Tausug Adalah THE TEN LOST TRIBE OF ISRAEL?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 16, 2009 3 ulasan

PERHATIAN: Kandungan penjelasan artikel di bawah ini masih di kemaskini dari masa ke semasa kerana fakta masih disusun-letak. Setiap beberapa jam akan bertambah atau berubah susunan tajuknya. HARAP MAKLUM!!




Mengapa nama Tausug baru keluar dan dikenali hari ini? Sebelum ini tidak pernah kedengaran bahawa satu bangsa yang menetap di Kepulauan Sulu dinamakan Tausug itu wujud. Adalah kerana sebahagian manusia yang megikut telunjuk perancangan kufar telah menutup dengan menamakan bangsa ini sebagai bangsa Moro. Adakah kerana setelah buku Tausug & Kesultanan Sulu terbit barulah bangsa Sulu (Tausug) ini dikenali?

Sebenarnya mana-mana bangsa pun akan hilang di muka bumi ini sekiranya generasi mereka tidak meneruskan amalan budaya dan tradisi serta penggunaan bahasa di kalangan mereka. Sekiranya ini dijaga, walau pun bangsanya berasimilasi berapa banyak pun dengan bangsa lain, identiti dan jatidiri mereka tetap utuh dan terjaga.

Dalam Islam, penjagaan nasab keturunan sangat penting dari sebarang kerosakan. Nasab keturunan berkait rapat dengan bangsa asal-usul kelompoknya yang berasal dari sumber satu keturunan dari anak-anak Nabi Adam a.s.. Menjaga nama baik bangsa keturunan tidak sepatutnya menjadi kebanggan sehingga ke tahap fanatik (Assabiyyah) hinggakan merendah-rendahkan kelompok atau bangsa lain. Berlainan bangsa sepatutnya dapat kenal-mengenal dan saling bantu-membantu sesama mereka lebih-lebih lagi saudara seagama,

Dalam Al-Quran Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hujrat (49) ayat 13, bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Hal nasab ini diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.,

"Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim.

Dengan itu jelaslah bahawa ilmu nasab adalah suatu ilmu yang agung, berhubungkait dengan hukum-hukum syarak yang termasuk dalam hukum yang lima. Inilah yang berlaku kepada bangsa Tausug bertahan berabad-abad lamanya. Pelbagai nasab keturunan bertemu (berdagang sesama) kemudian kenal-mengenal, berkahwin campur antara mereka. Setelah itu hidup bersatu padu aman dan damai dalam satu negara. Inilah keunikan sebenarnya berkenaan bangsa Sug atau Tausug di Kepulauan Sulu hingga hari ini.

Mereka dikenali sebagai Tausug adalah hasil asimilasi dan gabungan pelbagai bangsa dari seluruh Nusantara malah dunia. Walau pun demikian, bahasa Sug yang mereka tutur tetap satu yang dijadikan bahasa perantara (Lingua-franca) sehingga bangsa lain yang datang menetap di Sulu terserap menjadi Tausug. Sebilangannya masih menutur bahasa ibunda masing-masing seperti Orang PALAU (Orang Laut yang dikenali sebagai Bajau hari ini), Orang Yakan, Kalibugan, Kagayan dan Iranun.

Bangsa lain yang berasimilasi dengan Tausug hingga hilang (terserap) bahasa ibunda mereka menjadi Tausug (sekurang-kurangnya bahasa mereka sedikit menyumbang kepada pengkayaan bahasa Tausug) ialah seperti orang Buranun, Baklaya (dari Tanah Bugis atau Jawa), Dampuan (Dayak Dari Kalimantan), Champa (Bangsa Mala atau Melayu Indochina), Banjar (dari Kalimantan), Agta@Ayta termasuk Bataq (Dayak dari Luzon & Visaya), Orang Arab (dari kalangan ahlul bait Al-Hassani dan Al-Husseini, mereka diangkat menjadi Sultan atas faktor agama).

