Selamat Datang PEPERANGAN!!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 29, 2009 0 ulasan

Humvee musnah dalam serang hendap MNLF keatas BALIKATAN di Indanan, Sulu kelmarin (selasa, 29 Sept 2009).
"Tausug sedang dibunuh!! Tausug sedang dibunuh!!" ujar seorang bekas pejuang MNLF yang penulis jumpa di sebuah masjid Sandakan. Peperangan sedang berlangsung di Jolo Sulu antara Abu Sayyaf melawan tentera Filipina. Persoalannya benarkah yang dibunuh itu Abu Sayyaf dan yang membunuh itu tentera kerajaan Filipina?

Menurut salah seorang bekas pejuang MNLF yang penulis jumpa di Sandakan baru-baru ini, yang diperangi ialah MNLF bukannya Abu Sayyaf. Kerana telah dilaporkan oleh penduduk Jolo Sulu bahawa yang dibom pada pagi hari Raya Aidil Fitri itu bukannya Abu Sayyaf tetapi pejuang MNLF. Walau pun telah dinafikan oleh Prof. Nur Misuari bahawa yang dibom itu bukan orang-orangnya (MNLF) tetapi menurut para komander MNLF yang berada di Zamboanga, Sabah dan Tawi-Tawi bahawa yang dibom itu ialah anggota saudara-mara mereka sendiri dari kumpulan Komander Kaid.

Sekiranya benar yang dibom itu ialah anggota MNLF sendiri kemudian dinafikan oleh Prof. Nur Misuari, tampak seperti ada yang tidak kena. Pada pagi Hari Raya Aidil Fitri, sekitar jam 6:00 pagi waktu Malaysia di Bandar Jolo, telah kedengaran letupan bom disusuli bunyi tembak menembak. Menyebabkan kebanyakan penduduk Bandar Jolo tidak dapat keluar rumah untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Beberapa jam kemudian dilaporkan bahawa beberapa rumah Abu Sayyaf telah berjaya dibom. Menyebabkan penduduk Jolo terutama Tausug yang pernah terlibat dalam MNLF menyelidik lebih lanjut kalau-kalau laporan tersebut hanya sekadar propaganda Filipina dan Balikatan.



LAPORAN PROPAGANDA
Setelah diselidiki yang dibom dan terbunuh ialah rumah anggota MNLF bukannya Abu Sayyaf. Hal ini telah menyebabkan kemarahan para anggota MNLF yang berada di Jolo terutamanya Komander Kaid. Berita telah tersebar dengan cepat sehingga ke Sandakan bahawa yang dibunuh dan dibom itu ialah MNLF bukannya Abu Sayyaf. Malangnya telah dinafikan oleh Prof. Nur Misuari sendiri. Wal hal ketika pengeboman itu berlaku Nur Misuari berada di Masjid Tulay, Jolo bersama para jamaah masjid di pagi Hari Raya Aidil tersebut dan disinilah pertanyaan telah diajukan oleh para jamaah kepada Nur Misuari berkenaan siapa yang dibom, katanya yang dibom ialah Abu Sayyaf.

Mengapa Prof. Nur Misuari menafikannya? Adakah beliau sememangnya tidak tahu menahu tentang rancangan pengeboman itu atau sebaliknya? Kalau beliau telah maklum (bahawa yang dibom itu bukannya Abu Sayyaf tetapi MNLF) lalu menafikannya, tentunya Nur Misuari telah melakukan pengkhianatan kepada bangsanya sendiri lebih-lebih lagi kepada anggota MNLF yang beliau sendiri adalah pemimpinnya. Tetapi sekiranya beliau tidak tahu menahu langsung lantaran beliau menjawab "Yang dibom itu Abu Sayyaf bukannya MNLF" sedangkan yang dibom itu ternyata adalah MNLF bermakna kerajaan Filipina sekarang tengah melancarkan peperangan dengan Nur Misuari dan MNLF nya. Apa yang ditunggu lagi oleh Nur Misuari, perang sudah bermula, tentunya MNLF yang sedang dibom itu menjerit, "Selamat Datang PEPERANGAN!!!". Nur Misuari perlu masuk hutan untuk memimpin perjuangan MNLF, malangnya beliau masih dalam "tahanan".

Sambungan gambar Humvee di atas.

TENTERA FILIPINA RAMAI YANG TERBUNUH
Kemarahan komander Kaid telah sampai kepada pengetahuan anggota MNLF lain sehingga ke Sandakan dan Kota Kinabalu di Sabah. Sehari lalu komander Kaid telah menyerang hendap satu batalion tentera Filipina yang disokong oleh Balikatan (Tentera Filipina & Amerika). Menurut laporan, 2 HUMVEE HUMMER, 2 lori yang sarat dengan tentera Filipina telah berjaya dimusnahkan semuanya oleh komander Kaid dan 2 kereta perisai (6-by) berjaya ditinggalkan, 3 orang tentera Amerika Syarikat telah terbunuh, 30 orang tentera telah dilaporkan hilang (kemungkinan telah ditangkap hidup-hidup oleh komander Kaid). Menurut seorang sahabat penulis yang berada di Kg. Bahagia Sandakan yang penulis temui mengatakan, sekiranya MNLF diserang anggota Abu Sayyaf akan menyertai mereka secara automatik memerangi Filipina. Malah menurutnya, komander (Ustaz) Habier turut menyertai membantu komander Kaid.

Seorang sahabat Tausug yang penulis tanya ketika dalam perjalanan dari Kg Bahagia ke Sandakan menyatakan bahawa umat Islam Sulu di Jolo sekarang tengah dimainkan sentimen mereka kerana dilaporkan seorang wanita Tausug yang sedang sarat mengandung telah berkecai terkena bom oleh BALIKATAN. Semalam (kelmarin) seorang sahabat penulis di Zamboanga City Prof. Nur Hassan Danial yang salah seorang anak pejuang MNLF memberitahu Neldy Jolo, bahawa Komander (ustaz) Habier Malik telah isytiharkan "JIHAD Fi Sabilillah" kepada tentera Filipina. Seruan jihad ini ditujukan kepada umat Islam Sulu dan Mindanao dimana sahaja mereka berada.

Bapak Kadir, salah seorang bekas anggota MNLF berketurunan Bugis Makassar telah beritahu penulis, "Kita Tausug lain, walau pun bermusuhan sekiranya diperangi kufar kita menjadi satu, hingga hilang permusuhan peribadi. Cuba lihat, MNLF telah dibom, kemudian Abu Sayyaf dan kumpulan lain bangun membantu MNLF, kerana kita tahu perjuangan ini bukan perjuangan MNLF tetapi adalah perjuangan Islam. Kita dibunuh dan dibom ditempat kita sendiri, kita wajib pertahankan diri dengan apa cara sekali pun."


KONSPIRASI TERANCANG
Penulis telah beri analisis sebelum ini tentang konspirasi antarabangsa berkenaan Sulu, dan sekarang telah pun bermula. Menurut Neldy Jolo mungkin peperangan yang sedang berlangsung sekarang ini bertujuan menghalang kebangkitan Tausug dan Kemerdekaan Sulu, tetapi sekiranya bukan, maka ia adalah berita buruk terhadap umat Islam Sulu dan Mindanao seterusnya Nusantara secara amnya.

Menurut analisis Bro. Jal Lintasan seorang peniaga Tausug di Bandar Sandakan, kemungkinan peperangan ini sengaja dibuat untuk memperlambatkan proses kemerdekaan Sulu, atau sebaliknya untuk mencari punca dan sebab agar memudahkan PBB memberi kemerdekaan kepada Sulu yang sekian lama mereka rancang. Bagaimana masa depan Nuantara selepas ini? Bagaimana Malaysia dan Indonesia, dan bagaimana pula kedudukan Filipina? Sekiranya peperangan berlanjutan sudah tentu Laut Sulu akan dipenuhi oleh kapal-kapal perang AS kerana sebab peperangan ini.

Tuduhan terhadap Malaysia kononnya telah mencuri minyak di laut Sulu menggunakan kapal selam yang baru dibelinya adalah sangat menakutkan. Dilaporkan oleh seorang nelayan Sulu yang melalui perairan Palawan, kononnya mereka telah melihat sebuah kapal selam sedang menarik batang hos atau paip di dasar laut Sulu antara Pulau Banggi dan Palawan. Ia dibuktikan dengan radar ikan kapal tersebut. Laporan ini telah tersebar dikalangan nelayan Sulu. Penulis mendapat berita ini dari seorang sahabat yang datang dari pulau Tawi-Tawi.

Penulis berpandangan, ini adalah adu domba untuk melaga-lagakan sentimen kebangsaan antara Malaysia dan masyarakat Sulu. Hal ini berlaku sebagaimana kes tarian Pendet yang menjadi perbalahan antara Indonesia dan Malaysia, tetapi sekiranya kita perhatikan, kesalahan tersebut bukannya dari Malaysia tetapi dari Discovery Channel yang disiarkan di Singapura. Ternyata Malaysia menuding jari kepada Singapura yang menjadi punca kepada perbalahan itu, akhirnya berjaya melegakan perbalahan ini. Sekiranya benar kes kecurian minyak di laut Sulu yang dilakukan Malaysia dianggap benar oleh rakyat Sulu maka ia akan menjadi senjata merbahaya dimasa-masa akan datang.

Sentimen yang dimainkan seperti ini akan menghilangkan "hormat" seagama oleh umat Islam Sulu kepada Malaysia dan seterusnya menghalalkan apa sahaja tindakan terhadap Malaysia oleh orang-orang Sulu di masa akan datang. Ketika suasana perang yang semakin sengit, MNLF dan siapa sahaja yang membantu mereka memerangi kufar BALIKATAN sepatutnya lebih fokus kepada membantu perang bukannya mengutamakan adu domba seperti ini. Umat Islam Sulu memerlukan bantuan Malaysia dan Indonesia dan sudah semestinya tanpa bantuan Umat Islam lain akan menyukarkan perjuangan Sulu. Malaysia boleh membantu dengan membuat bantahan di PBB dan menyuarakannya di OIC (Oh I See...) demikian Indonesia dan Brunei boleh melakukan perkara yang sama. Sekiranya ia tidak dilakukan, Umat Islam Sulu akan mempersalahkan mereka sampai bila-bila.

ASREE

KEMERDEKAAN SULU KEMENANGAN ISLAM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, September 25, 2009 0 ulasan

Penulis merancang memaparkan beberapa Hadith Rasul saw berkenaan kemunculan To'ifah di akhir zaman dari sebelah timur sebelum kemunculan seorang pemimpin yang mendapat petunjuk (Al-Mahdi), tetapi tidak berkesempatan di ketika ini. Penulis masih berada di Sandakan saat ini kerana masih ada perkara yang perlu diselesaikan.

Beberapa hari lalu penulis berjumpa dengan sahabat handai yang sudah lama tidak bertemu, ada yang baru balik dari Zamboanga dan ada yang dari Kota Kinabalu, Lahad Datu serta semenanjung Malaysia pun ada. Salah seorang sahabat penulis yang sempat dijumpa ialah datang dari Kota Marudu, kerabat Sultan Harun Ar-Rasyid. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai saudara 'Z' membawa beberapa bukti dan gerak kerja perundangan untuk membawa kes Sabah dan Kesultanan Sulu ke ICJ (International Court of Justice). Beliau mengajak penulis untuk berkerjasama membawa kertaskerja tersebut ke Brunei dan seterusnya ke Putrajaya. Sebagaimana penulis yang pro-keamanan dan kedamaian Nusantara beliau juga mempunyai "arah" yang sama. Tinggal lagi beliau mempunyai caranya yang tersendiri. Bagi penulis hal ini adalah baik dan perlu diberi kerjasama dan sokongan.

Isunya ialah membawa kes Kesultanan Sulu ke atas agar ia difahami oleh Malaysia, sebagai persediaan dari sebarang kemungkinan yang tidak diingini dikemudian hari oleh Malaysia, Brunei dan Indonesia, seterusnya dibawa ke PBB, OIC dan ICJ. Kerana menurut beliau Sulu sekarang susah dan sukar merdeka selagi kes ini tidak dibawa kepada Malaysia, Brunei dan Indonesia. Itu adalah pandangan dan arah tuju beliau, tetapi penulis menyoal, benarkah Malaysia, Brunei dan Indonesia tidak mengetahui tentang Sulu dan kes Sabah?


KEMENANGAN ISLAM BERMULA DI SULU
Seorang guru penulis pernah mengatakan, "Islam akan kembali dagang di akhir zaman sebagaimana awal-awal kemunculannya di zaman Rasul SAW, ia akan kembali di sebelah timur dan mereka adalah para Ikhwan (yang sangat mengasihi Muhammad SAW) yang akan menjadi tentera-tentera imam Al-Mahdi Al-Muntazar".

