebenarnya Tentera Sulu bukanlah TENTERA UPAHAN secara total, ia bergantung kepada keadaan seperti hari ini, ada tentera Tausug yang jadi integrated bersama tentera Filipina yang ditugaskan memerangi Abu Sayyaf yang juga Tausug. Malah lebih teruk ada yang boleh diupah untuk "mencolek" tanpa melihat siapa yang menyuruh dan mengarahkannya.

Kekuatan Tentera Tausug ini telah menjadi buah mulut sejak berkurun lamanya di Nusantara hinggakan James Francis Warrent menggelarkan wilayah ketenteraan Tausug sebagai "Sulu Zone" yang mencakupi keseluruhan laut Nusantara. Malah dikatakan Ferdinand Magellan pernah berkata "Kalau aku mempunyai hanya 1000 pejuang Tausug, sudah cukup untuk aku menakluki dunia".

Sebelum tahun 1500-an tentera laut Sulu dianggarkan telah pun menggunakan perahu layar yang agak besar dan laju dinamakan Adjung @ Joanga. Walau pun binaan kapalnya hampir sama dengan binaan kapal Jawa namun mempunyai kelebihan khusus seperti mempunyai KATIG (buluh pengimbang) dan didayung oleh puluhan pendayung dan mempunyai lantaka atau meriam kecil mudah alih di hadapan. Menurut pakar menyatakan bahawa orang-orang Sulu adalah pembuat perahu layar yang paling laju yang tidak mampu ditewaskan oleh kapal-kapal penjajah Eropah, malah merekalah pembuat meriam mudah alih yang terbaik di dunia.


Gambar klasik meriam mudah alih Tausug yang dipanggil Lantaka oleh Spanyol. Meriam mudah alih biasanya diletak di hadapan Adjung.

Kekuatan inilah yang menyebabkan Spanyol sampai ke akhirnya tidak pernah menakluk Sulu. Kekuatan maritimnya yang ditakuti Inggeris sehingg ke akhirnya Inggeris enggan memerangi Tausug malah bertindak membayar ufti (cukai), contohnya:
  • Kerajaan British menghantar Dyrample pada abad ke-17 untuk berkawan dengan kesultanan Sulu dan para Datu sambil. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendapat konsesi memajak Balambangan dari Kesultanan Sulu dan membina kota besar di sana. Tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Titing. Kompani British tidak membalas hanya berdiam diri.
  • Sir Stamford Raffles terpaksa membayar cukai untuk menduduki Singapura dan perairannya. Hal ini terbukti bila beliau menghantar Sir Jhon Hunt ke Sulu pada 1814 untuk mengkaji kehebatan Sulu dan kekurangannya. Sir Jhon Hunt berjaya bersahabat dengan Datu Aranan Puyo ketika di Jolo. Kalau beliau bukan pembayar cukai sudah tentu sudah lama dibunuh oleh Tausug. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul dalam bukunya "Muslim in the Philippines".
  • Kedatangan James Brooke mengadap Kesultanan Sulu di Jolo sambil membincangkan hal perdagangan sebelum beliau menduduki Sarawak. Ternyata James Brooke turut membayar cukai untuk beliau dapat menduduki Sarawak dengan selamat dengan gelaran Rajah of Sarawak. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul.
  • Baron de Overbek dan Alfred Dent berjumpa Kesultanan Sulu untuk mentadbir North Borneo pada tahun 1878. Wujud dalam perjanjian dan menurut Kesultanan Sulu kompani British dan Baron serta Dent sebenarnya adalah rakyat Sulu, hanya bertugas sebagai "penyewa" North Borneo untuk perdagangan. Istilah "selama mana ia mahu" adalah hadiah kepada Baron dan Dent yang membantu persenjataan Sulu ketika berperang dengan Spanyol.

SALAM MERDEKA


ASREESULU
  1. Uhuh...

    By the way, have you ever heard about yummy-cebu.com? I hear they just started a new contest called Mama's day out!

  1. ini adalah khazanah yang sangat berharga.. terima kasih kerana berkongsi!!

Post a Comment