Hal pengkajian tentang kaum-kaum bangsa Tausug ini masih berterusan kerana mungkin ada lagi bangsa lain yang berasimilasi dengan Tausug yang belum diketahui sebelum ini. Baru-baru ini kami menemui beberapa fakta yang mengaitkan bangsa Tausug dengan bangsa Israel yang dikatakan telah hilang dari Jerusalem beberapa abad sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Penemuan ini sangat mengujakan kerana keterlibatan nama yang sangat hebat dan terkenal iaitu Nabi Sulaiman a.s. Apakah benar Tausug ada kaitan keluarga (terdekat) dengan Nabi Sulaiman a.s. yang berbangsa Israel itu?

Beberapa persoalan tentang dari mana punca kekayaan Nabi Sulaiman a.s. yang Allah swt anugerahkan kepada baginda telah terjawab kini. Baca satu persatu penjelasan kami di bawah dengan lapang dada tanpa prejudis. Buka minda seluas-luasnya kerana penemuan kami terhadap hal ini adalah berdasarkan fakta saintifik.

Bani Israel Menuju ke Wilayah Sinim

Dalam satu catatan lama Israel, kononnya terdapat 10 suku bangsa Israel telah hilang kerana lari belayar menuju ke satu kawasan yang dinamakan "Satu Wilayah Baru Yang Dijanjikan" atau The New Promised Land buat bangsa Israel.

"...600 BCE, during the reign of Zedekiah, King of Judah. A group of Israelites (descendants of the tribe of Yehosef Joseph) left Jerusalem for a New Promised Land."

Kononnya beberapa suku kaum Israel telah meinggalkan Jerusalem untuk ke satu wilayah baru yang dijanjikan Tuhan. Dimanakah wilayah baru yang dijanjikan itu? Perkara ini dijelaskan dengan tulisan dalam kitab Perjanjian Lama (Book of Isaiah) bahawa New Promised Land yang dimaksudkan itu ialah The Land of Sin atau Sinim,

"The land of Sin (Hebrew: סִינִים‎), also known as Sinim is mentioned in the Hebrew Bible, in the Book of Isaiah 49:12: "Behold, these shall come from far: and, lo, these from the north and from the west; and these from the land of Sin."


Kebenaran Teori Tentang SINIM

Tertera dengan jelas dalam Bible Ibrani perkataan LAND OF SIN serta diramalkan mereka yang pergi ke land of Sin ini akan kembali semula membantu Bani Israel satu masa nanti. "These shall come from far... and these from the land of Sin" bahawa akan datang satu kaum (dimaksudkan kaum Israel yang hilang akan muncul semula membantu saudara mereka di Israel) yang duduknya jauh iaitu dari wilayah Sin. Apakah maksud sebenar SIN atau SINIM oleh Bani Israel ini? Berikut terdapat beberapa teori,

"Though some scholars have claimed it as a variant name for not-so-distant Phoenicia and others as a reference to Syene, Sin has traditionally been associated with China, the root word of Sinim, Sin resembling the Latinization of the Chinese Qin, after the Qin dynasty, founded in 221 BC by Qin Shi Huang-Di)."

Satu artikel bertajuk “Awakens China : A New World Superpower?” telah diterbitkan dalam laman web http://www.cephasministry.com/ menyatakan bahawa,

"According to Strong's Concordance," Sinim is a distant Oriental region." Young's Concordance reports, "Sinim is a people in the Far East; the Chinese?" However, the meaning is still not quite clear."

Ternyata memaknakan Sin dengan China masih kurang jelas dan tepat. Satu lagi teori mengatakan Sinim adalah Australia,

"Sinim is an an Ancient Hebrew and Phoenician term for Australia. The Phoenicians sailed to every corner of the globe. They circumnavigated Africa and Britain. They also reached Scandinavia and the Americas. The Phoenician script was introduced to Indonesia from before 600 BCE. The Ancient Egyptians, Phoenicians, and Hebrews had knowledge of Australia."