Menurut para mufassir, sebelah timur yang dimaksudkan Al-Hadith ialah sebelah timur tanah Arab iaitu Afghanistan dan inilah yang paling mahsyur. Tetapi beberapa ulama Nusantara berpendapat yang dimaksudkan itu adalah Malaysia dan Indonesia. Penulis tiada sangkalan tentang hal ini, tetapi bagi penulis yang dimaksudkan ialah Nusantara secara kolektif.

Berbicara tentang Nusantara, bahasanya, budayanya, adat resamnya adalah serumpun iaitu rumpun Melayu. Melayu adalalah Bahasa bukannya bangsa, ia menjadi bangsa setelah ia dibangsakan kepada orang Melayu Jambi dan Palembang ketika dulu hinggakan di Malaysia wujudnya bangsa Melayu kesan dari penjenamaan mereka yang disahkan lagi oleh Inggeris dan Belanda. Umat Melayu mempunyai rupa-paras serumpun bermula dari Selatan Burma sehingga ke Hawaii yang secara antropologinya disebut Melayu-Austronesia. Kekuatan Melayu-Austronesia ialah berada di kepulauan besar yang asal iaitu dari Tanah Siam sehingga ke Utara Filipina, dan inilah yang mewarnai budaya Nusantara hari ini, majoritinya beragama Islam.

Mengambil agama Islam sebagai agama rasmi dan dinobat sebagai umat penganut Islam teramai di dunia, Nusantara tidak syak lagi adalah persis seperti yang diisyaratkan dalam hadith Rasul SAW. Pandangan penulis memilih Nusantara sebenarnya tidaklah menggugat keabsahan Afghanistan (Khurasan) sebagai negeri di sebelah timur sebenar dimaksudkan Hadith yang ditafsirkan oleh para ulama'. Sekadar melihat suasana dan keadaan semasa yang bersesuaian dengan Nusantara iaitu "Di Sebelah Timur", "Pengamalan Islam yang semakin diterima", "Mempunyai bangsa hebat dan gagah berperang tidak terkalahkan".

Di Nusantara, tanpa dapat disangkal oleh sesiapa, Sulu tetap menjadi induk kepada kebangkitan Islam. Masyarakatnya sekalipun berketurunan Melayu yang bercampur dengan darah Israel mempunyai pengamalan Islam yang fanatik. Penulis maksudkan fanatik, ialah pengetahuan Islam yang mereka pelajari begitu digenggam erat dan diyakini sehingga ke titisan darah mereka yang terakhir sekali pun ilmu agama mereka setipis kulit bawang. Sekiranya kita perhatikan maksud sebenar "Ikhwan ku" yang disebut Baginda SAW berkenaan umatnya di akhir zaman yang digambarkan sebagai hebat dan beriman sehingga dicemburui oleh para sahabat, ia akan terfokus kepada umat Islam di Sulu.


IKHWAN RASUL SAW
Penulis telah melakukan kajian, pengamalan MAULIDURRASUL di Sulu adalah yang paling fanatik pernah penulis lihat dimana-mana di kawasan lain di Nusantara atau pun di Dunia amnya. Orang Malaysia dan Indonesia mengatakan pengetahuan dan pengamalan Islam di Sulu begitu tipis dan menyedihkan, hal ini diakui sendiri oleh tentera Amerika Syarikat era 1900-an ketika dulu. Tetapi setelah diselidiki kenyataannya bukanlah begitu.

Seorang sahabat penulis menjelaskan,

"Tausug adalah pengamal Islam yang taat, walau pun pengamalan dan pengetahuan Islam mereka setipis kulit bawang tetapi anak-anak mereka tidak seperti di Malaysia dan Indonesia. Cuba lihat di Jolo, anak-anak Tausug tiada yang mendedah pusat dan aurat, malah tiada yang meminta-minta sedekah walau pun papa kedana.

Kes "haruan makan anak" tidak pernah kedapatan, tetapi di wilayah Nusantara lain semakin berleluasa. Maulid Rasul dirai dengan meriah lebih meriah dari Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, tanda syukur ke hadrat Ilahi. Mereka membaca kitab Al-Barzanji dan menjamu makanan kepada fakir miskin dari bermula selepas Solat Isyak sehingga menjelang waktu Solat Subuh setiap tahun, mereka sangat mengasihi ahlul bait dan para ulama' dan imam-imam yang menjadi pemimpin agama mereka. Di Indonesia dan Malaysia tiada majlis do'a selamat dari rumah ke rumah oleh Imam, tetapi di Sulu ia masih berjalan sebab itu para imam dan masyarakat terlalu rapat hubungannya. Inilah rahsia Tausug sukar dikristiankan dan dikalahkan."

Asree

MIMPI NGERI BERSAMA SI MAJNUN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, September 23, 2009 0 ulasan

Ketika dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan penulis tidur dengan lena menaiki bas SIDA. Lena diulit mimpi bukanlah perkara luar biasa..........

Seorang sahabat lama tiba-tiba menyapa ketika penulis bersiar-siar di sekitar bandar Sandakan,

"Assalamualaikum bro, ada khabar dari Bongao!! Prof. Rajan dari Mindanao State University (MSU) Bongao kirim salam. Buku Tausug and the Sulu Sultanate telah menjadi bahan kajian dan perbincangannya di sana."

Penulis menjawab salamnya dan bercerita panjang dengan beliau. Sahabat penulis yang pada awalnya penulis anggap MAJNUN ini sebenanrnya adalah seorang genius. Ternyata mereka adik beradik rata-rata adalah berpendidikan tinggi dan bijak pandai. Penulis hanya memanggil namanya sebagai SAM. Ketika bercerita beliau tiba-tiba ketawa,

"Kahahahaha,.. Bro tidak lama lagi Sulu akan merdeka. Kamu sudah sedia?" katanya sambil kenyitkan mata.

"Haha, bro kita ni selalu sedia, siap siaga kata orang Malayu. Adakah kamu juga sudah sedia?" tanya balas penulis.

"Saya adalah pembaca setia Tausug Global, saya menilai semua artikel dan analisis, ia menyeronokkan dan sangat bertepatan dengan yang berlaku di Sulu sekarang" ujarnya dengan wajah serius.

"Tahun 2014 beberapa ribu guru akan dimasukkan ke Sulu untuk pendidikan anak-anak Sulu. Tetapi mereka akan amankan Sulu dahulu dari sebarang kumpulan bersenjata. Mereka kata sesiapa yang memulakan gerakan mendirikan kerajaan sendiri itu yang mereka sokong dan beri bantuan. Tuan agak siapa yang mencetuskan idea membentuk kerajaan sendiri ini?" soalnya sambil membeliakkan biji matanya yang besar dan bulat itu.

"Setahu saya tiada lain selain UTC, ada yang lain?" tanya penulis sedikit keliru.

"Hahhh!! Siapa lagi, tinggal lagi UTC perlu bertahan dan terus bertahan. Mereka perlu pertahankan kesatuan dan berterusan mengumpulkan sokongan dan dokongan dengan biaya sendiri." katanya sambil mengukir senyuman.

"Sabotaj bro, pasti UTC akan disabotaj." balas penulis.

"Sabotaj? Tiada yang akan mampu melakukan sabotaj kepada RAJA SEGALA PEMBUAT SABOTAJ, kahahahaha!! Sabotaj silakan....." Ujarnya tenang sambil tersengih sinis.

"Bro, kita warga Malaysia, hal kemerdekaan Sulu begitu sensitif sekali kerana keterlibatan Sabah. Sebarang gerakan di Sulu akan dilihat sebagai gerakan menuntut Sabah. Kita kena meneruskan budaya perpaduan sesama umat Islam agar tiada tuntut menuntut di kemudian hari. Tuntutan terhadap Sabah akan menghancur leburkan Malaysia, ini yang kita tidak mahu bro." Ujar penulis serius.

"Itu benar bro, kita concern hal perpaduan Nusantara seperti yang kamu tulis dalam blog. Malangnya bro, tiada sesiapa yang akan beri keadilan terhadap kaum Sulu sejak dulu sehingga hari ini. Kamu warga Malaysia, saya pun warga Malaysia tetapi hakikat kita orang Sulu yang teraniaya adalah satu kenyataan. Masih ingat tentang tulisan kamu The Ten Lost Tribe Of Israel dalam Tausug Global?" sambil menekan jari telunjuknya ke dada penulis.

"Ya, mengikut kajian kami dengan bro Neldy, Tausug adalah berdarah bani Israel semenjak sebelum kedatangan 10 kaum dari Israel ke Sulu lagi." Jawab penulis ringkas.

"Hah... Itulah dia, mereka ambil harta Sulu bukan sahaja pada 1935 di tangan Sultan Jamalul kiram II tetapi semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi. Pertalian kita dengan Jerusalem bukan sahaja pada tahun 250 sebelum masihi (ketika kedatangan 10 kaum bani Israel ke Sulu), bukan juga ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. tetapi pada zaman sebelum kelahiran Nabi Ibrahim a.s. iaitu ketika bangsa Kanaan atau Phoenician belayar ke Sulu lagi. Ingat, isteri ketiga Nabi Ibrahim itu adalah dari Sulu bernama Kethurah." Jawabnya dengan air muka serius.

"Jadi bro apa pengajaran dari cerita itu tadi? Sejarah? Ya jelas ia boleh diterima kerana terdapat bukti tentangnya, apa sebenarnya yang bro mahu jelaskan?" Tanya penulis sambil menghirup air jus oren kurang manis.

"Point di sini ialah kita adalah saudara terdekat bani Israel dari pandangan mereka ini dan juga terbukti dari catatan sejarah. Mereka bukan sahaja mengambil emas Sulu tetapi menyimpannya untuk kita selama ini. Tradisi kita sama dengan mereka iaitu dimusuhi oleh bangsa Eropah. Ketika kita diserang Spanyol dan Belanda yang datang dari Eropah kita melawan tanpa terkalahkan. Kita menjadi kebanggaan mereka dan sengaja disimpan untuk menjadi kerajaan akhir zaman seperti yang mereka katakan THE PROMISE LAND Bani Israel." Beliau begitu bersungguh-sungguh menjelaskan kedudukan sebenar.

"Bro, kita walau pun dari bani Israel, kita adalah Islam dan mempunyai budaya mulia membantu umat Nusantara sejak dahulu lagi. Terbukti kita bukannya bangsa penakluk dan pemusnah kerajaan nusantara yang lain. Kita pastinya kalau keluar jadi negara pun kita akan salin bantu membantu dengan Malaysia dan Indonesia serta wilayah Nusantara lainnya." Jelas penulis.

"Hahaha... bro, itu benar, saya akui. Sekarang kamu lihat ini....." Lalu beliau mengambil pen dan sekeping kertas dari poketnya sambil membuat lakaran, "Lihat ini, Sultan Johor adalah Tausug, Hang Jebat adalah keluarga diraja berketurunan Tausug. Runtuhnya kegemilangan Majapahit adalah kerana bantuan tentera Tausug sebab itu Majapahit tidak pernah menyerang Sulu. Orang Batak pernah bersama Tausug saling bantu dalam peperangan, orang Batak di Sumatera itu adalah bercampur dengan Tausug. Panglima Ilidji dari Sulu pernah terlibat dalam peraduan kerbau di Sumatera yang hingga hari ini menjadi lagenda Minangkabau, sebab itu Raja Baguinda dari Sumatera pada tahun 1400 telah sanggup belayar begitu jauh sehingga sampai ke Sulu kerana beliau kagum dengan keganjilan perangai dan kepahlawanan Tausug.

Panglima Ilidji lah yang kalahkan pendekar Majapahit yang dinamakan Taming Sari, Tausug menguasai Vietnam dan Taiwan, sebab itu AS menyerang Vietnam dan masih mengawal Taiwan hari ini kerana ia masih dalam kekuasaan Sulu. Kita bukan penakluk, tetapi kerana kebaikan budi dan keberanian kita dapat berkuasa hampir disemua tempat di Nusantara setelah kejatuhan Majapahit" ceritanya agak panjang.

"Hahaha, bro ada bukti tentang semua ini? Ok lah bro, saya pun ada urusan ni lain kali kita bercerita lagi... kehehe." penulis mula minta diri kerana berasakan perbualan tersebut hanya dikuasai oleh rasa ego kebangsaan yang tidak pernah penulis dengar.

"Bro saya akan bawakan buktinya ada dalam tesis Prof. Eddie M. Ali, beliau sekarang adalah Chancellor MSU Bongao. Bro kalau datang ke Bongao boleh saya bawa berjumpa beliau untuk dapatkan salinan tesisnya." penjelasan beliau menyebabkan penulis terduduk sebentar.