Benarkah Sinim adalah Australia seperti yang disebut oleh Mesir Kuno atau hanya semata-mata andaian mereka terhadap "kepulauan" yang tidak pasti? Tidak mungkin ia Australia, ini kerana sejak zaman dahulu kala tidak pernah ada kenyataan bahawa tanah Australia itu merupakan laluan perdagangan. Teori pertama menyatakan bahawa Sin itu sendiri lebih mirip kepada Sina atau China ternyata kurang tepat, kalau pun bukan China sekurang-kurangnya Sinim berada dekat dengan wilayah China. Menurut maklumat yang tertera dalam Wikipedia cerita sebenarnya begini,

"With the ability to make tools, they used these tools to cut timber from the mountains and built a ship in quest of the Promised Land. About 597 BCE crossed the Arabian Sea, passing the Indian Ocean, Moroni Island, towards the Malacca Straits, passing thru an island they called YahVah (Java), another island they called Samathar (Sam entreated his brethren here - Sumatra), a place they called Jah Karath (covenant with Jehovah - Jakarta), Singapore, the South China Sea, and reached a group of islands they called Sinim (Sulu Archipelago). They stopped over in these islands for replenishments. They called an island, Sug (South Island - Sulu, translated into Spanish as Jolo)."


Tujuan Utama Bangsa Israel Lari Ke Sinim

Persoalannya mengapa Bani Israel datang ke Sin atau Sinim yang ternyata begitu jauh dari wilayah asal mereka? Kemudian secara spesifik menetap pula di Kepulauan Sulu? Satu persoalan yang perlu juga dijawab, benarkah Bani Israel ini bangsa pelayar?

"Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Anbiya' ayat 81)

Terbukti mereka (Bani Israel) adalah bangsa yang punya kepandaian sebagai pelayar lantaran Tuhan membantu dengan tiupan angin, malah Allah swt sendiri memberkati Tanah SINIM ini. Sebenarnya bukan sahaja dibuktikan oleh Al-Quran malah menurut sejarah bangsa Mesir Kuno dan bangsa Kanaan (Pheonician) sudah lama belayar dilautan ketika itu yang kemajuannya seiring dengan bangsa Kanaan dan Bani Israel.

Malah tercatat dalam sejarah bahawa Bani Israel pernah dijadikan hamba abdi oleh Fir'aun yang berbangsa Mesir Kuno. Mereka menjadi buruh paksa membina bangunan-bangunan besar seperti Piramid contohnya. Ketika itu sudah tentu ada buruh Bani Israel yang ikut belayar dengan kapal Mesir seterusnya dapat mempelajari pelayaran.

Persoalannya mengapa pula Bani Israel beriya-iya belayar ke tanah Sinim? Adakah kerana semata-mata Sinim adalah Tanah Baru Yang Dijanjikan untuk Bani Israel? Sebenarnya bukan, ia adalah kerana harta berupa emas, kayu-kayan dan batu-bata yang tidak ternilai harganya.....

"And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones" (1 Kings 10:11 -King James Version)

Apa sebenarnya yang dimaksudkan from OPHIR? Adakah erana Ophir ini adalah satu wilayah yang dijanjikan semata-mata atau pun kerana penuh dengan harta berharga?

"Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal" (1 Chronicles 29:4 -King James Version)


Ternyata ia adalah kerana hasil-maksul berupa emas dan sebagainya yang menjadikan Sinim begitu berharga buat Bangsa Israel. Sudah tentu sesiapa sahaja yang dapat menguasai Sinim maka ia akan menjadi bangsa hebat dan terkaya.


Bukti Sinim Adalah Kepulauan Sulu

Dalam satu blog yang selalu penulis lawat dan baca http://mistisfiles.blogspot.com/ menyatakan bahawa,

"Yang menjadi persoalan sekarang, DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU?Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika, Arab dan Israel. Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina; iaitu salah satu Kepulauan Melayu. Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,

"Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be .... in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade..."

Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans (Maluku) tidak berada berdekatan dengannya, bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut 'banyak pulau'. Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Filipina."

Sebenarnya ia bukanlah kepulauan Filipina tetapi Kepualauan Sulu, kerana sebelum kedatangan Spanyol dan Islam, raja-raja Sulu telah lama memerintah Manila, Layte, Cebu dan Pulau Visaya. Orang Sulu adalah bangsa pedagang dan mempunyai kekuasaan secara semulajadi merentas lautan. Setelah kedatangan Spanyol, wilayah Utara Kepulauan Sulu telah berjaya ditakluk dan kemudiannya dinamakan Philipines (Filipina) sempena nama Raja Philip di Spanyol abad ke-16. Sulu masih mengekalkan kedudukannya ditengah-tengah penguasaan kolonial Spanyol, Belanda dan Inggeris tanpa dapat ditakluki shingga kedatangan Amerika Syarikat pada awal abad ke-20.



Siapakah Bangsa Liquios?

Telah menjadi tandatanya kepada ahli sejarah siapakah sebenarnya bangsa yang dikenali sebagai Liquios? Mereka berada di kawasan kepulauan Sulu hingga ke pulau berdekatan Taiwan yang kerja mereka mengumpul emas. Mereka adalah bangsa berkulit putih dan berjambang. Telah tercatat dalam "Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas" di mana terdapatnya catatan rahsia Pigafetta yang dinukil oleh Ferdinand Magellan bahawa Fernão de Magalhães menyatakan "a white race of people called the "The Lequios" who lived in the Philippine islands before the arrival of the Spaniards..."

Menurut beberapa pengkaji menyatakan,

"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver.

Benarkah bangsa Lequios adalah dari bangsa Okinawa (Jepun), Korea dan Vietnam? Kemungkinan yang tidak dapat disangkal bahawa mereka adalah The Ten Lost Tribe of Israel.

"According to Documents 98, the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"

Atau pun mereka ialah "..servants that had knowlede of the sea" yang bekerja mengangkut emas dan perak ke Jerusalem semenjak zaman keagungan Raja Sulaiman a.s. seperti yang dinyatakan dalam Bible.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)

Kerana menurut linguistiknya perkataan Liquios berasal dari perkataan Ibrani "The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver. (Note: The Hebrew alphabet has no small letters.)"


Likus dan Likusantara

Dalam bahasa Tausug terdapat perkataan LIKUS yang punya persamaan maksud dengan bahasa Ibrani. Likus dalam bahasa Tausug bermaksud "kepung" atau "dikelilingi" yang juga boleh membawa maksud "terhimpun". Liquios dan Likus dalam bahasa Tausug punya persamaan. Bahasa Tausug juga terdapat kosa kata Hukut (Leqot?) yang membawa maksud pengikat atau menghimpun dengan gunakan sesuatu (tali).

Dalam bahasa Tausug terdapat kosa kata LIKUSANTARA (Likusan-ta-ra) yang bermaksud "Yang berada didalam kekuasaan kita". James Francis Warren seorang sarjana barat menulis dalam tesisnya Sulu Zone: 1768 -1898 dan Iranun and Balangingi: Globalization, Maritime Raiding and the Birth of Ethnicity, menyatakan bahawa Sulu mempunyai kekuasaan maritim yang luas serta tentera yang ganas dan kejam dari kalangan bangsa Iranun dan Bajau Balangingi. Penjajah British, Spanyol dan Belanda begitu tersiksa sehingga mengambil masa lebih 100 tahun untuk menumpaskannya.

Sulu Zone yang dimaksudkan oleh Warren adalah "Likusantara" bagi Tausug. Bajau Balangingi dan Iranun (yang juga termasuk dalam keluarga Tausug) hanya digunakan sebagai proksi oleh Tausug untuk menjaga maritim. Nusantara bagi orang Jawa dan Likusantara bagi Tausug sedikit ada persamaan. Tinggal lagi NUSANTARA (Nusa-antara) dalam bahasa sanskrit membawa maksud Antarabangsa. Ketika sumpah palapa Hayam Wuruk ketika kegemilangan Majapahit dulu menyebut Nusantara sebagai daerah luar Jawa yang perlu dikuasai.


Liquios Sebenarnya Adalah Tausug?

Untuk membuktikan hal ini kita memerlukan beberapa fakta yang ada dalam tangan para pencatat sejarah era kolonialis dulu. Beberapa kemusykilan telah menguasai perbahasan di sini iaitu bagaimana rupa paras Liquios yang sebenarnya. Dalam perbahasan awal di atas disebut bahawa orang Liquios itu berjambang, berbadan besar dan berkulit putih sebenarnya dipersoalkan kebenaran ciri-cirinya. Untuk mendapat jawapan, kita perlu kenalpasti dimanakah sebenarnya pulau tempat tinggal bangsa Liquios ini.