"Bro Asree akan dapatkan maklumat darinya tentang istilah UNITED KINGDOM OF SULU yang tertulis dan diiktiraf oleh United Kingdom of England. Satu-satunya kerajaan yang diiktiraf dunia di Nusantara ialah Sulu. Cuba lihat ini.... Sabah, Kalimantan, Sarawak... (banyak lagi disebut tetapi penulis lupa) Johor, Vietnam dan Taiwan adalah milik Sulu. Dalam catatan PBB (UN) Sabah ialah NB-12-SXX, Sarawak ialah WB-(?)-SX, Kalimantan ialah SB-(?)-SXXX..... Perhatikan SXXX, SXX, SX.... 'S' bermaksud Sulu..." Jelas beliau dengan serius.

Tiba-tiba, "Bang... oh bang dah sampai batu 7 sudah!!" Konduktor bas SIDA kejutkan penulis dari tidur. Rupa-rupanya penulis bermimpi, penulis bingkas bangun, mengambil beg lalu turun dari bas SIDA. Penulis sudah sampai Sandakan dari Kota Kinabalu.

Penulis telefon saudara Neldy Jolo lalu ceritakan tentang mimpi ngeri tersebut. Sekiranya ini benar masa depan Nusantara adalah sukar. Begitu sukar diramal, nasib baik mimpi. Selamaaaaat penulis.

ASREE

HARI RAYA DI JOLO DIRAI DENGAN PERANG?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Ketika penulis menjejak kaki ke Sandakan pada 19hb dari Kota Kinabalu (sehari sebelum raya) sudah terasah sesuatu yang tidak kena. Pada pagi hari raya penulis menghubungi Neldy Jolo yang kebetulan berada di Sandakan. Beliau menyatakan ada laporan dari Jolo, operasi tentera katanya. Kemudian pada petang hari raya kedua Neldy Jolo memaklumkan bahawa "Balikatan telah menyerang Abu Sayyaf" di Jolo ketika umat Islam Sulu meraikan hari raya.


PERANCANGAN "MEREKA"
Penulis telah katakan pada sahabat-sahabat di Kota Kinabalu dan Sandakan bahawa apa yang akan berlaku di Sulu selepas ini bukannya tindakan bersendirian kerajaan Filipina, tetapi adalah "Tindakan ANTARABANGSA" untuk mengubah peta dunia. Mengubah peta dunia operasinya telah bermula ketika runtuhnya dua bangunan berkembar New York pada 9/11, 2001. Penulis telah mengagak tahun 2004 akan berlaku kejatuhan ekonomi global yang akan bermula di AS. Menurut perkiraan mantik penulis, AS meletupkan bangunannya sendiri kerana dia tahu ekonominya bakal hancur berkecai tidak lama lagi. Menjatuhkan bangunannya sendiri lalu dituding kepada "pengganas Islam" akan dapat melambatkan kejatuhan Dolarnya.

Ia satu tindakan mudah untuk melancarkan peperangan menentang keganasan dan membolehkannya menyerang Iraq dan Afghanistan secara unileteral. Dalam masa yang sama Israel akan dapat menjalankan rancangannya "Membina Tembok Maut" keatas Falestin, jelas sudah pun berlaku. Kemudian memperlagakan Hamas dan Fattah, setelah Fattah memutuskan hubungan dengan Hamas, Israel pun cepat-cepat melancarkan serangan keatas Gaza yang dihuni oleh majoriti Hamas. Ini adalah tindakan "test market" dengan menangguk di air yang keruh. Hal ini mengundang campurtangan HIZBULLAH membantu Hamas yang akhirnya membawa serangan keatas pusat gerakan Hizbullah di Lubnan oleh Israel.

Malangnya Israel berjaya ditumpaskan oleh Hizbullah, nampaknya "test market" Israel gagal. Tindakan Israel itu sebenarnya adalah tindakan terdesak untuk menguasai Gaza dari tangan Hamas, kiranya berjaya Israel akan menyerang Fattah pula seterusnya Hizbullah di Lubnan. Ia perancangan yang gagal dan memalukan. Apa tindakan Israel seterusnya?


FOKUS SEJAK DULU ADALAH SULU
Nampaknya ramalan penulis tidak tepat keatas AS kerana kejatuhan ekonominya bermula pada awal 2008 baru-baru ini bukannya 2004. Kejatuhannya tidaklah begitu terasa sehinggalah ke satu masa yang mereka fikir sudah tiada cara lain kecuali "menyedut minyak di Laut Sulu". Sulu lagi!! Penulis masih terikat dengan Sulu walau dunia ini diterbalikkan, penulis masih memandang kearah Sulu entah kenapa. Ada sesuatu yang ganjil di sana yang menjadi penyebab kepada perhatian penulis.

Kini perang akan meletus semula di Sulu, ia akan merebak seperti virus. Program mengaburi mata dalam masa yang sama bergerak seiring iaitu "perjanjian damai Filipina dan MILF" agar dunia berterusan melihat perjanjian damai. Bagi penulis perjanjian ini adalah "olok-olok" yang tidak disedari oleh banyak pihak.

UCAPAN GLOBAL Aidil Fitri

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, September 17, 2009 1 ulasan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Pattani, Acheh, Sulu-Mindanao dan Singapura yang senantiasa mengunjungi dan memberi sokongan keatas blog ini. Segala terkasar bahasa, tersentuh perasaan kalian dan apa sahaja yang melibatkan artikel dalam blog ini harap dimaafkan. Kami akan berada di Sabah sepanjang bulan Syawal, insyaAllah kemungkinan akan pergi ke Jakarta dan Zamboanga City atas urusan keluarga. Wassalam.

BANKER & KERAJAAN FILIPINA GELISAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Gagandilan sin Tausug way sila nalawa' sabab sin Sultaniyyah. Way mayan Sultaniyyah (Pamarintah sin Sulu) bihaun nalawah na sila nahinang Moro, Filipino atawa kan Malaysian. In kamahardikaan yan da halaum lima Sin Raayat Sulu, tumuy sila mahinang bangsa dugaing (Moro, Filipino, Malaysian) atawa Tausug ha baba'an sin Sultaniyyah sin Sulu depende kanila.

Penulis ulas dalam Bahasa Tausug,


PIYALAMUD NA IN ICJ (International Court of Juctice)

In Filipina bihaun di' na makatanam in buli' nila limingkud ha lilingkuran. Nanamun nila mapasu' misan mahagpay halaum bilik aircond, nakalandu' in susah nila, pangasubu mayta' baha'?

Indani niyu manga taymanghud, in kiyasusahan nila bukun sabab sin parjanjian MILF mangayuh Autonomi ha Filipina sagawa' in kiyabimbangan nila sabab sin UTC. In nakaginggu' bihaun sin Filipina bukun MILF amin mangayuh Autonomi sagawah UTC in kiyabugaan nila sabab mangayuh hak Independen sin Sulu pabalikun in hulah nila biyah sin kaina tagna'.

Halaum balita' sin Berita Harian Online ha baba' ini biyaitah, bahasa in Filipina mangayuh tabang umusal Broker dain ha EU iban OIC ha pag isun nila iban sin MILF mangayuh Autonomi. In maka inu-inu tiawag nila in ICJ hinangun saksi' sin paljanjian nila (Filipina) iban sin MILF ini. Amuyan in nag hapen bihaun, plano ha susungun meeting nila iban MILF. Pangasubu, maitah ha pagisun nila atawa paljanjian nila tagnah way nasabbut atawa nakaagad in ICJ?

Laung hi Rafael Seguis, "In kalamud sin ICJ malagguh tuud in kaaunan niya ha usaha mag paaun kahannungan ha Mindanao. Kahapun in MILF miaya' sabab kalamud sin ICJ ha pag meeting ha Malaysia."

Maytah in Filipina in taud na sin meeting iban sin pagiyanun nila "Bangsa Moro" daing pa ha Tripoli Agreement iban ginisan pa agreement sampai na pa meeting nila bahgu-bahgu ini way tuud nakalamud in ICJ (International Court of Justice)?, subay na bihaun ampa nakalamud? Awun tuud ini "ullang ha baba' sin pansit" (maksud niya aun parakala' tuyapuk ha ulihan).



MAGPI' HA DUWA: INDEPENDEN ATAWA AUTONOMI

Pagga gimuwah na in UTC duma sin Historical kapatut nila ha Sulu, nahinang kabugaan No.1 sin Filipinas. In tagnah in manga agreement niya iban sin MNLF atawa MILF pahil-pahilun nila sadja pagga bahah laung niya way ra kapatut sin manga MN iba MI sabab nag gugulal MORO Nation, sabab in MORO yadtu ha Morocco Maghribi. Bihaun gimuwah mayan in GROUP TAGA KAPATUT (UTC) ampa sila nakalidji ihi' ha titindugan nila iban pagiyan, "Biyaddiin nabahah ini, yarina gimuwah in manga tagdapu hulah."

Manga taymanghud, in Filipina di' tuud mabayah maindependen in Sulu atawa Mindanao, amupaka laung ta Independen na misan in Autonomi yaun bang aun dapat di' da hidihil nila, pahil-pahilun nila sadja. Pagga gimuwa' na in UTC (UNITED TAUSUG CITIZEN) nag paguwa' sin kapatut sabunnal nila, unu in hinangun sin Filipinas subay da dihilan niya in manga MILF Autonomi, pad-pad ma independen sin Sulu maraw pa ma Autonomi sin MILF, amuyan dakuman in dan karaganan sin Filipinas.

Piyaratung nila in ICJ ha final agreement sin MI bat bahasa kakilahan in Autonomi sin Moroland daing ha Filipinas, yan hinang nila ampa in UTC hilu'bung, ampa in UTC di' makaagaw "attension" ha mata sin ICJ iban dunia. Pagga baha' in hibal sin UTC malallay, mahantap, nagilud matuud sabab sin way tatabangan daing ha guwah hula' danan in ICJ atawa dunia way nakahati. Hambuuk da isab naka sabab hangkan in UTC sampay bihaun kiya isa-isahan nag hibal sin MAKSUD nila. In pikilun sin manga UTC bihaun subay da sila gumuwah hulah magpasampay sin kapatut nila misan dahun nila magilud bat sila kakilahan.



KABUGAAN IN SULU MA INDEPENDEN

Halaum parakalah ini, in manga BANKER-ZIONIS amin nag jajaga sin Gold Bar of Sulu miyagad na miyugah. Maitah di' mugah, bang kunuh gumuwah na in Sulu MAKIAMAT NA IN DUNIA sabab in piyagdaya sin Dunia bihaun altah sin SULU. Al-hasil bang ma independen in Sulu mahinang siya hulah dakulah dayahan di' mammpun taubat in daya niya. Nasabbut sin Banker-Zionis bahawa in altah sin Sulu ha katilingkal dunya bihaun bukun hat 39 digit, sagawah awun 39 comma in banus sin altah. Hambuuk engineer PETRONAS pangkat CEO nag baitah katuh, bang laung niya 39 comma di' sayan laung niya maitung, subay laung niya tipunun mu in altah halaum dunia katan ini ampa mu mabilang.

Kiyaingatan sin Banker-Zionis in Nabi Sulaiman a.s. magkawa' bulawan iban pilak di ha Sulu. Halaum history sin Bani Israel in dayahan tuud Raja atawa king amuna hi Nabi Sulaiman a.s. hangkan in Tausug ha Sulu kiyalamuran sin Bani Israel daing tagnah pa. Hangkan in utuk sin Tausug yan naka dudugaing daing ha kaibanan bangsa halaum ASEAN ini. Bunnal tuud nakalandu' in dugaing sin Tausug, nakadugaing ha pagdagang-dagang, ha multi-etnik, ha kaisug, ha pangaddatan, etc.

Manga Banker-Zionis piyapanaw nila bihaun in manga MASONIC nag agama Islam (kamatauran nila manga Professor, kanakuraan sin MILF/MNLF sasuku' sin nakalamud, Mayor-Gabernor atawa manga alta'an Tausug-Maguindanao-Maranao) ha supaya di' lumamud ha UTC, bang awun dapat dihilan nila lummi' bat di' agarun sin manga raayat. In patut niya manga Bangker-Zionis ini in mawun pa UTC duma isun, sagawa' di' yan mahinang nila sabab sin Doctrin sin UTC amuna in Tausug and the Sulu Sultanate amin diyara in kaIslam halaum pamarintahan, amuyan in dih kabayaan sin manga Banker. In kabayaan nila pindahan pa Republic MORO NATION ampa nila tabangan.

Maggaganap pa in bugah sin Filipinas iban Banker amin in Slogan sin UTC "Kami bukun Filipino" iban "Kami bukun Moro" giyanapan pa "In altah sabunnal sin Sulu amuna Raayat!!! Malawa' in raayat malwa' in hula', hangkan magbalik in raayat pa Sultanate of Sulu ampa in hula' ta hikabalik". Landuh tuud in diyara sin UTC kasabunnalan. Amuna in piyag muhut-muhutan sin manga mahadjana' miyamagad ha UTC. Bang saupama misan piyagtuyuan nila bihaun in kamahardikaan sakali di' nila ra makawa', ha susungun tuyun da sin anak apu' nila sabab in manga buk siyulat iban kapatta'-patta'an sin pag RALLY mahinang nila habay iban talduruk atawa kan puunan mag pamahardika' sin Sulu ha susungun zaman.

Luku' ligad sin UTC atawa sin manga tau kimukuntara ha UTC hikasulat da sila halaum history sin dunia. Bunnal Tuhan da in makaingat kanila, sagawah bang di halaum dunia, huling bata' da in makaingat kanila bang hai'in sila hibutang. Hambuuk bukti', manusia pagnganan Hj Buto (Prime Minister sin Sultan Jamalul Kiram II) hay in biyutang in ngan niya kaagi sin huling bata'? Mahamut atawa mabahu'? Kitaun ta isab hinda manga Maas Kamlun, in ngan nila mahamut sabab sin kusug nila umatu ha kasabunnalan sin Tausug iban Sultaniyyah sin Sulu.

ASREE


-----------------------------------------
Berita Harian Online,
17hb September 2009
Berita Dunia, Tajuk: Filipina guna broker perdamaian

MANILA: Kerajaan Filipina bersetuju membenarkan broker antarabangsa menjadi orang tengah dalam rundingan dengan pemisah di selatan negara itu.

Ketua perunding kerajaan, Rafael Seguis dalam satu kenyataan berkata, persetujuan membabitkan orang tengah yang akan dipilih daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) adalah 'kejayaan besar' dalam meneruskan rundingan damai.

"Pembabitan 'Kumpulan Hubungan Antarabangsa' (ICG) adalah kejayaan besar dalam usaha mewujudkan perdamaian di Mindanao.

"Kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) kumpulan pemisah terbesar, bersetuju menerima kehadiran ICG kelmarin dalam rundingan yang diadakan di Malaysia," katanya.

Manila sebelum itu mengumumkan pihaknya menjangka rundingan dengan MILF disambung semula selepas berakhirnya Ramadan minggu depan. – AFP

Utusan: Pertahan dagangan AS

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, September 16, 2009 0 ulasan


Anjing dipegang Obama, Obama dipegang oleh Banker.


Utusan Malaysia Online
16 September 2009 / 26 Ramadan 1430

WASHINGTON 15 Sept. - Presiden Barack Obama berkata, beliau akan bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas peraturan pelaksanaan tarif AS ke atas tayar China dilihat sebagai ancaman yang akan memburukkan lagi hubungan antara kedua-dua negara itu menjelang sidang kemuncak G20 pada minggu depan.

Obama membawa "kegoncangan" kepada masa depan AS dan Dunia.

Obama, bagaimanapun menolak kebimbangan berlakunya perang perdagangan dan penolakan bantuan akibat pelaksanaan duti import sebanyak 35 peratus ke atas tayar buatan China.

China telah membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WHO) di Geneva berhubung keputusan itu.

"Ini bukan satu kesilapan, bahagian pentadbiran komited untuk memperluaskan perdagangan dan mewujudkan perjanjian perdagangan baru.

"Ia benar-benar penting untuk masa depan ekonomi kita. Tetapi tiada sistem perdagangan yang akan berfungsi jika kami gagal untuk menguatkuasakan perjanjian-perjanjian perdagangan yang telah ditanda tangani ini.

"Keputusan itu dibuat bukan provokatif atau untuk menggalakkan fahaman perlindungan sendiri, tetapi kerana penguatkuasaan perjanjian- perjanjian perdagangan adalah sebahagian daripada memelihara sistem perdagangan terbuka dan bebas." kata Obama di Dewan Persekutuan, Wall Street.

Obama pada Jumaat lalu mengumumkan mengenakan duti import ke atas tayar kenderaan dan trak ringan ekoran amaran barangan buatan China mengancam sektor perniagaan AS. - AFP


Ulasan:
Pertembungan kepentingan perdagangan antara AS dan China dijangka akan terus panas. China yang disifatkan oleh para penganalisis sebagai "Kuasa Ekonomi Baru Dunia" akan terus menguasai pasaran perdagangan. AS yang semakin terhimpit dengan kejatuhan Dolarnya bergelut pula dengan masalah Iraq dan Afghanistan yang tidak diketahui bila selesainya, kemungkinan akan melakukan tindakan yang tidak terduga demi menyelesaikan masalah ekonominya.

AS meletak Obama di atas kerusi Presiden dilihat dapat merapatkan hubungan dengan dunia Islam yang sebelum ini buruk telah pun diketahui. Malangnya Obama sekarang mula menghadapi kebuntuan, beliau tiada upaya kecuali hanya dijadikan "tunggangan" oleh para banker demi kepentingan mereka. Akhirnya suatu hari nanti jangan hairan sekiranya Obama terpaksa melakukan apa yang disuruh BANKER seperti mana George Bush meletupkan bangunan Pusat Dagangan Dunia New York atas arahan Banker.

Kemungkinan yang belum terjawab, "Obama akan melancarkan perang dunia ke 3"!!

ASREE

ANALISIS: DUNIA DIAMBANG PERANG DUNIA KE-III

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, September 15, 2009 0 ulasan


KESTABILAN MALAYISA
Dalam kegawatan ekonomi global yang semakin meruncing, Malaysia masih mampu bertahan kerana kekuatan dalamannya yang masih kukuh. Kegiatan pertanian dan penternakan yang tidak begitu terkesan dek kegawatan ekonomi masih terus berjalan. Kita bersyukur kemakmuran Malaysia bukan sahaja telah dapat dinikmati oleh rakyatnya malah rakyat Sulu, Pattani dan Indonesia turut dapat menikmati kemakmurannya.

Dalam perlumbaan membangunkan negara, Singapura dikatakan adalah yang termaju tetapi sekiranya dinilai dari keluasan dan skop tanggungjawab serta tanggungan tentu Malaysia lebih jauh mendahului. Siapnya menumen seperti KLCC, KL Tower serta pembangunan Putrajaya dan perancangan perbandarannya yang bertaraf antarabangsa menjadikan Malaysia negara terunggul di Nusantara.

Sebarang gangguan yang mengakibatkan ketidakstabilan seterusnya menghancurkan Malaysia akan mewujudkan huru-hara di Nusantara ini. Sekiranya berlaku huru-hara pastinya letusan tunjuk perasaan dan tuntutan kemerdekaan wilayah-wilayah yang berada dalam Malaysia, Indonesia hatta di Filipina sekali pun akan berlaku. Ia bukanlah omong kosong sekiranya kita memperhalusi secara terperinci.

Hal ini perlu diberi penekanan kepada setiap tindak-tanduk umat Nusantara agar senantiasa menjaga perpaduan. Sekali pun tidak sefahaman agama sekurang-kurangnya "rumpun Melayu" itu dapat dijadikan "pengikat" perpaduan.


MALAYSIA SEBAGAI PENDAMAI
Bukanlah perkara yang menghairankan sekiranya Malaysia menjadi pemerhati kepada perdamaian MILF/MNLF dengan kerajaan Filipina tidak lama dulu adalah kerana kepercayaan negara lain terhadap Malaysia. Kemampuan Malaysia menangani masalah pendatang dan pelarian juga antara yang terbaik sekali pun mendapat kritikan negatif. Tindakan Malaysia menangani pelarian berdarah dari Acheh dan Sulu contohnya mampu ditangani dengan sabar dan berhemah sekali pun dalam masa yang sama menerima tujahan pelarian dari bangsa Rohingya Myanmar dan Pattani dari selatan Thailand. Ini tidak termasuk warga Pakistan, Bangladesh dan India.

Malah Malaysia menjadi tempat longgokan warga China yang masuk secara sah. Warga China yang masuk beratus ribu setahun tetapi yang keluar kembali ke China tidak sampai pun beberapa orang. Ini berlaku di semua pintu masuk di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Begitulah kemakmuran Malaysia, ibarat gula kepada semut. Sebenarnya Malaysia adalah negara "PENYELAMAT" kepada negara lain yang menghadapi masalah.

Indonesia walau pun mempunyai umat Islam teramai dengan pembangunan yang juga begitu rancak, oleh kerana wilayah yang terlalu besar Indonesia tidak begitu berjaya menguruskan ekonominya. Pendapatan perkapita rakyatnya terlalu kecil berbanding negara Asean lain sehingga mewujudkan ketidak seimbangan status ekonomi rakyatnya. Yang kaya terlalu kaya raya manakala yang miskin terlalu miskin papa kedana sehingga tepi jalan bandar-bandar besar dan kecilnya dipenuhi oleh peminta sedekah. Indonesia dan Filipina hampir berkongsi masalah yang sama.


KEMELESETAN EKONOMI DAN PERANAN BANKER
Sekarang masalah ekonomi global semakin teruk dan buruk. Ia tidak begitu terasa dan dibimbangi pada peringkat awal, malangnya ia akan menjadi seperti hujan renyai-renyai, nampak tidak begitu membimbangkan tetapi sekiranya berterusan berminggu-minggu ia akan merosakkan apa sahaja. Kerana banjir akan berlaku secara berterusan yang akhirnya menghalang orang ramai berjual beli, bekerja dan sebagainya. Tanaman akan rosak, kandang ternakan akan ditenggalami air manakala kilang-kilang ditutup kerana air menghalang operasi.

Analogi hujan renyai-renyai adalah sama dengan kemelesetan ekonomi kiranya berpanjangan. Kalau hujan kita boleh mengagak bila ianya akan berakhir, seminggu atau dua minggu atau pun paling lama sebulan. Kegawatan ekonomi hari ini siapa yang boleh agak bila ianya berakhir?

Seorang penceramah yang bergaul dengan pakar-pakar ekonomi mengatakan, "Kemelesatan ekonomi global hari ini adalah yang paling buruk dalam sejarah dunia. Tidak ada satu pakar ekonomi pun hari ini yang mempunyai teori penyelesaian untuk menyelamatkan kemelesetan ini. Ia dijangka akan berterusan sehingga ke satu tahap yang kita tidak ketahui bila."

Mengapakah hal ini terjadi? Setiap perkara berlaku dengan sebab samada dilakukan dengan sengaja atau pun tidak. Menurut beberapa pakar ekonomi, kemelesetan ekonomi global hari ini adalah disengajakan oleh para banker. Ini ada kaitannya dengan negara Israel dan perluasan wilayahnya. Kemelesetan ekonomi yang berpanjangan akan menghasilkan peperangan besar yang akhirnya dapat mengubah peta dunia. Ini akan dapat dimanfaatkan oleh Israel yang dapat memperluaskan wilayahnya sehingga ke Iraq, Mesir dan Jordan.

Kebijaksanaan banker menjatuhkan ekonomi bukanlah baru. Bukan sahaja mereka lakukan kepada peperangan Dunia Pertama dan Kedua tetapi pada setiap perang yang berlaku di Eropah setelah zaman Pembaharuan adalah angkara para banker ini. Banker ialah para pemodal Yahudi-Zionis yang menguasai sistem kewangan dunia hari ini. Perkara ini bukan lagi rahsia.


PENULARAN WABAK H1N1
Penularan wabak penyakit AIDS dan beberapa penyakit merbahaya sebelum ini adalah ciptaan manusia. Ia dicipta dari makmal sebagai ujikaji mereka menjadikannya wabak berjangkit diseluruh dunia dengan tujuan,
  • Pertama: Mencipta senjata kimia untuk peperangan.
  • Kedua : Membunuh umat manusia untuk mengurangkan populasinya.
Mereka mencipta penyakit dan mereka sendiri telah cipta penawarnya. Sebagai analogi, Virus komputer itu dicipta oleh pakar pengaturcaraan yang mana mereka sendiri tahu bagaimana mencipta anti-virusnya. Ia sama dengan AIDS dan penyakit berjangkit lain. Hari ini muncul beberapa penyakit baru yang ganjil dan sukar diubati sepeti H1N1. Siapakah yang mencipta virus ini?

Yahudi-Zionis punya pakar-pakar Fizik dan Kimia mereka sendiri yang terdiri dari Atheis Yahudi. Mereka saban hari mencipta bahan-bahan baru yang mampu menghancurkan umat manusia lain. Sebagai contoh, seorang pakar Fizik berbangsa Yahudi bernama Albert Enstain telah berjaya mencipta Bom Atom hasil dari teori Fiziknya tentang kerelatifan. Yang akhirnya digunakan untuk menghancurkan bangsa Jepun. Mengambil dari peristiwa penciptaan Bom Atom ini maka para ahli Fizik dan Kimia negara-negara tertentu telah menyertai perlumbaan mencipta senjata-senjata kimia yang merbahaya ini.