Berikut nukilan dari catatan pelayaran oleh Ferdinand Pinto,

“Pinto said that at that time the Portuguese were familiar with Japan and China, and also with the island of Mindanao, so the Lequois islands must have been somewhere between these two areas. Furthermore, Pinto even goes as far as to give the exact latitude of the main Lequios Island. He states that are were situated at 9N20 latitude and that the island was on a meridian similar to that of Japan”.

Jelasnya, lokasi Pulau Liquios berada antara Pulau Jepun dan Pulau Mindanao dengan latitud yang disebutkan di atas. Sudah tentu ia bukan China, seperti yang tercatat dalam www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm menjelaskan bahawa,

"Duarte Barbosa, wrote that the people of Malacca had described to him an island group known as the Lequios whose people were as "rich and more eminent than the Chins (Chinese)," and that traded "much gold, and silver in bars, silk, rich cloth, and much very good wheat, beautiful porcelains and many other merchandises."

Dalam hal ini, Charles E. Nowell menulis bahawa berkemungkinan Ferdinand Magellan (sepelayaran dengan Duarte Barbosa) mengubah haluan kapal menuju ke utara Maluku adalah kerana beliau (Magellan) berpendapat bahawa pulau yang dihuni oleh orang Liquios, yang dikatakan kaya raya oleh orang Melaka itu, sebenarnya adalah Tarsis & Ophir (Kepulauan Sulu).


Ternyata Liquios Adalah Tausug

Perlulah difahami, perkataan "Likus" dalam bahasa Sug ialah "Bounded" dalam bahasa Inggeris atau membawa maksud meliputi, membungkus, mengelilingi, menguasai. Dijelaskan dalam http://www.en.wikipedia.org/ bahawa,

“the Lucoes' activities weren't limited to trade however. They also had a reputation for being fierce warriors of the sea.”

Sebab itu mengapa James Warren menulis dalam Sulu Zone beliau tentang kehebatan dan kekuatan maritim Sulu yang luas sehingga ke abad ke-19. Menurut seorang pakar ketenteraan bernama James Dunnigan yang menggelar bangsa Sulu sebagai Viking Tropika dalam http://www.strategypage.com/dls/articles2003/20030317.asp

"The people in the Sulu islands (Jolo and Basilan being the largest) have a long and enthusiastic history of tribal wars, raiding, slaving and piracy. Think of them as tropical Vikings. The Sulu islands, in particular, lie astride trade routes between the islands that are now Indonesia to the south, and the main islands of the Philippines to the north. The Sulu tribes and pirates either extracted protection payments from passing merchants, or simply stole whatever they could catch."

Sebenarnya Sulu terbentuk begitu kerana keadaan. Peringkat awal sebelum kedatangan Penjajah ke Sulu atau yang dikenali sebagai Ophir dalam bahasa Israel ini, sememangnya telah pun menguasai arus lautan perdagangan sebagai pedagang (Justeru mereka mendapat gelaran Sug atau Sulug, bermaksud arus air laut). Tetapi setelah arus perdagangan mereka terhalang dan dirampas oleh Penjajah Spanyol, Belanda, Portugeese dan Inggeris mereka berubah menjadi agresif, ganas dan pendendam.

Hakikatnya mereka mempunyai budaya pekerti luhur hinggakan bangsa lain suka tinggal bersama mereka di Sulu. Kerajaan Srivijaya dan Majapahit sendiri tidak pernah menakluk Sulu atau memusnahkannya. Kerana Srivijaya dan Majapahit tahu Bangsa Sulu bukannya bangsa penakluk malah adalah bangsa pedagang yang menguntungkan Nusantara. Mereka dikenali sebagai Tausug atau Sulug adalah kerana budaya "Likus" mereka di lautan luas Nusantara hingga Pasifik sejak sekian lama. Bangsa "Likus" ini sebenarnya bukan bangsa "Likus" penakluk tetapi adalah bangsa "Likus" pedagang. Hal ini diakui sendiri oleh James Dunnigan dalam artikelnya,

"Unlike the Vikings, the Moros (as the Moslems of the southern Philippines came to be called) did not conquer distant lands and set up colonies. This was mainly because the Moros preferred endless feuds with other clans and tribes, rather than empire building."

Ini benar, dan masih berlaku hingga sekarang. Sebab itu para Datu dalam beberapa keadaan lebih berkuasa berbanding Sultan Sulu sendiri. Kerana para Datu punya kelompok sendiri serta sibuk dengan perdagangan masing-masing.