Bom Fosforus sebagai contoh yang digunakan Israel dalam perang melawan Hizbullah dan Hamas baru-baru ini adalah sebahagian dari senjata Kimia. Mangsa yang terkena bom ini akan melecur sterusnya dagingnya akan luluh dan hancur seperti terbakar. Senjata kimia juga digunakan keatas Iran ketika berperang dengan Iraq dahulu. Senjata kimia telah dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Saddam Hussein yang akhirnya digunakan kepada umat Islam Iran. Maka penyakit H1N1, AIDS dan pelbagai wabak ganjil yang lain tidak syak lagi telah dicipta dalam makmal oleh pakar-pakar kejahatan yang kita sendiri maklum.


JALAN KEARAH PERANG DUNIA KE-III
Sekiranya kemelut ekonomi global ini berterusan sehingga ke tahun 2012 maka dibimbangi akan meletusnya perang dunia ke III. Hal ini akan bertambah parah dengan berterusannya perang Iraq dan Afghanistan serta Falestin yang kemungkinan besar akan memalit negara-negara Islam lain seperti Iran. AS akan mengalami defisit yang paling besar dalam sejarahnya sekiranya meneruskan peperangan dengan rakyat Iraq dan Afghanistan. Untuk menarik tenteranya dari sana adalah mustahil kerana,

  • Pertama, tidak mungkin menarik tenteranya adalah kerana ia melibatkan maruah AS sendiri di mata dunia. Perang unilateralnya keatas Iraq dan Afghanistan sebelum ini akan memalukan dirinya sekiranya mereka bertindak menarik tentera secara total sedangkan belum dapat kemenangan.
  • Kedua, sekiranya tentera AS dikeluarkan maka mujahidin Iraq dan Afghanistan akan mendapat peluang bersatu mengumpul kekuatan untuk menyerang Israel dan sekutu AS.
Amat malang bagi AS kerana kemelesetan ekonomi yang menjatuhkan nilai dolarnya dari hari ke sehari menambahkan lagi penderitaannya di pentas antarabangsa. Satu negara besar yang menjadi polis dunia tetapi akhirnya muflis, tidak mungkin AS dapat menerima kenyataan ini.

AS hanya ada satu jalan iaitu SAMA-SAMA HANCUR. Biarlah kehancurannya sama-sama dikongsi dengan negara lain. Azamnya kearah sama-sama hancur ini semakin kuat kerana negara-negara lain sekarang sedang berpakat untuk tidak menggunakan Dolar Amerika lagi sebagai matawang utama urusan jual beli antarabangsa lagi. Kejatuhan Dolar Amerika setiap hari akan merugikan negara-negara yang menggunakan USD sebab itu perlu mencari matawang alternatif lain. Matawang dinar-emas adalah salah satu yang menjadi pilihan selain matawang Euro. AS terpaksa gigit jari.

Kemungkinan lain yang AS fikirkan untuk menyelamatkannya ialah membuka perang baru dengan Iran dan mencari sebab berperang dengan Korea Utara serta memanaskan isu Taiwan untuk membuka ruang konfrontasi dengan China. Kerana China adalah gangguan utama AS sejak akhir-akhir ini kerana penyertaan China dalam dagangan global. Membuka peperangan dengan China akan mengundang tindak balas Russia yang sememangnya mempunyai hubungan dingin dengan AS kerana isu peluru berpandu pemintas udara yang diletak AS kepada negara-negara bekas jajahan Russia.

Maka jalan untuk perang dunia ke II semakin jelas. Perlulah diingat, perang besar akan menghasilkan keuntungan yang besar. Pembelian senjata, perpecahan negara-negara besar menjadi kecil, dan penggunaan khidmat "Polis Dunia" akan menguntungkan AS sekali gus dapat keluarkan dirinya dari kegawatan Ekonomi.


KEHANCURAN NUSANTARA YANG DIHARAPKAN
Kedudukan AS di Nusantara semakin diperkuatkan semenjak selepas mereka jatuhkan Pusat Dagangan Dunia New York. Ketika itu AS hanya memberi kata dua, mahu menyertainya memerangi keganasan atau menyertai pengganas. Negara-negara dunia memilih "menyertai AS untuk memerangi keganasan" yang tanpa disedari AS telah memulakan kempen "PERANG DUNIA KE-III". Sejak itu mereka menguatkan kekuatan di perairan Taiwan dan Jepun sehingga ke Singapura dan Filipina. Nusantara dipaksa dengan "Latihan Bersama" dan "USAID" yang bertujuan agar dapat mengetahui kekuatan dan upaya persenjataan sesuatu negara terutama negara-negara Islam. Indonesia dan Malaysia tidak terkecuali.

Langkah seterusnya ialah mewujudkan huru-hara di rantau Nusantara, maka di Indonesia muncullah kes,

  • AMBON (perang masyarakat Islam dan Kristian),
  • Sulawesi (perang masyarakat Islam dan Kristian),
  • Kalimantan (Perang etnik Madura dan Dayak),
  • Acheh (mahu merdeka),
  • Irian Jaya (mahu Merdeka) dan akhir sekali ialah,
  • Timor Timur yang akhirnya berjaya dimerdekakan menjadi Timur Leste.
Kemudian mereka mulakan kempen membongkar fakta sejarah dan persempadanan antara negara dengan tujuan dapat melihat kelemahan bukti perundangan, contohnya,

  • Tuntutan Kes Sipadan dan Ligitan (antara Indonesia dan Malaysia)
  • Tuntutan Kes Pulau Batu Putih (antara Malaysia dan Singapura)
  • Tuntutan Kes Sabah (antara Filipina dan Malaysia)
  • Tuntutan Kes Kepulauan Spratley (banyak negara termasuk Vietnam, Malaysia dan Filipina).
Yang paling menonjol dalam semua kes ialah Tuntutan Pulau Sipadan yang akhirnya dimenangi oleh Malaysia. Mereka dapat mengesan bukti bahawa begitu longgarnya kes Sipadan hanya kerana menggunakan bukti "Rakyat Sultan Sulu telah lebih awal mengutip telur penyu" menyebabkan kemenangan Malaysia keatas Indonesia. Dengan demikian kesahihan siapa yang empunya Pulau Sipadan dan Sabah itu dari segi sejarahnya yang awal telah dapat dipastikan dan ini boleh diguna pada bila-bila masa.

Kemudian kekalahan Malaysia di tangan Singapura keatas Pulau Batu Putih menjadi perkara lain. Singapura telah mula menunjukkan kekuatan bukti perundangan yang Malaysia sendiri tidak menjangkanya sejak dari awal perbicaraan di ICJ. Amat malang ia hanya permulaan kepada tuntutan yang lebih besar di masa akan datang.

"Mereka" mengekalkan Thailand hingga ke Burma dan Filipina (dari hujung ke hujung) kekal bergolak dengan pemberontakan. Ini bertujuan mengekalkan suhu kepanasan yang membolehkan mereka berada di sana setiap masa untuk menjaga dan mengawal.


SULU SEBAGAI TURNING-POINT
Sulu dijadikan sebagai bom jangka. Bila ia meletup tidaklah diketahui. Bergantung kepada masa dan ketika. Hanya Allah swt sahaja yang tahu dengan mereka yang merancangnya. Hal ini perlu diberi perhatian serius oleh Malaysia dan Indonesia. Filipina perlu dibawa ke meja rundingan untuk menyelesaikan kes Sulu. Mindanao jangan disentuh dulu kerana MILF masih berkuasa di sana. Berterusan berdiam diri Malaysia dan Indonesia dikhuatiri tidak akan berkesempatan membendung sebarang tindak balas yang kita sendiri tidak tahu bagaimana kekuatan impaknya. Malaysia dalam hal ini semestinya mengambil tindakan proaktif kerana kepentingan Malaysia terhadap Sabah.

Masalah Sulu sebenarnya adalah masalah Malaysia bukannya masalah Indonesia dan negara lain. Filipina hanya ingin menyelamatkan dirinya dengan hanya mewar-warkan tuntutannya terhadap Sabah, kerana Filipina tahu hanya Sulu sahaja yang layak menuntut Sabah bukannya Filipina. Orang-orang Sulu sudah pun tahu tuntutan Filipina keatas Sabah yang kemudian dinafikan oleh Malaysia tanpa menghiraukan Sulu dan rakyatnya yang dinafikan hak sejak sekian lama. Ia seolah-olah satu permainan "tuntut dan nafi" yang tiada kesudahan. Tindakan Malaysia dan Filipina ini akan dapat dihidu oleh orang Sulu dan pihak lain sebagai "ada udang di sebalik mee-hun". Maka sudah sampai masanya masalah Sulu difokus atas dasar kesedaran kemanusiaan dan persaudaraan. Kerana dibimbangi akan diambil alih pihak musuh yang mahu melihat Nusantara hancur berkecai berkeping-keping.

Malaysia mempunyai peranan besar menyelamatkan keadaan demi kekekalan wilayah dan kedaulatannya di rantau Nusantara ini sampai bila-bila. Diharapkan dengan reputasi cemerlang Malaysia segala masalah kejiranan dapat dikendali secara adil dan saksama.

ASREE

CERPEN: MARI MENGHALANG KEMERDEKAAN SULU!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, September 14, 2009 1 ulasan


"Apa? Sulu mahu Merdeka?"
Ujar Menteri DK terkejut dengan laporan,
mukanya masam mencuka tanda tak suka.
"Mana mungkin Sulu boleh Merdeka!! Habislah kita!!!"
Hatinya begitu gundah sekali,
reaksinya menunjukkan kekecewaan dan kehampaan.

"Mereka mahu merdeka Tan Sri, apa yang kita boleh buat?"
Sambung menteri TS kebingungan.
Tiba-tiba menteri DK bangun sambil menghempas meja,
"Kita mesti menghalangnya dengan apa cara sekali pun!!"
"Ya!! Mari menghalang kemerdekaan Sulu!!" Sampuk menteri berambut kerinting.
Suasana mesyuarat senyap seketika.
Beberapa orang menteri tundukkan kepala diam seribu bahasa.

Tiba-tiba menteri TS bersuara memecah keheningan,
"Tan Sri, mereka dibantu AS mana mungkin kita dapat menghalangnya!!"
"Sekiranya kita guna OIC, PBB malah ASEAN sekali pun untuk halang Sulu juga sia-sia,
kerana pertubuhan ini dalam tangan AS dan ZIONIS juga"
Semua pandangan tertumpu kepada menteri DK menunggu jawapan.

"Tentera Melayu dan Tentera Simpanan, RELA mesti dikerah ke SABAH!!"
"Untuk apa Tan Sri? Untuk pertahankan Sabah?" Ujar menteri TS.
"Kita tiada cara lain melainkan pertahankan Sabah dari dirampas mereka!!"
Jawab menteri DK tegas sambil mengangkat tangannya yang terketar-ketar.
"Kita wajib pertahankan Sabah sehingga ke titisan darah kita yang terakhir!!"
Jerit menteri DK dengan begitu bersemangat patriotik.

Tiba-tiba salah seorang menteri berketurunan Cina yang sejak dari tadi duduk
diam melayan laptopnya bersuara,
"Haiyya!! Lu olang sama-sama Islam pun mau gaduh ka? Lu suma olang Melayu Islam, olang Sulu pun Melayu Islam juga. Lu ingat ini perang banyak bagus ka??!! Dia olang Sulu mau merdeka patut lu olang sokong, lagi lu olang tentang lagi olang Sulu tuntut itu SABAH maaa, haiyyaaa!!!"

Semua menteri diam, mata mereka tertumpu ke wajah menteri berbangsa Cina
tersebut. Ada yang mula geram dengan membeliakkan mata,
dan ada yang meleleh air liur kerana marah,
"Sialan kau Apek, berani kamu cakap begini. Dasar bangsa PENDATANG!!
Kamu kembali saja ke China, ini Tanah Melayu bukan Tanah China!!"

Tiba-tiba menteri berketurunan India berdiri dengan misainya yang tebal menyampuk,
"Walla wei, jangan gaduh la macam ni. Orang Melayu jangan macam ni, kaum Cina pegang ekonomi Malaysia. Kalau mereka dihina satu hari mereka tutup kedai satu Malaysia kebulur tau!!" menteri keturunan India mula naik marah,
misainya sekali-sekala bergerak-gerak lagak pelakon Filem Tamil di TV3.
"Kita semua bukannya tidak tahu, keturunan Melayu Islam hanya di bawah 40%,
selebihnya adalah kaum Bumiputera Orang Asli, Sabah, Sarawak, Cina dan India."

Semua menteri terdiam dan terpaku seperti tunggul kayu kerana yang bercakap itu adalah menteri yang menjaga JPN,
mereka mula sedar, ternyata kaum Melayu Islam adalah minoriti di Malaysia,
"Olang Melayu sendiri pecah belah maaa. Ada Melayu UMNO juga ada Melayu PAS, PKR... Tala mau bersatu padu. Sikalang mau konfrontasi dengan olang Islam Sulu lagi, haiyya tala mampu punya maaa.."

Seorang menteri Melayu yang berani (mungkin berketurunan Hang Jebat) bangun,
"Hay Apek, kalau lu tak mau ikut itu lu punya pasal. Kamu kena faham Sulu kalau merdeka tentu mereka akan tuntut Sabah dari Malaysia. Maka jalan peperangan adalah jalan terakhir pertahankan Sabah dari tertuntut. Orang Sulu pun bukannya kuat sangat. Mereka sendiri pecah belah, ada UTC, ada MNLF, ada MILF, ada Abu Sayyaf. Kita pasti menang!!"

Menteri keturunan Cina menyampuk, "Lu tengok di sana (sambil menunjuk ke arah pengawal keselamatan yang sedang duduk bersandar sambil memegang Shot-gun),
lu tanya dia bangsa apa, cuba tanya. Dia olang Sulu maaa... Sikalang ramai olang Sulu kerja jadi pengawal keselamatan di seluruh Malaysia. Mereka asal dari Sabah punya,
di Sabah majoriti adalah kaum Sulu yang menguasai perniagaan di bandar dan pekan bersama kaum cina. Lu mau cakap apa?"

Para menteri menghela nafas panjang, sesetengahnya hanya mengoyak-ngoyakkan kertas
untuk mengisi masa agar tidak sia-sia begitu sahaja. Sesetangahnya sibuk menelefon kawan-kawan menanyakan keputusan perbincangan UMNO-PAS untuk kesatuan Melayu. Mereka berfikir, menghalang kemerdekaan Sulu adalah tindakan sia-sia yang merugikan.

Mereka perlu memilih samada menyokong kumpulan perikatan Kiram-Filipina yang mahu "Tuntut Sabah" atau perikatan United Tausug Citizen (UTC) yang menawarkan perbincangan musyawarah dua hala (Malaysia-Sulu) keatas Sabah (bukannya menuntut). Amat malang bagi Malaysia sekiranya salah dalam percaturan mereka. Tiada jalan lain melainkan menyokong kemerdekaan Sulu kerana sekiranya Malaysia menentang atau mencari jalan menghalang kemerdekaan Sulu pastinya akan menghasilkan impak yang lebih buruk.

Buatlah seribu halangan, buatlah seribu peperangan untuk menghalang kemerdekaan Sulu, hanya kerana kita tidak mahu Sabah tertuntut. Malangnya SULU tetap akan merdeka samada kita mahu atau tidak kerana kerjanya sudah pun dimulakan. Kalau tidak merdeka hari ini, generasi akan datang akan meneruskan usaha kemerdekaan mereka.

Menyokong adalah jalan yang paling selamat. Membantu mereka adalah yang paling mereka hargai dan alu-alukan. Lebih baik bagi kita menyokong kemerdekaan mereka sambil bernegosiasi tentang Sabah berbanding membiarkan malah menghalang jalan kemerdekaan mereka. Menghalang mereka pasti dilihat sebagai PERMUSUHAN yang menjadi alasan untuk mereka menuntut Sabah dan sanggup bertumpah darah di masa-masa akan datang

-------------------
ASREE

KALANGAN PA HULAH KU KALASAHAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Kalangan ini tudju pa Hulah Ku Kalasahan,
Lupah Sug hulah sin gagandilan,
Tumtum ku di' na tuud ka abalan,
Tumtum ha manga kakampungan,
Masuhu lumuha' in pangatayan,
Bang kuhnu makaguwa' daing ha pissukuan,
Subay da tuud pagtabangan,
Bat lumantup in lupah Sug ha KAMAHARDIKAAN!!

DI AMBANG KEMUNCULAN NEGARA SULU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, September 13, 2009 0 ulasan

KEJATUHAN EKONOMI AS DAN KAITANNYA DENGAN EMAS

Kejatuhan ekonomi global hari ini mengingatkan kita kepada kejatuhan ekonomi dunia sebelum meletusnya Perang Dunia ke-II. Kemungkinan berlaku perang besar-besaran dalam masa terdekat ini bukanlah omong kosong sekiranya kita meneropong lebih jauh. Berikut adalah kenyataan dalam laman web http://izmi.wordpress.com menyatakan,

"Ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tunggak kepada ekonomi kapitalis kini berada pada tahap terburuk dan lembap. Kelembapan itu turut menjangkiti negara-negara lain di dunia. Tiga per empat daripada dolarnya berada diluar negara dengan nilai yang terus menyusut."

Dolar akan dijangka terus menyusut dan seterusnya AS akan menjadi negara muflis. Malangnya kemuflisan akan turut memalit negara lain termasuk negara-negara Arab dan Nusantara. Hari ini USD digunakan sebagai matawang antarabangsa, segala jual beli antara negara dengan negara lain menggunakan matawang AS ini. Bilakah matawang ini menjadi matawang antarabangsa? Dalam http://izmi.wordpress.com dinyatakan lagi,

"Kegemilangannya (AS) dilihat terus merudum. Tidak seperti detik bersejarah Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1944 yang telah menipu dan memperdaya 44 buah negara supaya bersetuju menyandarkan mata wang kertas negara mereka kepada dolar AS. Tipu daya itu berlangsung menerusi jaminan adikuasa itu bahawa dolarnya adalah bersandarkan kepada emas iaitu sebanyak US$35 bagi setiap auns."

Hebatnya AS memperdaya 44 buah negara agar menyandarkan matawang mereka kepada USD yang kononnya matawang AS bersandarkan kepada emas. Benarkah AS memiliki emas yang begitu banyak? Perlu diingat penyandaran wang USD kepada emas dengan nilai US$35 per auns yang kemudian diyakini oleh 44 negara berlaku pada tahun 1944 iaitu setahun sebelum Perang Dunia ke-II tamat. Sebenarnya AS mendapat emas dari Kesultanan Sulu sebanyak 617,000 tan metrik pada 1935. AS dengan kerjasama Vatican berjaya menipu Sultan Jamalul Kiram II ibni Sultan Jamalul Alam dengan memindahkan emas Sulu ke Vatikan dengan alasan agar tidak dirampas oleh Tentera Jepun.


AS MEMANIPULASI EMAS KERAJAAN SULU

Pada tahun 1936 setelah Sultan Sulu itu berulang alik ke Singapura untuk menyelesaikan status "Gold Bar"nya AS kemudian menipu Sultan Sulu dengan memberi jaminan Gold Bar Sulu akan diniagakan samada untuk investasi atau disimpan dengan selamat dalam bank mereka (Banker Yahudi ni bijak). Malangnya pada tahun 1936 Sultan Sulu ini telah berjaya diracun dan kemudian mangkat pada tahun yang sama. Akhirnya berlakulah perang dunia ke-II pada tahun 1939 setelah Gold Bar Sulu tersimpan dengan selamat dalam "poket" mereka.

Kemudian untuk menamatkan perang dunia, 44 negara tersebut samada diperdaya atau dipaksa menerima USD menjadi sandaran wang kertas mereka pada tahun 1944, kemudian perang pun tamat pada 1945. Seolah-olah peperangan tersebut hanyalah sebagai mengaburi mata dunia agar tidak dapat dikesan memindahkan emas Sulu ke "poket" mereka. Emas Sulu ini sebenarnya bukannya jatuh ketangan kerajaan AS tetapi sebenarnya jatuh ketangan BANKER Yahudi-Zionist. Banker inilah yang memberi pinjaman kepada AS selama ia berkuasa. Hal ini telah pun disebut dalam Protokol Zionist yang kedua,

"Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak (hamba), yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan EMAS, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi."


EKONOMI AS DITENTUKAN YAHUDI-ZIONIST

AS hari ini semakin tertekan dan terhimpit dengan masalah utangnya yang bertimbun. Benarkah AS berhutang kepada Banker Yahudi? Dalam http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/ menyatakan,

"Masalah hutang luar negera Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk ( Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dll ). Hutangnya sekitar USD 50 dan 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion. Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya."

Ini terbukti ketika berlakunya perang Vietnam, As telah melakukan tindakan diluar dugaan akibat kemelesetan ekonomi akibat perang, dinyatakan lagi dalam http://izmi.wordpress.com bahawa,

"Penipuan terbesar adalah semasa pemerintahan Presiden Nixon yang mana pada tanggal 15 Ogos 1971 secara unileteral telah memungkiri perjanjian Bretton Woods dengan tidak lagi menyandarkan dolarnya kepada emas akibat kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh keperluan pembiayaan Perang Vietnam serta defisit imbangan pembayaran yang berterusan."

Kenyataan di atas bersambung, "Semenjak runtuhnya Perjanjian Bretton Woods, sistem kewangan dunia telah digantikan dengan sistem mata wang apungan di mana nilai mata wang sesebuah negara, dinilaikan pada mata wang negara lain. Kaedah ini mengakibatkan ketidaktentuan turun naik nilai mata wang sekaligus memberi peluang kepada spekulator mata wang mengaut keuntungan atas kerugian negara lain. Richard Duncan, dalam bukunya “The Dollar Crisis,” meramalkan kemungkinan satu krisis ekonomi yang mungkin lebih buruk daripada ‘Great Depression’ seandainya sistem kewangan sekarang diteruskan. "


PERANG BESAR-BESARAN

Ekonomi Malaysia dan rantau Asean sekarang semakin buruk tanpa kita sedari, berikut ialah kenyataan terkini dari Bank Negara Malaysia dalam http://www.bnm.gov.my/,

"Persekitaran ekonomi dan kewangan antarabangsa menjadi bertambah buruk pada suku tahun baru-baru ini. Ekonomi negara perindustrian utama sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang semakin teruk, manakala pertumbuhan ekonomi negara serantau pula menjadi perlahan dengan ketara. Aktiviti perdagangan, pengeluaran dan pelaburan di rantau Asia telah terjejas dengan ketara akibat kemerosotan mendadak permintaan global. Kemelut pasaran kewangan antarabangsa juga semakin berlarutan. Walaupun banyak negara telah melaksanakan langkah-langkah rangsangan untuk menangani kelembapan ekonomi, hasil yang diharapkan masih belum dicapai. Risiko terhadap prospek ekonomi global yang lebih rendah juga semakin meningkat."

Bank Negara telah memberi keyakinan bahawa ekonomi dalam negara masih kukuh dan stabil, yang mengalami kemelesetan bukannya Malaysia tetapi negara lain. Persoalannya sampai bila Malaysia bertahan? Ekonomi global sendiri tidak menunjukkan perkambang positif melainkan berterusan dengan kejatuhannya setiap hari. Sekarang dunia sedang "berperang secara besar-besaran" dengan kemelesetan ekonomi agar dapat keluar darinya secepat mungkin.


TANDA-TANDA KEARAH KEMERDEKAAN SULU

Pada tahun 2007-28 beberapa pemberita asing menemubual ahli UTC yang menetap di Sabah. Mereka membuat kaji selidik kalau-kalau berita UTC sampai ke Sabah. Pemberita asing ini kemudiannya telah dapat maklumat bahawa UTC bukan sahaja di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna malah turut ramai ahlinya di Kota Kinabalu dan Pulau Labuan. Seorang sahabat bercerita bahawa salah seorang dari pemberita asing ini memberi tahu, Sulu tidak lama lagi akan merdeka. AS mustahil membantu mereka sehingga mereka sendiri yang keluar menunjukkan kekuatan secara kesatuan dan keamanan. Menurutnya hanya kesatuan bangsa Sulu sahaja yang boleh memerdekakan Sulu sebagaimana Timut Leste atau sekurang-kurangnya Referendum Acheh. Setelah diselidik mereka adalah anggota Mason (Agen Zionist) yang bergerak dalam dunia kewartawanan.

Hal ini diperkuatkan lagi dengan kedatangan anggota pegawai kerajaan Filipina bertemu pemimpin UTC Sultan Bantilan Muizuddin II (ketika itu masih Datu Ladjamura) di Istana sementaranya di Billukan Drive Buansa, Jolo pada 2008, datang dengan menawarkan jutaan Dolar kepada Datu Ladjamura agar beliau melepaskan tanggungjawab kepada Filipina. Bermakna Datu Ladjamura hanya duduk memimpin UTC manakala yang menjalankan kerja ialah mereka. Pemimpin UTC tidak semudah itu menerima tawaran, Datu Ladjamura memberi jawapannya sehingga memalukan pegawai tersebut.