Kita lihat bagaimana Lt. Gabenor Jhon Hunt yang bertugas di tanah Jawa pernah tinggal di Jolo selama enam bulan telah memberi laporan kepada Sir Stamford Raffles pada tahun 1812 seperti yang terdapat dalam Sulu Zone James Warren, katanya,

"Kuasa dan pengaruh para Datu (Tausug) khususnya kerana kekayaan masing-masing dan jumlah hamba abdi mereka."



Bangsa Likus Adalah Bangsa Pembela

Bangsa ini adalah bangsa toleransi semenjak dahulu kala. Wilayahnya digelar sebagai Ophir atau tempat tinggalnya bangsa Liquios. Terkenal sebagai bangsa pedagang yang mengangkut emas dan perak ke seluruh Nusantara malah Dunia. Hinggakan hari ini pun mereka masih menyebut "Pilak" atau Perak kepada semua jenis matawang. Mereka juga terbukti sebagai bangsa pembela semenjak dulu hingga kini. Mari kita lihat sebagai bukti dari catatan Tome Pires dalam Suma Oriental tahun 1513,

“The Lucoes are about 10 days' sail beyond Borneo. They are nearly all heathen; they have no king, but are ruled by groups of elders. They are a robust people, little thought of in Malacca. They have two or three junks, at the most. They take the merchandise to Borneo and from there they come to Malacca.”

“The Borneans go to the lands of the Lucoes to buy gold, and foodstuffs as well, and the gold which they bring to Malacca is from the Lucoes and from the surrounding islands which are countless; and they all have more or less trade with one another. And the gold of those islands where they trade is of a low quality-indeed very low quality.

"The Lucoes have in their country plenty of foodstuffs, and wax and honey; and they take the same merchandise from here as the Borneans take. They are almost one people ... they are a useful people; they are hardworking."

Dalam catatan kami di http://theislandsofpearls.blogspot.com mencatatkan pembelaan Orang Likus terhadap bangsa lain,

"Translated by J.A Robertson that Antonio Pigafetta, “First Voyage” noted there were Lucoes collecting sandalwood when Magellan's ship arrived in Timor. During the war one of them was in command of the Brunei fleet in 1521.

Translated by Rebecca Catz, “The Travels of Mendes Pinto”, Fernao Mendes Pinto wrote that there were many of them in the Muslim fleets that went to battle with the Portuguese in the South China Sea during the sixteenth century.

The sultan of Aceh gave one of them the task of holding Northeast Sumatra, Aru in 1540. The Locues were also obviously among the navies of the Batak kings who fought the Muslims in 1538."



Tausug Ternyata adalah Antara The Ten Lost Tribe Of Israel

Ternyata bangsa Liquios mempunyai hubungankait dengan bangsa Sug semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. lagi malah lebih jauh sebelum itu. Telah pun kami paparkan satu persatu bahawa Sin atau Sinim yang dimaksudkan ialah Sulu sendiri. Fakta-fakta jelas menyebabkan ia dinilai bukan lagi sebagai hipotesis atau andaian mahu pun kemungkinan, Tausug (kaum terawal Sulu) adalah keluarga terdekat Nabi Sulaiman a.s. yakni termasuk dalam keluarga Bani Israel.

Kerana ciri-ciri keras kepala Bani Israel itu ada dalam jiwa Tausug hingga kini. Mereka bukan sahaja berani tetapi mempunyai tipu daya licik seperti yang diakui oleh Spanyol sendiri. Mereka hidup dengan kekuasaan berabad-abad lamanya sebagai pedagang yang terkenal dengan perhambaan.

Dalam http://www.mybirthcare.com/, telah menyenaraikan perkataan Sinim membawa makna hebat adalah secocok dengan Bangsa Tausug dalam kajian Numerology, diletak sebagai Expression Number 1,

“People with this name [Sinim] tend to initiate events, to be leaders rather than followers, with powerful personalities. They tend to be focused on specific goals, experience a wealth of creative new ideas, and have the ability to implement these ideas with efficiency and determination. They tend to be courageous and sometimes aggressive. As unique, creative individuals, they tend to resent authority, and are sometimes stubborn, proud, and impatient."