AS telah kekeringan wang, Sulu adalah satu aset yang mereka lihat boleh membantu menyelamatkan ekonomi AS. AS telah menguatkan kedudukan mereka di seluruh Filipina termasuk Sulu dan Mindanao sebagai langkah berjaga-jaga. Filipina sekarang sudah terlalu miskin, Manila terpaksa menjual jongkong emas Kesultanan Sulu yang mereka simpan untuk menampung kewangan negaranya yang sudah nyawa-nyawa ikan. Jongkong Emas Sulu sekarang sedang mengalir keluar dari Manila sedikit demi sedikit dengan menipu pembeli bahawa emas tersebut adalah tersimpan dalam tanah kononnya milik mereka sendiri.

Filipina hanya ada satu pilihan iaitu berunding dengan UTC untuk melepaskan Sulu dengan beberapa perjanjian kondusif. Maka dengan cara ini Filipina akan berjaya menyelamatkan ekonominya.


PENCARIAN TERHADAP WARIS KESULTANAN DAN PENIPUAN

AS semakin terdesak dengan menjalankan operasi mencari waris kesultanan Sulu untuk mendapatkan Gold Bar Sulu dari tangan para Banker Yahudi di Amerika atau Eropah. Beberapa keturunan Sultan Sulu telah berjaya mereka angkut ke Amerika yang kononnya boleh membantu mengeluarkan Gold Bar Sulu atau sekurang-kurangnya dapat keluarkan Bank Guarantee beberapa Billion Dollar dari Bank Dunia untuk Keluarga Kesultanan Sulu yang sah. Operasi ini samada dilakukan oleh individu atau pun kerajaan AS sendiri tidaklah dapat dipastikan secara tepat. Yang pasti mereka adalah dari wakil yang berpakaian tentera.

Persoalannya usaha ini adalah sia-sia belaka. Usaha Sultan Roodinood Kiram, Sultan Agimuddin Shakiraullah, Keluarga Piandao, Esmail Kiram II dan pelbagai lagi sultan cendawan atau sultan Sapi untuk diperalatkan oleh AS mendapatkan harta Sulu itu adalah penipuan dan pembohongan belaka. Kalau dapat pun cukup untuk Sultan seorang diri sahaja. Mereka ini digelar oleh UTC sebagai "Sultan Penuntut Harta" bukan sebagai "Penuntut Kemerdekaan Negara".

Para penuntut harta ini sebenarnya terlalu jahil dengan konsep Kesultanan Sulu. Mereka ingat dengan hanya menyembelih empat ekor lembu sudah boleh diisytiharkan sebagai Sultan Sulu, jauh panggang dari api. Sebab itu Ketua Pengarah Pusat Sejarah Brunei gelar mereka sebagai "Sultan Sapi". Cuba bayangkan sekiranya seorang individu yang mengaku sebagai waris Sultan Melaka yang mahu tuntut harta kesultanan Melaka disebuah bank, adakah beliau layak menuntut atas nama Kesultanan dan Sultan Melaka? Sudah tentu tidak layak sekiranya beliau bukan Sultan Melaka yang punya negeri dan rakyat dibawah pemerintahan beliau. Inilah yang berlaku ke atas penuntut Harta Kesultanan Sulu yang dayus dan tidak tahu malu itu. Dipergunakan orang menuntut harta Kesultanan Sulu, setelah gagal mereka malu sendiri kerana mereka diberitahu oleh pihak bank ketika berurusan di kaunter sebagai "Tidak Layak".

Perlulah difahami, Sultan dan Kesultanan mempunyai konotasi yang berbeza. Sultan ialah individu yang dilantik sultan sedangkan Kesultanan itu adalah kerajaan. Satu kerajaan bukan hanya sultan seorang tetapi dengan rakyatnya dan para menterinya yang mentadbir kerajaannya. Inilah yang sah menuntut, bukan atas nama sultan tetapi atas nama Kerajaan Kesultanan yang dipimpin individu Sultan. Maka yang boleh menuntut perbendaharaan Negara Sulu ialah kerajaan Sulu sendiri yang dipimpin Sultan mereka. Ini kerana Sultan Jamalul Kiram II dahulu telah menyerahkan Jongkong Emas ketika beliau masih diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang berdaulat.


HARTA KESULTANAN SULU YANG SEBENARNYA
Pada masa ini, jongkong emas Sulu itu sebenarnya tiada harga bagi UTC atau Tausug & Kesultanan Sulu. Kerana bagi mereka "HARTA" yang sebenarnya ialah "RAKYAT SULU" itu sendiri. Tanpa bersatunya mereka menjadi rakyat dalam satu suara "Kemerdekaan Sulu" mereka tiada apa-apa.

Sebagai contoh, Rakyat Acheh berjaya dalam referendum mereka adalah jiwa dan raga mereka yang bersatu padu. Hinggakan walau pun tentera Indonesia memberi ugutan akan menembak mereka sekiranya keluar dalam perarakan referendum tersebut, tetapi mereka tetap keluar memenuhi Banda Acheh. Tentera Indonesia gagal melaksanakan ugutan mereka keranan yang keluar berarak dalam referendum berjumlah jutaan orang. Bermakna Tentera Indonesia memerlukan jutaan peluru untuk membunuh kesumuanya yang sudah pasti Indonesia tidak sanggup menanggung kos peluru sebanyak itu.

Oleh yang demikian, rakyat Sulu atau yang berketurunan Sulu harus kembali memenuhi Jolo pada tahun 2010 iaitu hari Pengisytiharan Sulu merdeka. Mereka yang tinggal di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan Kalimantan harus kembali sementara ke Sulu untuk memberi sokongan terhadap perisytiharan tersebut. Kerajaan Acheh menjadi contoh buat kita walau pun sebenarnya Acheh itu masih dalam wilayah Indonesia sekurang-kurangnya mereka dapat Autonomi Penuh yang berkuasa keatas wilayah mereka sendiri.

Salam Merdeka!!

ASREE

PERPADUAN KEARAH MENGEMBALIKAN KHILAFAH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, September 12, 2009 4 ulasan


"Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama." Riwayat Al-Bukhari, Hadis no: 71.


ADU DOMBA DAN PERPECAHAN UMMAT

Tajuk artikel ini mungkin akan menggembirakan para ikhwan Hizbuttahrir di Malaysia dan Indonesia yang saban hari menggunakan modal "Mengambalikan Khilafah Islam" sebagai pokok perjuangan mereka. Sejak kebelakangan ini penulis telah mendapat tuduhan sebagai ahli atau talibarut Jamaah Hizbuttahrir disebabkan artikel penulis banyak mengarah ke Khalifahan yang diperjuangkan Hizbuttahrir. Mereka memerlukan bukti konkrit sebelum melontarkan tuduhan talibarut Hizbuttahrir kepada penulis.

Bagi penulis bukanlah satu masalah besar sekiranya mereka menuduh Hizbuttahrir, Syi'ah (keranan menyokong Ahlul Bait), Anti-Wahhabi/Salafi, Jamaah Tabligh, Jamaah Al-Arqam atau Rufaqa, Sufi dan sebagainya kepada penulis, biarkan mereka menuduh untuk menyenangkan diri mereka. Sebilangan ummat Islam menuduh Hizbuttahrir sebagai sesat dan menyesatkan, tuduhan seperti ini bukanlah pelik dikalangan umat Islam. Inilah penyakit yang melanda umat Islam dunia hari ini tiada kesatuan dan perpaduan sebab itu umat Islam jadi lesu, layu, dayus dan dilanda sifat-sifat mazmumah yang bermacam lagi.

Ketika penulis menyokong konsep Aqidah (Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' Wa Sifat) yang menjadi pegangan Wahhabi/Salafi itu penulis di tuduh menganut faham Wahhabi/Salafi pula. Tetapi ketika penulis menyatakan bahwa konsep Aqidah yang dipegang Salafi itu adalah ringkasan kepada Sifat 20 yang menjadi pegangan Aqidah Tradisional di Nusantara, semua pihak geleng-geleng kepala. Mereka boleh sahaja berkata "Penulis ini telah keliru dan tersesat akal". Umat Islam perlu keluar dari perselisihan dan perdebatan yang boleh membawa kepada perpecahan agar mereka tidak "ditunggangi" oleh pihak ketiga. Usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan kepada bersatu dengan "apa yang dipersetujui bersama" seperti berpegang dengan yang muhkamat, insyaAllah akan menyatukan ummat ini kepada satu kesatuan yang dahsyat.


Poster contoh pengajian kitab kuning berkenaan Sifat 20 yang masih dipelajari di pondok-pondok atau pesantren di Malaysia dan Indonesia. Di Kepulauan Sulu perbahasan Sifat 20 masih dipelajari sehingga kini.


PENJELASAN SIFAT 20

Penulis pernah bertanya kepada seorang syaikh Sufi, "Ya Syeikh bolehkah Tradisional dan Salafi bersatu?", beliau menjawab, "Mustahil mereka boleh bersatu kerana yang satu pihak berterusan melemparkan tuduhan dan yang satu pihak lagi mempertahankan diri dengan hujjah mereka."

Pernah suatu hari penulis bertanya, "Ya syeikh, apa pandangan syeikh tentang konsep Aqidah para Wahhabi dan Salafi?" Beliau menjawab, "Itu adalah konsep Aqidah bid'ah yang tidak pernah disebut Rasul SAW dan para Sahabat r.a." Penulis bertanya lagi, "Para Wahhabi dan Salafi mengatakan Sifat 20 itu adalah juga bid'ah yang tidak pernah disebut oleh Baginda SAW dan para sahabatnya, bahkan pengajian sifat 20 itu adalah sesat kerana hanya menghadkan sifat Allah swt kepada hanya 20 sifat sahaja, sedangkan sifat Allah swt tidak terbilang?"

Sang syeikh dengan tenang menjawab, "Sifat 20 adalah perbahasan ilmu Tauhid untuk mengenal Allah swt melalui sifat-sifatnya. Kita tidak membataskan Sifat Allah swt dengan hanya 20 Sifat, sifat Allah swt tidak terbilang dan tiada satu makhluk pun yang mampu membilangnya hanya Dia sahaja yang maha mengetahui.Maka sesiapa yang menuduh kita mengamal ajaran sesat sebab kononnya membataskan sifat Allah swt kepada hanya 20, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada mereka, wal'iyazubillah."

Beliau menyambung lagi, "Pengajian sifat 20 ini adalah asas kepada setiap individu muslim, ia wajib kerana awal-awal agama itu ialah mengenal Allah swt. Dengan itu manusia tidak keliru dan tercari-cari Tuhan yang mereka sembah itu, dan demikian mereka dapat keluar seterusnya terjauhi dari keyakinan konsep Tauhid yang dianut Kristian, Yahudi dan para Mulhid. Memang ilmu perbahasan Sifat 20 ini adalah bid'ah yakni baru, tetapi ia bid'ah hasanah iaitu bid'ah yang baik. Imam Abu Hasan Al-Asya'ari telah menyusun ilmu ini pada zaman ketika umat Islam dilanda fitnah Aqidah yang amat dahsyat. Alhamdulillah susunan beliau ini (sifat 20) yang beliau gali dari Al-Quran dan Sunnah hingga hari ini masih kita pertahankan dan insyaAllah higga kiamat akan tetap bertahan dan dipelajari."

Penjelasan itu dari pihak Tradisional, penjelasan dari pihak Salafi pula sangat perlu untuk kita dapat nilai secara adil dengan semangat perpaduan. Ketika dulu penulis selalu menghadiri kelas-kelas fardhu ain yang dikendalikan oleh rakan-rakan Salafi di Sandakan. Ketika sampai di Kuala Lumpur pun penulis masih bergaul dengan mereka termasuk dari kawan-kawan yang terlibat dengan Jamaah Islamiyah (JI).

Dr MAZA adalah pejuang Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' Wa as-Sifat di Malaysia. Hentaman dan kririkan pedas beliau kepada fahaman Tradisional telah mendapat tentangan hebat ulama' Tradisional (Khalaf) tanpa henti sehingga menjadikan diri beliau terkenal.


PENJELASAN SALAFIYYAH

Ketika di UIAM penulis bertanya dengan salah seorang ustaz Salafi, "Bolehkah Asya'irah (pengikut metodologi Aqidah Imam Abu Hasan Al-Asya'ari) dan Salafiyyah bersatu?" Beliau menjawab,"Mustahil ia bersatu, yang satu adalah yang benar dan yang satu lagi adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, setiap yang sesat kiranya tidak bertaubat mereka adalah ahli neraka." Maklumlah kita bahawa yang dikatakan oleh beliau sesat itu ialah para Asya'irah. Penulis bertanya lagi, "Apa pandangan ustaz tentang golongan Asya'irah yang menjadikan Sifat 20 sebagai asas pengajian Aqidah mereka?"

Beliau menjawab, "Ia adalah Aqidah sesat lagi menyesatkan kerana meyakini Allah swt hanya 20 sifat. Bukan itu sahaja, mereka mentakwil Al-Quran yang membicarakan sifat-sifat Allah swt dengan nafsu mereka. Allah swt itu adalah apa yang digambarkan oleh Al-Quran, jangan ditakwil. Inilah bid'ah yang dilakukan para golongan Asya'irah." Penulis bertanya lagi, "Apa pandangan ustaz berkenaan tuduhan bahawa Aqidah Salafiyyah adalah juga bid'ah dan sesat kerana dicipta oleh Imam Ibnu Taymiyyah bukannya dari Rasul SAW dan para sahabat r.a."

"Metodologi Aqidah Salaf bukanlah baru, salaf itu sendiri menunjukkan bahawa inilah yang dipegang oleh orang terdahulu ketika zaman Rasul SAW dan para Sahabat r.a. Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' wa as-Sifat bukannya dibawa oleh Imam Ibnu Taymiyah sahaja, ramai yang berpegang dengannya antara mereka yang terkenal ialah Imam Tahawi. Kamu pun tahu pasal metodologi Aqidah ini bukan?" Penulis anggukkan kepala sambil tersenyum.

Terakhir sekali penulis bertanya, "Ustaz mengatakan bahawa sifat-sifat Allah swt dalam Al-Quran itu jangan ditakwil. Bukankah itu adalah ayat-ayat mutasyabihat (yang samar-samar) yang menggunakan bahasa majaz (perlambangan) yang mereka katakan kalau diperhalusi ia tidak seperti pada zahirnya." Beliau menjawab, "Membahas hal ini adalah termasuk dalam bid'ah, memanglah sesetengah orang yang tidak puas hati mahu bertanya juga sekali pun ianya mutasyabihat. Mari kita berpegang kepada yang muhkamat yakni yang jelas dan selamat kita membahasnya." Beliau memandang penulis dengan senyuman seolah-olah berkata, "Cukuplah, jangan ditanya lagi, banyak cakap lagi banyak salahnya nanti."


Solat berjemaah lambang perpaduan ummah, menjadi makmum dengan seorang imam tanpa mengira fahaman mewujudkan suasana tenang dan harmoni.


MEMBERSIHKAN PEMAHAMAN KEPADA KESATUAN

Dalam suatu riwayat, Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabatnya, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan saum (puasa)", Sahabat menjawab, "Tentu saja!"

Rasulullah SAW pun kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan". (Riwayat Bukhari & Muslim).

Penulis tidak membincangkan hal khilaf Furu'iyyah (masalah cabang) di atas adalah kerana bukanlah masalah besar sebab itu masalah Aqidah yang penulis ketengahkan. Masalah Aqidah adalah masalah pokok yang menjadi tiang seri agama Islam. Sekiranya kita perhalusi penjelasan di atas kita akan mendapat satu keputusan bahawasanya pahaman kedua-dua di atas boleh disatukan. Yang boleh menyatukan mereka ialah dialog dengan penuh rasa persaudaraan bukan dengan fanatisma pendapat masing-masing. Kiranya dibiarkan mereka melayan fanatisma mereka maka yang berlaku kedua-duanya akan menjadi sesat implikasi dari tuduhan sesama mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa memanggil dan menyebut seseorang kafir atau musuh Allah padahal sebenarnya bukan demikian, maka ucapannya itu akan kembali kepada orang yang mengatakan (menuduh) itu.” (Riwayat Al-Bukhari).

Kerja besar dari satu pihak kena menyelamatkan umat Islam dari saling tuduh-menuduh yang dibimbangi mereka termasuk dalam hadith di atas. Selama ini kita meyakini mereka adalah ulama' hebat dan banyak amalnya tetapi rups-rupanya hablumminannasnya tidak selesai kerana terdapat tuduhan sesatnya kepada kaum muslimin lain selama hidup yang dia tidak taubati. Na'uzubillahi min zalik.

Bersabda Nabi SAW, ertinya: "Janganlah kalian saling hasud/dengki, saling marah, saling memutuskan (persaudaraan) dan janganlah kalian saling bermusuhan, akan tetapi jadilah hamba Allah yang bersaudara." (Riwayat Muslim).


Yang berlainan agama pun kita boleh bertoleransi mengapa kita sesama muslim sukar menerima perbezaan pendapat?

Para golongan Salafi sepatutnya mereka tidak sewenangnya menuduh pengajian sifat 20 sebagai sesat dan menyesatkan tanpa memberi penilaian sewajarnya demi perpaduan ummah kerana ramai imam yang termasuk dalam pengajian tersebut seperti Imam An-Nawawi, Imam Abdul Qadir Al-Jailani (beliau ialah Maturidiyyah), Imam Al-Ghazali, Tok Kenali, Syeikh Al-Sumatrani, Syeikh Al-Falembani, Syeikh Daud Al-Fathani, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari dan terlalu ramai dari ribuan para Imam dan Syeikh yang menjadi panutan ummat. Tuduhan sesat dek kerana mentakwil juga tidak tepat kepada Al-Asya'irah, ini kerana mereka mendahulukan Tafwidh (maksud diserah kepada Allah swt kerana Dia sahaja yang mengetahuinya).

Asya'irah masih berpegang kepada kekekalan ayat-ayat mutasyabihat dalam Al-Quran dengan menyatakan "Ia telah dimaklumi", hanya ditakwil sekiranya ada golongan yang menghujat secara berterusan itu pun ditakwil dengan menggunakan ayat-ayat muhkam (jelas), sebagai contoh "Laisaka mithlihi syai' " membawa maksud Maha suci Allah dari sebarang penyerupaan. Bagi Asya'irah sesiapa yang mengatakan Allah swt duduk secara hakiki di atas Arasy maka mereka telah melanggar ayat muhkam tersebut iaitu "Maha Suci Allah dari sebarang penyerupaan". Sifat duduk difahami akal sebagai penyerupaan makhluk sedangkan Allah swt menafikan sebarang penyerupaan atau bayangan.

Demikian pula kepada golongan Tradisional, berterusan menegah dan menyesatkan sesiapa yang berpegang dengan metodologi Aqidah 3 dalam satu iaitu Rububiyah, Uluhiyyah, Asma' wa As-Sifat tanpa diperhalusi secara ilmiyah dan amanah. Hanya kerana dek Salafiyyah yang menyesatkan sifat 20 lantaran mereka membalas dengan menyesatkan faham Salafiyyah pula. Walhal sekiranya diperhalusi, pegangan Aqidah Salafiyyah itu sebenarnya hanyalah satu metod sebagaimana sifat 20. Sebab itu mengapa Salafiyyah itu bukannya satu mazhab tetapi sebenarnya adalah manhaj (pendekatan) sebagaimana Tradisional.

Secara bahasa Tradisional juga bermaksud Salaf atau Salafussoleh yang membawa maksud faham dan amalan orang terdahulu. Keduanya (Tradisional Sifat 20 dan Salafiyyah Aqidah 3) baru muncul disusun oleh para ulama' dengan tujuan "memudahkan pemahaman" ummat terhadap kewujudan Allah swt. Tiada siapa yang layak mengatakan salah satunya sahaja yang bid'ah kerana baru dicipta pada hakikatnya keduanya adalah bid'ah, tinggal lagi bid'ahnya ialah hasanah kerana keperluannya sebagai "alat" mengenali Allah swt. Ia menjadi bid'ah dhalalah (buruk, sesat) adalah dari interpretasi negatif sahaja yang lebih kepada ketaksuban mazhab oleh individu.

Syeikh Al-Qardhawi seorang ulama' aktif dan prolofik yang banyak menulis pendapat dan fatwa hukum-hakam panduan ummat ketika ini. Beliau aktif dalam Jamaah Ikhwanul Muslimin yang pro Salafi tetapi banyak pendapat beliau ditentang oleh Salafi sendiri.


PENUTUP KEARAH KESEPAKATAN

Penulis secara peribadi, mengajarkan anak-anak dirumah dengan metod Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma' Wa As'Sifat kerana ia mudah dicerna oleh akal kanak-kanak. Tinggal lagi ketika menjelaskan Asma' Wa As-Sifat penulis menggunakan metod Sifat 20, iaitu tidak menyerupakan Allah dengan sesuatu dan keadaan seperti bertempat atau terikat dengan waktu. Secara mudah penulis hanya memberi penegasan kepada konsep Tafwidh.

Sekiranya anak-anak semakin membesar, akal mereka biasanya semakin ligat. Kebijaksanaan akal mereka pastinya akan mewujudkan pelbagai persoalan ketuhanan, maka mereka perlu mempelajari Sifat 20. Kerana pengajian Sifat 20 adalah dibahas lebih terperinci dan mendasar sesuai dengan kebijaksanaan akal. Hanya orang-orang yang meninggalkan akal yang waras sahaja yang membuang pengajian Sifat 20. Akal sangat diperlukan dalam agama kerana hanya dengan akal Al-Quran dan Sunnah dapat difahami dan diamalkan.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menulis dalam kitabnya Hakikat Kewujudan Allah,
"Salah seorang guru kita, Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud, Sekretaris Jeneral Lembaga Kajian Islam (Majma' al-Buhuts al-Islamiyah) di Kaherah, menulis: Yang berpendapat bahawa iman kepada wujud Allah merupakan kewajiban pembawaan (fitrah) dan tidak memerlukan argumen-argumen rasional, adalah benar. Namun apabila keraguan-keraguan melanda, kita perlu menghalanginya dengan senjata yang sama, sehingga memuaskan akal dan fitrah sekaligus. Tujuan kita adalah membekali mereka bagi menentang golongan Atheis, menyelamatkan mereka yang kebingungan dan mencabut akar-akar keraguan dari kalbu mereka."

Ternyata hujjah akal yang digunakan oleh Imam Abu Hassan Asya'ari dalam membahas kewujudan Allah swt begitu diperlukan terutama ketika muslimin diserang oleh pemikiran para Atheis hari ini. Dalam hal ini musuh muslimin ialah golongan para Atheis yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan itu sendiri. Syeikh Qardhawi menyatakan,

"Oleh sebab itu, kepada rakan-rakan saya, kaum ulama di Qatar dan Saudi Arabia, di mana mereka masih memperdebatkan persoalan sifat Allah menurut pendapat Salaf dan Khalaf, saya katakan: Lawan kita sekarang bukanlah lagi Asy'ariah, Maturidiah, Muktazilah ataupun Jahmiyah, melainkan kaum Atheis yang tidak percaya kepada Tuhan, kenabian dan wahyu. Musuh kita bukan orang-orang yang berkata: Allah tidak bertempat, melainkan mereka yang mengatakan: Tuhan tidak ada, oleh sebab itu kitalah yang menciptakannya."

Beliau menyambung lagi, "Maka saya ambil kesimpulan bahawa meneggakkan dalil dan argumen tentang wujud Tuhan merupakan bahagian penting dalam perjuangan kita melawan Atheisme, sekaligus dapat mempersenjatai kaum remaja yang masih beriman dan memberi petunjuk kepada mereka yang masih dalam keraguan."


Albert Enstain tergolong dalam kalangan ahli fizik Atheis walau pun beliau berketurunan Yahudi. Poster iklan di atas menunjukkan kemarahan si pembuat iklan yang menganggap Atheis sebagai bodoh kerana tidak percaya dengan kewujudan Tuhan.

Apa pun halnya, setiap perlakuan dan tutur bicara kita perlulah didasari dengan semangat persaudaraan. Dengan bertautnya ukhuwah sesama kita akan mewujudkan masyarakat Islam yang bersatu padu. Inilah yang ditakuti oleh umat lain yang berusaha senantiasa menabur fitnah dan adu domba agar umat Islam berpecah belah seterusnya hancur. Kehancuran kita adalah kejayaan buat mereka "menguasai" apa sahaja hak milik ummat Islam. Perselisihan dimulakan oleh para ulama' dan para pengikut mereka, maka para ulama' jugalah yang dapat membetulkan mereka. Sekiranya tiada usaha untuk memperbaikinya segala masalah (perselisihan) tersebut akan kembali ke wajah para ulama' juga.

“Akan datang, satu zaman pada manusia di mana tidak ada lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al Quran yang akan tinggal hanya tulisannya. Masjid-masjid makmur tapi kosong dari petunjuk. Ulamanya akan menjadi wujud paling buruk di bawah kolong langit. Kekacauan fitnah akan keluar dari mereka tapi akhirnya kembali kepada mereka juga.” (Riwayat Al-Baihaqi).

Sekiranya umat Islam secara majoriti dapat bersatu dengan mengenepikan perselisihan pendapat maka kita akan lihat Khilafah Islamiyyah sudah tiba. Wallahu a'lam


ASREE
Sebenarnya pokok perselisihan Salaf dengan Khalaf ialah berkenaan ayat-ayat mutasyabihat sahaja yang akhirnya menular kepada persoalan furu'iyyah.