Keberanian Tausug menjadi perhatian para sarjana timur dan barat. Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. telah mengaitkan keberanian Tausug dengan Yahudi katanya,

"...Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 Masehi, di zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada."

Seperti mana pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat di bawah arahan General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan,

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Seorang pakar ketenteraan Amerika bernama James Dunnigan berkata dalam artikelnya Tropical Vikings pada 17 Mac 2003 bahawa:

Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.”

Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap tausug dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa,

“Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008 bahawa Tausug adalah hebat tetapi juga pengkhianat,

“Tausug adalah pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain…ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.”


Tausug Pemegang Amanah Kekayaan Dunia

Kekayaan Sulu yang digelar Sinim ini telah menjadi rebutan semenjak dulu kerana ia adalah lubuk emas Raja Sulaiman a.s. Maka tidak hairanlah mengapa orang Eropah setelah menemui manuskrip-manuskrip lama Hebrew (Kerana setelah zaman Renaissense barulah manuskrip Hebrew dapat diterjemahkan ke bahasa Latin & Inggeris) mereka berlumba-lumba mencari sumber kekayaan Nabi Sulaiman a.s. yang menjadi kekayaan kerajaan Bani Israel dan Phoenician (Mesir Kuno).

Dalam laman web http://www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm telah menjawab dengan lebih tepat,

"During the early period of European colonization, the Biblical lands of Tarshish and Ophir (Sulu Archipelago), or Tarsis and Ofir, as they were called, held the imagination of European explorers. Not only was it believed that the "lost tribes" of Israel were to be found in these lands, but also untold wealth."

Hal kekayaan Sulu telah dibuktikan ketika sebelum meletus perang dunia ke-II iaitu Amerika Syarikat dengan kerjasama United Kingdom telah membawa jongkong emas Sulu sebanyak 617,000 tan metrik ke Vatican Italy (Rujuk Buku Tausug & Kesultanan Sulu, dalam bab Harta Perbendaharaan Kerajaan Kesultanan Sulu). Tahniah kepada bangsa Sulu kerana pernah buat hubungan dengan Nabi Sulaiman a.s.

Perkara ini juga menjadi dalil kepada United Kingdom untuk mengiktiraf kerajaan Sulu dengan nama UNITED KINGDOM OF SULU (Pengiktirafan berlaku ketika sebelum penubuhan United Nation (PBB), ketika itu dinamakan International Protocol). Sekarang Israel sudah ada di Sulu dengan meletakkan proksinya, apa tujuan mereka?


Asree & Neldy
  1. Insya'Allah suatu hari nanti apa yang sdr paparkan di blog ini akan menjadi kenyataan. Kita tunggu masa yang sesuai untuk dikeluarkan semua tanda-tanda keajaiban Sulu.

    Tidak ragu-ragu lagi Orang Tausug adalah keturunan Bani Israil. Dan orang likus sampai sekarang masi wujud di kawasan pedalaman Jolo.

    The gold of Ophir tidak lama akan keluar, insya'Allah kalau Sulu dapat memilihkan Sultan yang berjiwa Khalifa yang sebenar di masa akan datang..

  1. Massyaallah.. Aku berbangsa tausug dari kepulauan sulu ( tapul ).. Tpi lahir sbagai anak malaysia.. Terkilan dan gementar akan hati bila mengetahui asal usulku..
    Memang banyak persamaan tausug dgn yahudi, dan itu amat menakutkan saya.. ( Di saat kemunculan dajjal al masih akan keluar pengikutnya(kaum2 munafik) dari lereng2 bukit.. Dan mereka adalah manusia bermuka nipis) smoga allah melindungi bangsaku bangsa tausug.. tolong kaji dan kaji lagi, saya akan ikut blog tuan dari masa ke semasa..

  1. Sehinggake hari ni saya tidak pernah tau dan kaji asal usul bangsa tausug dan setelah saya membaca artikel bro asree saya teruja ingin mengikuti kupasan susur galur ini.Saya salah seorang bangsa tausug yang lahir di bumi Malaysia yang paling mengujakan saya ialah bangsa tausug adalah dari keturunan Nabi Sulaiman dan israel massyaallah.

Post a Comment